Oleh Mohd Sayuti Omar
SUKA atau tidak Mohd Khusrin Munawi sudah masuk pejabat dan bersandar di kerusi Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) yang baru. Kemasukannya tidak dihalang oleh sesiapa. Dengan membawa surat perlantikan ditanda tangani KSN, Sidik Hassan beliau masuk ke SUK dengan tenang dan bergaya tanpa sedikit keraguan.
Beliau tidak merasai ragu-ragu dengan kuasa surat berkenaan. Apa lagi beliau melangkah masuk dengan keyakinan Sultan Selangor telah memberi perkenan kepadanya.
Kusrin juga tidak kisah sama ada Kahlid Ibrahim sedia menerima kedatangannya dan mendengar lapaz memegang jawatan. Khusrin boleh saja lafaz sumpah jawatan di hadapan Sultan. Kalau pun seribu kali perbuatan itu bercanggah dan luar biasa, siapa yang berani nak 'murkah'kan kepada Sultan?
Khalid nak marahkan Sultan? Apakah kata kalau di masa akan datang Sultan enggan menerima Khalid untuk jadi MB atau mana-mana calon dari PKR atau Pas untuk jadi menteri besar kalau tertakdir Pakatan Rakyat menang. Bukankah kalut namanya. Kekuataan Sultan terletak di sini maka baginda boleh melakukan apa saja yang dia suka, kecuali pinda perlembagaan tubuh kerajaan Selangor.
Wal hasil balik asal apa yang dilaungkan sia-sia saja. Katalah apa pun orang tidak akan peduli. Ahli undang-undang bercakap menggunakan logik dan kuasa undang-undang. Malangnya undang-undang negara ini tidak siapa hormati lagi. Ada setengah undang-undang dan perkara dalam perlembagaan hanya untuk dibaca bukan untuk dipraktikkan.
Ahli perlembagaan bercakap berdasarkan laras perlembagaan. Cakaplah sampai berbueh mulut sampai air liur meleleh ke dagu. Siapa hendak hormat undang-undang dan perlembagaan. Undang-undang dan berperlembangaan hanya berlaku ke atas rakyat yang lemah saja tetapi perlembagaan boleh dibongkar dan dirogol kemudian dibunuh begitu saja oleh orang atas.
Sebaiknya rakyat yang lemah seperti menteri besar Selangor, Khalid Ibrahim tidak usah cakap apa. Ikut saja apa yang berlaku. Kadang-kadang kita lebih baik jadi bodoh daripada jadi cerdik kalau dengan kecerdikan itu menimbulkan masalah.
Jadi macam Kusrin Munawi. Kalau dia ada maruah dia tidak akan masuk ke SUK hari ini sebab dia tahu kemasukannya itu tidak diterima oleh MB. Tetapi kerana dia boleh jadikan dirinya seperti lembu kenyang dimasuk juga. Itulah kadang-kala lebih baik jadi macam lembu kenyang dripada jadi macam harimau yang lapar.
Khusrin berada di dua persimpangan yang sukar untuk beliau pilihkan. Apakah dia harus hormati perlembagaan dan prosuder biasa ataupun hormati kepada Sultan?
Sebenarnya apa yang berlaku di negara kita mengenai hal ini - antara undang-undang, perlembagaan dan kuasa yang lahir secara lisan dan budaya berada dalam dilema. Kita bermasalah di dalam hal ini. Kita tidak tahu ke mana satu yang hendak kita pegangi. Kita hilang pendirian dan prinsip.
Situasi inilah menyebabkan kita senantiasa berada dalam krisis undang-undang. Keadaan ini sebenarnya sungguh merbahaya. Kita akan dilihat sebagai sebuah negara yang tidak konssiten dalam berpegang kepada undang-undang dan adat. Orang juga bingung mana lebih berkuasa atau besar antara adat dan undang-undang dan perlembagaan.
Lebih bingung lagi dan orang akan anggap kita bahalul apabila membuat sesuatu keputusan dan ketetapan kemudian kita langgar begitu saja. Ciri-ciri dan sikap ini menyebabkan kita jadi bangsa yang merangkak ke belakang dalam menuju ketamadunan manusia.
Bertolak dari hakikat ini sesetengah ahli perlembagaan menyarankan agar berperlembagaan kita dilemparkan saja kerana ia tidak ada guna dijunjung sebab ia tidak dipatuhi. Kita boleh melanggar perlembagaan seperti lembu kerbau melanggar pagar begitu saja untuk makan padi.
Apakah kita rakyat yang seperti lembu? Sebab itu saya bilang lama dulu bangsa Melayu adalah bangsa separuh masak dan separuh tamadun. Bangsa yang seperti ini akan bermasalah sepanjang zaman dalam apa juga keadaan.
http://msomelayu.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment