MELAKA: Adun Ayer Keroh (DAP), Khoo Poay Tiong meminta siasatan dilakukan ke atas pembinaan sebuah pondok bas di Taman Rumahku Syurgaku (RKSK), Bukit Katil, di sini, kerana kos pembinaannya yang terlalu tinggi iaitu sebanyak RM44,525.
Manakala, sebuah lagi pondok bas yang dibina di depan Kota Cemerlang, Ayer Keroh, pula bernilai RM34,500 sedangkan ukurannya terlalu kecil sahaja dan menggunakan bahan binaan yang murah serta berkualiti rendah.
Khoo berkata, jumlah kos yang tidak munasabah itu diterimanya melalui jawapan bertulis yang diberikan oleh Dewan Undangan Negeri Melaka yang telah bersidang baru-baru ini.
"Kita mengesyaki adanya unsur-unsur penyelewengan berlaku di dalam pembinaan pondok bas itu yang dikeluarkan tender secara terus kepada kontraktor terlibat oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
"Harga tersebut terlalu mahal, tak masuk akal, ukurannya terlalu kecil sekitar 8 kaki x 24 kaki dan kalau ikut harga pasaran hanyalah sekitar RM9,000 saja," kata beliau.
Friday, March 26, 2010
Pondok bas 8 kaki x 24 kaki RM45 ribu! - Melaka
Posted by Suhaimi at 11:11 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment