Pendapat Ulama al-Azhar kerap diyakini kebenarannya, kerana selalu dijadikan sandaran dalam melaksanakan ajaran Islam di seluruh dunia. Lebih-lebih lagi dalam hal melayan kitab suci.
Para ulama menyandarkan pendapat mereka kepada ayat yang berbunyi janganlah menyentuhnya (al-Quran) kecuali dalam keadaan suci (al-Waqiah: 79). Ayat ini kemudian dijadikan landasan untuk menyentuh al-Quran baik yang bercetak ataupun yang berbentuk elektronik seperti yang ada di telefon.
Ketua Umum Lajnah Buhuts al-Islamiyah al-Azhar Mesir, Syaikh Ali Abdul Baqi, menyatakan al-Quran harus tetap terjaga baik dalam keadaan bercetak mahupun di elektronik. "Tidak hanya itu, terjemahannya pun harus dijaga dalam huruf latin," tambahnya, Ahad (16/10).
Dia mengatakan dikeluarkannya fatwa berkaitan memegang mushaf elektronik ini berdasarkan kemajuan zaman yang pesat. Pola penjagaan terhadap mushaf al-Quran pun tidak boleh luput dari perhatian.
Ketua Majlis Ulama Mesir, Syaikh Ahmad Qandil, bersetuju fatwa tersebut. menurutnya, tidak dibenarkan untuk memegang mushaf apapun bentuknya, kecuali dalam keadaan suci. "Mushaf cetak dan elektronik seperti yang ada di telefon perlu dipegang dalam keadaan suci," katanya.
0 comments:
Post a Comment