Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Thursday, February 9, 2012

Pinjaman Kereta (BNM Perketatkan) Proton Pula Mengadu Nasib Kepada BNM

Sumber Beritasemasa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilWE6L9P9swVoCBr6IJlTPzLJFkcZ5s-6iy3fjzN13mLJwUFeEBJHkA2wz_d3drkyuDPsBmdrT038KzDeHpukogHnVi-jYLRu8ucJziB9vc2AxmB30UjuJIIJEA_WLFhK8euFddfz3zrgR/s400/Proton_Emblem_80s-logo-EA0AB52E53-seeklogo.com.gif
Kalau sebelum ini Perodua telah mempersoalkan tindakan BNM yang mengetatkan pinjaman kereta contohnya, terbaru Proton pula “mengambil tempat” mengadu nasib dek kerana tindakan BNM yang mengetatkan pinjaman kereta sehingga menyebabkan jualan kereta baru Proton terjejas teruk. Adakah anda juga sudah terasa kesannya?

Kesan Pinjaman Kereta Yang Telah Diperketatkan Kepada Semua Pemohon & Pengedar Kereta:
  • 80 peratus permohonan pinjaman kereta telah ditolak mengakibatkan ramai pengedar kerugian dan jurujual terjejas akibat tidak menerima komisen
  • Permohonan pinjaman kereta ditolak serta-merta oleh pihak bank tanpa pemerosesan pinjaman selepas mendapati pendapatan bersih pemohon kurang daripada jumlah yang ditetapkan
  • Dalam erti kata lain, walaupun pendapatan bersih pemohon kurang daripada jumlah yang dibenarkan, permohonan itu akan terus ditolak walaupun peminjam mempunyai rekod pembayaran yang baik dan sempurna
Antara Prosedur & Syarat Baru Pinjaman Kereta Yang Menyebabkan Ramai Permohonan Ditolak :

  • Bagi pembeli kereta baharu Proton, pendapatan bersih minimum adalah RM800
  • Jikalau pemohon pinjaman kereta itu merupakan graduan yang baru sahaja bekerja, mereka mesti menyertakan penjamin yang memiliki gaji melebihi RM2,000 sebulan
Kami tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persatuan Pengedar-Pengedar Proton Edar Malaysia (Peda), Armin Baniaz Pahamin :
BNM sepatutnya membuat satu garis panduan yang menggalakkan persaingan di antara bank untuk mendorong institusi kewangan supaya menjadi lebih kompetitif dalam memastikan pelanggan diberi layanan sama rata dalam penjualan, pemasaran dan pengurusan kemudahan pembiayaan dan bukan dengan cara membendung dan memperketatkan kelulusan pinjaman bank yang akan merugikan rakyat dan ekonomi.

Dijangka lebih 4,000 penasihat jualan Proton Edar dan lebih 15,000 jurujual kereta baharu dan terpakai dalam ekosistem automotif akan terjejas dengan kadar kegagalan yang tinggi untuk pembeli kereta mendapatkan kelulusan pinjaman bank.

Berikutan itu, Peda menggesa institusi bank melancarkan pelan pinjaman alternatif seperti ‘step up financing’ yang melayakkan pemohon yang bergaji rendah untuk mendapatkan pinjaman berdasarkan bayaran ansuran bulanan yang akan bertambah setiap tahun.

Bagi kami tidak cukup sekadar pihak bank yang perlu berubah, tetapi baik pihak Proton mahupun Perodua mesti turut sama berubah. Pihak Perodua dan Proton sendiri mesti kaji semula harga kereta yang dijual & diturunkan kepada paras harga yang munasabah.

“Jangan harapkan orang lain untuk berubah, sedangkan diri sendiri tidak mahu berubah”

Kami sememangnya menyokong langkah BNM mengetatkan pinjaman kereta ini yang mana kami lihat langkah ini bakal memberikan tekanan berterusan kepada pengeluar kereta untuk menurunkan harga mereka. Mengapa perlu bank memudahkan permohonan pinjaman kereta kepada pemohon yang tidak layak sedangkan pengeluar kereta hanya memikir dan mementingkan komisen, jualan kereta & keuntungan semata? Akhirnya pemohon pinjaman juga yang terbeban & berdepan hutang yang tinggi

Sekarang ini pun banyak kedengaran golongan muda yang baru setahun dua bekerja tetapi sudah dikelilingi hutang :
  1. Hutang pinjaman kereta
  2. Hutang kad kredit
  3. Hutang pinjaman peribadi
  4. Hutang PTPTN
  5. Hutang pinjaman rumah
Nasihat kami kepada golongan muda, “ukurlah baju dibadan sendiri” dan “berpijak di bumi yang nyata” ketika mahu membeli kereta. Jikalau gaji tak berapa nak tinggi itu, janganlah berhajat besar dan mempunyai selera yang tinggi untuk membeli kereta yang mahal semata-mata mahu bergaya dan menunjuk-nunjuk. Ingatlah, kamu bersusah-susah dahulu, kamu akan bersenang-senang dikemudian hari.
  • Kalau hanya mampu memakai kereta terpakai, gunakan sahaja
  • Tidak perlu untuk anda beli kereta baru
Bagi kami, sepatutnya perbelanjaan untuk bayaran bulanan kereta tidak boleh lebih daripada 15% gaji bersih anda. Di situlah anda boleh menyemak sendiri kereta yang bersesuaian dengan kemampuan anda. Conrohnya :
  • Maksudnya jikalau gaji bersih anda sejumlah RM10,000, maknanya had bayaran bulanan kereta anda sekitar RM1,500 sahaja. Tidak boleh lebih daripada itu. Itu yang seeloknya.
  • Jadi, jika gaji bersih anda RM1,000, carilah kereta yang bayaran bulanannya RM150 sahaja. Begitulah seterusnya…
Kalau gaji anda RM1,000 tetapi nak sangat berkereta, kereta terpakai banyak dalam lingkungan RM8,000 – RM10,000. Boleh cuba semak di sini, http://www.mudah.my/li?fs=1& … e=2&rs=&re= (Ada dalam 1084 biji pilihan. Itu baru namanya berbelanja ikut kemampuan)
  • Sebabnya, selepas anda bayar downpayment kereta tidak akan habis setakat itu sahaja. Ada perlu juga memikirkan simpanan yang perlu dibelanjakan untuk renew insurans & roadtax.
  • Jangan jadi “hamba kepada kereta, tetapi sepatutnya andalah tuan kepada kereta anda sendiri”
Memang realiti dunia hari ini, apatah lagi jika anda baru sahaja bekerja :
  • Apabila anda pakai BMW ramai kalangan masyarakat akan “memandang tinggi” terhadap anda (walaupun anda berdepan masalah kredit yang tinggi)
  • Berbeza jika anda memakai kancil, masyarakat akan memandang sepi terhadap anda (tetapi anda tidak berdepan hutang yang tinggi)
Pilihan di tangan anda. Buatlah perancangan kewangan anda dengan sebaiknya. Tidak perlu berebut-rebut mendapat “perhormatan” di atas liabiliti yang anda miliki itu.

Dan, ada wajarnya kerajaan kurangkan cukai kereta. Dan secara kontranya lebihkan cukai lain melalui GST pun masih lagi boleh diterima. Malangnya yang dilakukan kerajaan sekarang adalah:

“Kerajaan kerapkali mempromosikan pelaksanaan GST tetapi dalam pada masa yang sama belum nampak lagi iltizam kerajaan untuk mengurangkan cukai lain”

Isu harga kereta VS pinjaman kereta mestilah selari dengan isu pengangkutan awam. Kalau diletakkan harga kereta + cukai tinggi, tahap pengangkutan awam mestilah dipertingkatkan. Vice versa.

Dan kami percaya langkah BNM akan menyebabkan harga kereta akan menjunam dengan mendadaknya selepas ini. Jadi, siapa yang untung apabila harga kereta jatuh? Secara automatiknya besar kemungkinan kita akan melihat kerajaan menurunkan cukai untuk membantu industri kereta negara yang merudum untuk naik semula. Pada masa itu, ramai yang mampu memakai kereta pada kadar yang munasabah tanpa terbeban dengan hutang yang tinggi.

0 comments: