Sumber jalanpulang1978.blogspot
Kekurangan beras bakal berlaku dalam tempoh terdekat!
Dinasihatkan supaya rakyat Malaysia membeli stok beras secukupnya kerana keadaan banjir di Thailand dan kawasan bersama sempadan Kemboja semakin buruk.
Setakat ini lebih 65 ribu hektar kawasan penanaman padi merangkumi Dataran Mekong hingga ke Bangkok sejauh 280 kilometer ditenggelami banjir.
Thailand telah pun mengumumkan kekurangan stok beras yang menyusut mendadak dari 38 juta tan metrik pada September kepada hanya 21 juta tan metrik, pengurangan lebih 30 peratus.
Maka dengan ini penduduk Malaysia dinasihatkan agar berjimat serta mengurangkan pembaziran dari segi penyediaan makanan berasaskan beras.
Singapura telah mengeluarkan kenyataan kepada rakyatnya semalam supaya bersedia dengan kekurangan import beras dari Thailand dan Vietnam serta kenaikan harga bakal dialami dalam beberapa hari ini.
Harga beras import di Singapura adalah SGD9 hingga SGD14 (RM23 hingga RM 32) untuk bungkusan lima kilogram.
0 comments:
Post a Comment