Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, January 6, 2011

Dedah Tinggal Serumah, Abby Mahu Norman & Memey Sedar

Sumber mStar Online

PETALING JAYA: Pelakon Abby Abadi mahu memberi kesedaran kepada bekas suaminya Norman Hakim dan Memey Suhaiza dengan mendedahkan perbualan telefon di antara dia dengan wanita itu menerusi status Facebook miliknya, Isnin lalu.

Abby berkata, dia berbuat demikian bukan bertujuan untuk menimbulkan sengketa tetapi sekadar mahu Memey sedar dan rasa bersalah dengan perbuatan dan sikapnya itu.

“Setiap kali saya telefon bekas suami saya atas urusan anak-anak mesti dia yang akan jawab telefon (milik Norman Hakim) dan beri macam-macam alasan yang menunjukkan Norman ketika itu berada bersamanya. Dia seperti mahu mencabar saya.

“Saya tulis bukan kerana saya nak buat tuduhan atau cuba timbulkan sengketa tetapi nak bagi perempuan tu (Memey) sedar, faham dan rasa bersalah,” katanya dihubungi mStar Online, Selasa

Dalam mStar Online Isnin, Memey meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Abby yang menyerangnya secara peribadi.

Menerusi Facebook itu juga, Abby turut menyindir Memey sebagai perempuan gatal selain mendakwa Memey seolah-olah begitu berbangga kerana mahu menunjuk mereka tinggal serumah.

Abby meradang apabila panggilan telefon yang dibuat kepada Norman atas urusan anak sempena sesi persekolahan yang dibuka pada Isnin lalu dijawab oleh Memey.

Jelas Abby lagi, dia tidak berniat untuk mencetuskan kontroversi dan membangkitkan kembali persengketaan lama. Malah dia tidak mempunyai kepentingan langsung berbuat demikian.

“Saya tidak faham apa yang cuba dibuktikan sehinggakan segala urusan anak-anak saya pun dia nak sibuk dan masuk campur. Apalah yang dibanggakan sangat dengan status tunangan orang itu?

Luahan Abby Abadi menerusi Facebook miliknya menimbulkan tanda tanya adakah benar Norman dan Memey tinggal serumah?

“Kalau boleh memang saya tidak mahu ada kaitan lagi dengan mereka dan sedikit pun tidak ada kepentingan menulis begitu. Saya hanya mahu mereka selesaikan apa yang belum selesai selepas saya dan Norman bercerai,” katanya.

Dalam pada itu, Abby agak kesal ramai yang menganggap kenyataan yang dibuat kepada media seolah-olah menampakkannya tidak rasional.

“Saya mengaku disebabkan personaliti Memey yang lemah lembut dan naif membuatkan masyarakat menyalahkan saya. Mereka lihat saya seperti tidak rasional.

“Cuba mereka meletakkan diri di tempat saya. Saya hanya menuntut hak saya yang mana perkara-perkara tersebut mereka (Norman dan Memey) sudah sedia tahu,” katanya.

Norman dan Memey bertunang pada 15 September tahun laluu dan sepatutnya bernikah pada 8 Januari ini.

Mereka bagaimanapun terpaksa menunda tarikh perkahwinan tersebut kernaa komitmen kerja.

Kedua-dua mereka bagaimanapun gagal dihubungi kerana tidak menjawab panggilan telefon.


0 comments: