Sumber www.masterfaiz.com
Ada suatu mitos menyebut bahawa jika kita tersesat di hutan yang gelap dan tidak mempunyai petunjuk arah, kita akan berjalan melingkar dalam satu putaran sehingga akhirnya kembali ke tempat yang asal.
Sebagai contoh, katakan kita mula tersesat di titik A, maka kita akan berjalan tanpa petunjuk sehinggalah kembali ke titik A. Kita berpusing-pusing di tempat yang sama!
Tahukah anda kanapa hal tersebut boleh berlaku? Mungkin inilah jawapannya.
Sebuah kajian telah dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dengan menggunakan GPS untuk menjejak sukarelawan yang melakukan perjalanan di padang pasir Sahara di Tunisia, dan hutan Bienwald di Jerman.
Mereka mendapati para sukarelawan hanya dapat melakukan perjalanan dengan lurus ketika matahari atau bulan terlihat. Jika matahari dan bulan tidak terlihat, atau apabila tertutup awan, mereka tanpa sedar bergerak melingkar dalam putaran. Dalam masa yang sama, mereka menyangka sedang berjalan lurus!
Dr Jan Souman, dari Max Planck Insitute di Tubingen, Jerman, yang mengetuai penyelidikan tersebut, mengatakan bahawa mitos tentang seseorang yang berjalan dalam sebuah lingkaran ketika tersesat adalah benar.
Tanpa Petunjuk, Kita Tidak Dapat Berjalan Lurus
“Manusia tidak dapat berjalan dalam garis lurus apabila mereka tidak memiliki petunjuk yang jelas, seperti sebuah menara, gunung, matahari atau bulan, dan lazimnya mereka akan berjalan melingkar,” katanya.
Penyelidikan ini yang diterbitkan dalam jurnal Current Biology, menunjukkan bahawa kesemua sukarelawan yang ikut berjalan dengan mata tertutup juga mengalami keadaan yang sama.
Bagaimana boleh terjadi sedemikian?
Menurut Dr Souman, sebuah kesalahan rawak di pelbagai tanda deria yang menyediakan maklumat mengenai arah berjalan bertambah setiap saat, membuatkan seseorang semakin menjauh dari pandangan arah lurus yang sebenarnya. Dia fikir dia sedang berjalan dalam garis lurus, padahal tidak sebenarnya.
Apabila saya membaca artikel ini yang saya petik daripada sebuah blog Indonesia, saya teringat pada ayat keenam surah pertama dalam Al-Quran, iaitu:
"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus."
Sememangnya tanpa petunjuk, manusia tidak akan dapat berjalan lurus meskipun mereka menyangka sedemikian.
Telah benarlah Allah Ta'ala ketika Dia berfirman dalam ayat ke-37 surah ke-43 dalam Al-Quran, iaitu:
Renung-renungkanlah dan selamat beramal. Semoga kita tidak tersesat di hutan yang kelam tanpa petunjuk ke jalan yang benar.
0 comments:
Post a Comment