Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, January 14, 2012

Pakatan tawar luaskan konsep FELDA bela peneroka jika kuasai Putrajaya di PRU13


PAKATAN Rakyat bercadang memperluaskan konsep Felda Plantations dengan tanahnya dibuka khusus kepada warga Felda.

Pengerusi Jawatankuasa Khas “Tawaran Jingga” Dr Dzulkifly Ahmad menjelaskan, pengubahsuaian konsep itu merangkumi khusus generasi peneroka Felda yang menyaksikan 830,000 ekar tanah akan dibuka kepada peneroka baru dari kalangan generasi kedua dan ketiga peneroka.

Salah satu dari empat jalan penyelesaian masalah peneroka terima penindasan Felda itu diumumkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-3 di Stadium Tertutup Sultan Abdul Halim dekat Alor Setar, Kedah.

Tiga penyelesaian lain adalah Pakatan Rakyat bersedia untuk mengkaji semula beban hutang yang ditanggung oleh kaum peneroka selain memastikan keuntungan dikongsi secara adil oleh peneroka sendiri.

Pakatan mahu menghentikan kezaliman dan penyelewengan Felda pada era Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang.

“Sekian lama, warga peneroka dibebankan dengan hutang sedangkan keuntungan hasil penat lelah mereka disembunyikan.

“Beban hutang ini, akan dikaji semula. Segala penyata pendapatan peneroka juga akan dikemukakan bersama dengan kos sara hidup dan kos pembangunan,” ujarnya dipetik dari buku ‘Tawaran Jingga’.

Ketiga, Pakatan Rakyat tekad menawarkan Skim Perumahan Selesa Warga Felda.

“Pakatan Rakyat menjunjung hak rakyat memiliki perumahan mampu milik yang selesa.

“Skim perumahan selesa untuk warga Felda akan menjadi mercu tanda anjakan ekonomi dan sosial warga Felda dengan memberi tumpuan kepada hak perumahan generasi kedua dan ketiga (peneroka) Felda,” ujarnya.

Penyelesaian keempat dan terakhir, menurut beliau, Pakatan Rakyat mahu menghenyikan penipuan hasil dan kiraan kadar perahan gred (KPG) yang didakwa menipu seluruh warga Felda.

“Reformasi menyeluruh untuk menukar sistem KPG akan dibuat selaras degan perjuangan Keadilan selama ini yang membela hak warga Felda (bagi) mendapat KPG sehingga 28 peratus, seperti kemenangan kes di Felda Kemahang 3,” ujarnya.

Komitmen Pakatan Rakyat bersama peneroka Felda yang majoriti Melayu dijangka bakal menggoyahkan tapak sokongan Umno Barisan Nasional di pilihan raya umum ke-13.


0 comments: