10 TABIAT YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK
1. Tidak mengambil sarapan pagi- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan- Pengambilan gula secara berlebihan akan meng gang gu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan meng gang gu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Sesungguhnya kita kenalah rajinkan sikit kepala otak kita biar jangan jadi 'biol' kan ... heheh enjoy anyway...
Thursday, August 21, 2008
10 Tabiat Yg Menyebabkan Kerosakan Otak
Posted by Suhaimi at 2:42 PM 0 comments
Check Hanphone
*Semak Kualiti Handphone ANDA
Adakah handphone anda sebelum ini selalu rosak? Ataupun sejak beli drpd5tahun lalu masih lagi berfungsi dgn baik??Sekarang, mari kita semak kualiti handphone masing2 agar sesuatu tindakandpt diambil dgn segera...
Langkah 1
Sila taip *#06# pd kekunci handphone anda utk melihat Serial Number.
Langkah 2
Sila semak nombor apakah yg berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuhdan lapan (XXXXXX??XXXXXX. ....)
Langkah 3
Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dgn nombor yg ke tujuh dan kelapan pd Serial Number handphone anda td.
Perincian 1-Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphoneanda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk ...
Perincian 2-Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphoneanda telah dipasang di Germany & kualiti biasa .
Perincian 3-Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphoneanda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik .
Perincian 4-Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone andatelah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangatbaik.Perincian 5Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone andatelah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk *
Posted by Suhaimi at 2:23 PM 0 comments