Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, September 1, 2010

Iran: Demo Jet Pengebom Tanpa Juruterbang Pertama..




Gambar yang bertarikh 22 Ogos lalu menunjukkan pesawat pengebom tanpa juruterbang (berita AP) dilancarkan dari sebuah lokasi rahsia di Iran. Sedangkan menurut IRIB dipamerkan 22 Ogos di Universiti Industri Malek Ashtar.

TEHERAN 22 Ogos 10: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad semalam merasmikan pesawat pengebom tanpa juruterbang pertama negara itu yang digelar Duta Maut. Menurut satu laporan sebuah stesen tv di negara itu, pesawat yang berukuran empat meter panjang itu mampu mengangkut empat buah peluru berpandu dan mempunyai jarak penerbangan sejauh 1,000 kilometer.

Namun jarak itu masih tidak mencukupi untuk tiba di negara musuh ketat Iran iaitu Israel.

"Pesawat itu juga merupakan Duta Maut untuk musuh-musuh kemanusiaan, membawa satu pesanan keamanan dan persahabatan," kata Mahmoud pada majlis perasmian Industri Pertahanan Iran yang juga hari kemerdekaan negara itu.

"Matlamat pesawat yang diberi nama Karrar itu adalah untuk memastikan musuh pertahanan dilumpuhkan," kata Mahmoud.

Menurutnya, pesawat itu dibina untuk pencegahan dan tujuan pertahanan Iran. Presiden Iran itu turut memperjuangkan program ketenteraan dan menyatakan ia akan diteruskan sehingga musuh hilang harapan untuk menyerang Iran. Demikian laporan AP

Sedangkan menurut IRIB sumber dari Iran, jet pembom tersebut adalah produk dalam negeri Iran bernama Karrar, dipamerkan 22 Ogos di Universiti Industri Malek Ashtar, bertepatan dengan peringatan Hari Industri Pertahanan. Pameran jet pengebom itu disaksikan oleh Presiden, Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Karrar adalah pesawat tanpa awak juruterbang jarak jauh pertama milik Iran yang mampu mencapai target jarak jauh dengan membawa bahan peledak yang cukup berat. Menteri Pertahanan dan Logistik Angkatan Bersenjata, Brigjen Ahmad Vahidi, dalam hal ini menyatakan,

"Pada minggu ini kerajaan juga akan memulai peneluaran pelancar roket Siraj dan juga generasi baru pelancar roket Dzulfiqar. (IRIB/AP/AK)


0 comments: