Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, December 5, 2010

Sedu (hiccups) : Penyebab Sedu dan cara merawat Sedu

Sedu (hiccups) berlaku apabila diafragma, otot yang mengawal pernafasan kita, menjadi kejang, mengecut dan tidak boleh dikawal, otot-otot diafragma mengecut dengan mendadak dan tidak disengajakan. Biasanya, tindakan ini berulang banyak kali. Satu bunyi pelik (hic) dihasilkan.


Bunyi disebabkan oleh epiglotis yang tertutup secara tiba-tiba apabila udara masuk ke trakea . Kebiasaannya, Sedu ialah bukanlah sesuatu yang menyakitkan, tetapi ia boleh menjadi masalah apabila ia berlaku dalam masa yang agak lama. Ia juga membuatkan kita akan berasa tidak selesa.

Biasanya, apabila saya sedu (hiccups), saya hanya meminum dua gelas air dan ia hilang
(kadang-kadang tidak menjadi) Tetapi dalam kes-kes serius, kaedah ini tidak cukup.
Terdapat juga petua yang terkenal untuk hilangkan sedu, tarik nafas sedalam yang boleh, lakukan 3 atau 4 kali. Pastinya sedu anda beransur hilang selepas itu. Namun, itu juga mungkin tidak akan menghilangkan sedu anda dengan cepat. Jadi elakkan perkara-perkara yang boleh menyebabkan sedu.

Perkara-Perkara yang boleh menyebabkan Sedu ialah :

Jika anda cuba ingat, anda mesti pernah membuat satu daripada tindakan-tindakan yang dinyatakan di bawah sebelum mendapat sedu.

1. Makan dengan amat cepat,
2. Makan sesuatu yang panas tetapi setelah itu meminum air sejuk,
3. Terisak-isak atau menangis - kerana makan makanan yang sangat pedas,
4. Makan makanan yang sangat panas,
5. Meminum alkohol atau soda berlebihan,
6. Batuk dengan teruk,
7. Ketawa dengan teruk.

0 comments: