Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, April 30, 2010

Tarannum

Pengertian Tarannum Al-Quran

Tarannum adalah berasal daripada perkataan Arab iaitu tarannama, yatarannamu tarannum yang membawa maksud berdendang atau menyanyi. Dr Ruuhi al-Balbaki, pakar bahasa Arab pula menyatakan bahawa kata akar bagi perkataan tarannum ini ialah rannama, yurannimu, tarnim yang membawa maksud “intonation, modulation, recital, chanting, singing and humming” iaitu yang merangkumi maksud intonasi, nyanyian dan bacaan yang baik.

Tarannum adalah suatu ilmu atau kaedah suara yang dipelbagaikan mengikut proses Nada, Rentak dan Irama tertentu.

Nada adalah tingkatan atau tekanan bunyi suara.
Rentak adalah pergerakan yang menghidupkan bunyi suara.
Irama adalah alunan atau bentuk bunyi.

Tarannum adalah suatu istilah yang diguna pakai oleh RasuluLlah SAW. Sabda Baginda:

ما أذن الله لشىء ما أذن لنبى حسن الترنم بالقرأن.
(رواه البخارى)

Maksudnya: "Apa yang diizinkan Allah atas sesuatu itu ialah apa yang diizinkan kepada nabinya yang selalu mengelokkan lagu (tarannum) bacaan al-Quran”.

Sejarah Tarannum

Rasulullah s.a.w. menerima Al-Quran pada tahun 610 masihi. Baginda memerintahkan umatnya membaca Al-Quran dengan suara yang elok serta diperindahkan lagi (tazyin / tarannum). Kemudian terdapat beberapa orang sahabat yang masyhur sebagai qari-qari yang baik antaranya Abdullah bin Mas’ud RA, Abu Musa Asy’ari dan ramai lagi.

Kemudian pada zaman tabiin muncul pula qari-qari seperti Alqamah bin Qis di Kufah (Tahun 62 hijrah). Abdullah b Saib di Mekah (70 hijrah) dan lain-lain. Begitulah sejarah pembacaan Al-Quran bertarannum yang terus berkembang sehingga ke hari ini.

Oleh kerana tarannum sesuatu yang bersifat seni pendengaran (sima’i), maka Jumhur qurra bersepakat bahawa tidak diketahui secara sanadnya bagaimanakah bacaan berlagu Rasulullah s.a.w. itu. Ketika zaman keagungan Islam dahulu, cabang-cabang ilmu Islam begitu pesat berkembang serta mempunyai berbagai aliran (mazhab). Seiring dengan itu, ilmu tarannum juga membangun serta mempunyai berbagai aliran yang popular antaranya: Misri (Mesir).Hijazi (Mekah dan Madinah), Iraqi, Kurdi (sempadan Iraq dan Turki), ‘Ajami (Iran) dan lain-lain. Kini aliran yang paling popular dan diterima di seluruh dunia ialah aliran Misri. Qari-qari Mesir yang muktabar telah mengambil dan mengubah suai tarannum-tarannum atau lebih mereka sebutkan sebagai ilmu maqamat itu dari aliran-aliran di atas mengikut budaya mereka serta mengarabkannya untuk bacaan Al-Quran.

Perbandingan Aliran Hijazi dan Misri

Aliran Hijazi
• Padang pasir.• Bukit bukau.• Suhu tinggi. Lalu: irama dan rentaknya lincah dan nada suaranya tinggi kehangatan.

Aliran Misri
• Lembah nil.• Subur menghijau.• Suhu sederhana.Lalu: irama dan rentaknya lembut dan suaranya sederhana kemanisan.

Asal Ilham Tarannum

Manusia yang berjiwa seni selalulah mendapat idea-idea dari persekitarannya. Sejak zaman silam, pengaruh bunyi geseran kayu, bunyi tiupan angin, bunyi kicauan burung, bunyi air mengalir dan lain-lain telah mencetuskan idea untuk membuat lagu ataupun di dalam bahasa arab disebut At-Tarannum, Al-Ghina, ataupun ilmu Al-Maqamat.

Hukum Umum Bertarannum

Berdasarkan kaedah fiqhiyyah serta pandangan alim-ulama, bolehlah kita fahami bahawa hukum bertarannum adalah seperti berikut;
1. Fardhu (kifayah) : jika hanya dengan berlagu dapat mengajak masyarakat ingin mendekati Al-Quran.
2. Sunat : jika dengan berlagu boleh membantu kesempurnaan hati.
3. Harus : untuk mengambil keseronokan mendengar alunan yang indah.
4. Makruh : jika dengan berlagu tiada langsung kebaikan keagamaan diperolehi.
5. Haram : jika mahu menunjuk-nunjuk kepada orang yang mendengar atau riyak atau ujub. Atau jika merosakkan hukum-hukum tajwid, meniru-niru lagu keagamaan lain, meniru-niru lagu penyanyi-penyanyi yang hanya melekakan dan lain-lain.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

اقرؤوا القرأن بلحون العرب وأصواتها، وإياكم ولحون أهل الكتابين وأهل الفسق، فإنه سيجئ بعدي قوم يرجعون بالقرأن ترجيع الغناء والرهبانية والنوح. لا يجاوز حناجزهم مفتونة قلوبهم وقلوب من يعجبهم شأنهم.
(رواه الطبرني والبيهق)

Maksudnya: "Bacalah al-Quran itu dengan gaya lagu dan suara yang berlahjah Arab dan jangan sekali-kali menbaca dengan lagu dan suara yang berlahjah keYahudian atau keNasranian. Demikian juga lagu-lagu ahli fasik/penyanyi (Biduan dan Biduanita). Maka sesungguhnya sepeninggalanku nanti, akan muncul satu golongan yang sengaja membaca al-Quran dengan lagu-lagu yang dipopularkan sebagai nyanyian penghibur, pendeta dan perintih yang tiada melampaui khalkum mereka, hati mereka sudah terfitnah, apa lagi hati mereka yang mengkaguminya".

Kata Ibnu Kathir: “Bahawasanya (berlagu) yang dikehendaki mengikut hukum syarak hanyalah mengelokkan suara yang menimbulkan rasa penghayatan (tadabbur), kefahaman, kekhusyukan, kerendahan hati serta memandu kearah ketaatan kepada Allah SWT.”

Falsafah Tarannum

Suatu usaha bernilai tinggi bagi menghubungi rasa hati pembaca dan pendengar kepada keagungan Allah Tuhan Pencipta.

PEMBAHAGIAN ILMU TARANNUM

زينوا القرأن بأصواتكم
(ابو داوود)
Hendaklah kamu menghiasi bacaan (mencantikkan) bacaan Al-Quran dengan suara-suara kamu (dengan mempelbagaikan suara kamu).

Tarannum adalah perhiasan kepada bacaan Al-Quran. Tarannum sangat berkait rapat dengan suara kerana dari suara yang elok dan tersusunlah lahirnya tarannum.

Tarannum secara umumnya terbahagi kepada dua kategori:
a). Tarannum bit Tahqiq – Tarannum yang dibaca dengan kadar tahqiq menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh Qari-qari mesir muktabar seperti Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan lain-lain. Kategori ini digunapakai di dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
b). Tarannum bit Tadwir – Tarannum yang dibaca dengan kadar Tadwir menurut kaedah ilmu tajwid. Biasanya kategori ini diamalkan oleh oleh Imam-imam Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah seperti Fadhilatud Duktur Abdur Rahman bin Abdul Aziz Al-sudais dan lain-lain.

ASAS ALIRAN TARANNUM

Aliran tarannum Hijazi popular di dunia Islam sebelum tahun 1940-an. Lagu-lagu asas mereka boleh diketahui dengan kata-kata “Bihumurin jasad”

1. Banjakah.
2. Husaini.
3. Mayyah.
4. Rakbi.
5. Jiharkah.
6. Sikah.
7. Dukah.

Selain itu terdapat pula lagu-lagu cabang seperti Ruma, Ushshak. Sun’ani, Yaman Hijaz, Hirab dan lain-lain.

Asas Tarannum Aliran Misri

Selepas tahun 1940-an hingga ke hari ini, aliran tarannum Misri pulalah yang popular. Tarannum asas aliran Misri ialah:

1. Bayyati.
2. Soba.
3. Hijaz.
4. Nahawand.
5. Rast.
6. Sikah.
7. Jiharkah.

Selanjutnya terdapat pula tarannum-tarannum seperti Husaini, Huzam, Farahfaza, Shad, Nawa Athar, Rahat El Arwah dan lain-lain yang kini dianggap sebagai lagu-lagu cabang (furu).

Terdapat tarannum-tarannum yang bersamaan nama di dalam aliran Hijazi dan aliran Misri, malah terdapat juga tarannum Misri yang diberi nama Hijaz. Ini menunjukkan keterbukaan dan keilmuan qari-qari Mesir dalam mengambil, mengubahsuai dan memperbaharui kearah mencantikkan lagi tarannum-tarannum sesuai dengan suasana, peredaran zaman dan citarasa terkini, tetapi tidaklah sampai menghilangkan identiti asal dan yang paling utama, keutuhan tarannum bil Quran yang berlahjah arab.

Untuk bertarannum, para Qari semestilah mengenali beberapa komponan penting untuk mengarabkan bacaan mereka .

2.3.1 Harkat (suatu alunan irama yang mengandungi beberapa qit’ah dan satu mahattah).

2.3.2 Qit’ah (suatu alunan irama pendek tanpa mahattah).

2.3.3 Burdah asli dan sina’i (bunga-bunga suara yang terjadi dengan sendirinya dan yang digubah).

2.3.4 Mahattah (suatu bentuk atau gaya penghujung harkat yang sempurna).

2.3.5 Salalim su’ud dan nuzul (suara mendaki dan menurun – mengikut ilmu tangga-tangga suara ).

2.3.6 Ihtilal al-lahn (kemahiran mencondongkan suara).

2.3.7 Wuslah al-mumathalah (kemahiran menggabungkan alunan beberapa tarannum yang sesuai di dalam satu harkat).

FALSAFAH TARANNUM BIL-QURAN

Melagukan bacaan al-Quran adalah satu usaha ke arah pencapaian amalan membaca al-Quran yang bernilai tinggi bagi menhubungkan rasa hati pembaca dengan pendengar kepada keagungan Allah S.W.T. Bertarannum tanpa memahami falsafahnya adalah satu penyelewengan. Antara Falsafah tarannum ialah:

1. Untuk menghormati status al-Quran sebagai wahyu yang paling agung. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “diturunkan al-Quran itu dengan penuh kebesaran dan kehormatan”. (Riwayat Muslim)

2. Untuk menambahkan kekusyukan dan keinsafan kepada pembaca dan pendengar terhadap ayat-ayat al-Quran sebagaimana firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Mereka segera menundukkan muka sambil menangis sedangkan al-quran itu boleh menambahkan kekusyukan dan keinsafan”. (Surah al-Isra’:ayat 109)

3. Untuk mendapat rahmat Allah SWT. Firman Allah Ta’ala bermaksud: “Dan apabila al-Quran di baca hendaklah kamu mendengarnya dan diam (untuk memerhati dan dengar bacaannya) semoga kamu beroleh rahmat Allah Ta’ala”. (Surah al-A’raf:ayat 204).

4. Untuk menambah keunikan seni bacaan al-Quran itu, seperti sabda Rasulullah SAW: “ Perelokkan bacaan al-Quran itu dengan keelokan suara kamu. Sesungguhnya dengan suara yang elok sahaja mampu menambahkan keindahan seni al-Quran”.

JENIS-JENIS TARANNUM SECARA RINGKAS

TARANNUM BAYYATI

Perkataan bayyati adalah dari bahasa Arab yang bererti rumah atau tempat kediaman.

Sifat Tarannum Al-Bayyati

• Lembut disamping tegas.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.
• Harmoni.
• Berunsur ketenangan.

Peranan Tarannum Al-Bayyati

• Memantapkan persembahan.
• Sesuai sebagai tarannum pembukaan dan penutup.
• Pengukuran kepada tarannum sesudahnya.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SOBA

Bermaksud rindu. dipopularkan kini oleh qari mesir

Sifat Tarannum Soba

• Gerak ringan meresap jiwa.
• Alunan lembut yang mendayu.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.
• Sesuai dengan ayat memohon, merayu, merintih dan sebagainya.

Peranan Tarannum Soba

• Menenangkan persembahan.
• Membawa kekhusyukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM HIJAZ

Hijaz ialah sebuah kawasan di dalam Arab Saudi. Sangat popular sebagai suatu cabang pelopor tarannum dahulu. Tetapi kini tarannum hijaz telah diubahsuai oleh Qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Hijaz

• Gerak lambat tapi berkesan.
• Ketegasan pendorong semangat.
• Kelincahan menghidupkan persembahan.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
• Sesuai dengan ayat perintah, tegas atau marah.
Peranan Tarannum Hijaz.

• Memberi semangat kepada persembahan.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Memberi tenaga kepada tarannum sesudahnya.
• Menunjukkan Ketegasan kepada mesej Al-Quran.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM NAHWAND

Nahwand juga adalah nama suatu tempat. Terletak di Hamadan Parsi (kini Iran). Tetapi kini tarannum nahawand telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Nahwand

• Gerak ringan yang berkesan.
• Kelembutan bersopan.
• Sederhana memikat jiwa.
• Kehalusan seni.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Nahawand

• Melembutkan bacaan.
• Menenangkan jiwa pembaca dan pendengar.
• Sesuai dengan ayat memohon, bercerita dan sebagainya.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM RAST

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi. Tetapi kini tarannum rast telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Rast

• Gerak lembut disamping ketegasan.
• Kelembutan alunan.
• Lincah menyemarakkan.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.
• Sesuai dengan mana-mana bentuk ayat.

Peranan Tarannum Rast

• Memberi semangat kepada persembahan.
• Memberi tenaga kepada tarannum berikutnya.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM SIKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Sikah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Sikah

• Gerak lambat meyakinkan.
• Kelembutan menusuk kalbu.
• Berciri kesedihan dan kerintihan.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Sesuai dengan mana-mana tobaqot.

Peranan Tarannum Sikah

• Melembutkan persembahan.
• Memberi kepuasan kepada pembaca dan pendengar.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

TARANNUM JIHARKAH

Berasal dari parsi (iran) kemudian digunapakai oleh qari-qari Hijazi (pada kurun-kurun 7 masihi hingga 19 masihi). Tetapi kini tarannum Jiharkah telah diubahsuai oleh qari-qari Mesir mengikut zouq budaya mereka.

Sifat Tarannum Jiharkah

• Gerak ringan yang berkesan.
• Kelembutan menusuk kalbu.
• Harmoni.
• Sesuai dengan ayat-ayat merayu, memohon, merintih dan sebagainya.
• Sesuai dengan tobaqot sederhana.

Peranan Tarannum Jiharkah

• Menenangkan ketegangan persembahan.
• Melembutkan persembahan.
• Membawa kekhusukan dan keinsafan.
• Dapat menimbulkan kesenian fasohah Al-Quran.
• Dapat menimbulkan perasaan mengkagumi mukjizat Al-Quran.

PENGENALAN TARANNUM DI MALAYSIA

Qari-qari dari Malaysia masa kini telah mempopularkan bacaan al-Quran dengan tarannum yang disusun seperti berikut:

1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.
2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.
3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.
4. Bayyati, Soba, Nahwand, Rast dan Sikah.
5. Bayyati, Iraqi, Hijaz, Sikah dan Rast.

50% daripada qari di Malaysia membaca dengan bahagian (1) dan (2), 30% pula membaca dengan bacaan mengikut turutan (3), 15% lagi membaca dengan bahagian (4) dan 5% lagi membaca dengan bacaan mengikut turutan (5).

Namun mengikut seorang pakar tarannum di Malaysia, Hj Nik Jaafar bin Nik Ismail; susunan lagu-lagu yang popular di Malaysia ialah
1. Bayyati, Soba, Hijaz, Nahwand dan Rast.
2. Bayyati, Hijaz, Nahwand, Rast dan Sikah.
3. Bayyati, Nahwand, Rast, Sikah dan Jaharkah.
Bagi lagu-lagu lain hanya sebagai selingan sahaja.

Dipetik dari http://lebaiyusri.blogspot.com/2009/12/tarannum-al-quran-pada-satu-petang-saya.html

RUJUKAN

Husain Unang, 2005, Qamus al-Tullab, Kuala Lumpur: Darul Fikir, hlm 289.

Ruuhi al-Balbaki, 2000, al-Mawrid, Beirut: Dar al-Ilm li al-Maliyin, hlm 310.
Che Yahya Daud, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.

Syeikh Fatihi Hassan Maliji (2007), Tarannum Arabiah Misriah Muktabar, Kota Bharu: Pustaka Aman Press, hlm 23.
Hassan al-Shukri bin Abdullah, 2008, Pengenalan Asas Tarannum, Kursus Sijil Tinggi Pengajian Tarannum, Darul Quran:Kuala Kubu, hlm. 5
Che Yahya Daud, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.

Ustaz Faizan Haji Tajuid, Johan Qari Majlis Tilawah al-Quran Negeri Perak tahun 2008 dan 2009, Temubual, 1 November 2009.

Hj. Nik Ja’far Bin Nik Ismail, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 7.

Radzi Kamarul Hailan, 2007, Tarannum, Kertas Kerja Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Tengah dan Selatan, 10-13 September 2007, JAKIM, hlm. 2-7.

Baca Seterusnya......

Bangsa Jin.


Jin adalah suatu makhluk yang termasuk dalam golongan roh yang berakal yang juga ditaklifkan (menjalankan syariat Islam) sebagaimana halnya bangsa manusia. Hanya mereka itu tidak mempunyai bahan-bahan dalam bentuk benda sebagaimana diciptanya manusia. Oleh sebab itulah menurut keaslianya mereka tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia, tidak dapat diketahui bentuk asalnya dan mereka itu mempunyai kuasa untuk menjelma diri dalam bentuk lain yang kasar.


Memepercayai akan kewujudan jin termasuk dalam salah satu rukun Iman. Cara untuk mengenali jin hanyalah melalui wahyu. Kitab al-Qur’an dan sunnah Nabi s.a.w. yang memberi petunjuk kepada kita mengenai dari bahan apa jin itu dicipta. Begitu juga perihal perjalanan hidup mereka.

Mengikut kajian ulama', syaitan adalah dari jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.
Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau dipakai untuk mencuri barangan orang.

Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya. Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…”

Orang yang bersih jiwanya dapat mendengar suara ilham yang disampaikan oleh pelawat di sudut hati. Oleh itu, orang berkenaan berasa lapang dada dan terdorong untuk beramal. Malah ilham sendiri menjadi faktor penting jiwanya berasa gembira. Orang yang kotor jiwanya didatangi oleh jin atau syaitan.

Malah mengikut surah al-Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan satu syaitan secara tetap dalam hati yang kosong daripada zikir.

Syaitan itu menjadi sahabat karibnya. Surah Fussilat ayat 25 menghuraikan kerja syaitan berkenaan iaitu membisikkan kata-kata manis dan menghayalkan.


Sesungguhnya hasutan syaitan, jin atau roh jahat ke atas fizikal dan rohaniah manusia jelas sekali. Hasutan itu masuk ke dalam diri mereka menerusi pelbagai jalan. Antara yang paling dahsyat dan ganas ialah dengan renungan rohani ketika oarng yang berniat buruk mengamalkan jampi mentera atau sihir untuk tujuan tertentu terutamanya untuk merosakkan orang yang dibencinya.

Inilah antara rahsia ( dan Allah Maha Mengetahui ) mengapa syirik disifatkan sebagai dosa besar oleh Allah. Kerja seperti ini merosakkan kedua-dua pihak. Pengamal sihir rosak imannya, manakala mangsanya pula rosak iman, anggota dan mentalnya.

Asal Kejadian Jin
Allah s.w.t. menjelaskan dalam al-Qur’an tentang penciptaan Jin daripada api yang sangat panas. Firman Allah s.w.t.: al-Hijr : 26-27.


26. Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya. 27. Dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari angin api Yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.

Jin itu pada asalnya dicipta daripada api yang tiada asap, sebab makna ‘as-Samuum’ itu nyalaan api yang murni sama sekali.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa 'api Samuum' yang dijadikan Jin itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian api Samuum yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.

Jin diciptakan oleh Allah lebih dahulu dari manusia, dan mereka itu terdiri dari banyak golongan. Ada di antara mereka yang tetap teguh pendiriannya, baik perangainya serta bagus kelakuannya. Ada pula yang bodoh, lemah akal fikirannya serta lalai. Ada yang beriman dan adapula yang kafir kepada Allah dan ini adalah golongan yang paling besar dari kalangan jin. Allah s.w.t. berfirman : al-Jin : 11.

11. `Dan Bahawa Sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan Yang baik keadaannya, dan ada di antara kita Yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara Yang berlainan.

Maksudnya, ada dikalangan jin itu yang sempurna kebaikannya, ada yang sedikit sahaja, ada yang tidak baik dan ada pula yang sangat tidak baik. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Jin : 14-15.


14. `Dan Bahawa Sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan Yang beragama Islam, dan ada pula golongan Yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan Yang benar; maka sesiapa Yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan Yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan Yang benar,
15. ` adapun orang-orang (jin-jin) Yang menyeleweng dari jalan Yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka jahannam. '

Golongan jin diperintahkan untuk mengerjakan syari’at agama Islam sebagaimana halnya manusia, kerana Rasul yang mereka ikuti adalah Rasul dari manusia. Firman Allah s.w.t.: al-An’am: 130.


130. Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, Yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan Yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu Dengan hari (kiamat) ini? mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri Kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) Sesungguhnya mereka adalah orang-orang Yang mengingkari (Apa Yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).

Dan firman Allah dalam surah ar-Rahman : 31-34


31. Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) Wahai manusia dan jin! 32. Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?
33. Wahai sekalian jin dan manusia! kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan kami), maka cubalah kamu menembus keluar. kamu tidak akan menembus keluar melainkan Dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan kami; Masakan dapat)! 34. Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan?


Dua macam penduduk dunia yang dimaksudkan di dalam firman tuhan di atas ialah jin dan manusia.

Cara Jin Membiak.
Jin berkembang biak seperti manusia Cuma sedikit berbeza. Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat. Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin. (lihat :Menjelajah Alam Jin)

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.


Makanan Jin.

Mengikut setengah pendapat ulamak, bahawa diantara makanan jin ialah tulang, samada tulang lembu atau ayam. Oleh kerana itu sesetengah ulamak menghukum makruh, jika kita membuang tulang yang telah di makan ditempat yang kotor, seperti ke dalam longkang atau seumpamanya.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "“Janganlah kamu beristinja’ dengan tahi binatang, dan juga dengan tulang kerana ia adalah makanan saudara kamu dari kalangan jin” (Riwayat at-Tirmizi)

Mengikut pandangan Ustaz Ismail bin Kamus, makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan.


Adakah Jin Mati?
Jin beranak-pinak dan berkembang-biak . Ada pendapat mengatakan bahawa jin hanya berkembang biak, tetapi tidak pernah meninggal. Namun menurut hadits yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim, di mana Nabi Muhammad SAW berdo’a: “Ya Allah, Engkau tidak mati, sedang jin dan manusia mati…” (HR Bukhari 7383 – Muslim 717).

Agama Puak-Puak Jin.
Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.
Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.

Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.

Jin Mendengar Bacaan Qur’an dari Rasul.
Pernah terjadi, ada beberapa tetamu yang datang ke tempat Rasulullah s.a.w. untuk mendengar bacaan al-Qur’an daripada beliau. Tetapi Raslullah s.a.w. tidak mengatahuinya sehinggalah diceritakan oleh Allah dalam firmanNya: al-Ahqaf : 29-32.


29. Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (Wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada Yang lain): "Diamlah kamu Dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya!" kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. 30. Mereka berkata: "Wahai kaum kami! Sesungguhnya Kami telah mendengar Kitab (Al-Quran) Yang diturunkan (oleh Allah) sesudah Nabi Musa, Yang menegaskan kebenaran Kitab-kitab suci Yang terdahulu daripadanya, lagi, memandu kepada kebenaran (tauhid) dan ke jalan Yang lurus (ugama Islam). 31. "Wahai kaum kami! Sahutlah (seruan) Rasul (Nabi Muhammad) Yang mengajak ke jalan Allah, serta berimanlah kamu kepadaNya, supaya Allah mengampunkan sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya. 32. "Dan sesiapa tidak menyahut (seruan) Rasul Yang mengajaknya ke jalan Allah, maka ia tidak akan dapat melepaskan diri (dari balasan azab walau ke mana sahaja ia melarikan diri) di bumi, dan ia tidak akan beroleh sesiapapun - Yang lain dari Allah - sebagai pelindung-pelindung Yang membelanya; mereka (yang demikian sifatnya) adalah Dalam kesesatan Yang nyata".

Rupa Bentuk Jin.
Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.

Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.

Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.

Tempat Tinggal Jin
Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi, tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.
Ada yang mengatakan jin tinggal di dalam gua, laut dan hutan. Berikut adalah beberapa riwayat yang menjelaskan mengenai tempat tinggal jin agar kita tidak mengganggu mereka dan mereka tidak mengganggu kita.

1. Abu Muhammad (Abu Syeikh) di dalam kitabnya "Al-Uzmah" menceritakan satu bab khusus tentang jin dan kejadiannya. Beliau meriwayatkan satu hadis daripada Bilal bin Al-Haris. Katanya:

Rasulullah meminta aku membawa satu bekas air. Aku (Bilal bin Al-Haris) membawakan satu baldi air dan kuletakkan di dekatnya. Tiba-tiba aku mendengar suara gemuruh, iaitu suara pergaduhan yang belum pernah kudengar bahasa yang mereka pergunakan. Setelah Rasulullah mengetahui bahawa aku pun mendengar apa yang baginda dengar, maka baginda bersabda: "Jin muslim dan musyrik sedang bergaduh dan memohon kepadaku untuk mendamaikan mereka. Maka jin yang Muslim saya tempatkan di kawasan yang bernama Jalis manakala jin yang musyrik saya tempat di kawasan yang bernama Ghour."

Perawi hadis ini, iaitu Abdullah bin Katsir bertanya kepada ayahnya, "Apakah Jalis dan Ghour itu?"

Katsir menjawab, "Jalis adalah suatu tempat yang terletak di dusun dan kawasan pergunungan, sedang Ghour adalah antara gunung dan lautan." Abdullah bin Katsir seterusnya berkata, orang yang diganggu jin di Jalis kebanyakannya selamat, sedangkan yang diganggu di antara lautan dan gunung jarang sekali yang selamat.

2. Imam Zamakhsyari di dalam kitabnya "Rabiul Abrar" menjelaskan bahawa orang-orang di dusun berkata, "Kami pernah singgah di suatu kawasan di mana terdapat ramai orang dan ada beberapa khemah. Tetapi tiba-tiba orang ramai dan khemah-khemah tersebut hilang dari pandangan kami. Mereka merasa yakin bahawa orang-orang itu adalah jin, sedangkan khemah-khemah itu adalah tempat tinggal mereka."

Dengan itu jelas bahawa adakalanya jin itu boleh dilihat oleh manusia. Yakni sama ada mereka yang boleh melihat jin itu kerana kekuatan ilmunya atau kerana jin-jin itu menyamar sebagai manusia.

3. Imam Malik di dalam kitab "Al-Muwatha" meriwayatkan bahawa ada berita yang sampai kepadanya, iaitu ketika Umar bin Khattab r.a. hendak pergi ke Iraq. Ketika itu Ka'bul Akhbar berseru kepada beliau, "Wahai Amiril Mukminin, janganlah engkau pergi ke sana, sebab di Iraq terdapat 9/10 sihir dan banyak jin-jin yang jahat dan fasik serta penyakit yang sukar diubati."

Jin Suka Tinggal Di Tempat Kotor

Berikut adalah satu riwayat yang menjelaskan bahawa setiap Muslim diikuti oleh jin yang Muslim pula. Riwayat ini berasal daripada Yazid bin Jabir r.a.: "Tidak ada satu keluarga Muslim, kecuali pada atap rumahnya terdapat jin yang Muslim pula. Bila keluarga Muslim itu telah menyiapkan makanan pagi, jin itu pun turun dan ikut makan bersama; dan bila mereka makan petang, jin itu turun dan makan petang bersama mereka. Dengan jin itu Allah Ta'ala menjaga keluarga berkenaan."

Jin juga suka tinggal di tempat-tempat kotor seperti tandas, kolam dan tempat-tempat pembuagan sampah. Oleh itu dilarang buang air di sebarang tempat kerana dibimbangkan tempat itu menjadi tempat tinggal jin.

Sabda Nabi s.a.w.: "Tandas itu tempat yang sering didatangi jin. Oleh itu bila kamu masuk ke tandas, berdoalah dengan doa: Ya Allah, aku berlindiing kepada-Mu dari syaitan laki-laki mahupun syaitan perempuan."

Melihat Jin.
Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.

Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia.Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.

Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).

Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.

Nabi Sulaiman Memerintah Jin
Allah s.w.t. menundukkan jin kepada Nabi Sulaiman a.s. Dan tidak terjadi kepada manusia yang lain. Ini berdasarkan firman Allah s.w.t., surah Sabaa’: 12-13.



12. Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman Kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya matair dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya Dengan izin Tuhannya. dan sesiapa dari jin itu Yang menyeleweng dari perintah kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka. 13. Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa Yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan Yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan Yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar Yang tetap di atas tukunya. (setelah itu Kami perintahkan): "Beramalah kamu Wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu Yang bersyukur. (Saad 36-39)


36. Maka (Kami kabulkan permohonannya lalu) Kami mudahkan baginya menggunakan angin Yang bertiup perlahan-lahan menurut kemahuannya, ke arah mana sahaja Yang hendak ditujunya; 37. Dan (Kami mudahkan baginya memerintah) jin Syaitan; (ia memerintah) golongan-golongan Yang pandai mendirikan bangunan, dan Yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja masing-masing). 38. Dan jin-jin Syaitan Yang lain dipasung Dalam rantai-rantai belenggu. 39. (serta Kami katakan kepadanya): " Inilah pemberian Kami (kepadamu), maka berikanlah (kepada sesiapa Yang Engkau suka), atau tahankanlah pemberian itu; (terserahlah kepadamu) Dengan tidak ada sebarang hitungan (untuk menyalahkanmu) ".

Nabi Sulaiman a.s. pernah meminta kepada salah seorang yang ada dalam majlis pertemuannya, supaya didatangkan istana Ratu Balkis, seruan itu disambut oleh jin Ifrit, sebagaimana yang diungkapkan di dalam firman Allah, surah an-Naml 38-39:


38. Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu Yang dapat membawa kepadaKu singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku Dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?" 39. Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum Engkau bangun dari tempat dudukmu, dan Sesungguhnya Aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah".

Kumpulan-Kumpulan Jin.

Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.

Keturunan dan Bangsa Jin.
Sama seperti manusia Jin juga terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara yang tersohor ialah :-

1. Iblis Bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
2. Asy-Syaitan iaitu golongan Syaitan-syaitan
3. Al-Maraddah iaitu golongan Peragu-peragu ( pewas-was )
4. Al-Afrit iaitu golongan Penipu-penipu
5. Al-A’waan iaitu golongan Pelayan-pelayan
6. Al-Toyyaaruun iaitu golongan Penerbang-penerbang
7. Al-Ghawwaasuun iaitu golongan Penyelam-penyelam
8. At-Tawaabin iaitu golongan Pengikut-pengikut ( pengekor )
9. Al-Qurana iaitun golongan Pengawan-Pengawan
10. Al-Ummaar iaitu golonganPemakmur.
11. Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala.
12. Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatulrahim, rumah tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.
13. Al-‘Awar Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya.
14. Zalanbuur Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.

Iblis. Adalah suatu nama yang merupakan nenek moyang seluruh syaitan, mereka ini berasal dari golongan Jin. Iblis akan tetap hidup sampai hari kiamat. Ini kerana Allah pernah menerima permintaannya agar ditangguhkan kematiannya sehingga ke Hari Qiamat. Sebagaimana firman Allah dalam surah Saad : 80-81.

80. Allah berfirman: " Dengan permohonanmu itu, maka Sesungguhnya Engkau dari golongan Yang diberi tempoh - 81. " hingga ke hari masa Yang termaklum ".

50. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib Yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. amatlah buruknya bagi orang-orang Yang zalim: pengganti Yang mereka pilih itu.

Syaitan. Adalah golongan yang keterlaluan dari bangsa jin. Syaitanlah yang bertugas untuk menggoda dan menyesatkan manusia. Agar manusia benar-benar teruji dalam kehidupannya. Akan tetapi di sisi manusia selain syaitan yang menggoda kepada keburukan Allah juga mengirimkan malaikat bersamanya agar manusia mampu membezakan di antara buruk dan baik.

Tetapi kebanyakkan manusia sering terjerumus kepada keburukan dan kejahatan lantaran kuatnya godaan syaitan dan kerana lemahnya iman. Jika seseorang manusia kuat imannya dan patuh kepada perintah Allah sudah pasti syaitan tidak mampu menggodanya, biar sekuat mana godaan sekalipun.

Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat. Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :
" Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum aku dengan tersesat, aku akan menghalang mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian aku akan mendatangani mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakkan dari mereka bersyukur ( taat )."

Ifrit. Adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah s.w.t.

Azazil. Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.

Kerajaan Jin.

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal. Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja Jin yang mengusai kesemua jin-jin tersebut bernama Thothamghi Yam Ya Li. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar Qutbul Jalalah.

Baca Seterusnya......

BN Berpolitik Di Dalam Masjid Di Hulu Selangor

Apa lah salahnya menggunakan Masjid untuk kegunaan Orang Islam mendapatkan maklumat dan berfikir... BERBANDING menggunakan Masjid untuk bacaan Yassin ...berdoa untuk orang bukan Islam menang menentang Orang Islam....

Fikir2kan lah....



Baca Seterusnya......

Abdullah Badawi dan tunggul-tunggul dalam kabinet kini

Oleh Penarik Beca

Dalam posting bertajuk "Malaysia's generosity", Tun Dr Mahathir menulis:Abdullah has caused Malaysia to lose at least US100 billion dollars (about RM320 billion) of Malaysia's oil in this agreement.

Hello, Tun Abdullah Ahmad Badawi dari parti mana? Dia Perdana Menteri mewakili kerajaan mana?

Apa yang pasti, sebahagian besar anggota kabinet Abdullah masih lagi bermaharajalela dalam kabinet hari ini, termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak. Abdullah merugikan negara sampai begitu punya berlambak, depa semua buat apa? Jadi tunggui ka? Jadi setan-setan bisu? Adakah kabinet hari ini dikepalai dan dianggotai oleh tunggui-tunggui?


Agaknya kerana itulah Dr Mahathir pernah menyifatkan Najib tidak cekap, lemah dan pengecut, tidak menunjukkan sebarang kekuatan dalam bidang politik dan lebih bersifat seorang pengikut dari seorang pemimpin.

Beliau juga tidak yakin Najib mampu menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi global.

Jika pandangan Dr Mahathir tentang Najib itu benar semuanya, agaknya sebab itulah juga Najib mengambil Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide sebagai tempat beliau memohon petunjuk.

Adakah kita akan berpeluk tubuh sahaja ketika negara ini berperdanamenterikan pak yet atau pecacai yang memohon petunjuk Yahudi Zionis? Belanja hampir RM77 juta duit rakyat, duit kita, untuk memohon petunjuk Yahudi Zionis.

Berkaitan:

Apco diterajui musuh-musuh Islam

Tokoh-tokoh utama Apco Worldwide yang diambil oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai konsultan komunikasi atau tempat memohon petunjuk terdiri dari mereka yang memusuhi umat Islam.

Antaranya ialah Naib Presiden Kanan Apco Worldwide di Washington DC, Jonathan Winer, yang pernah mengemukan laporan yang menuduh Ikhwan Muslimin serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas.

Beliau malah pernah berusaha agar dipatahkan segala aktiviti kewangan kepada badan-badan tersebut.

Salah seorang ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, Marc Ginsberg pula menyifatkan mujahid Islam, asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai musuh dan membandingkannya dengan Adolf Hitler. Syed Qutb ialah penulis karya-karya besar seperti Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an.

Apco dibayar sebesar RM23 juta dengan duit rakyat negara ini oleh kerajaan Najib kononnya untuk mengendalikan strategi komunikasi dan membina imej negara.

Ahli lembaga APCO termasuk dua bekas duta Israel, iaitu bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein dan bekas duta Israel ke kepada Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.

Ahli lembaga Apco juga turut dianggotai bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency atau ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet.

Beliau ialah Doron Bergerbest-Eilon, yang pernah dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan dalam negeri Israel, termasuk menghadapi intifada Palestin.

Jawatan beliau dalam Shin Bet setaraf dengan pangkat Mejar Jeneral dalam tentera Israel.

Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang akan dijadikan sasaran mangsa pembunuhan melalui serangan udara tentera Israel.

Shin Bet juga amat terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal-siasat.

Seorang wartawan Palestin, Mohammed Omer, menceritakan bahawa beliau pernah ditahan oleh Shin Bet pada tahun 2008 dan dibogelkan, dibelasah oleh lapan pegawai Shin Bet yang bersenjata - mengakibatkan beliau terpaksa dirawat selama seminggu di hospital.

Mahkamah tertinggi Israel sendiri memutuskan bahawa kaedah-kaedah soalsiasat Shin Bet adalah keterlaluan, melanggar hak asasi manusia dan bersifat menyeksa.

Penglibatan Shin Bet dengan Apco tidak terhad kepada seorang individu di mana tiga lagi bekas anggota Shin Bet menganggotai syarikat yang bersekutru dengan Apco, iaitu Asero Worldwide.

Selain menjadi ahli lembaga Apco, Bergerbest-Eilon juga adalah pengasas, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Asero.

Asero berkait rapat secara terbuka dengan Apco dan mempunyai pengkhususan dalam hal-hal keselamatan dalaman negara.

Selain Bergerbest-Elion, tiga lagi pemimpin utama Asero adalah bekas pegawai berpangkat tinggi Shin Bet - David Harel, Oded Raz, dan Gadi Kalai.

Selain itu, Naib Presiden Asero, Carl Truscott dan penasihat Asero, Don Riegle Jr, adalah bekas ahli kerajaan Amerika Syarikat yang didapati bersalah menyalahgunakan kuasa mereka semasa berkhidmat.

Apco dan Asero tidak ubah seperti satu keluarga, di mana kedua-duanya mempunyai pemimpin-pemimpin yang sama.

Doron Bergerbest-Eilon adalah presiden Asero, manakala Mara Hedgecoth - anak kepada Presiden Apco, Margery Kraus, adalah Naib Presiden Apco dan juga Asero.

Denise Teeling pula, adalah Ketua Kewangan (CFO) bagi kedua-dua firma yang didominasi Yahudi Zionis itu.

Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah pengarah APCO Worldwide Sdn Bhd, yang ditubuhkan di Malaysia.

Baca Seterusnya......

Umno cuba heret istana untuk runtuhkan kerajaan PR

Oleh Anak Sengat

Sultan Selangor dilaporkan membuat kenyataan umum yang difahami ditujukan kepada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA). Kenyataan itu berikutan kenyataan TGNA yang menyatakan bahawa tindakan melarang bercakap soal politik di masjid sebagai mengarut dan ketinggalan zaman.

Sekali lagi istana dilihat diheret untuk membicarakan soal orang politik. Suasana itu sangat bahaya kerana ternyata bagaimana Umno berjaya mengheret institusi istana Perak hingga kerajaan Pakatan Rakyat Perak jatuh. Bermula dengan isu pemecatan serta merta Pengarah yang terpaksa ditarik balik oleh DS Nizar hinggalah kemuncaknya perkenan istana tanpa melalui DUN yang meruntuhkan kerajaan Pakatan. (di Kedah juga usaha itu terus berlangsung) .

Keadaan itu tak berhenti setakat itu. Tindakan DS Nizar yang tidak bersedia untuk melepaskan jawatan dimanipulasi oleh Umno terutama ungkapan "Derhaka". Kesannya Kerajaan Pakatan Rakyat dilihat berkonfrantasi dengan istana terutama DS Nizar . Kalangan masyarakat melayu dilihat terpengaruh dengan propaganda tersebut apatah lagi dengan peranan yang dimainkan mufti Umno -Harusani Zakaria.


Kerajaan Selangor terutama PAS nampaknya sekali lagi mahu dilagakan dengan institusi Istana. Ia mungkin usaha terbaru Umno merampas Selangor yang dilihat agak kukuh setelah beberapa insiden yang dicipta termasuk usaha mengheret pimpinan Selangor ke mahkamah melalui SPRM gagal. ( SPRM adalah jalan pertama umNO meruntuhkna kerajaan Perak).

TGNA telah menjelaskan kenyataan beliau bukanlah respon kepada kenyataan Sultan Selangor. Ia adalah kejayaan manipulasi wartawan dan lidah rasmi umNO. Umum mengetahui bahawa TGNA bukanlah seorang pemimpin yang suka membicarakan soal politik kepartian di masjid.

Prinsip itu diamalkan sejak dulu hingga kini. Malah dalam ceramah umum pun jarang menyentuh politik kepartian secara langsung melainkan di beberapa keadaan. Ceramahnya lebih kepada nasihat dan pimpinan agar beragama. Bezanya ialah kefahaman agama antara umNO dan PAS . PAS memahami kesyumulan Islam manakala Umno yang mewarisi sekular menolak politik Islam.

TGNA juga dilihat seorang yang sangat menghormati institusi istana. Kemelut dengan istana di awal pemerintahan PAS di Kelantan ditangani dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Ketika semua negeri di Malaysia membentangkan undang undang berkaitan menghapus imuniti raja raja, Kelantan adalah negeri yang paling akhir melaksanakannya. Itu pun setelah beberapa tahun kemudian.

Situasi terbaru ini adalah hasil salah faham terhadap istilah pilitik dalam Islam. TGNA maksudkan politik ialah membicarakan apa sahaja soal pemerintahan dan kehidupan, umNO memahamkannya sebagai politik kepartian. Siapakah yang menyalah fahamkan pengertian tersebut kepada Sultan.

Apakah penjelasan TGNA juga di sampaikan kepada sultan? Titah yang melarang TGNA secara umum ke Selangor adalah seiring dengan apa yang dilakukan oleh Khir Toyo semasa rejimnya menguasai Selangor. Satu tindakan penjelasan kepada Sultan perlu dilakukan oleh kerajaan Selangor terutama PAS Selangor.

Dalam masa yang sama dilaporkan TPM akan mengadap Sultan Selangor memohon agar Sekolah Menengah Agama Rakyat di Selangor didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan juga dilihat sebagai satu lagi strategi Umno menghadapi Kerajaan Selangor melalui institusi istana.

PAS yang memegang tanggungjawab exco agama melalui Pesuruhjayanya diletakkan dalam keadaan serba salah. Sultan pastinya dijangka memperkenankan permohonan TPM sedangkan Kerajaan Selangor tentunya tidak bersetuju. Kerajaan Selangor akan dilihat dan dipersepsikan sebagai menyanggah istana.

Sasaran kerja Umno adalah melayu yang sangat menghormati institusi istana. Namun harus diingat, melayu kini adalah melayu baru.... Sayang istana ialah dengan menasihatkannnya bukan dengan menyembahnya.


Baca Seterusnya......

Penjelasan YB Mohd Nasir Berhubung Soalan Bidang Kuasa Sultan

Oleh YB. MOHD NASIR BIN MUSTAFA
ADUN KUBANG ROTAN

Saya bertanyakan empat soalan lisan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini, di mana dua daripadanya menjadi kontroversi berpunca dari bantahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Mahadzir Khalid.

Dua soalan tersebut ialah:
Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?

Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?

Setengah-setengah soalan ditanya bukan bertujuan untuk mendapatkan penjelasan hanya kerana penyoal tidak tahu. Secara ikhlas dan berterus terang, saya mahu pihak yang menjawab menjelaskan perkara sebenar yang berlaku. Itulah hakikatnya yang saya lakukan.

Penjelasan terhadap soalan (a):

Dalam soalan (a) saya mahu dijelaskan, apakah Kerajaan Pusat sebenarnya tidak menghormati bidang kuasa KDYMM Sultan Kedah sebagai ketua agama Islam. Sebagai contoh, Kerajaan Pusat melalui JAKIM telah memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah di SP Inn pada 4 April 2010 hari Ahad di rasmikan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Kerajaan Pusat.

Soalan ini timbul kerana kekeliruan saya terhadap tahap campur tangan Kerajaan Pusat terhadap pentadbiran Agama Islam di negeri Kedah. Bahkan bagi saya campur tangan pihak Kerajaan Pusat boleh mengelirukan pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (JAIK) berhubung bidang kuasa pentadbiran agama peringkat negeri dan Kerajaan Pusat.

Penjelasan terhadap soalan (b):

Dalam soalan (b) saya mahu memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat tidak pernah dengan sesuka hati dan sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap pegawai-pegawai masjid hanya kerana sebab politik kepartian, seperti tuduhan yang dibuat oleh ADUN Bakar Bata, Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah baru-baru ini.

ADUN Bakar Bata dalam laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 6 April 2010 bertajuk ‘Pegawai Masjid Dipaksa Bersara’ telah menghasut pegawai-pegawai masjid tertentu supaya tidak mengisi borang M4 seperti yang diminta oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar. Tindakan ini terang-terangan telah mencampuri bidang kuasa KDYMM Sultan.

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sedar bahawa pentadbiran agama adalah di bawah bidang kuasa Sultan, sebab itu mengambil sikap tidak campur tangan.
Dengan itu tuduhan bahawa pelantikan dan pemecatan imam adalah kerana ‘arahan politik’ Kerajaan Negeri adalah tidak benar dan berniat jahat.


Kedua-dua soalan tidak mempertikaikan kuasa Sultan

Sama ada secara tersurat atau tersirat, soalan saya langsung tidak mempertikaikan bidang kuasa Sultan seperti yang dilaporkan oleh media arus perdana. Apatah lagi kata-kata yang bermaksud menghina Sultan.

Saya yakin semua pihak yang waras jika membaca atau mendengar soalan lisan ini bersetuju bahawa tidak wujud walau sepatah perkataan yang mempertikai kuasa KDYMM Sultan, kecuali pihak pembangkang (BN) dan media-media tertentu yang dikuasai mereka. Mereka cuba mengalih dan menyembunyikan isu sebenar perihal campur tangan mereka dalam pentadbiran agama Islam negeri Kedah.

BN membantah untuk menutup tindakan mereka tidak hormat bidang kuasa Sultan

Pertikaian Ketua Pembangkang terhadap soalan dalam Sidang DUN bukan kerana saya ‘mempertikaikan kuasa Sultan’ tetapi kerana menyedari bahawa hasil dari soalan ini akan mendedahkan tindakan-tindakan mereka selama ini yang mencampuri dan tidak menghormati bidang kuasa KDYMM Sultan.

Oleh itu, mereka telah berhempas pulas untuk memastikan soalan saya tidak dijawab dengan harapan tertutuplah salahlaku mereka yang cuba saya bongkarkan.
Penjelasan Terhadap Kenyataan PKDK

Desakan oleh YDP Persatuan Kerabat Diraja Kedah supaya saya memohon ampun kepada KDYMM Sultan tidak timbul kerana:

YDP PKDK mungkin tidak meneliti soalan lisan saya sehingga mengeluarkan kenyataan menuduh bahawa soalan saya menghina Tuanku Sultan.

Salah faham ini berlaku mungkin kerana YDP PKDK tidak berada di dalam persidangan Dewan dan hanya membaca serta mendengar melalui laporan media.

Berdasarkan laporan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28 April 2010 desakan yang sama dibuat oleh Ketua Pemuda BN Kedah, Encik Badrul Hisham Hashim menambahkan keyakinan saya bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh PKDK telah dipengaruhi oleh unsur-unsur politik kepartian.

Kesimpulannya, saya mengharapkan semua pihak bertenang dan tidak terperangkap politik murahan pihak pembangkang (BN) yang sudah ketandusan isu.

(Gambar Keratan akhbar:Membuktikan Siapa Yang Sebenarnya Penderhaka)


Baca Seterusnya......

Kes Polis Tembak Remaja 15 Tahun Di Shah Alam.


Oleh Khalid Samad

Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’. Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka. Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ. Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan. Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas. Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.
Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.
2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.
3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya. Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.www.khalidsamad.com

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD


Report polis oleh kawan yang menaiki kereta bersama mangsa.

Sumber : DD

Baca Seterusnya......

Thursday, April 29, 2010

Vaksin H1N1 Disyaki Boleh Mengakibatkan Kematian


oleh Ibnuyaacob & Abd Aziz Atiqullah

Pada 15 Ogos 2009 lepas, akhbar Daily Mail mendedahkan bahawa vaksin H1N1 yang bakal digunakan oleh kebanyakan negara-negara dunia mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada penerimanya. Para penerima vaksin H1N1 dikhuatiri berhadapan dengan masalah gangguan otak yang dipanggil Guillain-Barre Syndrome (GBS).

Pada 29 Julai 2009, Prof. Elizibeth Miller, Pengarah Jabatan Imunisasi di bawah Health Protection Agency di Britain telah menulis surat amaran tentang bahaya kesan sampingan dari vaksin H1N1 yang bakal dijual syarikat farmasi gergasi dunia. Surat itu dihantar kepada 600 orang lebih Senior Neurologist di seluruh British.
Surat yang bertarikh 29 Julai 2009 lepas itu berjaya merungkaikan betapa teori-teori konspirasi yang dinyatakan sebelum ini benar dan sahih. Walaupun kerajaan Amerika cuba berselindung dan berdolak-dalik ketidakterlibatannya dalam isu Selsema Babi (SB), tetapi ada segelintir masyarakat yang sanggup mendedahkan rahsia kerajaan mereka ini.

Vaksin yang dibina oleh syarikat-syarikat farmasi gergasi dunia ini dijangka diedarkan kepada orang ramai pada awal Oktober. Di Amerika sahaja, sebanyak 13 juta rakyat akan disenaraikan untuk menerima suntikan.
Selain daripada bukti surat ini, apa yang boleh mensahihkan konspirasi Selsema Babi inia adalah kenyataan dari salah seorang Senior Neurologist yang ditemu ramah oleh wartawan Jo McFarlane. Menurut Senior Neurologist itu, dia sendiri tidak akan mengambil suntikan vaksin tersebut.

“I would not have swine flu jab because of the GBS risk.”

Menurut neurologist tersebut, mereka percaya vaksin H1N1 hanya akan mengulang kembali tragedi kematian 25 orang rakyat Amerika pada 1976 dulu yang menerima suntikan vaksin H1N1.
Walaupun kecenderungan untuk mati adalah 1 nisbah 80,000 orang. Tetapi kesemua 80,000 tersebut sudah mewarisi kesan kekal GSB seumur hidup. Bagi yang meninggal dunia kemungkinan ketahanan imunisasi badansudah sedia lemah.
Kenyatan pakar-pakar neurologi antarabangsa tentang H1N1
Dr Rustam Al-Shahi Salman, ahli Association of British Neurologists, mengatakan;

“Following the 1976 programme of vaccination against swine influenza in the US, a retrospective study found a possible eight-fold increase in the incidence of GBS.”
Dr. Thomas Jefferson, koordinator badan bebas penyelidikan vaksin di Britain;
“New vaccines never behave in the way you expect them to. It may be that there is a link to GBS, which is certainly not something I would wish on anybody”
Dr. Richard Halvorsen, penulis buku The Truth About Vaccines, mengatakan;
“For people with serious underlying health problems, the risk of dying from swine flu is probably greater than the risk of side effects from the vaccine.”
Dr. Patrick Chinnery, ahli Association of British Neurologists mengatakan;
“During the last swine flu pandemic, it was observed that there was an increased frequency of cases of GBS. No one knows whether it was the virus or the vaccine that caused this.”


Jika ada doktor di Malaysia yang mengatakan vaksin H1N1 tidak merbahaya, kerajaan patut memberikan anugerah Profesor Diraja kepada doktor tersebut kerana kenyataannya telah mengenepikan hujah-hujah dari pakar-pakar neorologi di atas.
Bagi mana-mana pembaca yang menghadiri taklimat pemvaksinan dari kementerian kesihatan (jika ada), sila cetak artikel ini dan tanyakan soalan berkaitan vaksin kepada penceramah. Jika pembaca seorang pelajar jurusan perubatan atau farmasi, sila timbulkan isu ini semasa di bilik kuliah dan berbincang dengan pensyarah anda untuk penambahan ilmu.

Pengakuan Penghidap GBS

Hillary Wilkinson, 57 tahun mendedahkan beliau adalah salah seorang penghidap GBS. Menurutnya, selepas dia mengambil vaksin H1N1 pada 2006, beliau mengalami kesukaran bernafas, sakit-sakit sendi dan sukar bercakap. Keadaannya hanya kembali agak sihat setelah 3 tahun selepas itu dan dia bernasib baik tidak mati.
Keuntungan Segera Mula Kelihatan
Pada 20 Julai 2009, akhbar online Financial Times UK melaporkan bahawa gergasi-gergasi farmasi dunia yang berkonspirasi mengeluarkan vaksin H1N1 telah membuat keuntungan pusingan pertama dalam pengumuman penjualan vaksin.
Konglomerat farmasi seperti GlaxoSmithKline (GSK), Novartis, Baxter, Sanofi-Avantis dan Roche telah pun mengaut untung sebelum bayar berbilion-bilion dollar berdasarkan tempahan-tempahan dos dari pelbagai negara mengikut kontrak yang ditetapkan oleh World Health Organization (WHO). GSK telah pun memproses 1.5 juta dos vaksin H1N1 untuk dihantar ke seluruh dunia.
Bank pelaburan antarabangsa JPMorgan (bank Zionis kepunyaan Rothschild/Rockefeller) memberitahu setakat ini kerajaan Britain telah membelanjakan USD4.3 billion dan tempahan untuk dos vaksin dijangka akan meningkat kepada 600 juta dos.
Kesemua laporan keuntungan ini telah pun dijangka oleh ramai penyelidik konspirasi sejak wabak Selsema Babi mula melanda Mexico bulan April lalu. Kini wabak Selsema Babi ini sudah pun menyondol semua rakyat dunia tanpa belas kasihan.

Kandungan berbahaya dalam vaksin H1N1 keluaran GSK

Vaksin H1N1 yang dikeluarkan GSK disyaki mempunyai thiomersal (C9H9HgNaO2S) iaitu sejenis sodium yang mengandungi 49% merkuri yang digunakan untuk antiseptik dan anti-fungus agen. Penggunaan thiomersal walaupun dibenarkan WHO, tetapi masyarakat antarabangsa masih khuatir kerana beberapa kontroversi yang wujud semenjak ia diperkenalkan di dalam pemvaksinan.
Pada Julai 1999, Centre for Disease Control (CDC) dan American Academy of Pediatrics (AAP) telah mengeluarkan kenyataan media mendesak pengilang-pengilang ubat membuang thiomersal dari sebarang vaksin.
Lanjutan dari kenyataan itu juga, CDC dan AAP telah mengarahkan agar semua doktor menangguhkan dahulu suntikan imunisasi Hepatitis B kepada bayi yang baru lahir. Ini kerana seorang kanak-kanak dari Michigan telah meninggal dunia akibat suntikan itu.

(Gambar) Dr. Paul A.Offit, Ketua Jabatan Jangkitan Penyakit di Hospital Kanak-Kanak, Philadelphia.

Isu ini didedahkan oleh Dr. Paul A.Offit di dalam kertas penyelidikannya yang bertajuk Thimerosal and Vaccines - A Cautionary Tale di dalam The New England Journal of Medicine bertarikh 27 September 2007.
Selain itu, di dalam kertas penyelidikan yang sama Dr. Paul A.Offit juga mendedahkan, thiomersal yang terkandung di dalam vaksin juga disyaki menjadi punca kepada kelahiran anak-anak autisme. Pada Ogos 2005, seorang kanak-kanak autisme berusia 5 tahun telah meninggal dunia kerana mengambil suntikan tahunan yang dijadualkan.
Lanjutan dari isu thiomersal yang dimasukkan dalam vaksin-vaksin itu juga, seorang pakar autisme terkenal Dr. Alison Singer telah mengambil keputusan meletak jawatan dari menjadi Pengarah Autism Speaks yang ditubuhkan pada 2005.
Perletakan jawatan Dr. Alison pada Januari 2009 baru-baru ini adalah sebagai tanda protes kepada pihak kerajaan Britain yang terus membenarkan GlaxoSmithKline menggunakan bahan thiomersal. Dr. Alison juga menegaskan bahawa kisah kebanyakan selebriti terkenal yang semasa kecilnya berpenyakit autisme hanya propaganda media untuk melindungi helah kerajaan.
Wallhu’alam …

Sumber : DD

Baca Seterusnya......

Wednesday, April 28, 2010

Dua Marhalah

Ukuran jarak jauh perjalan dalam musafir. Ukuran ini adalah sebagai syarat sah bagi seseorang yang bermusafir melakukan solat jamak dan qasar; samada jamak taqdim atau jamak ta’akhir. Juga menjadi ukuran penting untuk diharuskan meninggalkan puasa ramadhan bagi mereka yang berpuasa dan sedang bermusafir, Rukhsah puasa.

Ukuran dua marhalah mengikut setengah pendapat ulama’ ialah kira-kira 60 batu, atau 89 kilometer. Walaupun begitu ukuran sebenar tidak dapat ditentukan kerana perselisihan pendapat di kalangan para ulama’.

Mengikut pendapat Imam Syafi’i, Imam Maliki dan Imam Hanbali: Lebih kurang 89 km. (Lihat al-Feqh Islami Wa Adillatuh, vol. 2). Ini bersandarkan penjelasan dari Ibnu Abbas yang melarang dari melakukan qasar kecuali dalam jarak perjalanan lebih dari empat barid (4 barid =16 farsakh).

“Wahai ahli Makkah, janganlah kamu melakukan qasar pada jarak kurang dari empat barid, dari Makkah ke Usfan.” (Riwayat Daruquthni)

Manakala mengikut Imam Hanafi: 85 km (Lihat : al-Rahbawi, al-Sholat Ala Mazahibil Arba’ah)
Ini berdasarkan hadis: “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, untuk bermusafir selama lebih dari 3 hari kecuali bersama mahramnya.” (HR Bukhari).

Mengenai dalil yang dikemukakan oleh jumhur ulamak ini telah di diskusikan oleh Ibnu Qudamah di dalam Kitab Al-Mugni. Beliau mengatakan bahawa apa yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Ibnu Umar itu bertentangan dengan zahir ayat al-Quran. Kerana zahir ayat membolehkan qasar untuk setiap orang yang berjalan di mukabumi tanpa menghadkan jaraknya. Riwayat berkenaan juga menyalahi Sunnah Nabi s.a.w.:

"Anas berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila keluar sejauh tiga batu atau satu farsakh beliau sembahyang dua rakaat". (Hadits Riwayat Ahmad, Muslim dan Abu Daud) (Lihat al-Feqh Islami Wa Adillatuh, vol 2, hal 322)

Ibnu Qudamah mengakhirinya dengan mengatakan bahawa kehujjahan adalah bersama mereka yang membolehkan qasar bagi setiap musafir, kecuali apabila berlaku ijma’ yang menyalahinya.

Ulamak-ulamak Zahiriah juga berpegang kepada hadis satu farsakh. (Lihat Subulus Salam, vol. 2) Malahan Ibnul Munzir mengatakan, terdapat 20 pendapat ulamak mengenai jarak perjalanan yang membolehkan qasar. Bukan sekadar 1 farsakh, bahkan tidak mengenakan had langsung. Asal musafir sahaja. Pendapat ini ada dasarnya.

Timbul persoalan bila masa dibenarkan qasar atau jamak?. Menurut jumhur fuqaha’, selepas melepasi sempadan kampung.(Lihat al-Feqhul Wadhih, vol 1, Dr. Mohd. Bakar Ismail)

Menurut sebahagian ulama’ Kufah, boleh mengqasar sembahyangnya apabila dia sudah bersiap untuk bermusafir, walaupun masih berada di dalam rumahnya. Ada pula yang berkata, mulai dia bergerak untuk bermusafir. (Lihat koleksi Hadis Hukum, vol 4, Prof. T.M Hasbi, As-Shiddieqy)
Dr. Wahbah al-Zuhaili mengatakan dengan ittifaq ulamak tentang perlunya melepasi sempadan kampung. (Lihat al-Feqh Islami Wa Adillatuh, vol 2)

Kesimpulannya para ulamak berselisih pendapat mengenai jarak membolehkan qasar atau jamak, hingga mencecah 30 pendapat. Adapun pendapat yang mengatakan bahawa jaraknya sejauh satu farsakh ada dasarnya, malahan ramai pentahqiq memilih pendapat ini.

Jumhur ulamak pula mensyaratkan boleh qasar setelah melepasi sempadan kampung. Sebahagian kecil ulama’ tidak mensyaratkan. Dua masalah di atas, adalah masalah khilafiyah yang timbul ketika para ulamak masing-masing memahami hadis-hadis mengenainya. Dan dasar yang membolehkan qasar ialah firman Allah Taala di dalam surah al-Nisaa’:100, serta beberapa hadis nabi s.a.w.

Baca Seterusnya......