Mungkin ulama itu telah lupa kepada peringatan Allah dalam surah al a'raf ayat 175-176 yang berbunyi:
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.
Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu.. Tetapi ia bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.
Sebenarnya kita sendiripun tidak tergamak untuk membaca tulisan yang menggelarkan ulama tersebut dengan panggilan yang hina, tetapi mungkin semuanya adalah satu sindiran dari Allah s.w.t terhadap ulama tersebut.
Ulama tersebut seharusnya merenung dan bertaubat, bermuhasabah kenapa dia yang dianugerah Allah dengan ilmu agama yang tinggi, tetapi hidupnya dihina oleh Allah Pemilik sekelian alam. Tidakkan dia sendiri sedar bahawa tiap segala yang berlaku adalah dengan izin Allah jua?
Tidakkah dia sedar segala kehinaan yang dilemparkan oleh orang sekelilingnya adalah dengan izin Allah jua?
Hidup yang hina disisi Allah bukanlah bermaksud miskin, tetapi hinanya seorang alim adalah apabila ditarik dari hatinya rasa berharap kepada Allah. Kemanisan bermunajat tiada lagi pada dirinya. Doanya tiada lagi rasa rendah diri terhadap Allah s.w,t. Airmatanya sudah menjadi sukar untuk mengalir bila meminta ampun kepada Allah. Malah yang lebih dasyat, dia merasa dirinya selamat dari azab siksa Allah kerana dia adalah seorang yang alim dan mengetahui tentang hukum.
Segala pengetahuan agama akan digunakannya untuk kepentingan duniawi. Dia akan mendiamkan diri seandainya sesuatu isu tidak akan menguntungkan dirinya. Juga dia akan bergegas menonjolkan diri seandai ianya memberi keuntungan dan mempopularkan dirinya.
Dia sentiasa mencari celah celah dalam memperkata ayat ayat Allah dan hadis nabi, menyelitkan untuk kebaikan dirinya. Dia sentiasa menghiasi keburukan supaya nampak seperti kebaikan dengan cara yang paling halus. Dia menggambarkan kebatilan seperti sebuah kebenaran yang nyata. Dia sentiasa menjilat para penguasa yang zalim untuk mendapatkan pangkat, kedudukan, anugerah, penghargaan dan apa sahaja hiasan dunia yang sangat diidami oleh hatinya.
Saidina Umar r.a pernah bertanya kepada Ziyad bin Hudair:“Apakah kamu mengerti apa yang merusak Islam ?” Ziyad berkata: “Tidak.” Umar berkata: “Tergelincirnya seorang alim, debatnya orang munafik -dengan ayat Al-Qur’an- dan (penetapan) hukumnya para imam yang menyesatkan."
Kisah Ulamak Dengan Pramugari..
Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk.
Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka sedikit pintu tandas itu ketika berwuduk.
Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke singki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.
Pramugari: (Dengan suara yang agak keras) Tuan tak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!
Ulama: (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?
Pramugari: (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!
Ulama: (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari!
0 comments:
Post a Comment