Sumber arenakereta.com
Seperti dijangkakan kesan daripada insentif menarik yang dikemukakan dalam Bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru ini, Honda Malaysia telah mengumumkan akan membawa masuk model sporty CR-Z ke pasaran tempatan mulai bulan November depan. Saya sememangnya teruja dengan penampilan Honda CR-Z sejak kali pertama ia diperkenalkan, namun paling dinanti-nantikan sudah tentu harga yang bakal ditawarkan setelah duti import dan eksais dikecualikan.
Jika Honda Insight dijual dengan harga berpatutan di bawah RM100k, diharapkan CR-Z juga akan ditawarkan pada harga mampu milik. Sebuah model sporty dua pintu dengan enjin hibrid berprestasi (1.5 liter i-VTEC dengan sistem hibrid IMA, 122hp & 174Nm), peminat Honda sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang memilikinya. Pelepasan cukai untuk kereta hibrid belum pasti akan dilanjutkan tempohnya selepas 2013, jadi elok kiranya kita ambil kesempatan yang ada.
0 comments:
Post a Comment