Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, October 2, 2010

Jika Anwar Ibrahim hanya mengejar cita-cita peribadi menjadi PM

Oleh: anak_muar

"Image Hosted by ImageShack.usSemua pemimpin UMNO khususnya Tun Mahathir kerap mendakwa bahawa Anwar hanya mementingkan cita-cita peribadi semata-mata untuk menjadi PM adalah satu pembohongan besar dan tidak masuk akal.Dakwaan tersebut adalah amat karut dan lebih kepada untuk memperbodohkan rakyat khususnya orang Melayu. Namun amat malang masih ada umat Melayu yang termakan bulat-bulat akan dakwaan tersebut.Itulah cara UMNO untuk menakut-nakutkan orang Melayu demi semata-mata survival politik UMNO dalam mengekalkan kuasa.

Kalaulah benar Anwar hanya berniat sedemikian rupa tidak perlulah Anwar memperbodoh diri untuk melalui kesukaran dan kezaliman yang menimpa diri beliau dan seisi keluarga.Mengapa beliau sanggup melalui kesukaran sepanjang 12 tahun ini dengan difitnah dengan tuduhan keji dan dipenjara. Amat diketahui bahawa syarat menjadi PM menerusi UMNO amat mudah untuk diturut seperti apa yang dilakukan oleh Pak Lah dan Najib iaitu ikut kehendak dan acuan Mahathir itu sahaja.Jadi rakyat khususnya umat Melayu tidak boleh terus dijajah dari segi pemikiran oleh bangsa sendiri.Berfikirlah mengikut fakta sejarah dan kebenaran.

Umumnya mengetahui bahawa Anwar dituduh serta dilabelkan dengan pelbagai dakwaan jahat sepanjang 12 tahun ini.Melayu seperti Anwar memang digeruni oleh UMNO dan selagi Anwar berada digelanggang politik UMNO akan terus berada dalam keadaan kegelisahan.Segala rahsia penyelewengan UMNO-BN berada dalam tangan Anwar.Perubahan yang ingin dilakukan oleh Anwar tidak menepati acuan dan kehendak UMNO oleh sebab itulah beliau memalui kesukaran demi kesukaran.Kehadiran Anwar kembali ke dalam arena politik negara membuatkan UMNO dalam keadaan kegelisahan.Itulah sumpahan berpanjangan yang menimpa UMNO sejak 12 tahun ini mungkin kezaliman terhadap Anwar mengakibatkan keadaan ini berterusan buat UMNO .Namun hanya Allah SWT yang lebih mengetahui apakah hikmah disebalik ujian dan dugaan yang menimpa Anwar.Jika benar Tun Mahathir mendakwa Anwar hanya semata-mata mahu menjadi PM.Tentulah Anwar sudah lama jadi PM.

Sudah tentu syaratnya amat mudah sekali antaranya :

  • Hanya mengangguk dan mengiyakan segala arahan Mahathir samada perkara betul atau salah.
  • Melindungi para-para kroni,keluarga terdekat dan perompak hasil mahsul negara.
  • Melindungi para-para perasuah dan pemimpin yang menyalahgunakan kuasa.
  • Melantik dan memberi kedudukan kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang bermasalah.
  • Mengutamakan projek-projek mega hanya demi kepentingan segenlintir pihak sahaja tanpa memikirkan kepentingan rakyat.

0 comments: