Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, April 30, 2012

Semak Daftar Pemilih 2012. Wong Merupakan Manusia Tertua di Malaysia & Dunia (Umur 158 Tahun)?

Daftar Pemilih 20121 Semak Daftar Pemilih 2012. Wong Merupakan Manusia Tertua di Malaysia & Dunia (Umur 158 Tahun)?

Kalau diikut tarikh kelahiran bagi individu yang bernama Wong Kwan Moy, dah lepas sebenarnya hari lahirnya. Dengan tarikh lahirnya ini, bermakna beliau bukan sahaja mampu diangkat sebagai manusia tertua di Malaysia malahan sebagai manusia tertua di dunia.

Semakan daftar pemilih SPR secara online boleh anda semak melalui link di bawah ini :

=> http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/DaftarjBM.aspx
Berdasarkan rekod, Wong Kwan Moy sudah menginjak ke umur 159 dan ia merupakan satu angka yang cukup menakjubkan jika beliau masih lagi hidup ketika ini. Dan SPR masih lagi menyimpan data bagi individu seperti di atas dan dilihat “sayang” untuk membuangnya. Kami tidak merasa beliau masih lagi hidup jikalau benarlah individu ini benar-benar wujud di Malaysia.

Apa yang kami perhatikan sistem yang digunapakai SPR ketika ini masih lagi lemah jika terdapat daftar pemilih yang diragui, mereka masih lagi tidak mampu berbuat apa-apa selagi :
  • Jabatan Pendafaran Negara (JPN) tidak memaklumkan nama-nama yang sudah meninggal dunia kepada SPR untuk dihapuskan
  • SPR masih lagi dilihat tidak menunjukkan kesungguhan atas inisiatif sendiri bagi memastikan kesahihan kewujudan mana-mana daftar pemilih terutamanya yang berumur lebih 100 tahun dan ke atas.
Sangat bagus apabila kalangan rakyat sekarang ini “dilihat turun padang” bagi bersama-sama membuat semakan daftar pemilih daripada masa ke semasa dalam usaha bagi membersihkan senarai yang diragui dan kotor dalam daftar pemilih SPR sebelum Malaysia memasuki fasa seterusnya dalam Pilihanraya Umum ke 13 tak lama sahaja lagi. Tetapi ini bukan tugas hakiki rakyat Malaysia.
SPR Daftar Pemilih  Semak Daftar Pemilih 2012. Wong Merupakan Manusia Tertua di Malaysia & Dunia (Umur 158 Tahun)?
Sepatutnya, membersihkan daftar pemilih adalah tugas hakiki SPR. Ini adalah tanggungjawab SPR dalam menyelesaikan masalah sebesar ini yang masih lagi tak nampak kesudahannya walaupun Pilihanraya Umum ke 12 (2008) sudah 4 tahun berlalu.

Yang peliknya sistem SPR. Individu yang mahu tampil membuat bantahan bagi membersihkan daftar pemilih SPR pula dikenakan caj dan bayaran.
  1. bayaran RM10 bagi setiap bantahan dan RM200 bagi setiap bantahan yang ditolak
  2. tempoh membuat bantahan yang singkat yang hanya dibenarkan semasa SPR mempamerkan rang daftar pemilih
Jikalau diikutkan, bantahan merupakan salah satu kaedah mengesan kesilapan manusia. Sepatutnya, kita di sini tampil mahu membantu melancarkan kerja SPR seterusnya bertujuan untuk membersihkan daftar pemilih SPR. Tetapi, malangnya si pengadu pula yang dikenakan bayaran. Patutkah?

0 comments: