Demikian iltizam ekonomi Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Lim Guan Eng di Majlis Penerangan Bajet Pakatan Rakyat Pulau Pinang 3M dan sumbangan RM100 Pelajar Emas yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri.
Guan Eng berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang berjaya melangsaikan kira-kira RM600 juta hutang kerajaan negeri dalam masa tiga tahun; berbanding hutang kerajaan persekutuan yang naik sebanyak 71 perarus dalam tempoh yang sama, iaitu dari RM266 bilion (2008) melebihi RM437.2 bilion (2011).
"Dari RM630.13 juta yang ditinggalkan oleh kerajaan negeri (Pulau Pinang) Barisan Nasional pada Mac lalu, kita (Pakatan Rakyat) berjaya mengurangkan sehingga 95 peratus atau RM29.66 juta (baki hutang).
"Seperti di Pulau Pinang, Barisan Nasional tidak langsai balik RM630.13 juta (hutang), RM600 juta keuntungan yang sepatutnya dinikmati rakyat terpaksa dibayar (hutang).
"Untuk melangsaikan hutang negara, setiap rakyat (yang berjumlah kira-kira 28 juta) secara purata menanggung hutang lebih RM16,300 jika Barisan Nasional terus memerintah Putrajaya.
"Dengan rekod urus ekonomi negeri Pulau Pinang yang cemerlang ini, kita (Pakatan Rakyat) yakin mampu mengurangkan hutang negara yang sekarang berjumlah RM437.2 bilion sekiranya dipilih rakyat (bagi) menggantikan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum depan kelak," ujarnya Sabtu lepas di dewan rakyat tingkas atas Pasar MPPP Jln.Patani, Georgetown.
Beliau berkata, langkah penjimatan, anti rasuah serta wibawa dan integriti merupakan antara faktor utama Pakatan Rakyat Pulau Pinang boleh mengurangkan hutang terkumpul kerajaan negeri.
"Kita memang kurang pengalaman (jika dibandingkan dengan Barisan Nasional), sebab itu kita tidak rasuah, amal tender terbuka, berjimat cermat dan amal integriti.
"Hasil penjimatan dan keuntungan pelaburan inilah yang disalurkan kembali kepada rakyat melalui sumbangan kepada warga emas, orang kelainan upaya (OKU), waris warga emas yang meninggal dunia, pelajar emas dan terbaru (Program) Anak Emas menerima RM100 mulai tahun depan," ujar beliau.-Pd
0 comments:
Post a Comment