Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, December 12, 2011

Kerajaan BN Terengganu belanja guna Dana Khas RM11 billon sejak 2005

Abdul Wahid Endut berkata, beberapa projek yang menggunakan dana khas itu menimbulkan tanda tanya.

PETALING JAYA: Beberapa pemimpin pembangkang bertanya bagaimana kerajaan BN Terengganu membelanjakan wang dana khas hampir RM11 bilion sejak 2005.

Pesuruhjaya PAS negeri, Abdul Wahid Endut berkata, beberapa projek yang menggunakan dana khas itu menimbulkan tanda tanya.

Beliau menyebut projek pembesaran lapangan terbang dan pembelian stesen radio Manis FM.

“Apa faedah beli stesen radio tersebut? Saya tidak mendengar negeri-negeri lain mempunyai stesen radio,” katanya.

‘Negeri kaya, rakyat miskin’

Ketua penerangan PKR negeri, Faris Musa berkata, rakyat bercakap ke mana habisnya wang sebanyak hampir RM11 bilion itu.

Katanya, tidak nampak sebarang projek yang dibuat untuk faedah rakyat Terengganu.

http://kalamperantau.files.wordpress.com/2010/09/stadium-runtuh.jpg?w=320&h=214
“Saya bimbang wang itu dibelanjakan untuk projek-projek yang tidak berfaedah tetapi yang mendapat keuntungan ialah kroni Umno.

“Sudah menjadi perbualan umum mengenai Terengganu iaitu negeri kaya tetapi rakyat miskin,” tambahnya.

Menurut Fariz, banyak pembaziran berlaku apabila BN merampas semula kerajaan dari PAS dalam piluhan raya umum 2004. - FMT

0 comments: