Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, December 12, 2011

Akhirnya Tembelang Taib Mahmud Pecah

http://www.financetwitter.com/wp-content/uploads/2011/04/Taib_Mahmud_Hug_Wife.jpg
Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak pernah membesar-besarkan dasar perdagangan sebagai mana dikeluarkan oleh kumpulan Oxford Business Group. Laman web Ketua Menteri sendiri juga dengan angkuhnya mengakui para editor dari Oxford Business Group itu melaporkan kenyataan mengenai perdagangan secara terperinci bagi negeri Sarawak.

Namun editor laporan yang dipertanggungjawab mereka-reka laporan itu adalah merupakan seorang editor majalah lucah, The Daily Sport yang pernah dibuang kerja pada awal tahun ini. Peter Grimsditch juga pernah dilucutkan dari jawatannya setelah pelancaran berita sukan ‘Porn King’ yang mengaitkan David Sullivan dalam tahun 1988.

Taib telah melancarkan suatu laporan ‘Country Report’ yang dikarang oleh OBG dalam bulan Oktober tahun ini di hotel Pullman, dan acara tersebut tidak sekalipun mendatangkan apa kesan yang ketara terhadap ekonomi negeri itu. ‘The Report Sarawak’ telah dilancarkan bagaikan suatu laporan yang berobjektif dan telah menerima pujian daripada para hadirin. Kami juga ingin menjemput para hadirin untuk menilai siasatan kami supaya mereka akan mendapat maklumat yang seimbang.

Najib dan juga para menteri perdagangannya telah bersetuju dengan perkara-perkara yang dibesar-besarkan oleh kumpulan OBG itu, terutamanya pendapat yang dikeluarkan oleh seorang pegawainya ketika ditemubual oleh agensi berita Bernama mengenai perdagangan makro Malaysia, seolah-olah pegawai OBG tersebut terlalu arif dalam bidangnya.

Sebagai contoh, Pengurus Rantau bagi OBG, Daniel Moore yang masih muda mentah itu ketika ditanya Bernama sempena pembentangan belanjawan Malaysia baru-baru ini didengar memuji-muji Model Ekonomi Baru Malaysia. Pada suatu kenyataan Moore juga didengar seolah-olah menyejukkan hati Najib dengan mengatakan Malaysia harus menyokong perkembangan pelancongan, perbankan Islam dan juga barang-barang halal.

‘The Report Sarawak 2011’ mengandungi temubual dengan kroni dan ahli-ahli keluarga Taib Mahmud sahaja! Mereka itu termasuk Taib sendiri, rakan niaga dan sepupunya sendiri, Hamed Sepawi, iparnya sendiri Robert Geneid, Jabu, Masing, Awang Tengah, pembantu perniagaannya Richard Curtis dari syarikatnya CMS, Pengurus Sarawak Energy Berhad Torstein Dale Sjotveit.

Setakat ini kata pujia-pujian yang dikeluarkan oleh kumpulan OBG tidak menampakkan hasil yang ketara dalam soal perdagangan di Sarawak. Kumpulan itu hanya didengar mengulang-ulang perkara yang lama dan lapuk sahaja.

Sekumpulan penyiasat kami dari Sarawak Report pernah menjalankan siasatan ke atas ibu pejabat Oxford Business Group yang mendakwa diri mereka telah mengeluarkan banyak laporan sejak 1994. Kumpulan ini tiada kaitan langsung dengan daerah Oxford atau pun Universiti Oxford yang terkemuka itu. Para penyiasat kami pula mendapati kumpulan OBG tidak memiliki ruang atau bangunan pejabat, walaupun para pekerja OBG sekali-sekala kelihatan keluar-masuk ke tempat itu.

Pengasas OBG, Michael Benson-Colpi didapati memiliki beberapa buah syarikat, termasuk St James Partnership, yang kini telah dibubarkan, Oxford Business Group (Reports) Limited, OBG Reports Limited, Oxford Business Group (London) Limited enggau Oxford Business Associates LLP, kesemuanya diwujudkannya dalam tahun 2010.

Dalam Country Report yang dikeluarkanya, kata-kata pujian sememangnya dihalakan kepada negara-negara yang sedang membangun walaupun dasar laporannya tidak telus. Dia hanya boleh diterima oleh perniagaannya sendiri, tetapi rakyat Malaysia dan Sarawak harus sedar bahawa dia sebenarnya telah diperalatkan oleh Taib dan Najib bagi kepentingan PR mereka, dan bukannya secara jujur memberikan penilaian perdagangan negeri itu. ~sarawakreport

0 comments: