Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, September 17, 2010

Kes Bunuh Dato Sosilawati - Mini bar di dalam ladang suspek untuk rai tamu

Oleh Tranungkite

KUALA LANGAT 16 Sept. - Seorang peniaga yang pernah berurusan dengan Ladang Gadong, Tanjung Sepat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya memberitahu tidak mudah untuk melepasi pintu masuk ke ladang itu kerana ia dikawal ketat.

Ketika itu, menurut peniaga berusia 30-an tersebut, dia masuk ke ladang tersebut untuk menghantar haiwan ternakan yang dipesan oleh suspek kira-kira empat bulan lalu. (Gambar - hiasan semata-mata)

"Untuk masuk ke dalam ladang yang dipagari tembok setinggi kira-kira dua meter itu, saya terpaksa menunggu pekerja dari dalam keluar membuka pintu pagar," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sosilawati, 47, bersama pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Usahawan wanita itu dikatakan telah mengadakan pertemuan dengan suspek bagi urusan pembelian tanah sebelum berita kehilangannya dilaporkan.

Peniaga itu memberitahu, ketika berada di dalam ladang, dia nampak ada kandang kambing dan ayam selain beberapa unit rumah dipercayai asrama pekerja.

"Dalam satu kandang saya nampak ada lima ekor burung merak," katanya sambil menambah sekali pandang mungkin terdapat 20 ekor anjing yang dipercayai diimport untuk mengawal keselamatan di ladang itu.

Seorang lagi sumber memberitahu turut terdapat ruang seperti mini bar di dalam ladang itu dipercayai bagi meraikan tetamu-tetamu yang dijemput khas ke situ. - UM


0 comments: