Amerika pula mahu menjadi hero, kononnya Amerika sahajalah negara yang mengaplikasikan demokrasi, negara Islam (kaya dengan minyak) semudahnya di label sarang pengganas. Inilah yang terjadi di Iraq dulu. Kuasa beralih tetapi kehidupan rakyat terus tertindas dan Islam makin ditinggalkan. Kita dimomokkan selama 42 tahun pemerintahan Muammar Gaddafi, beliau banyak melakukan pembunuhan, kaki perempuan dan diktator yang mempunyai kuasa veto. Betul ke semua ini?
Keluarga Muammar Gaddafi Operasi Ketenteraan di Libya
Amerika Syarikat telah membelanjakan AS$550 juta (RM1.67 bilion) 31/3/20011. Sumber dari Jabatan Pertahanan Pentagon mengatakan bahawa 60 peratus daripada kos berkenaan adalah untuk peluru berpandu dan bom.
Kepentingan Perang Iraq Dan Libya (Minyak Dan Emas)
Campur tangan NATO dalam konflik Libya hanyalah membawa kematian dan kemusnahan kepada Libya yang dahulunya sebuah negara yang aman dan mempunyai struktur pemerintahan yang kukuh. Libya telah mengesyorkan penarafan harga minyak yang adil di persidangan OPEC dan mereka menentang semua peraturan-peraturan dan undang - undang antarabangsa dunia barat. Muammar Gaddafi pernah mengoyakkan Buku Piagam PBB pada Perhimpunan Agong PBB yang ke 64. NATO tidak mempunyai hak untuk tampil sebagai "Polis Dunia" dan ' perang ' ini sudah menyalahi undang-undang antarabangsa. Muammar Gaddafi yang muncul pertama kali di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-64 setelah 40 tahun menolak untuk menghadirinya, mempamerkan ketegasan dengan menyelar badan dunia itu atas apa yang disifatkannya sebagai ketidakadilan dan berat sebelah. Pemimpin Libya itu mengejutkan perhimpunan tersebut apabila menunjukkan aksi mengoyak buku piagam PBB dan kemudiannya melemparkan buku ke podium sebagai tanda protes terhadap kelemahan PBB.
Lebih 1.7 juta rakyat Libya telah membantah terhadap pengeboman NATO. Kenapa rakyat Libya mahu kerajaan dan bank yang dikawal oleh golongan elit (keluarga Gaddafi)? Pada tahun 1951, Libya adalah negara paling miskin di dunia. Tetapi selepas pentadbiran Muammar Gaddafi selama 42 tahun ini yang mereka dapat
- Tidak ada bil elektrik di Libya. Elektrik adalah percuma untuk semua rakyat
- Tidak ada faedah ke atas pinjaman, bank-bank di Libya adalah milik negara dan pinjaman yang diberikan kepada semua rakyat di 0%
- Rumah dianggap sebagai hak asasi manusia di Libya. Gaddafi berikrar bahawa ibu bapanya tidak akan mendapat sebuah rumah sehingga semua orang di Libya mempunyai rumah. Bapa Gaddafi telah meninggal dunia, sedangkan dia isterinya dan ibunya masih tinggal di dalam khemah.
- Semua yang baru berkahwin di Libya menerima Dinar $60,000 (US$ 50,000) oleh kerajaan untuk membeli pangsapuri pertama mereka untuk membantu memulakan keluarga
- Pendidikan dan rawatan perubatan percuma di Libya. Sebelum Gaddafi hanya 25 % Libya celik pendidikan. Hari ini, angka itu adalah 83%
- Sekiranya Libya ingin mengambil pertanian sebagai kerjaya, mereka akan menerima tanah pertanian, sebuah rumah pertanian, peralatan, benih dan ternakan untuk memulakan pertanian secara percuma.
- Jika Libya tidak dapat mencari kemudahan pendidikan atau perubatan yang mereka perlukan di Libya, dana kerajaan akan menaja sepenuhnya warga Libya ke luar negara kerana ia bukan sahaja percuma tetapi mereka mendapat tempat penginapan US$ 2,300 sebulan dan elaun kereta
- Jika penduduk Libya membeli sebuah kereta, kerajaan akan subsidikan 50% daripada harga petrol. Harga petrol di Libya ialah $0.14 (N22) per liter.
- Libya tidak mempunyai hutang luar negeri dan jumlah rizabnya $150 bilion sekarang dibekukan di seluruh dunia
- Jika penduduk Libya tidak berjaya untuk mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian, kerajaan akan membayar gaji purata profesion seolah-olah dia bekerja sehinggalah pekerjaan berjaya diperolehi.
- Sebahagian jualan minyak Libya, dikreditkan terus ke akaun bank semua rakyat Libya.
- Seorang ibu yang melahirkan anak menerima AS$ 5,000
- Gaddafi menjalankan projek pengairan yang terbesar di dunia, yang dikenali sebagai projek "Great Man Made River", untuk membekalkan air sedia ada di seluruh negara padang pasir.
Gambar dibawah menunjukkan ramai yang menentang pencerobohan nato. Tetapi gambar ini jarang digembar-gemburkan. Sebaliknya gambar dan video penentang yang diulang berkali-kali.
Baca Seterusnya......