Hal ini bermakna sejak lebih sedekad, seorang atau dua lelaki daripada 100 yang mengambil vitamin E dijangka mendapat kanser prostat, kata penyelidik yang hasil kajiannya diterbitkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.
“Jika anda sudah cukup dengan vitamin ini dalam sistem anda, pengambilannya secara berlebihan tidak akan membantu langsung malah jika terlalu berlebihan akan mendatangkan mudarat,” kata seorang penulis kajian itu, Eric Klein dari Klinik Cleveland.
Kajian itu mendapati wanita tua yang mengambil vitamin yang pelbagai mempunyai kadar kematian lebih tinggi sedikit berbanding dengan mereka yang tidak mengambilnya.
“Keputusan mendapati mengambil vitamin bukan hanya tidak membantu tetapi boleh memberikan mudarat kepada mereka yang tidak mengalami kekurangan vitamin," tambah Klein.
Klein dan rakan penyelidiknya tidak jelas bagaimana vitamin E boleh meningkatkan risiko kanser prostat dan kajian terdahulu tidak menunjukkan sebarang bahaya vitamin itu.
0 comments:
Post a Comment