Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, March 24, 2012

Permohonan Umno gadai tanah rezab Melayu ditolak MB Selangor!


Tahniah Kerajaan Selangor, Tahniah MB Selangor kerana mempertahankan tanah rezab orang melayu yang semakin terhakis setelah lebih 50 tahun negara ini diperintah Umno.

Apakah benar Umno membela bangsa sepertimana yang dicanang? Jika benar Umno bela bangsa, maka sepatutnya jumlah tanah rezab melayu akan bertambah. Jika benar Umno bela nasib ekonomi melayu, maka jumlah pegangan saham orang melayu yang bernilai lebih 50 bilion suatu ketika dulu akan tambah berganda. Namun malangnya slogan Hidup Melayu itu hanyalah retorik semata-mata apabila fakta sebenar menjelaskan tanah rezab melayu telah berkurangan hampir separuh dari jumlah asal manakala jumlah saham bumiputra lenyap hilang entah ke mana.

BUKTI JELAS: Surat permohonan Umno Puchong bagi kebenaran pindah milik tanah telah ditolak kerana ia satu cubaan merampas tanah rezab Melayu


BUKTI siapa pemilik sebenar syarikat Lagi Gemilang Development Sdn. Bhd.?

Kerajaan Negeri Selangor juga telah menunjukkan testimoni yang baik beserta dengan buktinya sekali betapa nasib orang melayu khususnya dalam soal menjaga tanah rezab melayu menjadi keutamaan. Selain itu, kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat juga memastikan ekonomi negeri dirakyatkan dengan segala hasil dan keuntungan dari pentadbiran yang cekap dipulangkan semula kepada rakyat negeri Selangor.

Dengan testimoni seperti di Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan, rakyat di seluruh negara wajar memberi penilaian serta perbandingan antara kerajaan negeri PR dan kerajaan negeri serta kerajaan pusat yang dipimpin secara penuh ketirisan dan boros oleh Umno. Penilaian tersebut perlu diterjemah dalam Pilihanraya ke-13 yang kian hampir. Slogan kempen A.B.U sebagai contoh terbaik menjadi satu titik penting ketika berdepan pilihanraya yang sengit dengan penipuan terancang. Undilah semua Asalkan Bukan Umno !

Pencapaian kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat membuktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu mentadbir kerajaan pusat dengan baik selain memberi harapan baru kepada rakyat terbanyak. Lihatlah statistik keuntungan kerajaan negeri yang menunjukkan pertambahan berganda berbanding ketika diperintah oleh kerajaan Umno/Bn. Jadual di bawah menceritakan sesuatu:


Statistik keuntungan berganda kerajaan negeri ketika Pakatan Rakyat memerintah berbanding ketika diperintah oleh Umno-BN.
Tiada lagi alasan yang kukuh untuk mengekalkan kerajaan pusat sedia ada apabila kerajaan PR yang paling teruk diserang iaitu di Pulau Pinang, kononnya nasib umat Islam di negeri tersebut terhakis dek pemerintahan DAP ternyata suatu tohmahan rambang oleh gerombolan Umno.

Serangan bertali arus Umno di media perdana mengatakan kononnya kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang mengabaikan orang melayu dan agama Islam ternyata meleset sama sekali apabila fakta menunjukkan 3 tahun berturut-turut peruntukkan hal ehwal Islam P.Pinang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jauh bertambah berbanding ketika BN memerintah. Lihat jadual di bawah:


BUKTI jelas kerajaan BN mengabai orang Melayu dan agama Islam di Pulau Pinang.
Justeru itu, kita sebagai rakyat yang celik harus melangkah terus ke hadapan memberi laluan kepada sebuah kerajaan pusat yang baru. Untuk merealisasikan sebuah kerajaan baru dengan menumbangkan sebuah kerajaan korupsi yang memperkudakan hampir keseluruhan agensi 'neutral' bukanlah suatu kerja yang mudah. Setiap rakyat yang mahukan perubahan menjadi realiti harus bersama dalam gerakan dan kempen yang bukan sekadar kempen parti politik semata-mata, tetapi kempen dari rakyat untuk rakyat.

Kempen A.B.U adalah sebuah gerakan berani dan secara terus berdepan dengan regim Umno. Rakyat menyambut kempen ABU ini dengan berani. ABU bukan milik sesiapa, bukan juga milik gugusan Anak Muda SAMM. SAMM hanya menjadi pemangkin menggerakkan kempen ABU, namun ia tetap milik rakyat. Gerakan ABU juga mendapat perhatian bukan sahaja dari segenap masyarakat tetapi juga mendapat perhatian penuh oleh pihak Umno yang begitu tercabar kedudukkannya.

Kini kempen ABU sedang mekar menjalar di seluruh negara. Undi Asalkan Bukan Umno merupakan kempen terpenting dalam menghadapi pilihanraya ke-13, bukan sekadar kempen perang-saraf. Program ceramah ABU sudah meluas di mana-mana. Kebanyakkan pentas dihiasi dengan lambang ABU. Kejayaan ABU sampai ke tahap ini adalah kredit untuk rakyat kerana berani menganjurkan pentas ABU, berani menjadi hadirin dalam program ABU yang dilihat berisiko diserang Umno, apabila otak mereka gagal berhujah maka otot jugalah yang mereka gunakan untuk menyerang rakyat yang dahagakan maklumat.

Ada pihak yang mengatakan kononnya kempen ABU sudah semakin perlahan. Ada juga yang bertanya ke mana arah kempen ABU sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam PRU-13. Sifirnya mudah, jika anda masih melihat ada yang mengenakan baju ABU, ada yang menggunakan Avatar ABU, ada yang meletakkan lambang ABU di dalam blog, FB dan Twitter, ada pula pihak yang menyerang dengan kempen ABP dan ABAI, itu bermakna kempen ini berjaya dan akan tetap hangat hingga ke PRU-13. Contoh paling ideal ialah, pelancaran ABU Kedah bakal berlangsung malam ini di sebuah dewan Alor Setar. Dilaporkan awal pagi tadi, dewan tempat berlangsungnya pelancaran ABU telah dicemari oleh poster-poster yang bertulis ABAI. Ini satu tindakbalas yang baik, bermakna Umno sangat terdesak cuba menutup aura ABU.

Ketika di Pelancaran ABU Johor pula, terbentang poster/banner 'vertikal' di ratusan tiang lampu jalan dengan tulisan ABU - Allah Bersama Umno. Secara tidak langsung, Umno juga telah mempromosi ABU dengan membuat satu 'saikologi terbalik' Allah Bersama Umno - Apakah Allah akan bersama dengan golongan yang menghina hukum Allah? Apakah Allah akan bersama dengan gerombolan yang menggubal undang-undang menghalalkan judi dan berdagang dengan Israel serta gerombolan yang merasmikan kilang arak? Ternyata kempen ABU akan terus dilaung hingga ke Pilihanraya.

Bagi persoalan ke mana hala kempen ABU adalah lebih mudah - kempen bersihkan sungai akan berterusan sehingga bersihnya sungai, kempen BERSIH pilihanraya juga akan diteruskan hingga bersihnya pilihanraya. Begitu juga dengan gerakan ABU - Akan tetap diteruskan selagi Umno dan anasir yang berperangai seperti Umno masih berada di tampuk pemerintahan negara. Umno simbolik kepada rasuah dan penyelewengan khazanah rakyat!

Berbalik kepada isu cubaan pemilikkan bukan bumiputra ke atas tanah rizab melayu (yang cuba dilobi oleh Umno Puchong?), saudara pembaca harus mengenal pengkhianat sebenar. Di sebelah pihak yang menguasai kerajaan Selangor bertungkus lumus mempertahankan kepentingan agama dan bangsa ketika sebelah lagi pihak hanya bermain dengan retorik dan hipokrasi. Lihat petikan berita di bawah dan anda pasti terkejut:

Umno berselindung di sebalik Istana kelabui mata rakyat, elak tembelang gadai tanah rezab Melayu diketahui.
Gerombolan Umno menggunakan akhbar mereka bagi menutup kebenaran, sedangkan di awal entry ini telah didedahkan siapa sebenarnya yang cuba menggadai tanah rezab melayu tetapi dihalang oleh Khalid Ibrahim - MB Selangor.

Berita fakta berserta bukti permohonan menggadai tanah rezab melayu di atas tidak akan tersiar di dalam media elektronik mahupun media cetak bertaraf arus perdana. Berita yang tersiar hanyalah bagi menutup perselingkuhan dengan penipuan. Oleh demikian, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan maklumat dan fakta ini disebar melalui media yang dikuasai rakyat celik.

Tindakkan Menteri Besar Selangor dari Pakatan Rakyat ini harus dipuji kerana inilah yang sepatutnya berlaku dalam mana-mana permohonan tidak berasas menukar pemilikkan tanah rezab melayu kepada bukan bumiputra. Di atas nama pembangunan, berapa banyak tanah rezab melayu yang sebelum ini bertukar milik kepada bukan bumiputra tidak diganti semula oleh kerajaan pimpinan Umno?

Ayuh rakyat, inilah masanya untuk mengajar sebuah kerajaan pusat yang penuh retorika, iaitu dengan memilih Asalkan Bukan Umno dalam pilihanraya yang hanya akan datang. Inilah detik dan peluang terbaik ketika segala kepincangan Umno itu berada di depan mata, apakah kita rakyat celik dan yang hampir celik akan berdiam diri? Pilihlah ABU. Dalam PRU-13, ABU adalah pilihan terbaik !!

EDYES @edyesdotcom
Solidariti Anak Muda Malaysia

0 comments: