Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, October 24, 2010

Apa yang menarik tentang Sultan Muhammad V - Kelantan

Selepas ini, Tuanku tidak akan menggunakan nama Tuanku Faris kerana selepas ini Sultan Kelantan yang baru ini akan dipanggil dengan panggilan Sultan Muhammad ke V. Selepas ini juga, tiada lagi seruan “Daulat Tuanku” yang mana ia telah digantikan dengan seruan “Allahu Akbar”. Ini antara pembaharuan yang dibuat oleh tuanku.

■Kalau anda berkeinginan menjadi makmum kepada Sultan Muhammad ke V semasa solat Zohor dan Asar, boleh datang ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan

■Tuanku sering turun ke daerah-daerah untuk mendirikan solat Jumaat secara rambang tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada imam atau pembesar setempat. Cara begitu untuk membolehkan baginda mengetahui realiti sebenar masjid berkenaan dan tidak mahu menyusahkan rakyat menyambut keberangkatannya

■Baginda juga pernah bersama rakyat jelata lain melakukan korban Aidiladha. Apa yang membuatkan kami teruja sebagai orang luar Kelantan, diceritakan baginda sendiri yang melakukan penyembelihan. Darah lembu yang memercik ke jubah baginda dilihat rakyat sebagai sesuatu yang “indah” dan di situlah letaknya ketinggian budi dan kebesaran hati Tuanku sebagai seorang raja yang sedang memimpin rakyat Kelantan

■Baginda juga tidak mementingkan protokol dan sentiasa membuat lawatan dalam keadaan mengejut. Kalau nak cerita banyak tempat, kejadian dan situasi di sini.

■Jubah beserta dan kopiah menjadi pakaian kegemaran Tuanku

■Istana Telipot bersebelahan dengan masjid Telipot yang mana Istana tersebut merupakan kediaman Tuanku sebelum bergelar Sultan Kelantan. Kalau melihat sebelum ini Tuanku berjalan kaki ke masjid adalah perkara biasa bagi penduduk di sekitarnya.

■Dikatakan, jikalau Tuanku sedang mempengerusikan mesyuarat dan apabila tiba sahaja masuk waktu solat, baginda akan menghentikan mesyuarat selama setengah jam untuk menunaikan solat.

Itu pun masih ada yang “iri hati” dan berfikiran tidak baik terhadap Tuanku. Ehem….
Raja sebegini pasti “rakyat akan peluk selalu”. Bagi kami, Sultan Muhammad ke V bukannya hilang protokol tetapi lebih berjiwa rakyat dan memahami tugas sebagai hamba di sini Allah S.W.T.

0 comments: