Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, April 11, 2012

Caruman KWSP Majikan Untuk Pekerja Ditingkatkan Kepada 20%!!

Sumber Beritasemasa

Wang Caruman KWSP Caruman KWSP Majikan Untuk Pekerja Ditingkatkan Kepada 20%!!

Semestinya satu berita gembira apabila KWSP mahukan caruman KWSP majikan untuk pekerja ditingkatkan menjadi 20%. Kepada golongan pekerja ini adalah satu berita gembira untuk anda. Bagaimana pula dengan pihak majikan, dan apa kesannya apabila kita melihat cadangan dan dasar ini secara keseluruhannya?

Caruman KWSP Caruman KWSP Majikan Untuk Pekerja Ditingkatkan Kepada 20%!!

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digesa mengenakan syarat kepada majikan untuk meningkatkan jumlah caruman bulanan untuk pekerja kepada 20 peratus jika mahu membantu kebanyakan rakyat di negara ini menempuh kehidupan bersara dengan lebih baik. Presiden Kongres Kesatuan-Kesatuan Sekerja dalam Syarikat Milik Kerajaan (GLC) dan Penswastaan, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, majikan pastinya tidak mempunyai masalah untuk menambah jumlah caruman menjadi 20 peratus kerana kebanyakan pekerja di negara ini masih bergaji rendah.

Ramai rupanya yang masih berpendapatan rendah? Adakah dengan meningkat caruman KWSP majikan ke atas pekerja merupakan langkah yang terbaik dan dirasakan cukup berkesan?

Bagaimanapun katanya, sekiranya KWSP mahu menaikkan jumlah caruman dikenakan kepada pekerja khususnya yang berpendapatan rendah, langkah itu hanya akan menyusahkan mereka.

“Kos sara hidup yang semakin meningkat serta pelbagai hutang jangka masa panjang seperti pinjaman kenderaan dan perumahan telah menyebabkan jumlah simpanan pencarum KWSP tidak banyak membantu selepas bersara.

“Sekiranya majikan boleh menambah jumlah caruman pekerja tanpa melibatkan menaikkan caruman pekerja, itu yang terbaik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, baru-baru ini mengenai langkah KWSP yang akan mengkaji semula jumlah caruman bulanan pekerja dan majikan bagi mengatasi isu selepas bersara. (Sumber : Utusan Malaysia)

Sekali imbas memang nampak menarik. Tapi adakah ini benar-benar akan membantu? Adakah sudah dibuat perkiraan jangka panjang? Ini akan membuatkan para majikan “tidak senang duduk”. Dalam pada masa yang sama, besar kemungkinan kita bakal melihat duit KWSP ini sempat digunakan “pihak-pihak tertentu” sebelum tibanya masa pencen, apatah lagi 20% bagi kami terlalu banyak. Dan tidak menolak kemungkinan tempoh pencen akan terus dilanjutkan lagi sehingga 70 tahun. Tidak mustahil sama sekali.

KWSP Caruman KWSP Majikan Untuk Pekerja Ditingkatkan Kepada 20%!!

Ya…memang benar, cadangan meningkatan caruman KWSP majikan pekerja memang baik kepada pekerja tetapi bagaimana pula kepada golongan majikan? Jikalau syarikat yang benar-benar kukuh mungkin tiada masalah. Tetapi bagaimana pula, dengan syarikat yang hanya “cukup-cukup makan sahaja”? Sekarang ini kalangan majikan perlu menguruskan isu gaji minima, struktur semula gaji pekerja dan sekarang ini mahu ditambah lagi caruman KWSP majikan untuk pekerja menjadi 20% :

Jadi, kita tidak boleh menolak kemungkinan kesan daripada dasar dan cadangan seperti ini :

  • Majikan akan mengurangkan kos pentadbiran
  • Mula membuang pekerja-pekerja tempatan sebaliknya lebih gemar mengambil warga asing

Kami lebih melihat dengan pelaksanaan meningkatkan caruman majikan ke atas pakerja memberikan kesan yang berbeza-beza. Antara lainnya adalah :

  • pekerja semestinya akan untung
  • majikan akan tertekan dengan peningkatan jumlah caruman
  • kantung KWSP akan bertambah “gemuk”
  • KWSP akan mempunyai lebihan dana untuk diagihkan kepada “golongan yang berkepentingan” samada secara pinjaman mudah atau bailout

Terus-terang kami katakan ia satu pendekatan yang menjengkelkan dalam keadaan ekonomi pencarum menempuh inflasi dan defisit yang tinggi di Malaysia dalam keadaan barangan tidak terkawal. Langkah sebetulnya ialah mengawal bebanan KWSP keatas hutang hutang NPL kepada GLC dan “Syarikat-syarikat yang kepentingan dan berpengaruh” dimana keupayaan pembayaran dividen kepada pencarum amatlah sedikit.

KWSP sepatutnya mencari jalan untuk memaksimakan keuntungan dengan pelaburannya bukannya membela syarikat syarikat tenat dengan kadar keuntungan yang tidak munasabah. KWSP sepatutnya badan yang amat bebas dalam membuat keputusan memberi pinjaman. Tidak boleh sesuka hati menggunakan dana tersebut untuk kelompok yang berkepentingan.

Jikalau benar-benar risau mengenai kos sara hidup rakyat, minta majikan carum sehingga 20% dan dalam pulangan dividen turut sama dipertingkatkan. Apa pandangan anda pula?


0 comments: