Ramai pasti yang tertanya bilakah tarikh Pilihanraya Umum Ke 13. Ramai pemerhati politik mengatakan yang pilihanraya umum 13 bakal jatuh pada tahun 2012. Itu sudah hampir pasti. Tetapi yang jadi persoalan. Bilakah tarikh yang sebenar-benarnya?
Memang daripada dulu lagi kalau dah namanya Perdana Menteri Malaysia, sudah jadi amalan di Malaysia tarikh pilihanraya umum akan menjadi hak mutlak kepada seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia, kalau sekarang pastilah kuasanya diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menentukannya “tarikh keramat” tersebut. Ia tidak boleh dikongsikan dengan rakyat Malaysia sendiri apatah lagi terhadap pembangkang jauh sekali.
Pilihanraya secara umumnya akan berlangsung 5 tahun sekali. Tidak kira di negara-negara jiran kita sehinggalah ke negara maju :
- Thailand
- Filipina
- Indonesia
- Jepun
- China
- Britain
- Amerika
Mereka akan umumkan tarikh pilihanraya umum jauh lebih awal iaitu sekurang-kurangnya setahun daripada berlangsung pilihanraya umum di negara mereka.
Apa Yang Bagusnya Kalau Diumumkan Lebih Awal Pilihanraya Umum?
- sekurang-kurangnya supaya semua pihak dapat mempersiapkan diri dan jentera sebaiknya
- ini lebih adil kepada semua parti-parti yang bertanding
- termasuklah perkara yang melibatkan perancangan perkara besar termasuklah kos yang sangat tinggi
- rakyat sendiri pun lebih mudah untuk “merancang”
Sebenarnya, apabila tibanya pilihanraya umum ke 13 nanti semua kita di sini yang bergelar rakyat Malaysia merangkap pengundi adalah juga merupakan pemegang saham (shareholder) kepada sebuah syarikat yang bernama Malaysia. Manakala menteri-menteri serta wakil rakyat, baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat adalah ahli lembaga pengarah dan Perdana Menteri diibaratkan sebagai pengarah.
- Anda-anda semua ini yang merupakan “pemegang saham” mempunyai kuasa melalui saham (undi) dalam perlantikan ahli lembaga Pengarah sesebuah syarikat.
- Dan dengan saham (undi) itu jugalah mampu menukar pengarah mahupun ahli lembaga pengarah yang tidak menunjukkan prestasi yang baik
Kalau sebelum ini, ramai pemerhati politik mengatakan termasukklah akhbar Reuters sendiri buat ramalan pilihanraya umum ke 13 akan berlangsung sekitar bulan Mac 2012 ini.
Ramalan Tarikh Pilihanraya ke 13 (PRU). Antara Faktor Yang Diberikan Mereka :
- Malaysia sebenarnya sedang berdepan dengan ekonomi yang semakin lesu
- Berlakunya pergeseran dalaman Umno sendiri yang semakin ketara (mesti diadakan sebelum pemilihan UMNo yang dijangka awal tahun 2013)
- pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II
Walaubagaimanapun, berita terbaru melalui laporan Wall Street Journal (WSJ) menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum lagi bersedia untuk membuat pilihanraya umum ke 13 selagi tranformasi ekonomi yang ingin beliau laksanakan belum lagi berjaya.
2 petikan daripada kenyataan Datuk Seri Najib Razak kepada Wall Street Journal (WSJ) yang menarik perhatian kami :
“You can have all the polling numbers but you must have the sense that this is the right time.
“I hope it will be the right time soon enough, but we still have to deliver on our promises and it’s important for people to have the feeling that the reforms we have promised will actually benefit them,” he said.
Rupanya lambat lambat lagi ilham Perdana Menteri untuk mendapatkan tarikh pilihanraya umum ke 13 yang sesuai. Dan hati kecil kami juga merasakan yang pilihanraya umum ke 13 tidak akan dijalankan dalam masa yang terdekat iaitu bulan Mac 2012 ini
- PRU mustahil sebelum 15 April 2012 sebab baucer BR1M hanya sah sampai 15 April 2012. Kalau buat PRU sebelum 15 April 2012, kerajaan akan bertukar, polisi akan bertukar dan baucer BR1M tidak boleh ditunaikan lagi kerana BR1M itu janji BN bukan janji pembangkang
- Kami belum dengar lagi arahan cuti dibekukan untuk Polis buat masa ini
- Walaubagaimanapun, terdapat cakap-cakap dikalangan SPR memberikan gambaran pilihanraya umum ke 13 tidak akan didakan pada bulan MAC, dan sebenarnya tak perlu tunggu cuti sekolah juga
- Tetapi yang pastinya SPR pun dah mula bersedia apabila tempoh parlimen dah masuk usia 4 tahun
Itu hanya beberapa perkiraan yang diambil oleh kami buat masa ini. Yang hampir pastinya, pilihanraya umum ke 13 akan dijalankan pada tahun ini.
0 comments:
Post a Comment