Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, April 13, 2010

(JK antara Agama) Akhirnya Islampun UMNO Gadaikan

Oleh ramziredang

"Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Antara Agama dan ianya di bawah tanggungjawab Dr Koh Tsu Koon. Tertubuhnya Jawatankuasa Antara Agama adalah kemenangan awal perjuangan IFC atau nama asalnya IRC(Inter Religous Council). IRC mula diperjuangkan pada tahun 2001 oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism (MCCBCHS). Kemudian ianya disokong kuat oleh Majlis peguam. Antara tokoh popular yang menyelitsama menyokong adalah Zulkifli Nordin(Sila rujuk blog beliau).

Antara 'niat' awal IRC adalah meminda, mengubah atau menilai semula asas ajaran agama Islam yang dianggap bertentangan dengan Hak Asasi Manusia, terutama dalam kebebasan beragama(kebebasan untuk murtad), kuasa mahkamah syariah dan memberi ruang seluas luasnya dalam mencampuri hal ehwal agama Islam.

Di bawah adalah antara agenda awal IRC :

1. Ibubapa (Islam) tidak berhak menentukan anaknya Islam selagi mereka belum akil baligh.
2. Sesiapa yang masuk Islam bebas keluar dari Islam dan tindakan tidak boleh diambil terhadap mereka.
3. Kes pertukaran agama dan hal hal berkaitan hendaklah dibicarakan di mahkamah sivil, tidak di mahkamah syariah.
4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
5. Orang Islam boleh keluar agama Islam jika ingin berkahwin dengan bukan Islam. Orang bukan Islam pula tidak boleh dipaksa menganut agama Islam jika ingin berkahwin dengan orang Islam.
6. Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya.
8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. Kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah-rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan-peraturan tertentu.
9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
10. Membenarkan pengedaran Bible dalam bahasa Malaysia.
11. Mata pelajaran hindu, buddha, kristian atau sikh hendaklah dibenarkan diajar di semua sekolah
12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang- orang bukan Islam.
14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Mesej utama dari penubuhan antara agama adalah, UMNO sendiri tidak memahami Islam dan Islam yang dianuti oleh UMNO tidak bisa dijadikan satu naungan untuk memperjuangkan semua rakyat yang berbilang agama di Malaysia. Kini jika ada permasalah atau pertembungan isu berkaitan agama, maka ianya akan dirujuk kepada JK Antara agama. Ianya akan diputuskan oleh jawatankuasa tersebut. Jadilah ia seolah olah Islam dan agama lain adalah setanding.

Dalam isu ini saya sangat respek kepada Ibrahim Ali yang menentang penubuhannya. Lain pula dengan Yb Zul yang dengan 'santai dan aman damai'nya menyokong penubuhan JK tersebut.

Satu masa nanti akan dapatlah kita lihat, mufti Harussani akan duduk semeja dengan mufti buddha, mufti hindu atau mufti Kristian, berbincang untuk mengeluarkan fatwa yang dipersetujui bersama oleh Jawatankuasa Antara Agama.

Tepuk dada, tanyalah UMNO


sweat

0 comments: