Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, December 17, 2011

Lim Guan Eng: 'kebebasan dan demokrasi' & 'kuku besi'

Wacana Sinar Harian edisi ke-9, PRU13: Undi Siapa Menjadi Penentu

Dalam sesi penggulungan wacana anjuran akhbar Sinar bertajuk PRU-13: Undi Siapa Jadi Penentu tempoh hari Lim Guan Eng yang merupakan salah seorang panel mengeluarkan satu ayat yang menarik untuk kita fikirkan dan realisasikannya. Berikut kata-kata ringkas penuh makna dari Lim Guan Eng:

"Bila rakyat takut sama kerajaan, itu namanya 'kuku besi', bila kerajaan takut dengan rakyat, itu namanya 'kebebasan dan demokrasi'..."

Amat besar maknannya ayat di atas. Jika kita fikirkan senario politik negara kita siapa sebenarnya yang sedang dan cuba menakut rakyat dengan ayat-ayat seperti, 'jika pembangkang memerintah negara, hancur lebur negara ditimpa malapetaka'. Banyak lagi ayat-ayat seumpama itu yang bermatlamatkan agar rakyat menjadi gerun dan rasa takut.

Gertakan seumpama itu dibuat tidak lain dan tidak bukan oleh Umno ketika perhimpunan 4 hari mereka yang penuh dengan gertakan ditujukan kepada rakyata keseluruhan dan bukannya kepada para delegasi Umno. Perbuatan mereka hanya menggambarkan taktik mereka yang sedang cuba menakutkan rakyat.

Jika rakyat percaya dan termakan dengan segala ayat-ayat gertakan tersebut, ini bermakna rakyat sedang mengalami perasaan takut kepada kerajaan yang memerintah. Berbalik kepada kata-kata Lim Guan Eng di atas, tindakan kerajaan yang berkuasa sekarang yang mahu menanamkan rasa takut rakyat menjurus kapada usaha menjadikan rakyata takut kepada kerajaan yang memerintah...itunya maknanya kerajaan sekarang adalah kerajaan kuku besi.

Apa yang berlaku kepada para ahli politik pakatan rakyat pula adalah terbalik. Sebagai contoh ucapan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim ketika berceramah dalam rapat umum berhampiran Stadium Shah Alam, beliau dengan tegas mengatakan bahawa kami (pemimpin) di atas adalah kuli kepada rakyat, jika anda rasa kami tak bagus anda hanya perlu menghumban saja kami turun.

0 comments: