Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, September 30, 2010

Rare pink hippo spotted in Kenya

A rare pink hippopotamus swims in a river with its mother in September 2010 in the Masai Mara National Reserve, Kenya
The rare pink hippopotamus stands next to a river in the Masai Mara National Reserve, Kenya Photo: BURRARD-LUCAS / BARCROFT

It's more than just a hallucination when you've had a drink too many -- pink hippos are real! A very rare pink hippopotamus was spotted by nature photographers Will and Matt Burrard-Lucas during a visit to the Masai Mara in Kenya. Spotting the animal was lucky for at least two reasons -- first, their guide had heard rumors about it, but didn't know where to find it, and second, animals that suffer this condition don't usually live very long. But you might be surprised to know that this is not albinism, but something else entirely.

Rather than albino, the young hippo is actually leucitic -- it has some pigmented spots, especially along its back and head, and has dark eyes whereas albino animals have blue eyes. Usually, animals with these conditions don't survive since they're easily spotted by predators. However, who messes with a hippo, even if it is pink??

This one is young, but the photographers report that it is also quite shy, keeping close to its mother. And mother hippos are known for being extremely protective. I think this little one is safe for now.

pink hippo photo
The Burrard-Lucas brothers state, "Being an animal that is so strikingly different often results in a hard life; these creatures frequently become outcasts, rejected by their conventionally colored peers. In this case however, we were relieved to note that the other hippos seemed to be treating the pink hippo just like any other."

Baca Seterusnya......

Lotong mula jaga Sukan Komanwel

Oleh Kosmo




NEW DELHI - Ketika 100,000 pengawal keselamatan dikerahkan untuk menangani sebarang ancaman militan, 10 ekor lotong semalam memulakan tugas di luar beberapa lokasi bagi mencegah monyet lain daripada menjejaskan kemeriahan Sukan Komanwel XIX.

Bilangan haiwan itu akan dipertingkatkan dalam tempoh beberapa hari sehingga majlis pembukaan sukan tersebut pada Ahad ini.

Kehadiran monyet sering mengganggu kehidupan penduduk New Delhi terutama di timur ibu negara India itu dan satu serangan pada 2007 menyebabkan timbalan datuk bandar, S.S Bajwa maut terjatuh dari rumah teresnya.

Lotong kelabu ialah sejenis monyet gergasi dengan muka berwarna gelap menjadi penawar popular bagi mengusir spesies monyet lain. Majlis Perbandaran New Delhi menggunakan taktik lama untuk menakutkan primat kecil dengan menggunakan khidmat lutung.

"Kami menempatkan 38 ekor lotong dan ia cara berkesan menghalau monyet-monyet biasa. Kami menyewa haiwan ini dengan jurulatihnya dan sebaik tugas berakhir, haiwan-haiwan itu akan balik ke tempat asal," kata jurucakap majlis perbandaran itu, Anand Tiwari

Seekor lotong kini mengawal ibu pejabat jawatankuasa pengelola Sukan Komanwel 2010 di sini manakala beberapa ekor lagi haiwan itu dilihat sudah diletakkan di hadapan Stadium Talkatora dan Stadium Nasional.

Lotong sering digunakan sebagai pengawal di beberapa bangunan pejabat di New Delhi dan kebanyakan jurulatih untuk haiwan itu pula berasal dari negeri Rajasthan.

Selain monyet, tikus juga menjadi ancaman sehingga menyebabkan pihak berkuasa bandar raya itu melancarkan operasi dengan memasang 600 perangkap dan 100 kilogram racun tikus untuk membersihkan semua lokasi sukan. - Agensi


Baca Seterusnya......

Shattered Leg Rebuilt Using Stem Cells

Thomas Moore, news.sky.com

A groundbreaking surgical technique has been used to rebuild the leg of a woman who suffered a bad break in a hit-and-run accident.

Diane Stuttard had been told she would have to have her leg amputated after 11 operations failed to fix her bones.

But in a world first, surgeons used her own stem cells to repair the damage - and lengthen the shattered limb.

"I was advised to have the leg amputated by the surgeon in Leeds, but thankfully I said I wanted to wait until I had exhausted all avenues," she told Sky News.

"I'm glad I did because this stem cell technique has come up and now it's my chance to get it right."

It would be absolutely amazing to walk down the street without crutches and get back to some form of normality.

Diane Stuttard

Diane was hit by a car while walking home after a night out in 2001.

She was carried on the bonnet for three-quarters of a mile before being pushed off by the front-seat passenger.

Her left tibia and fibula - her lower leg bones - were badly broken.

Scans revealed that 6cm of her bone had become infected and died, preventing the fracture from healing.

In a pioneering operation at the Spire Alexandra Hospital in Kent, surgeons first removed the dead tissue, then clamped Diane's shinbone back together.

They then took a sample of bone marrow from her pelvis and purified stem cells.

Diane Stuttard (R)

Diane: 'I want to go walking, and mountain climbing.'

These were mixed with Surgifill, a unique gel that traps the cells against the fracture.

Within days they start to form healthy new bone, healing the break.

To lengthen Diane's leg surgeons then had to cut into a healthy section of bone, inject more stem cells into the break, and then use a hi-tech scaffold to gently pull apart the bone so that it grows one centimetre a month.

Orthopaedic surgeon Mr Anan Shetty is optimistic about her chances of making a good recovery.

"I feel it's pretty good," he said.

"I am confident the fracture will join up. We managed to cut out all the dead bone and get into bleeding bone, which means that it is healthy.

"We also managed to use stem cells that will stimulate the bone to grow quicker."

It is the first time the combination of stem cells, Surgifill and the leg-lengthening technique have been used.

Diane contacted Mr Shetty after seeing a Sky News report about an earlier operation in which he used stem cells to save the leg of a climber.

It will be 18 months before surgeons can be sure that Diane's bones have properly healed.

Diane says it is her last hope.

"If this doesn't work, it would have to be an amputation," she said.

"But I've not wanted to give up. There is so much I want to do. I want to go walking, and mountain climbing.

"It would be absolutely amazing to walk down the street without crutches and get back to some form of normality."


Baca Seterusnya......

Kepemimpinan suatu amanah berat, sarat tanggungjawab

Oleh Lokman Ismail


DALAM negara atau organisasi yang mengamalkan dasar demokrasi, pemimpin dipilih sendiri oleh rakyat atau ahli. Bakal pemimpin menawarkan diri untuk dipilih dan berkhidmat. Mana-mana calon yang mendapat undi majoriti, maka dialah yang dilantik menjadi pemimpin.

Untuk memilih pemimpin, perlulah dilakukan dengan cara betul supaya pemimpin yang dipilih itu dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Pemimpin yang baik sentiasa dikasihi rakyat kerana dia sentiasa mengambil berat soal kebajikan rakyat iaitu pemimpin yang sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat berbanding kepentingan peribadi.

Kepemimpinan adalah amanah yang cukup berat dan sarat dengan tanggungjawab. Tanggungjawab dan kewajipan yang terpikul di bahu setiap pemimpin berbeza-beza bergantung kepada kedudukan atau kuasa yang diamanahkan kepadanya.

Sebenarnya, sebahagian besar kita adalah pemimpin. Suami menjadi pemimpin dalam keluarga. Malah dijelaskan bahawa jika dua orang melakukan urusan bersama, maka salah seorang perlu dilantik menjadi pemimpin.

Apa pun tahap kepemimpinan, kita tidak boleh memandang mudah dengan amanah yang diberikan itu. Sebaliknya jadilah seorang pemimpin yang sentiasa ingin melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin.

Sebagai pemimpin, mereka mempunyai tanggungjawab yang amat berat, lalu sebahagian mereka tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik. Sesungguhnya hanya mereka yang bertakwa dan ikhlas saja yang dapat menjalankan tugas sebagai pemimpin yang baik. Hal ini kerana mereka yakin akan berdepan dengan persoalan Allah mengenai urusan yang diamanahkan kepadanya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Setiap kamu merupakan pemimpin yang kamu semua bertanggungjawab terhadap orang di bawah jagaanmu. Seorang pemerintah ialah pemimpin dan dia bertanggungjawab terhadap rakyatnya, seorang suami ialah pemimpin kepada keluarganya dan bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya.

“Seorang isteri ialah pemimpin dalam rumah suaminya dan bertanggungjawab terhadap orang di bawah tanggungannya. Soal khadam ialah penjaga harta tuannya dan bertanggungjawab terhadap apa di bawah jagaannya. Jadi, setiap kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap perkara yang dipimpinnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Sebenarnya, pemimpin yang bertanggungjawab tidak meminta sebarang keistimewaan untuk dirinya. Malah dia tidak menganggap dirinya lebih baik daripada orang lain. Apa yang lebih bagi seorang pemimpin adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Mereka perlu adil dalam melaksanakan setiap tindakan dan keputusan yang dibuat.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya melaksanakan amanah terhadap ahlinya dan apabila kamu menjalankan hukum antara manusia (Allah menyuruh) kamu menghukum mereka dengan adil.” (Surah an-Nisa, ayat 58)

Pemimpin yang benar-benar memegang amanah akan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan mengikut keutamaan. Apabila dia menyelesaikan masalah, diteliti fakta dan bukti yang benar.

Pada masa sama, individu yang bergelar pemimpin perlu menjauhkan diri daripada melakukan amalan menabur fitnah dan janji dusta. Perbuatan itu wajib dijauhi kerana amalan ini boleh melenyapkan kebenaran dan menyembunyikan unsur kebenaran.

Pemimpin yang melakukan pembohongan hanya akan mendapat kemuliaan selagi perkara sebenar tidak terdedah. Namun, perkara yang buruk lambat-laun akan terdedah juga. Pembohongan akan merendahkan martabat pemimpin di mata rakyat. Jadi, jika ini lama berkuasa dan dapat menjalankan amanah dengan sempurna, pemimpin perlu menjauhkan sikap berbohong.

Ada pepatah mengatakan, ‘bercakap benarlah kamu, walaupun benar itu pahit, kerana kepahitan itu adalah penawar mujarab.’

Perlu diingat, sesiapa yang dipilih menjadi pemimpin bukan bermakna dirinya semua tahu. Seseorang dipilih menjadi pemimpin pada zaman ini mungkin hanya kerana kelebihan tertentu saja. Jadi, mereka perlu tawaduk dan merendah diri dalam semua tindakan.

Maka, untuk melengkapkan kepemimpinannya, pemimpin itu perlu melantik pakar dalam pelbagai bidang untuk menasihatinya. Pembantu atau penasihat yang dilantik sudah tentu boleh memberi khidmat terbaik dalam bidangnya.

Penasihat yang dilantik itu hendaklah berdasarkan kelayakan, bukan kenalan atau pertalian saudara. Islam melarang seseorang pemimpin melantik penasihatnya atau pegawainya berdasarkan kenalan rapat atau saudara mara sedangkan mereka tidak berkelayakan.

Seseorang yang diberi jawatan kerana saudara atau kenalan jarang mengambil kira kemahiran yang diperlukan. Mereka dilantik kerana untuk menjaga kepentingan peribadi atau individu tertentu.

Baca Seterusnya......

Solok Lada


Cara menyediakan solok lada:

  • 2 cawan kelapa basah di parut (kelapa yang tak berapa tua atau kulitnya masih hijau lagi).
  • Kisar 5 biji bawang merah, setengah inci halia, 1 biji bawang putih dan sedikit lada hitam.
  • Ikan tenggiri direbus dan ambil isinya sahaja.
  • Garam dan gula secubit. (kalau campur budu lagi sedap).
  • Gaulkan semua bahan di atas dengan telur ayam.
  • Gunakan cili hidup hijau yang dibuang bijinya dan sumbatkan bahan yang telah digaul tadi.
  • Rebus lada tersebut bersama sedikit santan. Gunakan api kecil sehingga masak.



Baca Seterusnya......

Betik dan Uban

Saat umur semakin bertambah, mau tak mau uban (rambut putih) pun bermunculan. Salah satu cara menghilangkannya adalah dengan mengecat rambut. Tapi bagaimana bila Anda alergik dengan cat rambut? Anda boleh mencuba cara lain, seperti mencuba khasiat daripada biji buah betik. Jika biasanya biji tidak digunakan untuk saat ini jangan dibuang! Ada baiknya Anda simpan untuk persediaan ketika uban mulai muncul. Berikut proses pembuatan biji betik untuk menghilangkan uban :

  • Jangan buang biji betik, bersihkan
  • goreng tanpa minyak biji 1 buah betik
  • Tumbuk halus kemudian campur dengan minyak kelapa secukupnya
  • sapu ramuan itu pada seluruh rambut dan kulit kepala
  • Bungkus rambut dengan tuala, biarlkan selama 2 jam
  • Bilas rambut hingga bersih
Lakukan 1 minggu sekali sampai dengan 3 bulan, umumnya uban akan tertutup dan uban Anda akan hiitam kembali.

Baca Seterusnya......

Wednesday, September 29, 2010

Measat disaman RM1.3 bilion

Oleh Malaysiakini

Sebuah syarikat pembekal peralatan sokongan televisyen tempatan hari ini mengemukakan saman RM1.3 bilion ke atas Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd, syarikat pembekal Astro dan Tele System Electronic (M) Sdn Bhd.

Saman difailkan di bahagian perdagangan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh firma guaman Watson Peters dan Mohd Fuad pada jam 10.25 pagi.

Hadir sama adalah ketua pegawai eksekutif AV Asia, V Vijayakumar dan perunding Chew Weng Kiat.

AV Asia Sdn Bhd mendakwa Measat dan Tele System mencabul perjanjian bersama yang tidak boleh didedahkan atau mutual non-disclosure agreement (MNDA) bertarikh 1 Ogos 2008.

Tele-system, adalah syarikat yang membekalkan perkhidmatan Astro dan piring Astro Byond kepada pelanggan Measat.

Perjanjian itu adalah supaya pihak plaintif dan syarikat Jepun, Maspro, membantu membangunkan sistem bagi mengurangkan masalah 'kaburan hujan' yang menggangu pengguna di negara-negara tropika, khususnya di Malaysia.

AV Asia, menggunakan perkhidmatan Maspro pada 1April, sebagai agen jualannya bagi mempromosi produk Maspro dan menjalankan kajian awal bagi memperkembangkan, mereka-bentuk dan membangunkan pring satelit bagi mengurangkan kaburan hujan.

Selepas menjalani ujian dan 'R n D' di piring satelit Measat itu, satu laporan pakar dibuat.

Maspro pada 1 Ogos 2008 memberikan hak esklusif kepada AV Asia untuk menghasilkan barangan kaburan hujan Maspro di Malaysia.

AV Asia mendakwa berikutan perjanjiannya dengan Measat, syarikatnya itu diberikan maklumat sulit dengan tujuan MNDA itu dan mengambil langkah-langkah sewajar bagi melindungi perjanjian sulit berkenaan.

Ia seterusnya mendakwa pada 7 Mei 2009, Measat menjemput pembida mengemukakan tender bagi membekalkan piring satelit yang dibentuk menerusi MNDA itu.

AV Asia juga berkata Measat telah mendedahkan maklumat sulit kepada pembida tender semasa tawaran kedua tender berkenaan.

Syarikat itu menuntut RM4.41 juta sebagai ganti rugi khas untuk R and D yang telah dibelanjakan firma berkenaan dan kehilangan pendapatan keuntungan yang dijangkakan sebanyak RM1.342 bilion.

Baca Seterusnya......

Patin Temerloh

Oleh Kosmo


DAERAH Temerloh, di Pahang cukup sinonim dengan ikan patin. Populariti ikan eksotik itu menyebabkan ia menjadi hidangan wajib di kebanyakan restoran-restoran di daerah tersebut termasuklah di gerai-gerai kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh di Lebuh Raya Pantai Timur.

Dengan erti kata lain, hidangan ikan patin boleh ditemui hampir di kebanyakan tempat makan di daerah itu. Ini termasuklah di gerai, warung, hinggalah hotel. Patin juga merupakan salah satu hidangan kegemaran penduduk tempatan.

Resipinya juga pelbagai. Patin boleh digoreng, masak gulai tempoyak, singgang, dibakar bersama tempoyak dan dipanggil pais patin. Fenomena ikan patin bukan saja menjadikan bandar kelahiran nasionalis negara, Ishak Haji Muhamad atau lebih dikenali sebgaai Pak Sako dan Sudirman itu terkenal, bahkan ia mengubah landskap Sungai Semantan.

Industri ikan patin sangkar di Temerloh boleh dilihat di sepanjang sungai tersebut. Dianggarkan terdapat lebih 100 sangkar ikan patin yang memberi peluang kepada penduduk menceburi bidang akuakultur.

Ikan patin Temerloh sama seperti ikan-ikan spesies itu di Asia Tenggara. Ia merupakan sejenis ikan air tawar tanpa sisik hampir menyerupai ikan keli. Patin termasuk dalam kategori spesies Pangasius Lanaurdi Bocourt.

Kulit ikan itu pula kebiasaannya berwarna perak, putih kebiru-biruan. Di Thailand, patin dikenali sebagai basa. Patin lazimnya hidup di lubuk air deras dan kawasan yang terdapat banyak rumpai air atau lumut sebagai sumber makanan.

Menternak ikan patin sangkar adalah bisnes yang menguntungkan di Temerloh. Bekalan ikan patin sentiasa dicari sama ada di pasar atau Pekan Sehari iaitu pasar pagi terpanjang di Semenanjung Malaysia, pasar raya atau di gerai-gerai ikan air tawar di sepanjang Sungai Pahang.

“Permintaan terhadap ikan patin adalah luar biasa jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain di Pahang,” kata salah seorang penternak, Abdul Halim Ismail, 45.

Menurut Abdul Halim, sambutan luar biasa tersebut menyebabkan para penternak patin kadangkala tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan.

“Saya sendiri ternak 1,200 ekor patin pada satu-satu masa dalam tempoh lapan bulan dan membekalkan sekitar 600 kilogram (kg) ikan patin setiap bulan untuk memenuhi permintaan suri rumah dan pengusaha restoran,” katanya ketika ditemui di sangkar patin ternakannya di Kampung Pangsenam, Temerloh baru-baru ini.

Ketika industri ikan patin sangkar tidak serancak hari ini, ramai yang tertanya-tanya mengapa sesetengah pengusaha restoran mengenakan caj yang mahal sekitar berpuluh ringgit untuk sepotong ikan patin.

Ikan patin liar mempunyai harga yang agak mahal kerana ia mempunya pasarannya yang tersendiri.

Namun, ini tidak bermakna ikan patin sangkar tidak istimewa. Ikan patin sangkar mempunyai sifat dan rasa yang berbeza daripada ikan patin yang diternak di dalam kolam. Lazimnya, ikan patin yang diternak dalam kolam mempunyai rasa lumpur dan hanyir.


PATIN Temerloh yang diternak di dalam sangkar ini mempunyai rasa yang enak kerana arus sungai yang deras.


Sebaliknya, ikan yang dipelihara di dalam sangkar membesar dalam Sungai Pahang. Rasanya jauh lebih enak berbanding spesies ikan yang sama di sungai-sungai lain di negara ini walaupun diberi makan pellet.

Terdapat empat jenis ikan patin liar di Sungai Pahang yang popular iaitu patin muncung yang berharga RM200 sekilogram (kg), patin buah RM100 satu kg dan patin lawang RM80 satu kg.

Resipi warisan keluarga

Sementara itu, pengusaha Gerai Pak Usop yang menyediakan menu ikan patin terkenal di Temerloh, Muhamad Alimi Adnan, 40, berkata, gulai tempoyak merupakan menu paling popular di kalangan penduduk tempatan.

“Setiap hari saya memasak 80 kg ikan patin dalam dua periuk besar untuk gulai tempoyak. Biasanya periuk pertama akan habis dalam masa satu jam, manakala periuk kedua pula akan habis dalam masa satu setengah jam,” ujarnya.

Muhamad Alimi menambah, ikan patin perlu dicuci bersih sebelum dimasak bagi menghilangkan bau hanyir.

“Resipi patin gulai tempoyak diwarisi oleh keluarga saya sejak turun temurun dan cara penyediaannya juga masih mengikut cara lama,” kata Muhamad Alimi yang mewarisi resipi tersebut selepas bapanya, Adnan Mamat atau lebih dikenali sebagai Pak Usop meninggal dunia sejak dua tahun lalu.

Gulai tempoyak ikan patin Gerai Pak Usop di Arked Majlis Perbandaran Temerloh dekat Lurah Semantan cukup terkenal di kalangan penduduk tempatan. Bahkan, ia juga menjadi sebutan di kalangan pengunjung dari luar.

Kepada seorang penggemar ikan patin yang juga eksekutif akaun, Haslindaroha Hawari, 29, rasa ikan patin lebih manis apabila dicampurkan dengan sedikit tempoyak.

“Sama ada masakan itu berkuah atau dipanggang, patin lebih sedap jika ditambah sedikit tempoyak dalam masakan walaupun dipanggang,” katanya yang menggemari gulai tempoyak, panggang sambal, asam pedas tumis, masak lemak cili api dan sebagainya.

Menurutnya, rasa ikan patin memang berbeza dengan ikan air tawar yang lain. Kebanyakan penggemar pula sangat suka makan bahagian perut ikan patin yang hanya mengandungi lemak tanpa isi.

“Menurut kata orang lama, lemak di bahagian perut ikan itu membantu melempabkan kulit wajah dan melambatkan kedutan serta mengatasi masalah jerawat,” katanya yang tidak pasti sejauh manakah kebenaran fakta tersebut secara saintifik.


ABDUL HALIM menunjukkan seekor ikan patin yang diternak di Kampung Pangsenam, Temerloh, Pahang.


Memandangkan potensi dan reputasi Temerloh yang menerima jolokan nama Bandar Ikan Patin, pelbagai usaha dilakukan untuk menjadikan daerah itu sebagai pengeluar utama ikan patin untuk pasaran di seluruh negara mahupun eksport.

Tembusi pasaran antarabangsa

Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah ketika dihubungi berkata, sebuah pusat pengumpulan dan pemprosesan ikan patin bakal dibina di daerah berkenaan di kawasan seluas satu hektar bernilai RM500,000 bagi menggalakkan industri itu.

Tambah Saifuddin, pusat tersebut juga akan dilengkapi sebuah kilang pemprosesan dan pembungkusan ikan patin.

“Industri ikan patin bukan hanya mengenai makanan tradisional seperti masak tempoyak semata-mata, ia perlu dipelbagaikan dengan menghasilkan makanan ringan, filet, bebola ikan, serunding dan sebagainya,” katanya.

Menurut Saifuddin, populariti Temerloh yang selalu dikaitkan dengan masakan ikan patin juga berpotensi menjadikan ia sebagai daerah pelancongan domestik mahupun antarabangsa. Pada masa sama, ia mampu menjana perkembangan ekonomi sekitar.

Ikan patin Temerloh kini berjaya menembusi pasaran Dubai, Arab Saudi dan United Kingdom walaupun bekalan semasa sebanyak 50 tan metrik setiap bulan masih tidak mampu memenuhi permintaan dalam negara.

““Ikan patin dari Temerloh mempunyai kualiti dan rasa tersendiri sehingga berjaya menarik ramai penggemar dari luar termasuk Kuala Lumpur dan lain-lain negeri untuk menikmati keenakan masakan.

“Jika usaha ini digerakkan bersama antara semua penduduk dengan menjadi penternak, Temerloh berupaya untuk dikenali sebagai pengeluar ikan patin terbaik di mata dunia,” katanya.


Baca Seterusnya......

Iran lancar Bot Terbang buatan sendiri

Oleh Tranungkite

Iran sekali lagi menggemparkan dunia sains dan teknologi. Walaupun dikenakan pelbagai sekatan antarabangsa , Iran telah melancarkan Bot Terbang buatan sendiri yang dilengkapi dengan senjata mesingan, teropong malam dan kamera video untuk tugasan peninjau dan pengawasan angkatan laut Iran.


********************

September 28, 2010

Flying boats delivered to IRGCN

Gambar lengkap di http://uskowioniran.blogspot.com/2010/09/flying-boats-delivered-to-irgcn.html

Domestically manufactured flying boats delivered to IRGC Navy

Tehran Times Political Desk

TEHRAN - A new squadron of flying boats was delivered to the Naval Force of the Islamic Revolution Guards Corps on Tuesday. Defense Minister Ahmad Vahidi said the boats of the Baver 2 squadron were designed by Iran’s naval and aviation industry organizations and Malek Ashtar University.

The flying boats can carry out reconnaissance and surveillance missions on the sea, he noted.

Each boat is equipped with a machine gun, regular and night-vision binoculars, and video cameras that can transmit images, he explained.

Iran plans to manufacture the next generation of flying boats in the near future, Vahidi stated

Sumber : http://www.tehrantimes.com/index_View.asp?code=227577


Baca Seterusnya......

Video: Kereta Lotus Terbakar Di GP Singapura Kelmarin

Oleh Kelab GB

Grand Prix Singapura berakhir dengan suram buat Lotus Racing apabila jentera Heikki Kovalainen terbakar pada pusingan terakhir sekaligus menyaksikan kedua-dua pemandu pasukan itu gagal menamatkan perlumbaan.

Jarno Trulli sebelum itu menghadapi masalah kegagalan hidraulik pada lap 26, menamatkan cabaran beliau selepas permulaan yang baik pada awal perlumbaan.

Walaupun dihalang oleh pelbagai rintangan, prinsipal pasukan itu, Tony Fernandes tetap positif.

"Perlumbaan malam ini menandakan satu anjakan ke hadapan buat kami," ujar Tony.

"Kami akan menggunakan semua yang dipelajari hari ini untuk memastikan kami kembali dengan lebih hebat pada 2011."

Kovalainen pula sudah semakin hampir untuk menamatkan perlumbaan sebelum jenteranya terbakar.

"Saya rasa injap pelepas tekanan minyak kereta saya pecah lalu menyebabkan kebakaran tersebut.

"Kami sudah hampir pasti tamat di tempat ke-15 tapi apakan daya, inilah perlumbaan," gurau beliau.

Kekecewaan pula menyelubungi Trulli selepas masalah hidraulik yang seringkali menyukarkan beliau sepajang musim menyerang kembali.

"Permulaan saya agak baik tapi masalah mula timbul lama kelamaan," menurut Trulli.

"Minggu ini agak sukar bagi saya tapi saya berharap dapat menebus kekecewaan di Suzuka, yang merupakan antara litar kegemaran saya." -astroarena



Baca Seterusnya......

Tuesday, September 28, 2010

Mat Rempit Merompak Dan Kelar Leher Mangsa

SHAH ALAM: Tidak ubah seperti binatang apabila sekumpulan kira-kira 10 Mat Rempit cuba merompak dan menyerang seorang penuntut sebuah institut pengajian tinggi awam sebelum mengelar leher mangsa hingga berlumuran darah.

pix_middle

Dalam kejadian jam 2.30 pagi kelmarin di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Klang, kumpulan Mat Rempit berkenaan yang bersenjatakan pisau mencederakan pelajar berkenaan yang cuba menyelamatkan dompet dan telefon bimbitnya daripada dirompak.

Difahamkan, mangsa yang cedera parah dan berlumuran darah terpaksa lari ke tengah lebuh raya bagi menyelamatkan diri dan meminta bantuan beberapa pemandu kenderaan selepas dikejar kumpulan Mat Rempit terbabit.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Faris, 21, berkata kejadian berlaku berhampiran sebuah stesen minyak sebelum susur keluar ke Padang Jawa. Dia dan seorang rakan yang membonceng motosikalnya dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berdekatan.

Menurutnya, dia tidak menggunakan laluan motosikal lebuh raya berkenaan kerana hari sudah pagi dan bimbang disamun kerana jalan agak sunyi. Namun, malang tidak berbau apabila sekumpulan Mat Rempit menaiki tujuh motosikal mengekorinya daripada belakang.

“Sebaik saja kumpulan terbabit mendekati, mereka tiba-tiba mengepung motosikal saya dan mengarahkan berhenti, namun saya yang bimbang sesuatu buruk berlaku cuba memecut.“Tindakan saya itu menyebabkan kumpulan remaja terbabit tambah berang sebelum menendang motosikal saya hingga jatuh,” katanya.

Faris berkata, sebaik jatuh, kumpulan berkenaan terus menerpa dan membelasah dia serta rakannya untuk merampas dompet dan telefon bimbit.“Mereka bertindak ganas, saya disepak dan ditumbuk manakala rakan pula ditampar. Kunci motosikal juga dirampas mungkin untuk melarikannya, saya cuba mempertahankan diri dan semasa bergelut saya tidak sedar leher sudah dikelar seorang daripada lelaki berkenaan.

“Saya yang berlumuran darah bertindak menyelamatkan diri dengan berlari ke tengah lebuh raya dan cuba menahan beberapa kereta untuk bantuan,” katanya.

Menurutnya lagi, dia bernasib baik apabila ada kereta berhenti dan sudi membantu.

Katanya, pemandu kereta itu menghantar dia dan rakan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan.

“Luka akibat dikelar itu agak parah dan leher terpaksa dijahit dengan lapan jahitan, manakala rakan tidak mengalami kecederaan.

“Selepas selesai mendapat rawatan dan dibenarkan pulang saya terus membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam,” katanya.

Tambah Faris lagi, dia tidak dapat ke kuliah tiga hari selepas insiden itu dan terpaksa menjalani rawatan susulan serta trauma melalui lebuh raya berkenaan.
Anda mungkin juga me

Baca Seterusnya......

Bantuan Warga Emas Dari Hasil Judi?. Guan Eng Jelaskan Tuduhan UMNO


Kenyataan akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng

UMNO sekali lagi meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap Kerajan Negeri Pulau Pinang dengan mendakwa bahawa Program Penghargaan Warga Emas dibiayai oleh sumber judi haram dan bila ini dibuktikan palsu, UMNO mengalih kepada program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) untuk membasmi miskin tegar. Taktik jahat seribu jahat bertujuan menggagalkan program ini daripada kerajaan berjiwa rakyat PR yang memberi manfaat kepada rakyat.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada usaha UMNO mengganggu-gugat program penghargaan warga emas yang membayarkan RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun. Sehingga sekarang, hampir 110,000 warga emas di Pulau Pinang telah mendaftarkan diri dan akan mendapat bayaran RM100 setiap tahun demi mengenang budi atas sumbangan warga emas. Di samping itu, si waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia. Sebanyak RM20 juta telahpun diperuntukkan untuk program ini dalam Belanjawan 2010 pada tahun lepas.

Wang yang dibayar oleh kerajaan negeri untuk program ini tidak datang daripada mana-mana derma atau sumber kerajaan persekutuan. Ia adalah penjimatan hasil urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus serta langkah anti-rasuah yang bukan sahaja dipuji oleh Laporan Ketua Audit Negara tetapi juga disanjungi oleh badan antarabangsa anti-rasuah terunggul, Transparency International.

Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan Belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM88 juta pada 2008 dan RM77 juta pada 2009. Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibiayai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen “anti-rasuah” yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit.

Ini bukan kali pertama program ini diserang, kerana sebelum ini, BN pernah mendakwa bahawa pemberian RM100 kepada warga emas adalah serupa bagi rasuah! Untuk BN, bagi wang sama rakyat adalah rasuah tetapi lain pula bagi wang ke dalam kocek sendiri.

Sekiranya kerajaan negeri tak makan duit maka rakyat boleh dapat duit! UMNO jangan harap akan mengganggu-gugat program dividen anti-rasuah RM100 setiap tahun kepada warga emas dengan fitnah dan tohmahan.

Program Rakan Anti-Kemiskinan (RAK) Membasmi Miskin Tegar Di Pulau Pinang Tetap Diteruskan.

Selepas gagal membuktikan Program Penghargaan Warga Emas terbabit dengan hasil judi haram, UMNO pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program RAK membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti UMNO adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Program RAK adalah inisiatif murni kerajaan negeri PR untuk membasmi miskin tegar dalam kalangan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM400 sebulan di Pulau Pinang dan memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM500 sebulan. Menerusi RAK, kerajaan negeri PR telah berjaya membasmi miskin tegar dalam tempoh masa setahun sahaja, apa yang tidak dapat dilakukan oleh BN dalam 51 tahun. Menyedari tentang sensitiviti wang derma daripada Kelab Lumba Kuda untuk orang Islam, maka ia diasingkan dan tidak diberikan kepada orang Islam tetapi hanya kepada orang bukan Islam.

Malah, Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Farizan Darus telah mengesahkan kepada saya semalam bahawa wang derma RM2 juta ini daripada Kelab Lumba Kuda diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam. Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?

Bukankah lebih salah dan haram untuk UMNO luluskan lesen judi bola? Atau adakah UMNO dendam sama Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang merupakan negeri pertama mengharamkan judi bola dan sekaligus merosakkan rancangan baik UMNO untuk membenarkan lesen judi bola di Malaysia? Yang jahat pula tuduh orang lain.

Bantuan RAK kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan Belanjawan yang disebut tadi. Memang BN dan UMNO iri hati atas kejayaan kerajaan negeri membasmi miskin tegar dan program penghargaan warga emas. Walaupun terus difitnah, kerajaan negeri tidak akan berganjak atau tunduk langsung ke atas anasir jahat ini yang mahukan dua program ini dihentikan.

Rakyat terus dibela, hak rakyat terus diperkasakan dan undang-undang terus didaulatkan.

LIM GUAN ENG
Kenyataan Akhbar
Ketua Menteri Pulau Pinang
Di Komtar, George Town

Baca Seterusnya......

Dua Lelaki "Pembuat Senapang" Ditahan Polis

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Jaafar Baba (tiga dari kiri) memegang satu daripada enam laras senapang angin yang dirampas dari dua lelaki pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah, Selasa. Kesemua senapang angin itu dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungkak kira-kira pada pukul 2 pagi, Isnin. - Foto BERNAMA

KUALA PILAH: Dua lelaki bersaudara pakar membuat senapang dan seorang pelanggan mereka ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Sungkak kira-kira pada pukul 2 pagi semalam.

Enam pucuk senapang yang dirampas polis itu diledakkan oleh letusan angin dan menggunakan bebola besi sebagai peluru.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supritendan Jaafar Baba berkata, pada awalnya polis menyerbu mereka disebabkan terdapat maklumat tentang dadah dan ketika dikepung, suspek berada dalam keadaan khayal dan mereka turut menjumpai dua bungkus dadah jenis syabu.

"Suspek berusia 37 dan 28 tahun. Suspek membuat senapang angin itu dengan bahan terpakai dan menjual senjata itu dengan harga RM300 selaras," katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Selepas disoal siasat, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 33 tahun dari Kampung Sungai Dua Kecil pada pukul 4.30 petang hari yang sama yang dipercayai telah membeli senapang itu daripada mereka, katanya.

"Kita dapati kesemua suspek gagal ujian air kencing dan positif dadah, salah seorang dari mereka juga mempunyai rekod jenayah," katanya.

Mereka semua akan didakwa di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata Api 1960 di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-dua sekali.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak menganggap senapang angin ini seperti barang mainan kerana ia tetap membahayakan. - BERNAMA

Baca Seterusnya......

Jutawan skuter mati naiki skuter

Oleh Kosmo


GAMBAR fail menunjukkan bekas pelumba kereta, Stirling Moss menunggang skuterSegway di The Mall, London pada 12 September lalu.


LONDON - Pemilik firma skuter futuristik Segway, Jimi Heselden meninggal dunia selepas kenderaan beroda dua yang dinaikinya itu terjatuh dari sebuah gaung ke dalam sungai, kata polis semalam.

Heselden, 62, merupakan seorang jutawan warga Britain.

Seorang jurucakap polis Yorkshire Barat memberitahu, mayatnya ditemui di dalam Sungai Wharfe berhampiran kediamannya di bandar Boston Spa, utara England kelmarin.

"Sebuah kenderaan Segway ditemui di tempat kejadian," kata jurucakap berkenaan yang turut menyatakan polis dihantar ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima laporan bahawa seorang lelaki terjatuh dari sebuah gaung.

"Kemalangan itu dipercayai bukan akibat perbuatan yang mencurigakan," jelasnya.

Heselden mengetuai sepasukan pelabur Britain yang membeli Segway Inc yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS) pada Disember tahun lalu. Firma berkenaan mengeluarkan dan mengedar skuter itu.

Dijana dengan kuasa motor elektrik, skuter tersebut merupakan sebuah pengangkutan peribadi dan memiliki kelajuan maksimum 20 kilometer sejam.

Penunggang skuter itu boleh menggerakkannya ke kanan atau ke kiri dan ia bolah dicas semula dengan menggunakan soket elektrik di rumah.

Sementara itu, beberapa laporan menyatakan Heselden meninggal dunia selepas seminggu dia menjadi antara dermawan paling utama di Britain dengan menyumbang £10 juta (RM48.9 juta) kepada sebuah badan amal.

Sepanjang hayatnya, Heselden yang memiliki syarikat HESCO Bastion, telah menghulurkan derma berjumlah £23 juta (RM112.6 juta).

Dia memiliki kekayaan mencecah £166 juta (RM814.14 juta) dan berada pada kedudukan ke-395 senarai Manusia Terkaya Sunday Times dengan mengatasi Simon Cowell iaitu pengasas program pencarian bakat nyanyian, X Factor. - Agensi


Baca Seterusnya......

Animasi Jepun Paling Merbahaya Untuk Kanak-kanak

Oleh Kelab GB

Animasi Jepun paling bahaya untuk tontonan kanak-kanak

KOTA BAHARU, 27 Sept – Filem Animasi Jepun adalah antara DVD yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda.

Pengerusi Lembaga Penapis Filem, (LPF) Datuk Mohd Hussain Shafie berkata ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka terhadap kandungan DVD dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.

“Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.

“Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini hari ini.

Dialog berkenaan merupakan kali pertama diadakan LPF di negeri ini yang turut dihadiri wakil dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan dan menghimpunkan beberapa penerbit, pengedar dan penjual VCD dan DVD di negeri ini.

Tanpa menyebut jumlah animasi yang telah diharamkan katanya lebih membimbangkan apabila kebanyakan filem animasi yang dibawa masuk ke negara ini mempunyai beberapa siri atau episod yang panjang.

Ini menyebabkan pihaknya terpaksa membuat penelitian yang lebih bagi memastikan tiada kandungan yang tidak sesuai dalam setiap episod yang dikeluarkan, kata Mohd Hussain.

“Masalahnya, cerita animasi dari Jepun ini panjang sirinya, berpuluh-puluh episod, kadang-kadang dalam satu atau dua episod kandungannya yang kita tengok semuanya okey, tetapi masuk episod keenam baru ada adegan buka-membuka (baju), ini yang bahaya,” katanya.

Sambil menyuarakan kebimbangan terhadap penghasilan animasi sebegitu beliau berkata pihaknya terpaksa mengambil tindakan mengharamkan animasi yang terlalu berisiko untuk ditontoni kanak-kanak dan didapati tidak dapat disunting.

“Kalau ada benda yang tak boleh dipotong maka kita akan haramkan kesemua siri atau episod berkenaan dari disiarkan,” katanya.

Mohd Hussain bagaimanapun berkata, sikap segelintir ibu bapa atau penjaga yang terlalu mengambil mudah dan menggantikan kesibukan masa mereka untuk anak-anak dengan membelikannya pemain VCD dan cerita-cerita animasi untuk tontonan, menyebabkan ramai kanak-kanak yang masih terdedah menonton animasi yang boleh merosakkan minda.

“Apa yang terbaik adalah ibu bapa atau penjaga itu sendiri mengawal dan menjaga apa yang ditontoni anak-anak mereka, kalau beli animasi lihatlah dulu kandungan animasi itu sebelum berhasrat untuk membenarkan anak-anak menontonnya,” katanya.

Selain itu Mohd Hussain menegaskan tapisan yang dibuat LPF bagi sebarang filem di negara ini bukan kerana mahu menyekat hak masyarakat untuk menonton filem-filem berkenaan tetapi ia lebih kepada menjaga kepentingan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama, golongan dan usia di negara ini.

Menyifatkan tapisan filem yang dibuat pihaknya seumpama undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi oleh semua pihak, beliau berkata ia dibuat untuk keselamatan dan kesan jangka panjang terhadap perkara baik dan buruk yang akan membentuk masyarakat daripada apa yang ditontoni. – Bernama

Baca Seterusnya......

Kesan Perjanjian Tanah KTM Di Singapura

Oleh A Kadir Jasin

PADA 20 September lalu, Malaysia dan Singapura menandatangani perjanjian pertukaran tanah membabitkan tanah Keretapi Tanah Melayu Bhd’s di republik itu.

Ia dimeterai oleh Perdana Menteri Malaysia, Mohd Najib Abdul Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, di kota singa.Kedua-dua pemuka menguar-uarkan (bukan war-war) perjanjian itu sebagai kejayaan besar dan pembaikan ke atas “Point of Agreement (POA)” yang menjadi asas rundingan antara dua negara.

Saya tidak mahu berselisih faham, menyangkal atau menyangkal laporan dan ulasan media massa yang menghebahkan perjanjian itu sebagai “win-win” (menang-menang).

Saya sekadar ingin berkongsi maklumat dan interpretasi peribadi saya untuk kita dalami, fahami dan bahaskan. Berikut adalah antara inti pati, ciri dan implikasi perjanjian berkenaan:-

1. Dulu tanah KTM di Singapura adalah milik penuh dan mutlak Malaysia, walaupun kegunaannya terhad kepada operasi kereta api dan kekal hak Malaysia selagi operasi kereta api berjalan;

2. Sekarang tiga keping tanah KTM telah ditukarkan dengan sembilan keping tanah lain dan operasi kereta api akhirnya akan ditamatkan;

3. Menurut kenyataan bersama Mohd Najib-Lee Hsien Loong yang saya baca dari laman web kerajaan Singapura, bidang-bidang tanah gantian serta deskripsinya adalah seperti berikut:-

(A) Empat bidang tanah di Marina South dikenali sebagai TS30-361T, TS30-362A, TS30-363K dan TS30-364N serta dua bidang di Ophir-Rochor dicamkan sebagai TS13-1115N dan TS13- 1116X sebagai ganti kepada tiga keping tanah KTM di bawah Point of Agreement (POA) di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga keping tanah di Bukit Timah yang dikenali sebagai Lot 76-2 Mk 16, Lot 249pt Mk 4 dan Lot 32-10 Mk 16);

(B) Empat keping tanah di Marina South itu terletak di tengah-tengah gugusan (cluster) kewangan dan perniagaan bagi Marina Bay manakala dua di Ophir-Rochor terletak di kawasan bersejarah Kampong Glam (Kampong Glam Historic District) yang berupa koridor baru pembangunan yang sedang dimajukan sebagai sambungan kepada Daerah Perdagangan Pusat (Central Business District); dan

(C) (Sembilan) Keping tanah di Marina South dan Ophir-Rochor (itu) akan diamanahkan kepada M-S Pte Ltd untuk dibangunkan secara usaha sama apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengosongkan Stesen Tanjong Pagar. Stesen KTMB akan dipindahkan dari Tanjong Pagar ke tempat pemeriksaan kereta api Woodlands (“WTCP”) menjelang 1 Julai 2011 bilamana Malaysia akan memindahkan kemudahan kastam, imigresen dan kuarantinnya (“CIQ”) di WTCP.

4. Tanah gantian itu akan dimajukan oleh syarikat usaha sama Malaysia-Singapura M-S Private Limited yang dimiliki 60 peratus oleh syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan firma pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.

5. Kalau dulu tanah KTMB dimiliki penuh dan mutlak Malaysia, kini tanah gantian kepada tanah KTMB itu dikongsi dengan Singapura melalui M-L Pte Ltd di mana Temasek memegang 40 peratus saham. Dalam bahasa yang mudah, Singapura dapat “percuma” 40 peratus daripada aset gantian itu.

6. Walaupun isu tanah KTMB ini dikatakan selesai, tetapi isu-isu tertangguh yang lain seperti pembekuan simpanan rakyat Malaysia dalam CPF, Perjanjian Bekalan Air serta penentangan Singapura terhadap projek Jabatan Bengkok masih berterusan.

7. Malaysia dan Singapura gagal bersetuju mengenai cukai pembangunan (development charges) yang dikenakan oleh kerajaan Singapura ke atas tanah gantian itu sehingga memaksa perbalahan itu dirujukkan kepada Mahkamah Timbang Tara Tetap (Permanent Court of Arbitration – PCA) di The Hague, Balanda.

8. Kenyataan bersama Mohd Najib-Hsien Loong mengenai hal itu berbunyi: “Both countries have different views relating to the development charges payable on the three parcels of POA land in Tanjong Pagar, Kranji and Woodlands. Both Leaders have agreed to settle this issue amicably through arbitration under the auspices of the Permanent Court of Arbitration. They have further agreed to accept the arbitration award as final and binding.”

[Kedua-dua negara mempunyai pandangan yang berbeza mengenai cukai pembangunan ke atas tiga keping tanah POA di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands. Kedua-dua pemimpin bersetuju menyelesaikan isu ini secara aman melalui timbang tara di bawah naungan Mahkamah Timbang Tara Tetap. Mereka seterusnya bersetuju menerima keputusan timbang tara itu sebagai muktamad dan terikat.]

9. Sengaja diingatkan yang kali terakhir Malaysia dan Singapura membawa perbezaan mereka ke muka pengadilan antarabangsa, ia berakhir dengan Malaysia kehilangan pemilikan ke atas Pulau Batu Putih (Pedra Branca) kepada Singapura.

10. Melalui kolum “Other Thots” dalam majalah Malaysian Business keluaran 16-31 Julai lalu, saya telah memberi amaran kepada perunding Malaysia agar berhati-hati mengenai kemungkinan pemerintah Singapure mengenakan cukai pembangunan atau premium tanah yang melangit.

Saya memetik sumber-sumber yang arif mengenai POA sebagai berkata kerajaan Singapura mungkin mengenakan cukai pembangunan sekitar S$1.5 bilion (kira-kira RM3.05 bilion) selain premium tanah. Saya tidak tahu sama ada premium dikenakan atau tidak.

Tetapi sumber-sumber yang sama kini mengatakan cukai pembangunan mungkin mencecah S$2 bilion (RM4.6 bilion).

11. Andainya anggaran ini tepat dan keputusan PCA memihak kepada Singapura, maka Khazanah terpaksa menyeluk poket untuk mengeluarkan S$1.2 bilion (RM2.76 bilion) dan jumlah ini akan mengalir dari Malaysia ke Singapura.

12. Temasek perlu membayar S$800 juta tetapi tidak ada pengaliran keluar modal. Ia sekadar pemindahan dana dari poket Temasek ka poket perbendaharaan Singapura.

13. Seperkara lagi yang perlu penjelasan ialah taraf pemilikan tanah gantian itu -- adakah ia pegangan kekal atau pajakan 99 tahun? Tanah KTMB di Singapura adalah pegangan tetap selagi operasi kereta api berjalan.

14. Kalau saya faham kenyataan Mohd Najib dan Pengarah Urusan Khazanah, Azman Mokhtar, projek itu tetap dilaksanakan tidak kira kita kalah atau menanang dalam timbang tara oleh PCA. Malah kata mereka, projek ini akan dimulakan tanpa menunggu keputusan PCA. Jadi timbang tara oleh PCA adalah “akademik” atau sekadar melepas batuk di tangga.

15. Dalam konteks ini kita wajib meletakkan sepenuh tanggungjawab kepada Mohd Najib dan Azman. Azman memberi jaminan bahawa projek ini “masih berdaya maju dan menguntungkan” walaupun cukai pembangunannya tinggi.

16. Kita tidak mahu Mohd Najib mengisytiharkan perjanjian ini sebagai menang-menang dan dia berjaya di mana Perdana Menteri-Perdana Menteri yang lalu gagal, tetapi akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

17. Akhir sekali kita tidak mahu pelaburan Khazanah di Singapura menjadi seperti pelaburan Sime Darby di Qatar yang menghasilkan kerugian hampir RM1 bilion.

18. Berhati-hatilah, Singapura bukan sebarang jiran. Fahamilah istilah “kiasu” dan impaknya kepada “psyche” (cara berfikir) negara Singapura. http://kadirjasin.blogspot.com/


Baca Seterusnya......

Prasyarat Pelabur Ke Malaysia, Kes Anwar Jadi Rujukan Dunia

Sumber TvSelangor

SHAH ALAM 27 SEPT: Kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi penanda aras tahap kepercayaan masyarakat dunia terhadap institusi kehakiman di negara ini.Ini, kata Pengerusi Biro Antarabangsa dan Biro Latihan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustafa Kamil Ayub mendorong pelabur asing menjauhi negara ini lantaran kes berkenaan membukti ketidakbebasan institusi kehakiman Malaysia.

Sehubungan itu, beliau mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memberi pertimbangan serius terhadap kenyataan pengasas kumpulan Virgin, Sir Richard Branson.

"Itu gambaran, persepsi dan hakikat yang ada hari ini. Apabila seorang ahli perniagaan masyhur membuat kenyataan sebegitu rupa, ia adalah pandangan yang serius dan harus diterima Perdana Menteri.

"Sistem undang-undang dan perjalanan kes yang adil adalah prasyarat penting di kalangan pelabur asing untuk datang ke Malaysia tetapi pelabur asing meragui perjalanan undang-undang di Malaysia," katanya kepada TV Selangor hari ini.

Pengasas Kumpulan Virgin, Sir Richard Branson hari ini menyifatkan perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai "duri" dalam reputasi Malaysia yang secara keseluruhan boleh dianggap baik.

Bercakap pada persidangan antarabangsa di Kuala Lumpur, jutawan popular yang terkenal kerana berani memberi pandangan tegas, Najib untuk campur tangan bagi memastikan keadilan untuk Anwar.

"Jika anda pemimpin berani, anda harus tegas untuk mengatasi hal yang hanya merosakkan nama baik anda. Hal ini (Kes Anwar) dah lama berlarutan. Ia memberi kesan buruk kepada imej negara ini di kaca mata dunia," kata Branson.

Mustafa berkata, pengamal undang-undang, ahli perniagaan mahupun ahli politik yang mengikuti perjalanan kes konspirasi kedua itu, pasti menganggap ia sebagai satu konspirasi.

Beliau menyedari ramai pelabur berpotensi mengalih modal ke negara lain kerana tidak yakin dengan sistem pentadbiran dan perundangan bagi menjamin kepentingan perniagaan mereka.

"Jikalau berlaku pertikaian undang-undang perniagaan, mereka akan merujuk kes ke mahkamah Singapura atau Hong Kong. Ini membayangkan ketidakyakinan mereka terhadap perjalanan dan sistem undang-undang di Malaysia.

"Jadi, kerajaan Barisan Nasional dan Najib harus mempertimbang kenyaraan Richard bagi memulihkan keyakinan pelabur kepada Malaysia. Mereka seharusnya bertindak berani tanpa mengutamakan kepentingan politik," katanya.


Baca Seterusnya......

Monday, September 27, 2010

Khalifah Umar Al-Khatab suka makan belalang

Oleh Dato’ Seri Abd Hadi Awang
Presiden PAS

Allah SWT sahaja yang memberi rezeki kepada makhluknya hatta ulat yang berada dalam batu pun Allah Taala kurniakannya.

Jika demikian, ada orang yang bertanya kenapa ada manusia yang kebuluran, tidak dapat makan terutama penduduk di benua Afrika?

Ketahuilah bahawa berlakukan kebuluran adalah bala yang ditimpakan Allah ke atas manusia akibat perbuatan jahat yang dilakukan oleh tangan-tangan mereka.

Maka mereka hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan mohonlah keampunan dariNya dan mohonlah agar Allah hilangkan segala kesusahan yang dihadapi oleh kita di dalam kehidupan ini termasuk kebuluran yang dialaminya oleh umat Islam di benua Afrika dan seumpamanya.

Pokoknya ialah Allah memberi rezeki kepada makhluknya sama ada dia hamba-Nya yang beriman atau yang kafir. Semuanya dikurniakan rezeki kerana Allah SWT Maha Pemberi Rezeki kepada semua hamba dan makhluknya di dunia ini.

Satu riwayat daripada Jabir bin Abdillah r.a beliau berkata, “Makanlah belalang kerana ia merupakan satu makanan yang di gemari oleh Sayidina Umar Ibnul Khattab. Satu ketika Sayidina Umar pernah ditanya tentang belalang adakah dia memilikinya. Beliau tidak memperolehi berita mengenainya dan tidak memilikinya buat masa itu dan Sayidina Umar agak sedih kerana tidak dapat sediakan belalang kepada orang yang meminta itu.

“Lalu Sayidina Umar menghantar seseorang untuk mencari serangga tersebut di merata-rata tempat sehingga sampai ke Syria dan Iraq. Setelah puas mencari utusan Umar balik semula menemuinya dan beliau bertanyakan tentang serangga tersebut sama ada utusan itu memperolehinya atau sebaliknya.”

Jabir berkata lagi, “Tiba-tiba datang seorang dari Yaman membawa segenggam belalang. Dia membawanya kepada Umar dan menggenggamnya dengan kedua-dua belah tangannya. Apabila Umar melihatnya maka gembiralah ia sambil bertakbir tiga kali. Kemudian Umar berkata, “aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Allah Azza Wajalla telah mencipta 1000 umat. Daripadanya sebanyak 600 umat berada di laut dan 400 umat lagi berada di darat. Dan umat yang paling awal binasa di kalangan mereka ialah belalang. Apabila serangga itu mula binasa akan diikuti dengan kumpulan serangga yang lain mengikut peraturan yang serupa dengan kehancurannya apabila terputusnya rangkaian kehidupannya.”

Allah berfirman yang bermaksud, “Kemudian mereka (sekalian) akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).” (Surah al-An’am :38)

Allah menghimpunkan semua makhluk pada hari akhirat kelak. Binatang pun dihimpunkan di sana, di mana ada riwayat mengatakan bagi binatang berlaku berhitungan terhadap mereka di padang mahsyar.

Selepas selesai perhitungan itu dibuat mereka dimatikan oleh Allah. Perhitungan itu dibuat sama ada di antara binatang itu sesama binatang ataupun dengan manusia. Mereka dibalas pada hari tersebut.

Sementara manusia tidak dimatikan oleh Allah. Perhitungan itu dibuat sama ada ke syurga atau neraka. Begitulah juga jin dan syaitan. Mereka diberi balasan setimpal dengan apa yang mereka telah lakukan di dunia dahulu dan kesudahan mereka juga ialah sama ada ke neraka atau ke syurga.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud,” dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka adalah bisu dan tuli.” (Surah al-An’am :39)

Yakni perumpamaan sedikitnya ilmu dan kefahaman serta terlalu jahil mereka yang kafir atau munafik itu diumpamakan sebagai manusia yang bisu dan tuli, tidak mahu mendengar keterangan tanda-tanda kebesaran Allah dan kekuasaan-Nya.

Sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu Khathir di dalam kitab tafsirnya, bahawa bersama dengan sifat-sifat tersebut menunjukkan mereka juga berada dalam kegelapan, tidak dapat melihat kebenaran.

Bagaimana mereka berupaya keluar daripada kegelapan dan kesesatan sekiranya sifat mereka sedemikian rupa, sudah tentu mereka tidak akan menemui jalan kebenaran sebagaimana dinyatakan oleh Allah di dalam firman-Nya yang bermaksud, “perbandingan hal mereka (golongan munafik itu) samalah seperti orang yang menyalakan api; apabila api itu menerangi sekelilingnya, (tiba-tiba) Allah hilangkan cahaya (yang menerangi mereka dan dibiarkan mereka dalam gelap gelita, tidak dapat melihat sesuatu pun.

“Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta, dengan keadaan itu, mereka tidak akan dapat kembali (kepada kebenaran).” Surah al-Baqarah : 17-18)


Baca Seterusnya......

Sayu Hati Melihat Gambar-Gambar ini

Oleh loveperak.wordpress.com

Tertidur keletihan..maklumlan jadual harian Tok Guru memang padat,semoga Tok Guru dipanjangkan umur untuk terus memimpin kita
Makan nasi bungkus je? 20 tahun menjadi MB masih mengekalkan ciri2 kesederhanaan
Sembahyang kat pondok tepi sawah je
Walaupun bertaraf Ulama,tapi tidak kekok menjadi makmun pada rakyat biasa.Tabik Tok Guru
Hu Ferrari beb… sekadar duduk bkn memiliki..
Sedia menerima tetamu tanpa protokol yang ketat.Perhatikan pakaian Tok Guru macam orang kampung biasa je..

Gambar yang di kumpul dari berbagai sumber yang menunjukkan Tok Guru dalam keadaan istimewa.Walaupun dah 20 tahun jadi MB tapi masih mengekalkan ciri2 kesederhanaan yang disanjung rakyat.Dapatkah pemimpin lain samada dari UBN atau PAKATAN RAKYAT sendiri mencontohi apa yang diamalkan Tok Guru…


Baca Seterusnya......

Syaitan Dan Kehidupan Kita

h0008

Allah swt telah menyuruh kita menjadikan syaitan sebagai musuh. Firman Allah swt:
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوّاً
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), (6 : 35 al-Fatir)

Boleh kata semua manusia akan mengakui syaitan sebagai musuhnya. Namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana cara untuk menghadapi syaitan dan manakah ruang-ruang yang mana syaitan akan masuk pada diri insan. Ini adalah sebahgian dari ruang-ruang yang perlu seorang manusia tutup agar syaitan tidak memperdayanya.

SYAITAN BERMALAM DI DALAM HIDUNG

إذا استيقظ أحدكم من منامه فليستنثر ثلاث مرات فإن الشيطان يبيت على خياشيمه
“ Apabila seseorang kamu bangun dari tidurnya hendaklah dia memasukkan dan mengeluarkan air dari hidungnya tiga kali. Sesungguhnya syaitan bermalam di dalam lubang hidungnya.” Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

SYAITAN KENCING DI DALAM DUA TELINGA

Apabila diberitahu kepada Nabi saw tentang seorang lelaki yang tidak bangun tahajud dan bangun ketika watu sudah subuh. Nabi saw bersabda:

ذاك الرجل بال الشيطان في أذنيه
“ Lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.” Hadis sahih Bukhari dan Muslim.

SYAITAN MASUK DALAM MULUT YANG TERBUKA MENGUAP

إذا تثائب أحدكم فليمسك بيده على فيه فإن الشيطان يدخل
“ Apabila seseorang menguap hendaklah dia menutup dengan tangannya. Sesungguhnhya syaitan masuk ke dalam mulutnya yang terbuka.” Hadis sahih Muslim.

SYAITAN KETAWA MELIHAT MANUSIA YANG BERKATA “AAAAAH “ SEMASA MENGUAP

Nabi saw bersabda:

ولا يقل آه آه فإن أحدكم إذا فتح فاه فإن الشيطان يضحك منه
“ Dan janganlah seseorang itu berkata “aaaaaaaa” semasa menguap. Syaitan akan ketawa bila dia membuka mulut semasa menguap.” Hadis riwayat Ahmad.

MEMAKI ORANG MEMBANTU SYAITAN UNTUK MEROSAKKAN MANUSIA

Seorang lelaki mencela seorang yang dikenakan hukuman sebat kerana minum arak. Nabi saw bersabda:

لا تقولوا هكذا لا تعينوا عليه الشيطان
“Janganlah kamu berkata sedemikian kepada orang yang dihukum. Janganlah kamu membantu merosakkan dia.” Hadis sahih Bukhari.

Moral: Oleh itu janganlah kita memaki walaupun orang yang sudah jelas kesalahannya. Memaki hamun dalam apa jua keadaa adalah dilarang. Mudah2an maki hamun yang ada pada ceramah, dakwah, shoutbox dan sebagainya dapat dielakkan.

SYAITAN TIDAK MASUK RUMAH YANG DIBACA SURAH BAQARAH

Nabi saw bersabda:

لا تجعلوا بيوتكم مقابر فإن الشيطان ينفر من البيت الذي تقرأ فيه سورة البقرة
“ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur. Sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah al-Baqarah.” Hadis sahih Muslim

Faedah: Siapa yang baru masuk rumah atau rumahnya diganggu maka digalakkan utuk dibaca surah al-Baqarah beramai2.

SYAITAN MAKAN DARI MAKANAN YANG TIDAK DIBACA BISMILLAH DAN BERMALAM PADA RUMAH YANG TIDAK DIMASUKI DENGAN BISMILLAH

إذا دخل الرجل بيته فذكر الله عند دخوله وعند طعامه قال الشيطان : لا مبيت لكم ولا عشاء وإذا دخل فلم يذكر الله عند دخوله قال الشيطان : أدركتم المبيت وإذا لم يذكر الله عند طعامه قال : أدركتم المبيت والعشاء
“ Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya dan menyebut nama Allah semasa masuk dan menyebut nama Allah semasa makan. Syaitan akan berkata kepada kuncu2nya “Kamu tidak ada tempat bermalam dan tidak ada makan malam.” Apabila dia masuk kerumahnya tanpa menyebut nama Allah syaitan akan berkata “ Kamu semua mendapat tempat bermalam.” Apabila dia tidak menyebut nama Allah semasa makan , syaitan akan berkata “ Kamu mendapat makan malam dan tempat bermalam.” Hadis sahih Muslim (2018).

MAKANAN JATUH YG DIBIARKAN ADALAH HABUAN SYAITAN

إذا سقطت لقمة أحدكم فليمط عنها الأذى وليأكلها ولا يدعها للشيطان
“ Apabila jatuh sebahgian suapan makanan kamu. Hendaklah kamu buang kotoran yang melekat pada makanan dan hendaklah dia makan. Jangan biarkan ia dibiarkan untuk dimakan oleh syaitan.” Hadis sahih Muslim (2034)

SYAITAN PENGGANGGU SOLAT

Suatu hari Amru bin abi al-As mengadu Rasulullah saw:
“ Ya Rasulullah sesungguhnya syaitan telah mengganggu ku solat dan menimbulkan was-was dalam bacaanku.”

Rasulullah saw pun menjawab:

ذاك شيطان يقال له خنزب فإذا أحسسته فتعوذ بالله واتفل على يسارك ثلاثا
“ Itulah syaitan yang dipanggil khinzab. Apabila engkau merasai gangguannya hendaklah engkau minta perlindungan dari Allah dan ludah ke kirimu tiga kali.”

Amru berkata:
“Aku melakukan apa yang Rasulullah sarankan , lalu Allah menghilangkan segala gangguan syaitan tersebut.” Hadis sahih Muslim.

MINUM BERDIRI BERSAMA SYAITAN

Nabi saw bertanya kepada orang yang minum berdiri: “Adakah engkau suka minum bersama dengan kucing?”

Dia menjawab “Tidak”

Nabi saw bersabda:

قد شرب معك من هو شر منه الشيطان
“Sesungguhnya kamu telah minum dengan mahkluk yang lebih teruk dari kucing iaitu syaitan.” Hadis Ahmad –sahih.

SYAITAN SEMAKIN BESAR BILA DIMAKI

Seorang sahabat Nabi saw telah memaki syaitan apabila binatang tunggangannya terjatuh. Nabi saw bersabda:

لا تقل تعس الشيطان فإنك إذا قلت ذلك تعاظم حتى يكون مثل البيت ويقول : بقوتي ولكن قل : بسم الله فإنك إذا قلت ذلك تصاغر حتى يكون كالذباب
“ Janganlah kamu berkata “ Celaka syaitan.” Kalau kamu berkata begitu syaitan akan berasa besar diri seperti rumah dan berkata “ mendapat kekuatan ku.” , tapi hendaklah kamu berkata “ Dengan nama Allah.” Apabila berkata sedemikian syaitan akan jadi hina sehingga seperti lalat.” Hadis Abu daud (4982) – sanad sahih

PENUTUP
Terdapat ratusan lagi ruang-ruang syaitan utk memperdaya manusia seperti yang terdapat dalam hadis2 Nabi saw. Ini adalah sebahgian yang saya sempat tulis. Ingatlah bahawa syaitan akan cuba menyesatkan manusia selagi nyawa manusia itu dikandung badannya. Rasulullah saw bersabda:

إن الشيطان قال : وعزتك يا رب لا أبرح أغوي عبادك ما دامت أرواحهم في أجسادهم. قال الرب : وعزتي وجلالي لا أزال أغفر لهم ما استغفروني
“ Sesungguhnya syaitan berkata “ Demi kemulianmu hai tuhan. Aku akan sentiasa menyesatkan hamba-hambamu selagi mana nyawa berada di tubuh mereka.” Tuhan menjawab “ Demi kemulian dan keagunganku aku akan sentiasa mengampunkan mereka selagimana mereka meminta ampun kepadaku.” Hadis riwayat Ahmad – sanad hasan

Rujukan: Al-Idoh wat Tabyin oleh Muhammad Abdullah al-Imam.

Baca Seterusnya......

Peneroka Felda di Gemenceh Jumpa Harimau di Kebun.

Oleh Sinar Harian.

FELDA BUKIT JALOR 27/9/10 – Seorang isteri peneroka, Aminah Abdul Majid, 60, berasa begitu terkejut dan tergamam apabila melihat susuk tubuh 'Pak Belang' melintasi kawasan kebun getahnya, dekat sini, Sabtu lalu.

Aminah berkata, dia yang ketika itu sedang menoreh getah kira-kira jam 9 pagi bersyukur kerana terselamat walaupun jarak dengan 'Pak Belang' itu kira-kira dua batang pokok getah di kebun berkenaan.

Menurutnya, kejadian yang pertama kali berlaku sepanjang 40 tahun menetap di Felda Bukit Jalor itu begitu pantas dan harimau tersebut agak besar iaitu separas pinggangnya. Namun, suaminya yang turut berada di dalam kebun tersebut tidak berkesempatan untuk melihat 'Pak Belang' tersebut.

"Sebelum ini pernah juga saya terdengar ada penoreh yang ternampak harimau tersebut di sini tetapi saya tidak ambil peduli kerana tidak pernah lagi ternampak. Bagaimanapun, kejadian pada hari ini membuatkan saya berasa takut untuk menoreh getah.

"Malah, jika sebelum ini saya pernah juga terjumpa dengan babi hutan yang besar namun rasa takut itu tidaklah seperti sekarang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.

Sementara itu, suaminya, Mohd Zin Jonet, 65, berkata, sejurus selepas kejadian, dia ada mendengar isterinya memekik, namun mengagak isterinya itu hanya menakut-nakutkan kera yang ada di dalam kebun.

Bagaimanapun menurutnya, dia pergi juga melihat isterinya dan begitu terperanjat apabila dimaklumkan terdapat harimau yang melintas di kawasan kebun berkenaan.

“Saya terus mengajak isteri balik dan memaklumkan kepada ketua blok. Akhirnya kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dihubungi dan datang memantau aduan.

Manakala, Ketua Pejabat Perhilitan Daerah Gemas, Sobri Abd Latif berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu kira-kira jam 12 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 1 petang.

Menurutnya, seramai dua kakitangan Perlihitan telah turun dan kira-kira 12 peneroka Felda bersama-samanya melihat kesan dan jejak yang didakwa ditinggalkan oleh harimau terbabit.

“Bagaimanapun, kesan dan jejak berkenaan berkemungkinan adalah jejak babi hutan. Namun, kita tetap akan mengambil serius aduan ini dan akan meningkatkan lagi pemantauan dari masa ke semasa,” katanya.

Baca Seterusnya......

Fernando Alonso wins theSingapore F1 GP 2010

Ferrari driver Fernando Alonso of Spain celebrates on the podium after his victory in Formula One's Singapore Grand Prix at the Marina Bay Street Circuit in Singapore on September 26, 2010. Alonso won an incident-packed Singapore Grand Prix ahead of Red Bull's Sebastian Vettel to put the world championship title race on a knife-edge.

  • SINGAPORE - SEPTEMBER 26:  Fernando Alonso of Spain and Ferrari leads from Sebastian Vettel of Germany and Red Bull Racing and the rest of the field during the Singapore Formula One Grand Prix at the Marina Bay Street Circuit on September 26, 2010 in Singapore.
  • Formula One drivers power their cars at the start of Formula One's Singapore Grand Prix night race in Singapore on September 26, 2010.
  • Ferrari driver Fernando Alonso of Spain celebrates his victory in Formula One's Singapore Grand Prix in Singapore on September 26, 2010. Alonso won an incident-packed Singapore Grand Prix ahead of Red Bull's Sebastian Vettel to put the world championship title race on a knife-edge.
  • SINGAPORE - SEPTEMBER 26:  Fernando Alonso of Spain and Ferrari leads from Sebastian Vettel of Germany and Red Bull Racing and the rest of the field at the start of the Singapore Formula One Grand Prix at the Marina Bay Street Circuit on September 26, 2010 in Singapore.
  • Ferrari driver Fernando Alonso of Spain celebrates on the podium after his victory in Formula One's Singapore Grand Prix at the Marina Bay Street Circuit in Singapore on September 26, 2010. Alonso won an incident-packed Singapore Grand Prix ahead of Red Bull's Sebastian Vettel to put the world championship title race on a knife-edge.

  • SINGAPORE - SEPTEMBER 26:  Fernando Alonso of Spain and Ferrari leads from Sebastian Vettel of Germany and Red Bull Racing and the rest of the field during the Singapore Formula One Grand Prix at the Marina Bay Street Circuit on September 26, 2010 in Singapore.
  • Formula One drivers power their cars at the start of Formula One's Singapore Grand Prix night race in Singapore on September 26, 2010.
  • Ferrari driver Fernando Alonso of Spain celebrates his victory in Formula One's Singapore Grand Prix in Singapore on September 26, 2010. Alonso won an incident-packed Singapore Grand Prix ahead of Red Bull's Sebastian Vettel to put the world championship title race on a knife-edge.
  • SINGAPORE - SEPTEMBER 26:  Fernando Alonso of Spain and Ferrari leads from Sebastian Vettel of Germany and Red Bull Racing and the rest of the field at the start of the Singapore Formula One Grand Prix at the Marina Bay Street Circuit on September 26, 2010 in Singapore.
  • Ferrari driver Fernando Alonso of Spain celebrates on the podium after his victory in Formula One's Singapore Grand Prix at the Marina Bay Street Circuit in Singapore on September 26, 2010. Alonso won an incident-packed Singapore Grand Prix ahead of Red Bull's Sebastian Vettel to put the world championship title race on a knife-edge.

SINGAPORE - Ferrari’s Fernando Alonso held off Sebastian Vettel’s hard-charging Red Bull to win an incident-packed Singapore Grand Prix on Sunday and boost his chances of a third Formula One crown.

Championship leader Mark Webber finished third in the second Red Bull to increase his lead from five to 11 points in the standings with four races remaining.

The Australian again rode his luck, emerging unscathed from a collision with McLaren’s Lewis Hamilton that forced his title rival to retire.

Webber has 202 points, Alonso moved up to second overall on 191 after two successive wins in Monza and Singapore, and Hamilton lies a further nine points adrift in third place.

Vettel sits one point further back and world champion Jenson Button, who finished fourth, rounds out the top five on 177 points.

A mere 25 points, the amount awarded for a victory, separates the top five.

Alonso won the scandal-tainted inaugural Singapore race for Renault in 2008 after his Brazilian team mate Nelson Piquet crashed deliberately to bring out the safety car and help the Spaniard win.

The safety car was again deployed this time but Alonso, starting aggressively from pole position, drove a brilliant race to hold off Vettel for 61 laps around the floodlit Marina Bay circuit.

After a gruelling two-hour street fight and an almighty laast lap tussle, the double champion crossed the line just 0.2 seconds ahead of the German who had qualified alongside on the front row.

Starting the race in fifth place, Webber was the biggest winner of the day after gambling on an early pit stop during the first safety car period after three laps and working his way through the field for a well-earned podium.

Hamilton was the biggest loser, enduring his third retirement in four races.

The Briton thought he had passed Webber on turn seven following the second safety car period but was broadsided by the Australian going into the straight.

"I’m not really sure what happened," he said. "He was in my blind spot so I didn’t even know he was still there.

"All I know is I went in, I didn’t see anyone alongside me and the next thing I know is my tyre has blown and that’s it."

The race ended in bizarre fashion with Heikki Kovalainen, already lapped, steered his flaming Lotus to the side of the finishing straight.

With smoke and flames billowing out behind him, the Finn jumped out and grabbed an extinguisher handed through the wire mesh to put out the fire himself as cars raced past.


Baca Seterusnya......

Saturday, September 25, 2010

Bunga Pokok Kaktus Yang Cantik

















Baca Seterusnya......