Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, March 6, 2010

ToL Kita AnTaRa YanGTeRMuRaH DiDuNia!!

Oleh IbnuZack

Satu,siapa yang tergelak baca tajuk post, atau terdetik dalam kepala dia "Kepala hotak ngko!" maknanya dia memahami apa itu Tol dan keadaan semasa.Jadi anda boleh memilih untuk tidak membaca.

Dua, sesiapa yang mengangguk atau terdetik dalam hatinya "Hmmm..betul tuh",maknanya ada yang dia tidak tahu.Golongan ini adalah sasaran penulisan saya selepas ini dan jika anda adalah salah seorang daripadanya,anda diharap meneruskan pembacaan. :)
Soalan pertama,betul atau tidak?Jawapannya betul.Tol kita memang antara yang termurah di dunia.

Tetapi apa sebenarnya saudara yang terselindung disebalik itu?


Lebuhraya di Thailand:Panjangnya 1000batu dan tiada tol


Secara peribadi,saya sendiri tidak begitu jelas tentang konsep tol di Malaysia ini di ambil dari mana.Jika ikutkan,antara yang mengamalkan konsep tol ialah Thailand.Tetapi ia hanya dibuat di Bangkok,itu pun jika kita pilih untuk lalu ikut jalan atas.Bukan seperti Malaysia,hampir setiap negeri ada.

Di Amerika Syarikat,mengikut salah seorang teman saya yang pernah menuntut di sana,dia pernah memandu dari Santa Monica di California (di pantai barat US) hingga ke satu bandar di Florida (pantai timur US). 4 hari 4 malam tak sampai lagi.jalan punya la cantik,tapi satu sen pun tak kena tol.Dia juga pernah memandu dari San Diego di Selatan California ke Seattle di Utara Washington State.3 hari 3 malam tak sampai lagi.Dan tiada tol.

Jesteru,negara mana sebenarnya yang mengaplikasikan tol ini sebanyak Malaysia?Di Thailand,Sami banyak tapi tol setempat sahaja.Tetapi di Malaysia ni sami sorang je.Tu pun tiap-tiap tahun umum naik tol.

Satu perkara yang sangat menghairankan.Jika diikutkan fakta,jumlah kutipan tol bagi 19 lebuhraya seluruh Malaysia setakat 2006 adalah RM23.66bilion.Tetapi kos membina lebuhraya tersebut tidak sampai pun pada jumlah tersebut.Ini bermakna setakat 2006,keuntungan sudah dicapai.Paling mengejutkan,kos pembinaan PLUS adalah RM5.9 b,tetapi pungutan tol di situ pada 2005 dan 2006 sahaja sudah menjangkau RM3.76b. Jesteru,kenapa tol masih dikenakan?

Maintainance?Jika penyelenggaraan yang kita jawab,soalnya di PLUS sahaja,kos penyelenggaraan adalah RM27.83j sebulan atau RM333.96j setahun.Secara logik,kos keseluruhan penyelenggaraan setahun tidak mungkin melebihi RM1.5b setahun.Jumlah ini boleh ditampung melalui pembayaran road tax dan sedikit bantuan kerajaan.Jika soal mematuhi perjanjian yang dibuat anda timbulkan,logiknya mengapa tidak cerdik membuat perjanjian yang berat sebelah seperti itu?Di mana kebijaksanaan kerajaan?

Mungkin ramai yang perlu membaca buku Malaysian Political Economic, karya Jomo dan Gomez, Pensyarah dari UM. Anda akan dapat jawapan bukan sahaja terhadap siapa pemilik PLUS dan UEM(Pemilik PLUS), tetapi juga semua syarikat2 di Malaysia. Di situ anda akan tahu betapa hebat dan kayanya ahli2 politik Malaysia.Dan ketika itu anda akan sedar dan akan kata.."Patutlah tol naik punnnn"..

p/s: Tiba2 teringat kata2 Datuk Seri Najib "“Kalau kita tak sanggup tanggung, tidak akan ada lebuh raya bermutu tinggi,” .Lebuhraya LPT menerima lebih 150 kemalangan dalam 2 bulan pertama operasinya.Bermutu tinggikah?


KEADAAN ambulans yang membawa dua pesakit dan tiga lagi penumpang lain termasuk pemandu yang terbalik dan berasap selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 187, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Kuantan -Sumber Utusan


Sumber : http://ibnuzack.blogspot.com/2007/06/tol-kita-antara-yangtermurah-didunia.html

0 comments: