Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, March 19, 2012

Ali Rustam Sahut Cabaran Debat Ganti Najib?

Sumber Addin

Dalam kehangatan cabaran debat ke atas Najib, dan rakyat Malaysia rata-rata menunggu sahutan dari Najib rupa-rupanya Najib hanya berani berhujah seorang diri atas pentas di Puchong malam tadi. Dalam berita tv malam tadi, macam-macam Najib perli Pakatan Rakyat, namun sebenarnya Najib hanya seorang pemimpin yang pengecut.

Hanya berani berkokok diluar gelanggang. Ajak beradu di dalam gelanggang, lari lintang pukang. Najib dalam parlimen pun tak berani menjawab soalan yang diberikan. Inilah spesis Umno.. dasar pengecut!!

Mula-mula terkejut jugak Addin tengok banner di atas tuh.. realiti atau fantasi tapi rupa-rupanya fantasi semata-mata. Pesuruhjaya PAS Melaka, Sdr. Adly Zahari juga pernah mengajukan cabaran untuk berdebat dengan Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam. (rujuk sini.)

Cabaran debat kepada Ali Rustam ini bukannya yang pertama kali bahkan sejak Pesuruhjaya Melaka yang terdahulu yang di pegang oleh Ustaz Ghani juga pernah mencadangkan.

Namun sehingga ke hari ini Ali Rustam tidak berani untuk menyahut cabaran walaupun sebelum ini pernah beliau sendiri bersetuju untuk berdebat. Namun Ali Rustam mengenakan syarat yang tidak masuk di akal, iaitu berdebat di pentas yang berbeza, dan berjauhan antara satu sama lain.

Senang cerita, ceramah bersebelahan seperti mana yang sering kali berlaku di setiap kali ceramah PAS di adakan di Melaka.

Iaitu pada masa sama Umno juga turut berceramah di sebelah dengan dengan terpekik terlolong macam orang gila meroyan, inilah method debat yang Ali Rustam mahukan. Lihat video debat ala Ali Rustam kat bawah nih..

0 comments: