Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Wednesday, February 22, 2012

PANAS!! Kisah Ah Long mintak tolong... kahkahkah...

Felda kini terpaksa meminjam


Bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi, Dato’ Dr Tan Kee Kwong mempersoalkan Perdana Menteri, mengapa melantik Tan Sri Isa Samad yang dipalit rasuah sebagai Pengerusi Felda? Dan kenapa Felda yang sepatutnya memberi pinjam kepada pihak lain, terpaksa meminjam daripada KWSP? Ikuti wawancara khas wakil Harakah, TARMIZI MOHD JAM dan NYZA AYOB bersama beliau di Pejabat Editorial Harakah baru-baru ini.

WARTAWAN: Kenapa Dato’ dilihat begitu vokal menyuarakan permasalahan Felda dan turut bersama-sama dengan Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) bagi mendapatkan hak-hak yang sepatutnya bagi peneroka?

DR TAN KEE KWONG: Ramai bertanyakan kenapa saya yang berbangsa Cina ini bercakap mengenai Felda. Dahulu saya memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi dan Menterinya adalah Tan Sri Kasitah Ghadam. Dan saya diberi tanggungjawab menjaga Felda walaupun pada waktu itu saya tidak mengetahui apa-apa mengenai Felda.

Tetapi saya cepat belajar mengenainya atas prinsip keadilan, tidak kira apa kaum dan agama. Amat penting kita mengetahui perbandingan Felda dahulu dan Felda kini.

Kita tidak boleh maki Felda kerana di bawah tanggungjawab Pengerusinya dulu, Tan Sri Raja Alias, Felda mempamerkan contoh yang baik dan tidak ada masalah.

Kerajaan menghantar wakilnya ke Ibu Pejabat Felda untuk melihat apa yang Felda lakukan.

Apa beza dengan hari ini?

Berbeza dengan sekarang, kerana di bawah Najib dan Pengerusinya, Tan Sri Isa Samad, pelbagai masalah timbul. Saya ingin bertanya Najib. Sekarang sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Presiden Umno dan Pengerusi BN, kenapa beliau juga masih memegang tanggungjawab ke atas Felda?

Apakah beliau tidak mempunyai tugas lain sehingga masih memegang Felda? Sepatutnya diserahkan kepada orang lain. Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir (Mohamad) atau Abdullah (Ahmad Bawawi) tidak memegang kuasa ke atas Felda.

Pada 2001 dahulu, di Dewan Rakyat, hanya saya seorang yang boleh memberi jawapan mengenai Felda berdasarkan kuasa bidang kementerian yang saya pegang. Pada masa itu, CPO price (harga minyak sawit mentah) sangat rendah hanya RM1,000 satu metrik tan. Sekarang CPO price sangat tinggi, RM3,000 setan. Pada 2001, apabila saya berdiri memberi jawapan mengenai halhal Felda, BN dan pembangkang pada masa itu mengatakan Felda kaya dan mempersoalkan kenapa Felda tidak dapat membantu kita?

Memang pada masa itu Felda kaya?

Ya, memang kaya. Aset Felda pada masa itu RM7.0 bilion. Pada masa itu wang tunai RM4.0 bilion. Waktu itu pinjaman Felda juga kosong. Tak pinjam dengan apa-apa pertubuhan, syarikat, NGO dan koperasi.

Untuk beberapa tahun yang lalu, Felda boleh tutup mata. Boleh untung setahun RM2 bilion. Daripada 2001 sehingga kini, lebih kurang 10 tahun, RM24 ke RM25 bilion. Dan bagi kepada Pengerusi Felda untuk ‘curi’ RM15 bilion, tetapi masih tinggal RM10 bilion.

Kenapa sekarang Felda kena meminjam?

Sekarang Felda terpaksa pinjam RM6 bilion daripada KWSP. Seperti Tabung Haji, Felda sepatutnya sebagai pemberi pinjaman dan bukannya peminjam. Jangan lupa, price of CPO bukan selalu tinggi dan harga akan jatuh. Apa yang boleh kita lakukan? Kita tidak mempunyai tunai.

Bagaimana pula dengan Felda Plantations?

Tanah Felda Plantations 300 ribu hektar sepatutnya dimiliki peneroka. Kenapa saya mengatakan demikian? Sebab pengurusan Felda lama dan Felda kini. Saya mempunyai peluang berada di Majlis Tanah Negara di bawah Kementerian Tanah dan Koperasi, dan Abdullah Badawi, Perdana Menteri pada waktu itu. Majlis Tanah Negara bermesyuarat satu tahun dua kali.

Banyak komen diterima daripada Menteri Besar dan Ketua Menteri. Mereka mengatakan Felda memberi tanah kepada peneroka dan selepas diberi, ia menjadi perladangan yang besar (Felda Plantations). Mereka menggunakan peneroka untuk mendapatkan tanah di negerinegeri.

Dan kerajaan negeri banyak yang tidak berpuas hati. Kerajaan negeri mempersoalkan kenapa Felda Plantations? Ini kerana kerajaan negeri juga mempunyai GLC seperti KPJ dan PKNS. Ramai yang tidak berpuas hati. Tetapi tentulah kerajaan negeri di bawah BN berdiam diri. Dalam mesyuarat mereka bising dan tidak berpuas hati.

Jadi, secara moralnya, tanah itu dimiliki peneroka?

Kerajaan negeri mengatakan Felda tipu mereka. Cadangan tanah peneroka menjadi saham, bukan idea yang bagus. Sepuluh ekar anda serahkan kepada pertubuhan baru, untuk dapatkan saham, tentulah tanah sekarang dan pada masa akan datang masih yang terbaik.

Dan jangan lupa harga saham bukan selalunya bagus. Saya masih ingat apabila George Soros menyerang bukan sahaja negara kita tetapi Thailand dan Singapura, harga Malayan Banking Berhad jatuh RM3 setiap share. Ini contoh harga saham tidak selalu tinggi dan mengikut trend rantau dan dunia.

Selain Felda Plantations, Felda Global Ventures (FGV) juga membawa kerugian pada Felda. Boleh Dato’ jelaskan?

Felda Global Ventures, apa latar belakangnya? Bagaimana Felda boleh pilih syarikat Felda Global Ventures yang latar belakangnya buruk. Apakah pelaburannya? Setiap tahun rugi. Sudah rugi RM500 juta.

Saya minta Najib menjelaskan antara dua juta ahli Umno, kenapa Tan Sri Isa Samad yang dipilih jadi Pengerusi Felda? Tidak bolehkah cari orang lain. Umno telah gantung keahliannya enam tahun kerana rasuah dan pada masa itu saya sebagai Ahli Parlimen Segambut, Wilayah Persekutuan.

Isa sebagai menteri pada masa itu yang bertanggungjawab ke atas Wilayah. Lepas digantung Isa, Shahrizat menjadi pemangku.

Saya minta Najib jawab, apa mesej yang dihantar kepada ahli Umno, orang yang kotor dan busuk boleh jadi Pengerusi Felda?

Bukan sahaja kita persoalkan tapi ahli Umno juga bertanya tentang perkara ini. Ia seolah-olah menghina peneroka. Kenapa dia mahu cepat senaraikan Felda, semua orang tahu sebab di dalam Buku Jingga yang dipersetujui ketiga-tiga parti, salah satu janji kita buat ialah generasi anak Felda kedua yang layak, akan mendapat hak mereka kerana itu tanah mereka.

0 comments: