Oleh Subky Latif
TIDAK termasuk dalam 10 perkara yang Buku Jingga yang Pakatan Rakyat akan laksanakan dalam masa 100 ia berkuasa iaitu untuk menurunkan harga minyak petrol dalam masa 24 jam ia mengambil.
Jika ditambah dengan menurunkan harga minyak ini, maka janji segera Buku Jingga itu menjadi 11 perkara.Maka menurunkan harga minyak itu yang pertama dan paling senang untuk dilaksanakan.
Anwar Ibrahim sebagai jurucakap Pakatan Rakyat sekali lagi menegaskan baru-baru ini bahawa minyak akan diturunkan dalam masa 24 jam sebaik saja mengambil alih Putrajaya.
Ia bukan penegasan Anwar yang pertama, malah telah ditegaskannya sebelum Buku Jingga itu diterbitkan dua tahun lalu. Ketika harga runcit minyak melambung sebelum Pakatan Rakyat dibentuk banyak tahun dulu Anwar sudah mengumumkannya dia menguasai Putrajaya.
Bahkan ia telah didebatkannya dengan Menteri Penerangan masa itu, Shabery Cheek melalui TV siaran langsung. Cara ia boleh diturunkan telah diterangkannya pada masa itu. Ia tidak dapat dicabar dan minyak turun selepas itu.
Buku Jingga hanya merakamkan tentang pemberian royalti minyak dari 5 peratus saja kepada 20 peratas bagi negeri-negeri yang mengeluarkan minyak. Menaikkan royalti itu adalah nikmat untuk Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak saja. Tetapi menurunkan harga minyak itu adalah nikmat kepada semua.
Tawaran Anwar itu tidak sekadar tawaran politik tetapi itulah tindakan politik yang betul sebagai negara yang menghasilkan minyak.
Negara tidak akan bankrap dengan penurun minyak itu kerana ia pun memang dapat percuma dari dalam laut. Ia selari dengan langkah memberi minyak murah kepada kebanyak negara mengeluarkan minyak di seluruh dunia. Rakyat Malaysia akan dapat menikmati apa yang rakyat Saudi, Iraq, Libya dan lain-lain dapat. Semua negara itu tidak meleset dengan minyak murahnya.
Negara sebenarnya bertuah dengan harga tinggi minyak di pasaran dunia. Dari tahun 2007 hingga 2010 duit yang diamabil dari Patronas ialah 325 bilion ringgit atau 81.25 bilion setahun. Berkali ganda dari perbelanjaan kerajaan datang dari duit Patronas.
Menurunkan harga minyak dan memberi 20 peratus royalti minyak kepada beberapa buah negeri yang bertuah itu tidak akan menghabiskan hasil dan keuntungan Patronas.
Tetapi yang indahnya ialah tindakan menurunkan harganya adalah satu langkah memberi kebajikan kepada rakyat dan ia adalah ibu kepada pembendungan terhadap segala masalah dan kepincnngan rakyat.
Ia menjadikan pendapatan rakyat terangkat disebabkan nilai ringgit bertambah baik. Mereka dapat berbelanja lebih hasil dari penjimatan belanja atas minyak. Harga barang rata-rata dapaat dikawal.
Dengan gaji miniman RM1,500 sebulan yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat menjadikan mereka bertambah lega disebabkan minyak yanag mudah. Minyak dapat diberi banyak dari wang yang digunakan atas nilai yang sama.
Tiada ada yang cerdik akan menolak tawaran yang baik. Manusia memang diajar memilih mana yang baik dari dua atau lebih tawaran. Hanya orang bodoh dan orang mabuk saja memilih benda yang sama nilai yang berharga mahal.
Orang yang memilih yang mahal bukan saja bebal dan bodoh, tetapi membazir. Membazir bukan perbuatan yang baik tapi ada amalan syaitan.
Biasanya pengguna yang memberi sesuatu dengan harga yang mahal sedang ia boleh dibeli mudah akan merasa dirinya tertipu dan menyesal. Maka dia akan berhati-hati tidak tertipu dan tidak memberi dengan harga yang mahal lagi.
Justeru rakyat yang cerdik dan menjagi kepentingannya dan keluarganya tidak menolak tawaran Pakatan Rakyat hendak menurunkan harga minyak, kerana ia boleh dibuat dan patut dibuat.
Friday, April 13, 2012
Minyak turun dalam masa 24 jam
Posted by Suhaimi at 9:04 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment