Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, December 1, 2011

Haram Bergambar Pra-Perkahwinan - Majlis Ulama Indonesia

http://pixug.com/files/funzug/imgs/funnypics/cute_couples_37.jpg
Kebanyakan kita tentu pernah tengok pasangan yang siap berpakaian pengantin berusung ke sana sini di segenap taman bersama jurukamera mengambil gambar. Biasanya mereka yang buat begitu terdiri daripada pasangan berbangsa Cina yang menjalankan sesi photography sebelum berkahwin.

Tetapi kini budaya sebegitu sudah meresap kepada orang kita bangsa Melayu. Mereka kelihatan siap berpakaian tradisional Melayu berusung ke sana sini mengambil gambar pra perkahwinan untuk disemadikan sebagai koleksi kenang-kenangan.

Kalau Melayu yang berbuat begitu dah diijab kabulkan tak apa juga, tapi ada yang hanya peringkat bertunang dan baru bakal melansungkan majlis pernikahan dah siap bergambar berpelukan dengan begitu intim sekali.

Budaya yang sama berlaku di Indonesia. Fenomena tersebut menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengharamkannya dan di Indonesia Barat, Institut Kebudayaan Melayu Jambi menggesa agar budaya sebegitu diharamkan di seluruh Jambi.

Budaya berpelukan sambil berbaring di taman dan juga atas katil bukanlah daripada budaya Melayu Jambi dan bertentangan dengan Islam.

0 comments: