Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, April 28, 2010

ASHABUL YAMIN

Adapun golongan ‘Ashabul Yamin’ atau golongan kanan iaitu orang yang menerima kitab catatan amalannya di dunia ‎dari tangan kanan. Mereka ialah golongan orang-orang soleh, abrar ataupun ‎golongan ‘muflihun’. Adapun golongan ‘Ashabul Yamin’ adalah orang-orang ‎yang memiliki sekurang-kurangnya Iman dan mereka juga adalah orang ‎yang amal kebajikannya melebihi kejahatannya. Sekalipun golongan ini ‎terlepas dari azab neraka, namun mereka tidak terlepas menerima hisab ‎dari Allah swt. Mereka agak lambat untuk menempuh ‘titian siraat’ ‎disebabkan oleh pemeriksaan terhadap mereka.‎

Diterangkan bahawa di atas titian ‘Shiratul Mustaqim’ terdapat lima ‎tempat pemeriksaan. Dan lima tempat pemeriksaan itu dijaga oleh para ‎malaikat yang tugasnya memeriksa setiap hamba Allah. Bayangkanlah ‎bagaimana sekiranya kita terhenti di kelima tempat pemeriksaan itu? ‎Sedangkan sehari di Akhirat dinisbahkan seribu tahun di dunia.‎

Sebab itu tidak hairan mengapa orang-orang ‘Muqarrabin’ itu tidak mahu ‎menjadi orang Soleh. Kerana orang Soleh, walaupun masuk ke Syurga, ‎terpaksa dihisab terlebih dahulu. Ini sudah tentu menyusahkan mereka. ‎Sebab itu mereka lebih suka untuk mati syahid dalam mempertahankan ‎agama Allah swt. Sebab orang yang mati syahid, langsung dimasukkan oleh ‎Allah swt. ke dalam Syurga.‎

Terpaksa terhenti untuk dihisab di ‘Shiratul Mustaqim’ adalah merupakan ‎penderitaan dan azab bagi golongan Muqarrabin. Oleh sebab itu di dalam ‎kitab terutama kitab-kitab Tasawuf diterangkan bahawa kebaikan yang ‎dibuat oleh orang abrar atau orang Soleh adalah merupakan kejahatan bagi ‎golongan Muqarrabin. Bagi golongan Muqarrabin, sesuatu hal yang dianggap ‎halal tetapi menyebabkan akan dihisab, itu adalah suatu kejahatan.‎

Untuk mengukur mudah atau tidaknya menjadi orang yang soleh, marilah ‎kita lihat kenyataan Al Imam Ghazali. Al Imam Ghazali mengatakan bahawa ‎orang yang hendak menjadi orang yang Soleh itu mestilah 24 jam yang ‎Allah s.w.t. peruntukkan kepadanya, 18 jam diisi dengan amal baik. Hanya 6 jam ‎saja waktunya itu digunakan untuk melakukan hal yang mubah (harus).

Apatah lagi jika ingin menjadi orang-orang Muqarrabin.‎

0 comments: