Sumber Beritasemasa
Kalau semasa pembentangan Bajet 2012, bajet yang dikemukan oleh Datuk Seri Najib Razak merupakan bajet defisit. Bajet defisit bukanlah suatu yang teruk tetapi jika terus-menerus kerajaan mengemukakan bajet defisit kepada rakyat, ada masalah sebenarnya.Hutang Malaysia 2012 berdasakan semakan kami di laman Bank Negara menunjukkan ianya terus meningkat ke angka RM456.1 billion. Masih lagi meneruskan dengan trend yang meningkat naik. Rakyat Malaysia perlu risau?
Hutang Malaysia VS Bebanan Kepada Rakyat?
- Negara mempunyai hutang yang tinggi : Rakyat menanggungnya
- Negara mempunyai lebihan dana yang agak tinggi : Rakyat menikmatinya
Kasihanilah generasi yang akan datang yang akan menanggungnya kelak.
“Sebagai seorang bapa (pemimpin kerajaan), takkanlah kita mahu tinggalkan anak kita (rakyat Malaysia) dalam keadaan hutang keliling pinggang”
Hutang Malaysia 2007-2011
Ini pula statistik penuh yang dihasilkan oleh pusat Kajian Politik Untuk Perubahan KPRU) berdasarkan hutang kerajaan Malaysia daripada tahun 2007-2011
hutang kerajaan malaysia Hutang Malaysia 2012 Telah Menjangkaui RM456.1 Billion!!
Kalau diikutkan Malaysia mengamalkan ekonomi yang terbuka dan bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Hakikatnya sekarang ini ekonomi dunia tidak berapa baik. Berdasarkan pembentangan bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 lepas, kerajaan meletakkan sasaran :
- untuk mengurang defisit sebanyak 4.7%
- unjuran pertumbuhan ekonomi 2012 sekitar 5-6%
Akibatnya……..angka hutang Malaysia yang anda lihat hari ini iaitu sebanyak RM456.1 billion akan terus meningkat ke angka yang lebih membimbangkan!! Dan lebih memburukkan lagi keadaan apabila ekonomi China dan ekonomi global menuju ke era kemelesetan.
P/S : Adakah kita mahu terus menunggu sehingga hutang Malaysia sudah mencecah RM1 trillion baru, barulah kita akan mula nak melatah?
0 comments:
Post a Comment