Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, December 9, 2011

UMNO Pulau Pinang Hadiah KEK TAHI MANUSIA

Hadiah 'Kek Tahi' UMNO Kepada Lim Guan Eng

Dahulu masa di Selangor, ada satu kumpulan manusia (sebut : UMNO) yang tidak puas hati dengan pemerintahan MB Khalid Ibrahim. Tidak puas hati itu tidak jadi masalah. Mereka ada hak untuk menyatakan ketidakpuasan hati, namun tindakan yang diambil mereka salah. Kumpulan manusia ini berdemo sambil membawa kepala lembu dan memijak-mijak kepala lembu tersebut.

Sekali lagi, tindakan berdemo itu tidak salah, itu hak mereka untuk berdemo. Tetapi apabila 'kepala lembu' itu turut diseret dijalanraya, dipijak-pijak ia sudah menjadi tidak betul. Orang hindu marah kerana kumpulan ini menghina 'tuhan' mereka. Adakah orang Islam tidak marah dan suka dengan tindakan itu?. Semestinya kita juga merasa tidak senang apabila lembu diperlakukan begitu. Sedangkan bangkai kucing pun kita tidak sepak-sepak dan pijak-pijak, inikan pula lembu yang memang makanan kita. Rezeki dari Allah.

Hari ini sekali kumpulan pejuang Melayu ini mengulangi kesilapan yang sama di Pulau Pinang. Mereka yang tidak berpuas hati dengan KM Lim Guan Eng menghantar makanan. atau rezeki berupa kek kepada Lim Guan Eng sempena hari jadinya. Kek itu tidak salah, tetapi bentuk kek itu yang menyerupai NAJIS MANUSIA amatlah tidak senonoh dan jijik. Bagaimana bentuk akhlak kumpulan ini jelas boleh dilihat daripada bentuk hadiah Kek Tahi itu. Sedang JAKIM pernah mengeluarkan fatwa :

"Membuat produk makanan menyerupai bentuk haiwan adalah harus mengikut syara' kecuali haiwan seperti babi, anjing dan juga haiwan yang jijik menurut pandangan masyarakat".

Rujuk fatwa JAKIM di sini

Jika makanan menyerupai haiwan yang najis dan jijik itu HARAM. Apatah lagi makanan yang menyerupai najis. Cukup-cukuplah anda menghina agama. Tidak cukup rakan anda (baca : MCA) menghina hudud, dan anda tidak pernah menasihatinya, tetapi anda sendiri menunjukkan kejahilan dalam agama Islam apabila menghina rezeki yang Allah berikan dimuka bumi ini.

Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat 'tahi manusia' kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.

Jurucakapnya Mohamed Ghani Abd Jiman berkata, replika kek seakan 'tahi manusia' tersebut layak dihadiahkan kepada Lim Guan Eng sempena hari lahir Ketua Menteri Pulau Pinang, pada hari ini.

"Orang lain tak boleh bagi (hadiah 'tahi manusia'), hadiah ini memang mempunyai nilai sentimental dia (Guan Eng) kerana dia buat Pulau (Pinang) ini macam 'pulau tahi'," ujarnya

Beliau turut menyifatkan Guan Eng sebagai 'pondan' kerana tidak bersemuka dengannya walaupun diberitahu bahawa Guan Eng masih dalam lawatan rasmi di Taiwan.

Tidak cukup dengan itu katanya, 'tahi manusia' berkenaan ditaja oleh pemimpin DAP negeri sendiri yang didakwanya menentang Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

"Empat ('tahi manusia') ini DAP yang taja. Sesiapapun tak perlu tahu dan biar polis siasat. Kalau nak tahu, Guan Eng kena buat laporan polis," sindir beliau sambil menghina kakitangan kerajaan yang setia berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dalam reaksi spontan menganggap tindakan pembangkang itu menghina kakitangan kerajaan serta kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.

"Jika berdendam dengan Ketua Menteri sekalipun, tidak perlulah sampai menghina kakitangan kerajaan sama ada Melayu atau bukan Melayu dengan memberi hadiah ('tahi manusia') sebegitu.

"Menerima hadiah bersifat peribadi pun bukan menjadi amalan Ketua Menteri Pulau Pinang, hadiah sebegitu ('tahi manusia') dia (Guan Eng) tak terima," ujar beliau.

0 comments: