Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, March 24, 2012

Bagaimana Umno jual tanah melayu kepada Syarikat Bukan Melayu..

Sumber kopitarikkaw.blogspot

Kerajaan Negeri Selangor ketika dibawah pemerintah Umno/BN telah mengkurniakan sebidang tanah kepada Pertubuhan Kebangssan Melayu Bersatu,Umno Tg Karang pada 17 Mac 2004.

Lot tersebut adalah HSD 10440 PT 115 dengan keluasan 4370 meter persegi (lebih sedikit satu ekar) bersebelahan Dewan Dato’Hormat,Tg Karang. Di atas lot ini terletaknya mini dewan yang ditempatkan peralatan gimnasium milik MDKS. Dewan ini telah dijadikan bilik gerakan Umno/BN Tg Karang. Peralatan gimnasium sekarang telah dipindahkan diluar kawasan MDKS. Kelihatannya Umno lebih berkuasa dari MDKS walaupun MDKS diperintah dan dikuasai oleh Pakatan Rakyat.

Dengan persetujuan Umno Tg Karang, sudah tentunya dengan bayaran wang ringgit kepada Umno dan Noh Omar, maka BUMI UTAMA BUILDING MATERIAL SDN BHD (BUBMSB) telah meng”kavet”kan lot ini dengan no 7558/2007 didaftar pada 1 Mac 2007 di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor, di Shah Alam

Seterusnya dengan no kavet 36269/2007 pada 3 September 2007,syarikat BAYACORP SDN BHD pula meng”kavet” kan tanah tersebut di pejabat yang sama.

Dalam masa 6 bulan tanah milik Umno Tg Karang telah di kavet oleh 2 sama tapi tak serupa iaitu syarikat,BUBMSB dan BAYACORP.

Meng”kavet” tanah ertinya tanah lot ini tidak boleh dijual kepada sesiapa walaupun oleh Umno Tg Karang ingin menjual kepada pihak lain selagi pihak yang meng”kavet” tidak menarik balik “kavet” di Pejabat Tanah Dan Galian Selangor.

Pemegang saham BUBMSB adalah Mohd Kifli bin Abu Samah sebanyak 60% saham dan Hamyzar bin Toha sebanyak 40% saham (ringgit).

Sedangkan pengarah syarikat BUBMSB adalah Datin Chia Mee Sim, dan Lau Chuan Wei. Kedua-dua pengarah ini dilantik pada 15 Mac 2007 (setelah tanah di kavet kan).

September 2007 tanah yang sama di kavet oleh Bayacorp. BUBMSB dan Bayacorp mempunyai pengarah yang sama.Mereka menjadi pengarah Bayacorp pada 16 Jun 2006.

Pemegang saham Bayacorp adalah Vivian Chan Hei Yan, Passport BC 225534, sebanyak 149,999 saham, Heng Meng Seng, no KP 731210-01-6035, sebanyak 12,501 saham, Chan Mei Peng, 1 saham dan Chen Sow May juga sebanyak 1 saham.

Beginilah modus operandi Umno menjual tanah milik Melayu kepada Bukan Melayu. Pertama seolah-olah tanah Umno dibeli oleh syarikat Melayu melalui BUBMSB (pemegang saham Melayu: Mohd Kifli dan Hamyzar tetapi pengarah Syarikat adalah Chia dan Lau). Kemudian tanah yang sama di kavetkan pula oleh Bayacorp,100% syarikat milik Cina. Malah salah seorang pemegang sahamnya iaitu Vivian Chan Hei Yan pulak bukan warga Negara Malaysia.

Umno Tg Karang yang diketuai oleh Noh Omar yang juga berangan-angan menjadi MB Selangor telah menjual lagi tanah seluas 3 ekar di Jalan Sg Kajang,Tg Karang, berhampiran Kampus Universiti Kebangsaan Malaysia Caw.Tg Karang kepada syarikat Bukan Melayu.

Pada 3 Ogos 2005 ,Umno Tg Karang mendapat tanah dari Pejabat Tanah Kuala Selangor seluas 12100 meter persegi (kira-kira 3 ekar). Lot tersebut adalah HSD 15384 PT 303.
Pada 3 Ogos 3007,BUMI UTAMA CONSTRUCTIONS (BUC) telah meng”kavet” lot ini di Pejabat Tanah dan Galian Selangor dengan no 31412/2007.

BUC dan BUBMSB mempunyai alamat sama iaitu 12-02,1st Floor,USJ 21/4 UEP Subang Jaya , 47630 Selangor ketika membuat kavet dipejabat tanah.

Alamat Bayacorp ketika membuat kavet adalah Suite 2-6-12, 6th Floor Menara KLH,No 2 Jalan Kasipillai Off Jalan Ipoh,Kuala Lumpur. Alamat ini adalah alamat Daftar syarikat Bayacorp dan BUBMSB. Ketiga tiga syarikat ini sangat berkait rapat.

Tanah 3 ekar HSD 15384 PT 303 adalah merupakan tanah yang direncanakan pada tahun 80an dahulu untuk dijadikan tanah tapak perkuburan penduduk Pekan Tg Karang seluas 8 ekar. Tetapi kerana kerakusan Umno Tg Karang yang dipimpin Noh Omar,3 ekar telah jatuh kepada Umno dan dijual kepada syarikat Bukan Melayu.

Demikianlah cara Umno Tg Karang memajukan tanah kurnia. Umno kerjanya hanya pandai memohon tanah dan menjual tanah tersebut kepada syarikat yang dimiliki oleh Bukan Melayu.

0 comments: