Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, January 4, 2012

Ustaz Azhar Idrus Main Guitar Layan Zizan - Sambutan Tahun baru


Masa kecik-kecik dulu apabila main giutar sentiasa ada perasaan bersalah. Pendapat popular dipegang oleh ulama-ulama tua kampung adalah permainan muzik bertali itu hukumnya haram. Serunai juga haram dan kalau gendang pula tak boleh tertutup kedua belahnya, haram. Kalau gendang tertutup sebelah saja macam kompang tu ok. Kalau tok-tok imam tengok anak-anak muda bermain guitar tepi jalan tentu ditegurnya.

Kini pendapat sederhana yang membenarkan permainan alatan muzik semakin mendapat tempat di hati para ustaz. Ulama juga semakin berlembut dengan hukum bermain alat muzik ini. Begitu juga aktiviti mendengar permainan alatan muzik seperti konsert dan sebagainya menjadi lebih terbuka dan diterima baik.

Semuanya boleh asalkan kita dapat memelihara diri daripada menjadikan diri kita lalai. Ada ulama yang memfatwakan muzik boleh saja asalkan ianya tidak menyebabkan diri kita lalai daripada mengingati Allah. Ayat mengingati Allah itu sebenarnya amat berat, dalam keadaan kita tidak mendengar muzikpun kita sering tidak mengingati Allah dan kadangkala ketika bersolat pun kita sering tak mengingati Allah.

Tak perlu mendengar atau bermain muzik untuk tidak mengingati Allah sebenarnya, kalau jiwa tu keras hitam dan gelap sambil baring tengok silingpun tak terlintas untuk mengingati Allah. Barangkali ayat yang sesuai adalah janganlah kita bermain atau mendengar muzik sehingga menimbulkan rasa lemas jiwa, layan sampai tak lalu makan, sedih sampai nagis teresak-esak dan lupa makan minum serta anak isteri. Macam Zizan kata "jangan sampai jadi najis".

Tengok macam mana Ustaz Azhar Idrus main guitar ketika program sambutan tahun baru 2012 baru-baru ini kat bawah. Aksi Ustaz Azhar Idrus tersebut telah dituduh cuba menyebarkan ajaran sesat oleh seorang blogger Umno kat sini.

0 comments: