Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, December 24, 2010

Filem Lucah DiSiarkan Di Airport Bangladesh !


Shahjahal International Airport
Orang ramai yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Shahjalal, Bangladesh terpinga-pingan dan terkejut apabila skrin terminal utama lapangan tersebut menyiarkan filem porno selama 5 minit pada pagi jumaat lalu.

Ekoran dari kejadian itu, operator penyiarannya telah dipenjara serta merta selama 2 bulan. Satu siasatan sedang dijalankan terhadap kejadian itu.

Skrin itu digunakan bagi menyiarkan dokumentari berkenaan negara Bangladesh kepada para pengunjung. Sudah tentu terdapat banyak cakera padat filem lucah di dalam bilik operasi penyiaran itu yang diletakkan pada bekas yang salah.

Saya pernah mengalami kejadian yang sama ketika berada di sebuah pasaraya besar di Montpellier, France. Skrin TV yang dipamerkan pada sudut barangan elektronik dan elektrik menyiarkan filem lucah. Setelah orang ramai memprotes, kelam kabut mereka menukarnya serta memohon maaf pada pengunjung atas kesilapan yang tidak di sengajakan.

Tetapi kejadian itu berlaku di Perancis, sebuah negara eropah yang berfikiran terbuka dan dipenuhi oleh manusia yang tidak percayakan Tuhan. Apabila kejadian seperti itu berlaku di negara yang majoritinya Islam, ia "tidak sepatutnya" berlaku. Kejadian tersebut hanya mendatangkan aib kepada rakyat Bangladesh yang hampir 100% beragama Islam. Baca maklumat asal dengan klik di sini.

0 comments: