DSI bersama Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi
Dalam lawatan ke luar negara minggu lalu Datuk Seri Anwar telah mengadakan pertemuan dengan dua pemimpin HAMAS, Khaled Mashal dan Sheikh Dr. Yusuf al-Qardawi. Khaled Mashal adalah pengerusi HAMAS.HAMAS ialah kumpulan Palestin yang terbesar menentang keganasan Israel di Tebing Barat dan Gaza. Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 1987 itu mempunyai matlamat jangka pendek mengusir tentera Israel dan penempatan Israel di kawasan tanah Palestin yang diduduki mereka.
HAMAS kerap melakukan serangan ke atas tentera Israel dan kawasan-kawasan yang dijadikan kawasan penempatan baru.
Pertemuan Ketua Umum PKR, menepis segala fitnah kerajaan bahawa Anwar menyebelahi negara Israel. Sebaliknya kerajaan BN melantik syarikat dari Israel APCO sebagai perunding menaikkan imej Najib dan kerajaan.
Kegiatan APCO terdedah lagi dengan pengumum syarikat penyiaran terbesar dari Britian iaitu syarikat BBC.
BBC akan menyiarkan permohonan maaf ke seluruh dunia kerana berkompromi integriti editorialnya melalui "skandal penetapan berita".
Semalam akhbar Independent di UK melaporkan bahawa BBC World News akan menyiarkan permohonan maaf dibawah program "dari Kuala Lumpur ke Khartoum" dalam empat slot masa.
BBC mengakui dan mengisytiharkan bahawa ia telah dibayar 17 juta pound atau RM81.4 juta untuk menaikkan imej Najib yang terjejas.
Skandal itu melibatkan APCO dan subsidianya APCO - FCB Media (UK) syarikat perunding yang dilantik dan dibayar kerajaan Malaysia sebanyak RM77 juta dua tahun lalu.
Sekali lagi Najib bukan sahaja menipu rakyat Malaysia malah masyarakat antarabangsa dengan membazirkan wang rakyat membayar ratusan juta kepada syarikat milik Yahudi!
0 comments:
Post a Comment