KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan Bersih 3.0 memaklumkan enam lokasi awal sebelum peserta menuju ke Dataran Merdeka, 28 April ini.
Ahli
Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, Maria Chin Abdullah berkata enam
lokasi tersebut terdiri daripada Pasar Seni, Masjid Negara, KLCC,
Brickfields, Jalan Sultan dan Masjid India.
Keenam-enam lokasi
itu, katanya merupakan lokasi awal sebelum para peserta berkumpul di
Dataran Merdeka pada himpunan Duduk Bantah itu.
Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, hari ini.
Maria
menambah, perancangan awal jawatankuasa itu menetapkan Dataran Merdeka
sebagai lokasi Duduk Bantah, dan tidak akan menukar lokasinya walaupun
dihalang pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Sebelum ini,
DBKL berkali-kali mengeluarkan kenyataan melarang dan akan mengambil
tindakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar larangan tersebut.
Sementara
itu, tinjauan Harakahdaily mendapati DBKL mula menutup persekitaran
Dataran Merdeka dengan meletakkan pagar besi dan penghadang, pada jam
empat pagi tadi
Friday, April 27, 2012
Lokasi awal sebelum ke Dataran Merdeka
Posted by Suhaimi at 2:55 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment