Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, January 11, 2011

Duit Mudah VS Mudah Duit

http://3.bp.blogspot.com/_8-Lp4osZF_Y/THN1_QWEEkI/AAAAAAAAANQ/1i5x01-9s40/s1600/fbn.jpg
Dua pernyataan yang berlawanan walaupun hampir sama maksudnya. Zaman seba canggih kini telah memungkinkan beberapa impian yang dianggap mustahil satu ketika dahulu. Seorang kerani rendah ataupun pembantu pejabat kini mampu memandu BMW dan tinggal di banglo mewah disebabkan oleh kecanggihan hidup di zaman ini.

Skim 'Duit Mudah' yang banyak diiklankan di laman sesawang dan laman sosial turut mempromosikan kejayaan ahlinya. Tidak kurang juga pesanan peribadi melalui e-mail dan 'flyers' yang bertaburan setiap minggu di halaman rumah kita. Apa yang menariknya? Apakah isu sebenar yang ingin saya timbulkan? Sila lihat gambar di bawah dan cuba keluarkan pandangan anda sebelum anda membaca artikel seterusnya.

Melihat duit sebanyak ini (walaupun hanya gambar) boleh membuat seseorang itu rambang mata. Gua tengok pun meleleh beb...... Ada yang tak tergoda? Memang ada kalau ia hanyalah sekadar gambar yang ditunjukkan pada anda. Bagaimana pula jika disertakan dengan ayat-ayat sebegini :

1) "Cara mudah untuk dapat RM 100 sehari, anda hanya perlu login ******** anda."

2) "Malas kerja tapi nak kaya, sertai kami."

3) "Anda tak perlu jual barang, promosi iklan tapi akan dapat menjana duit anda.

Adakah masuk akal orang yang malas bekerja akan mendapat pendapatan yang banyak? Apakah jenis perniagaan yang mampu memberi pendapatan sedemikian kepada anda? Jika benar wujud mengapa masih ramai yang bekerja dan berniaga? Mengapa mereka ini tidak berhenti sahaja dan sertai skim atau program ini? Anda fikir dan anda jawab sendiri setiap persoalan anda.

Ini ada kisah dulu-dulu yang boleh dijadikan pedoman :

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja mengorek kubur orang mati bukanlah ganjil sebenarnya, kerana apabila ada orang meninggal, maka mayat perlu ditanam, oleh itu kubur perlu digali awal.

Tetapi apa yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah, dia tidak menggali kubur untuk tanam mayat, sebaliknya apabila jenazah sudah ditanam, waris sudah balik ke rumah dan Munkar Nakir sudahpun menyoal; barulah penggali ini datang ke kubur untuk mengorek semula kubur tersebut. Tujuannya kerana dia nak tengok bagaimana rupa mayat setelah di 'INTERVIEW' oleh Munkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur, hinggalah kubur yang ke-100.

Selepas itu, penggali tersebut pergilah kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya,"Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku korek semula, 2 sahaja yang jenazah di dalamnya masih mengadap kiblat? Yang lagi 98 jenazah dah beralih ke belakang?"

Jawab Imam Suffian, "Di akhir zaman nanti hanya 2 daripada 100 umat Islam yang masih percaya bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah dan 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki itu daripada-Nya".

0 comments: