Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Monday, September 30, 2013

Surat Siti Hajar Aladin Kepada Najib Razak (Perdana Menteri). Gaji Bersih RM2032 di KL? Simpanan RM213.40. Boleh Beli Rumah Apa?

Sumber Beritaterkini

Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya (Siti Hajar) menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri (KLIK SINI). Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia.

Saya menulis surat ini adalah…sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

Sejak akhir-akhirini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun. Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak?

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.
Surat Siti Hajar Aladin : BR1M @ Subsidi Minyak?

Dato Seri Najib Razak,

najib razakKadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.

Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.

        Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
        Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
        Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
        Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
        Parking : 23 hari x RM5 = RM115
        Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
        Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
        PTPTN : RM150 (minimum)
        Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
        Ibu Ayah = RM200
        Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
        TOTAL BAKI : RM213.40

Surat Siti Hajar Aladin : Lonjakan Harga Rumah di Malaysia

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

siti hajar aladin
Surat Siti Hajar Aladin : Gaji Rakyat Malaysia?

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.

Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri Najib Razak dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih
Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin

Baca Seterusnya......

Sunday, September 29, 2013

Kisah Ah Siang Taukeh Kedai Tentang "Kelebihan" Utz Azizan Daripada Pimpinan Lain.

ALOR SETAR - Sesungguhnya pemergian bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak ke rahmatullah pada Khamis lalu, benar-benar mengusik kenangan setiap individu mengenalinya.

Dari aspek kepimpinan sehinggalah soal kesederhanaan hidupnya termasuk cara pemakaian, terpahat dalam ingatan.

Antara yang mungkin tidak melupakan pemimpin yang mesra disapa Ustaz Azizan itu ialah Pengurus Pusat Pakaian dan Jam Timor di Simpang Empat Kangkong dekat sini, Loh Fook Siang, 45.

Cerita Fook Siang, perkenalannya dengan Azizan bermula lebih sembilan tahun lalu apabila beliau  sering berkunjung ke kedainya untuk membeli kelengkapan dan pakaian sekolah anak-anak.

“Dia adalah seorang pemimpin yang sederhana. Pertama kali dia datang ke kedai ini selepas PRU12, saya  terkejut sebab dia masih berkunjung ke kedai saya walaupun sudah menjadi seorang pemimpin utama negeri ini.

“Tambahan pula, dia datang dengan menaiki kenderaan sendiri dan tidak menggunakan kenderaan rasmi,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Fook Siang, mesra dipanggil Ah Siang berkata, Azizan adalah seorang pemimpin yang tidak mementingkan jenama, sebaliknya mengambil kira faktor harga pada barangan itu asalkan berpatutan dan tidak membazir.

“Setiap kali datang, dia akan berbelanja tidak lebih RM200 untuk keperluan anak-anak. Kalau untuk dirinya pula tidak lebih RM150.

Selalunya, dia akan beli baju kemeja putih lengan panjang untuk dipakai bersama blazer.

“Baju kemeja itu saya jual pada harga RM20 sehelai. Dia tidak memilih jenama, asalkan murah dan berkualiti. Setiap kali datang, dia akan beli sekurang-kurangnya dua atau tiga helai baju berserta dengan sehelai seluar slack berwarna hitam,” katanya merintis kenangan terhadap Azizan.

Ujar Ah Siang, atas kerana itu, dia  juga kerap membuat pesanan tambahan untuk baju kemeja putih bagi memastikan Azizan tidak kecewa datang ke kedainya pada bila-bila masa.

“Kadang-kadang kalau nak pakai cermin mata pun, dia suka pakai yang berharga RM12. Dia beli cermin mata hitam di kedai saya. Sekali sekala itu ada juga dia beli baju batik berharga bawah RM50. Macam-macam corak dia beli, tapi tidak banyak, yang banyak dibeli ialah kemeja putih lengan panjang,” katanya.

Menurutnya, beliau pernah menghadiahkan Azizan sehelai baju pagoda pada malam sebelum PRU13 di rumahnya, di Sungai Limau.

“Satu perkara saya tidak dapat lupa adalah sewaktu melawatnya di rumah. Saya lihat keadaan dalam rumah dia begitu sederhana. Perabot dan televisyen juga semuanya barangan lama, tidak ada yang baru.

“Apa saya saksikan, sikap dia tidak seperti pemimpin lain yang suka bermegah dengan kekayaan. Saya ceritakan kepada rakan-rakan mengenai kehidupannya, mereka terkejut malah ada yang tidak percaya,” katanya.

Bagaimanapun, sangat menyedihkan apabila pertemuan pada jam 11 malam di rumahnya itu, Azizan sudah tidak berapa sihat dan kelihatan murung di dalam bilik.

“Saya lihat dia seperti sedang kesedihan. Terkejut juga saya apabila ternampak ibu jari kakinya bertukar jadi hitam seolah-olah membengkak. Bila ditanya, Azizan kata tidak ada apa perlu dirisaukan,” katanya.

Menurutnya, pemergian Azizan amat mengejutkan apabila dimaklumkan sendiri wakil Pas yang mengunjunginya di kedai kira-kira jam 12 tengah hari.

“Saya terkejut dengan berita itu, tetapi saya tidak dapat hadir majlis pengebumiannya  sebab pekerja lain sedang cuti sakit, tidak ada orang nak jaga kedai. Bagaimanapun, saya doakan supaya rohnya aman di sana,” katanya.

Baca Seterusnya......

Saturday, September 28, 2013

Sebuah Pulau Muncul Selepas Gempa Bumi


KHUZDAR (Pakistan): Sebuah pulau baru muncul di Pakistan selepas berlakunya gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter di wilayah Baluchistan di daerah Awaran pada Selasa lalu yang kelihatan seperti tanah berdebu yang luas.

“Pulau itu setinggi sehingga 100 kaki dan 200 kaki lebar, muncul selepas gempa bumi melanda di bahagian Baluchistan,” kata pegawai kanan pentadbiran Tufail Baluch kepada AFP.

Pegawai itu berkata, pulau yang sama muncul di tempat yang sama di perairan kira-kira 60 tahun lalu tetapi hilang selepas beberapa ketika, yang bermaksud ‘pulau’ sekarang ini mungkin tidak akan bertahan lama.

Ia bagaimanapun tidak menghalang penduduk tempatan menggunakan bot untuk meneroka pulau itu, yang mungkin dilanda lumpur dan pasir.

Saluran televisyen menunjukkan imej kawasan berbatu yang semakin meninggi di atas paras laut, serta orang ramai yang kelihatan hairan dengan kejadian itu berkumpul di pantai untuk menyaksikan fenomena yang jarang-jarang berlaku.

Pulau baru itu tercipta akibat tekanan gempa bumi, kata seismologi John Armbruster kepada NBC News, yang mana katanya ia membawa kepada pembentukan sebuah “gunung berapi lumpur.”

Beliau berkata, pembentukan lumpur itu merupakan kejadian yang wujud berikutan gempa bumi sekuad magnitud tujuh atau lapan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tahap merah pada Selasa, yang memberi amaran bahawa jumlah kematian yang tinggi berdasarkan data sebelum ini, dan kerajaan wilayah mengisytiharkan darurat di Awaran.

“Jumlah kematian akibat gempa bumi mencecah mencapai 208 orang sekarang. Yang cedera adalah lebih 382 orang,” kata Asad Gilani, yang merupakan salah seorang pegawai paling kanan pentadbiran wilayah kepada AFP.

“Pasukan penyelamat sedang berusaha untuk mendapatkan semula mayat dan mereka yang cedera, tetapi keutamaan kami adalah untuk membawa mereka yang cedera ke hospital secepat mungkin,” katanya.

“Tidak ramai doktor di kawasan itu tetapi kami cuba untuk menyediakan kemudahan secara maksimum di kawasan-kawasan yang terlibat,” kata Jan Muhammad Baledi , jurucakap kerajaan Baluchistan, kepada saluran berita Ary.

Baca Seterusnya......

Isu Syiah: Jawapan Mantap Dari Mat Sabu

Kepimpinan ulama dan Unit Amal dari Iran, kata Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menegaskan untuk kesekian kalinya beliau bukan Syiah tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini.

Mohamad berkata, beliau dan rakan-rakannya yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS.

"Adakah kesemua mereka menjadi Syiah kerana saya membawanya dari Iran. Sudah tentu tidak," katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider sambil bercerita, kurma dari Iran pun dilarang makan kerana takut dituduh Syiah.

Katanya, setiap dua tahun sekali iaitu menjelang muktamar yang ada pemilihan dalam PAS, isu Syiah akan bergema. Kali ini bukan di kalangan PAS sahaja, isu ini juga dimainkan juga oleh pemimpin kerajaan, agensinya dan media yang dikawal mereka.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi salah satu sasaran mereka apabila isu ini dimainkan.

Isu Syiah menjadi sangat hangat apabila perang saudara meletus di Syria dan Iran serta Hizbollah (gerakan Islam di Lubnan) menyokong kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad.

Mohamad diserang apabila beliau melawat negara tersebut ketika meletusnya perang saudara di sana.

"Sebenarnya perang di sana adalah agenda perebutan kuasa dan tidak ada kaitan dengan perang antara Sunnah dengan Syiah sebagaimana yang digembar-gemburkan.

"Presiden PAS, Hadi Awang telah menjelaskan perkara ini," katanya kesal dengan apa yang berlaku.

Mohamad menceritakan kembali bagaimana beliau boleh tertarik dengan perjuangan Islam di Iran yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeine.

"Semasa saya belajar di ITM dulu, awal 1970-an, kampus ketika itu dipengaruhi oleh Abim dan PKPIM. Idola kami adalah gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir pimpinan Hassan Al-Banna dan Syed Qutb.

"Apabila dunia dikejutkan dengan revolusi Iran pada 1978, saya yang berada dalam Pemuda PAS ketika itu dipimpin Mustafa Ali (sekarang Datuk) dan Haji Subky Latif selaku setiausaha, kami pergi ke sana," katanya.

"Apabila kita melawat Iran di awal revolusi, kami melihat kehebatan ulamanya apabila mereka bercakap hal revolusi dan perjuangan. Kami rasa kagum dengan ketrampilan mereka kerana selama ini di Malaysia, ulama hanya tukang baca doa dan seumpamanya saja," katanya.

Dari situ, apabila pulang, Mohamad dan rakan-rakannya membawa konsep kepimpinan ulama yang diamalkan dalam PAS sekarang.

"Kami bawa usul kepimpinan ulama ini dalam Muktamar Pemuda 1982 di Bukit Mertajam. Selepas diluluskan kami bawa ke Muktamar Pusat dan diluluskan dalam Muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka tahun itu.

"Pada 1983, usul ini dibawa ke dalam Perlembagaan PAS, maka terbentuklah Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS sekarang,"
katanya.

Sebab itu, katanya, konsep kepimpinan ulama ini bukan datangnya dari Mesir atau Turki, tetapi datangnya dari Iran, kata Mohamad yang cuba mengaitkan ramai pemimpin PAS yang terpengaruh dengan gerakan Islam di Mesir (Ikhwanul Muslimin) dan Turki (AKP pimpinan Tayyib Erdogan dan Saadet pimpinan Necmetin Erbakan).

Mohamad mengimbau kembali bagaimana beliau diseretkan dengan Syiah.

"Orang tuduh saya Syiah kerana saya kagum dengan perjuangan Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah, Lubnan.

"Saya suka dia kerana, bila dia bercakap soal perjuangan, anaknya mati di medan perang melawan Israel ketika umurnya 17 tahun, rumah kena bom hancur berkecai.

"Bila dia cakap Islam dalam keadaan dagang, dia sendiri dagang bila terpaksa bersembunyi ke sana kemari daripada pengeboman dan pembunuhan oleh agen Isreal.

"Maka orang seperti Hasan Nasralah datanglah penghormatan kepadanya dari penyanyi, pemain bola, orang awam, orang Kristian bahkan orang tiada agama menerima kepimpinan Hassan Nasrallah sehingga kain jubahnya itu diambil dan dipakai oleh anak-anak muda dan artis kononnya nak ambil keberkatan... inilah contoh kepimpinan yang saya terima," katanya.

Katanya, kefahaman beliau dan rakan-rakannya ketika itu, kepimpinan ulama ini bukan bermakna semua jawatan dalam PAS mesti dipimpin ulama.

"Kefahaman kita, presiden dan ke bawah boleh di isi sesiapa saja yang layak dan mampu tetapi Majlis Syura Ulama hendaklah di isi oleh orang yang ada latar belakang pendidikan agama secara formal.

"Ini kefahaman kami ketika meletak Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam parti," katanya.

Bagi beliau, pada peringkat awal konsep ini diamalkan, gandingan yang baik berlaku antara Yusof Rawa dengan Datuk Fadzil Noor dan Datuk Fadzil dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kebetulan semuanya dari aliran agama.

"Bagi saya siapa saja boleh pegang presiden dan lain-lain jawatan. Kalau ulama yang mahu memegang jawatan itu, bukan melalui title atau bertenggek atas nama ulama saja, mesti memenuhi syarat kepimpinan," katanya.

Katanya, beliau menerima orang seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Seri Abdul Hadi untuk memimpin PAS kerana kelebihan yang mereka ada.

"Mereka ada kelemahan tetapi kelebihan yang ada pada mereka mengatasi semua yang lain, maka orang seperti itu layak untuk memimpin," katanya.

Beliau berkata, apabila dia dan rakan-rakannya melawat Iran selepas revolusi Iran pada 1978, mereka tertarik dengan gerakan sukarela di sana yang dinamakan Jihad Sizendagi.

Kumpulan inilah yang berjaya membawa keluar rakyat Iran dari buta huruf yang tinggi di samping masalah bekalan elektrik luar bandar yang rendah.

"Bila kita balik, kami ambil semangat itu maka tertubuhlah Unit Amal, bahkan lagu Unit Amal adalah inspirasi dari lagu itu yang dinyanyikan oleh anak muda di sana," katanya yang menjelaskan dari manakah asal usul Unit Amal, badan kebajikan dan kawalan yang sangat berpengaruh dalam PAS sekarang.

Katanya, langkah ini diambil sesuai dengan konsep hikmah dalam Islam iaitu hikmah itu benda yang tercicir dan jika diambil ia akan menjadi hak orang yang mengamalkannya.

"Kita tidak pun menyeru orang mengambil syiahnya tetapi mengambil sistem, cara dan bagaimana mereka boleh gerakkan rakyat menumbangkan satu regim yang zalim," katanya.

Beliau berkata, kunjungannya ke Syria dua tahun lalu dimainkan daripada perspektif mazhab terutama menjelang muktamar kali ini.

"Tahun ini lebih dahsyat bila saya kunjungi Syria sebelum ini. Yang saya jumpa semuanya ahli Sunnah wal Jamaah. Muftinya, Dr Said Ramadhan Albutti, Menteri Wakaf, Menteri Perpaduan... semuanya sunnah... sebenarnya di sana tidak timbul isu Sunni dan Syiah ni, ia adalah pertarungan merebut kuasa," katanya.-Kelab GB

Baca Seterusnya......

Thursday, September 19, 2013

Terbongkar satu lagi penyelewengan sejarah. Kisah Sir Henry Gurney.

video
Tonton video kita dapat melihat betapa mulianya Henry Gurney di mata hati pemerintah Malaysia di bawah pimpinan UMNO.

Bagi mereka Henry Gurney yang berlumuran darah rakyat Palestin dan rakyat Malaya itu adalah "Sir Yang Mulia" manakala mereka yang menentang penjajah adalah "penderhaka", "pengganas" dan macam-macam lagi.

Namum siapakah sebenarnya Sir Henry Gurney ini. Apa tugas dia dan jasa beliau sehingga ada banyak tanda peringatan khas buat beliau.Perkongsian sahabat tentang fakta sebenar siapa Henry Gurney.

Apa kerja beliau?

-Henry Gurney berkhidmat dengan King Royal Rifle Corps dari 1917-1921.

-Kemudian menyertai pasukan perkhidmatan di tanah jajahan British di Kenya pada
1921.

-Kemudian menjadi Pembantu Setiausaha Tanah Jajahan di Jamaica ( 1935),

-Ketua Setiausaha ke Persidangan Gabenor-Gabeno Afrika Timur (1938 - 1944),

-Setiausaha Tanah Jajahan Gold Coast, Australia (1944 - 1946),

-Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin (1946 - 1948).

- Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada (1948-1951)


Sejarah yang kita tahu pasal beliau adalah pernah menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu. Dan pasal Rancangan Briggs yang dijalankan oleh beliau untuk menghapuskan komunis di Tanah Melayu.

Digambarkan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, beliau seorang yang berjaya mengekang pengaruh komunis di Tanah Melayu.

Jasanya besar untuk Tanah Melayu kononnya. Akhirnya beliau dibunuh oleh PKM semasa dalam perjalanan ke Bukit Frasier.Pada 7 Oktober 1951,ditembak mati di Bukit Frazer.

Namum sejarah awal sebelum dia datang ke negara kita tidak pula kita ambil kisah. Tahukah anda bahawa sebelum dia datang ke Tanah Melayu, beliau berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan Palestin.

Ramai tidak menyedari perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya British ke sini kerana kerjanya yang hebat di Palestin selama 2 tahun (1946-1948).

Apa kerjanya dan apa jasa dia di Palestin ? Membawa pendatang Yahudi masuk ke Palestin dari Eropah dan menghalau dan membunuh rakyat Palestin dari bumi mereka sendiri.

Ingat! Peristiwa Dier Yasin ( Mei 1948),dimana di dalam peristiwa Dier Yasin itu, penduduk Palestin telah dihalau oleh pendatang Yahudi. Ketika Henry Gurney bertugas di Palestinlah berlaku siri pembunuhan kejam di bumi Palestin.

Pengganas Yahudi Haganah dan Irgun kemuncak keganasan mereka adalah ketika Henry Gurney bertugas di Palestin,beliau telah meragut nyawa 300 orang wanita dan kanak-kanak Palestin di dalam Peristiwa Dier Yasin tersebut.

Malangnya, nama beliau di sanjung di sini. Jalan dan sekolah diabadikan nama Henry Gurney. Bahkan tempat beliau dibunuh pun diberi papantanda.

Apakah jasa beliau di sini? Ingat! Beliau dibunuh dalam keadaan menjadi Ketua Penjajah! Dalam keadaan tangannya berlumuran darah rakyat Palestin!

Jadi apakah kita mahu sanjung orang putih ini? Sir Henry Gurney yang telah menyiksa rakyat Palestin.

Elok sangat guru Sejarah seluruh negara yang mengajar Sejarah Tingkatan 3 agar jangan lupa untuk ceritakan kisah sebenar sejarah Henry Gurney kepada anak murid mereka. Moga mereka tahu kisah sebenar Sir Henry Gurney.

Baca Seterusnya......

Tribunal Rakyat: Saksi Dedah 60 Pengundi Dalam Satu Rumah


Tribunal Rakyat anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) diberitahu hari ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak boleh berbuat apa-apa berhubung kecurangan dalam daftar pemilih.

Saksi pertama, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, beliau pernah membuat aduan kepada SPR mengenai nama yang diragui dalam daftar pemilih.

“Saya beritahu SPR pada November terdapat 60 nama berdaftar dalam satu rumah. Pemilik rumah terlebih dahulu memberitahu saya beliau tidak membenarkan orang lain untuk menggunakan alamatnya untuk berdaftar sebagai pemilih,” katanya.

Santiago berkata, SPR membuat penyiasatan mereka sendiri dan mengakui terdapat masalah.

“Mereka mengakui terdapat 60 nama berdaftar dalam rumah itu tetapi memberitahu saya mereka tidak boleh berbuat apa-apa mengenainya.

“Mereka (SPR) mengatakan undang-undang tidak membenarkan perubahan terhadap daftar pemilih,” katanya.

Tribunal itu ditubuhkan sebagai respon terhadap kemarahan orang awam berhubung dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. -TMI

Saksi pertama Tribunal Rakyat dedah pengundi hantu dalam satu bas

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menjadi saksi pertama prosiding Tribunal Rakyat, sebuah inisiatif Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih 2.0) bermula 18 hingga 22 September.

Charles dalam keterangannya mengemukakan aduan berhubung pendaftaran 60 pengundi pada satu alamat di kawasan Parlimen Klang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 lepas.

Jelas Charles, beliau turut mengemukakan aduan berkenaan pengundi diragui kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) namun pihak SPR menyatakan nama pengundi-pengundi ragu itu sudah gazetkan dan tidak boleh dikeluarkan.

Charles juga mendedahkan terdapat pekerja asing yang dibayar oleh pihak tertentu bagi mengundi pada PRU lepas. Beliau juga turut mendedahkan kepada tribunal insiden orang ramai di Pandamaran yang menahan bas dipercayai menjadi pengundi hantu pada 5 Mei lepas.

Kira-kira 100 orang mengikuti perjalanan prosiding tribunal itu yang bertempat di Throne Room, Hotel Empire, Subang Jaya yang bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Ianya turut disiarkan secara langsung di TVSelangor pada pautan www.selangorku.com dan melalui radio rasmi Tribunal Rakyat di pautan www.radiobangsarutama.com.

Enam individu ternama yang berkelayakan akan menganggotai Tribunal ini, tiga dari luar negara dan tiga dari Malaysia.

Mereka akan duduk bersidang untuk menerima, meneliti dan menyiasat laporan orang ramai dan akhirnya mereka akan mengeluarkan laporan kepada umum.

Tiga individu dari luar negara ialah bekas Wakil Khas Setiausaha Agung PBB di Kemboja, Yash Pal Gai, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Ramlan Surbakti dan Kraisak Choonhavan, bekas Presiden ASEAN Inter-Parliamentary Myanmar Caucus (AIPMC).
-selangorku

Baca Seterusnya......

WHAT COKE DO TO YOUR BODY


1) In the first 10 minutes: 10 teaspoons of sugar hit your system. (100% of your recommended daily intake.) You don’t immediately vomit from the overwhelming sweetness because phosphoric acid cuts the flavor, allowing you to keep it down.

2) 20 minutes: Your blood sugar spikes, causing an insulin burst. Your liver responds to this by turning any sugar it can get its hands on into fat. (And there’s plenty of that at this particular moment.)

3) 40 minutes: Caffeine absorption is complete. Your pupils dilate; your blood pressure rises; as a response, your liver dumps more sugar into your bloodstream. The adenosine receptors in your brain are now blocked, preventing drowsiness.

4) 45 minutes: Your body ups your dopamine production, stimulating the pleasure centers of your brain. This is physically the same way heroin works, by the way.

5) > 60 minutes: The phosphoric acid binds calcium, magnesium, and zinc in your lower intestine, providing a further boost in metabolism. This is compounded by high doses of sugar and artificial sweeteners also increasing the urinary excretion of calcium.

> 60 minutes: The caffeine’s diuretic properties come into play. (It makes you have to pee.) It is now assured that you’ll evacuate the bonded calcium, magnesium, and zinc that was headed to your bones as well as sodium, electrolytes, and water.

> 60 minutes: As the rave inside you dies down, you’ll start to have a sugar crash. You may become irritable and/or sluggish. You’ve also now, literally, pissed away all the water that was in the Coke. But not before infusing it with valuable nutrients your body could have used for things like hydrating your system, or building strong bones and teeth.

This will all be followed by a caffeine crash in the next few hours. (As little as two if you’re a smoker.) Want to know what happens after that? Check out what happens to your body after you drink a coke, every day for a long time.

Coke itself isn’t the enemy here. It’s the dynamic combo of massive sugar doses combined with caffeine and phosphoric acid, which are found in almost all sodas. Moderation, people !

This post was originally written by Wade Meredith.
Image Source : The Unknown; But not Hidden

Share if you care.
Source: blisstree.com

Baca Seterusnya......

Friday, September 13, 2013

Apa Di Penghujung Tembok Besar China

Tembok Besar China adalah salah satu daripada 7 keajaiban senibina dunia .Namanya terkenal di seluruh dunia, dan menjadi lokasi pelancongan wajib bagi sesiapa yang mengunjugi China .. Tetapi adakah anda tahu dimanakah terletaknya hujung Tembok China?

Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming .. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan .. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China .. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama .. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara ..

Tembok ini memanjang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas dan gunung-ganang China ..

Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya terletak di Shanhaiguan .. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon `s Head atau disebut juga Laolongtou .. Hujungnya terapung di permukaan Laut Bohai .. Tempat ini juga menjadi destinasi pelancongana kerana di atasnya terdapat menara pemantau dan sebuah kuil ..

Shanhaiguan atau Shanhai Pass terletak dekat Bandar Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing .. Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara terus ke laut Bohai ..

Baca Seterusnya......

Monday, September 9, 2013

SPM: Wajib lulus BI, pelajar luar bandar jadi mangsa


KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) tidak setuju Bahasa Inggeris (BI) dijadikan subjek wajib lulus untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, ia bukan pendekatan yang boleh menjamin pelajar dapat menguasai BI.

“Kami berpendapat syarat BI lulus akan menyebabkan ramai pelajar yang akan terkandas dalam SPM dan dengan itu menyebabkan masa depan mereka terjejas.

“Kami dengan itu juga mendapati pihak Kementerian Pendidikan yang memutuskan untuk mewajibkan lulus BI dalam SPM pada 2016 tidak menjelaskan kenapa penguasaan BI masih lemah dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau mempersoalkan apakan kajian yang telah dilaksanakan untuk merasionalkan keputusan tersebut.

Justeru, ujarnya, pihak kementerian perlu membuktikan perkaitan mensyaratkan lulus BI untuk mendapat sijil SPM dengan keupayaan pelajar untuk menguasai BI.

Menurutnya, penguasaan BI sepatutnya boleh dilakukan secara berterusan dan tidak perlu ia menjadi faktor yang menghadkan seseorang pelajar mendapat sijil SPM dan dengan itu merumitkannya untuk melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan.

Katanya, harus diingatkan pelajar di sekolah luar bandar akan menjadi mangsa kepada dasar yang baru ini jika ia tidak diteliti dengan halusi.

Beliau berkata, suasana masyarakat di luar bandar bukan persekitaran pelajar yang kondusif untuk mengguna BI.

“Adalah lebih bijak semakan dilakukan ke atas teknik pengajaran dan pembelajaran serta kualiti guru yang mengajar BI daripada mensyaratkan BI mesti lulus untuk mendapat sijil SPM,” ujarnya lagi.

Menurutnya, dalam jangka panjang adalah sangat penting dipertimbangkan mereka yang tidak lulus dan gagal mendapat sijil SPM mungkin akan menghasilkan ramai pelajar yang tercicir dari arus perdana.

“Kami berpendapat syarat lulus BI akan menjadi beban kepada pelajar kerana fokus yang seharusnya diberi perhatian iaitu menguasai ilmu dalam bahasa ibunda perlu diutamakan.

“Lulus BI tidak boleh dijadi merit untuk menggagalkan seseorang pelajar dalam SPM,” katanya//(harakahdaily)

Baca Seterusnya......

Pelajar Gagal Kuasai Sains dan Matematik


alt
KUALA LUMPUR 6 Sept. - Walaupun prestasi murid di Malaysia meningkat sejak beberapa dekad lalu, namun terdapat risiko jurang pencapaian sistem pendidikan Malaysia dengan negara lain semakin lebar.

Kajian yang dibentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menunjukkan, risiko itu boleh dilihat melalui pentaksiran antarabangsa terbaharu dikeluarkan oleh Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) dan Kajian Trend Pendidikan Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS).

Berdasarkan keputusan TIMSS 2011, 35 peratus dan 38 peratus murid Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik dan Sains, iaitu kenaikan dua hingga empat kali ganda berbanding tujuh dan 13 peratus pada 1999.

Keputusan tidak memberansangkan juga dicatatkan oleh pelajar Malaysia dalam keputusan pada kitaran pentaksiran untuk 2009 PISA (PISA 2009+), penyertaan kali pertama Malaysia, yang mana kedudukan negara terletak di kelompok ketiga terbawah dalam kalangan 74 negara peserta, iaitu di bawah pencapaian purata antarabangsa dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Manakala hampir 60 peratus murid berumur 15 tahun yang menyertai PISA 2009 gagal mencapai tahap kemahiran minimum dalam Matematik, manakala 44 peratus dalam Bacaan dan 43 peratus dalam Sains.

Pelan PPPM telah dilancarkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini hari ini.  

Perbandingan skor dalam skala PISA ini menunjukkan murid berumur 15 tahun di Singapura, Korea Selatan, Hong Kong dan Shanghai, China mempunyai prestasi tiga atau lebih tahun persekolahan berbanding pelajar Malaysia pada umur yang sama.

Sepanjang dua dekad lalu kedua-dua sistem pentaksiran pelajar antarabangsa ini, PISA dan TIMSS, telah muncul sebagai kaedah perbandingan langsung mengenai kualiti keberhasilan pendidikan merentas pelbagai sistem.

Hasil kajian juga menunjukkan, kaedah ini mentaksir pelbagai kemahiran kognitif seperti aplikasi dan penaakulan.

Walaupun kedua-dua sistem pentaksiran itu, TIMSS dan PISA, menunjukkan keputusan pencapaian pelajar Malaysia yang membimbangkan, namun terdapat banyak bukti kecemerlangan murid dan sekolah seluruh negara setanding piawaian antarabangsa. 

Ini termasuk pencapaian murid dan sekolah Malaysia di peringkat antarabangsa contohnya memperoleh pingat emas dalam Pertandingan Pencipta Muda Antarabangsa Kelapan 2012 di Thailand dan Ekspo Reka Cipta dan Produk Baharu di Amerika Syarikat, tahun lepas.

Bagaimanapun, objektif yang sama penting dalam sistem pendidikan adalah memastikan kesaksamaan dalam berhasilan murid, antaranya dari segi jurang antara sekolah bandar dan luar bandar, sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan serta jantina.

Jurang antara luar bandar dan bandar menurun kepada lima mata peratus dan dua mata peratus sejak enam tahun kebelakangan ini sementara jurang antara sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan semakin mengecil.

Sebaliknya, jurang pencapaian antara gender adalah signifikan dan terus melebar dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, dengan pencapaian murid perempuan sentiasa mengatasi murid lelaki di semua peringkat.

Baca Seterusnya......

Selepas Naikkan Harga Minyak, Kerajaan Benar ‘Naikkan’ Tambang


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan, kerajaan benarkan pengusaha bas ekspres mengenakan tambahan tambahan sebanyak 10% kepada penumpang sehingga kadar tambang baru dimuktamadkan, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Yang lucunya, kenyataan itu menyebut, tidak akan ada ‘kenaikan tambang’ bagi perkhidmatan bas ekspres pada masa ini, tetapi pengendali bas ekspres dibenarkan untuk meneruskan bayaran tambahan kepada penumpang sebanyak 10% sebagaimana diperkenalkan pada Hari Raya.

Kebenaran SPAD mengenakan tambahan tambah 10% untuk sambutan hari raya eidul fitri dijadualkan berakhir Ahad ini 8 September.

Menurut kenyataan itu lagi, keputusan tidak menaikkan tambang itu diambil walaupun harga petrol dan diesel telah meningkat sebanyak 20 sen seliter pada Selasa.

Menurut SPAD, keputusan itu diambil selepas meneliti kos operasi seperti bahan api, upah dan kos penyelenggaraan yang akan meningkat disebabkan oleh kenaikan harga bahan api.

SPAD kini dalam peringkat akhir mengkaji kadar tambang bas ekspres, dan akan memastikan tambang baru itu tidak akan membebankan rakyat dan pengendali. -BO

Baca Seterusnya......

Sunday, September 8, 2013

Saran BN bertindak terhadap penyamun politik curi wang negara RM51 bilion setahun


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, hanya dengan melaksanakan tender terbuka yang berdaya saing dan menentang rasuah negara akan dapat menjimatkan wang sebanyak RM51 bilion setiap tahun.

Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga boleh meyakinkan orang ramai akan keikhlasan beliau dan keperluan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter untuk menjimatkan kos subsidi tahunan sebanyak RM3.3 bilion.

Beliau berkata, tanpa langkah yang menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap rasuah, orang ramai akan dengan mudah mempertikaikan keikhlasan kerajaan dan melihat tuntutan untuk mengurangkan kos sebagai palsu.

“Mengapa rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah, perlu menanggung penderitaan membayar RM3.3 bilion setahun kerana peningkatan harga petrol jika tiada tindakan diambil terhadap penyamun politik yang mencuri RM51 bilion setiap tahun daripada wang negara,” katanya ketika berucap kepada Diaspora Pulau Pinang di Hong Kong, yang diterbitkan di Komtar, semalam.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, berdasarkan pengalaman tanggungjawab fiskal dan memerangi rasuah oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang dan Selangor, sekurang-kurangnya penjimatan 25% setahun boleh dicapai daripada kontrak perolehan kerajaan.

“Lebihan bajet tahunan di Pulau Pinang, peningkatan rizab aset sebanyak 50% dan pengurangan hutang kerajaan negeri Pulau Pinang dengan rekod 95% membuktikan keberkesanan langkah integriti daripada tender terbuka yang berdaya saing kepada pengisytiharan aset awam.

“Dengan anggaran RM201 billion kontrak perolehan Kerajaan Persekutuan setiap tahun, penjimatan minimum 25% akan berjumlah RM51 bilion.

“Mengapa kerajaan Persekutuan BN bersikap berkira pada satu sisi tetapi membenarkan pembaziran yang besar pada sisi lain dengan tidak memberi tumpuan kepada potensi penjimatan RM51 bilion yang memberi manfaat kepada hanya beberapa kroni kaya dan bukannya memaksa 28 juta rakyat Malaysia menanggung RM3.3 bilion daripada kenaikan harga petrol,” tambahnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, bukan sahaja Kerajaan Persekutuan gagal melaksanakan logik mudah ini, sebaliknya mereka cuba mengalihkan perhatian daripada kesimpulan yang tidak dapat dielakkan dengan memainkan isu perkauman, sentimen agama dan pelampau.

Menurutnya, taktik perkauman dan pelampau digunakan dengan jayanya oleh BN untuk mengelak daripada mendepani empat masalah sebenar Malaysia, iaitu jenayah, rasuah, peningkatan hutang kerajaan dan setiap isi rumah serta penurunan taraf pendidikan, produktiviti dan kemahiran tenaga buruh Malaysia.

“Di Hong Kong, ramai pelabur dan penganalisis mengenal pasti empat isu utama ini yang menjadikan Malaysia kurang menarik atau kurang berdaya saing.

“Mengurangkan jenayah tidak begitu sukar jika kerajaan Persekutuan BN bersedia membenarkan polis memerangi jenayah dan bukannya memantau pemimpin pembangkang.

“Pada masa ini hanya 10% daripada pasukan polis yang terbabit dalam penyiasatan jenayah. Jika jumlah ini meningkat kepada 50% daripada pasukan polis keseluruhannya, saya pasti polis akan dapat menumpaskan penjenayah di Malaysia dengan lebih berkesan,” ujarnya.

Guan Eng berkata, BN mendakwa hutang Kerajaan Persekutuan kini 54% daripada KDNK, bagaimanapun ini tidak termasuk hutang dijamin kerajaan yang akan meningkatkan jumlah hutang Kerajaan Persekutuan kepada 70%.

Katanya, jika hutang 70% kepada nisbah KDNK adalah tinggi, hutang isi rumah adalah lebih tinggi pada 83.5% daripada KDNK.

“Kebergantungan sedemikian kepada hutang adalah kesan pinjaman fiskal melulu sebagai jalan keluar mudah daripada masalah negara kita. Kerajaan Persekutuan perlu menunjukkan kepimpinan melalui teladan kepada setiap isi rumah dengan mengurangkan pergantungan hutang.

“Kerajaan Persekutuan juga gagal melabur untuk masa depan tanpa melabur dalam pendidikan yang berkualiti. Banyak pelabur asing dalam bidang teknologi tinggi berintensifkan pengetahuan merungut tentang kemerosotan kualiti dan penurunan tenaga kerja negara ini di semua peringkat, terutamanya penguasaan lemah Bahasa Inggeris.

“Dengan penetapan piawaian BN pada tahap cukup makan semata-mata dan bukannya budaya kecemerlangan, kepada kuota politik dan bukannya prestasi dan retorik kosong dan bukannya tindakan konkrit, Malaysia berisiko ditinggalkan bukan sahaja oleh pelabur asing berteknologi tinggi tetapi juga bakat terbaik kita yang berhijrah ke negara lain seperti Hong Kong,” tambahnya.

Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berani menawarkan model di mana prestasi adalah lebih penting berbanding latar belakang politik, di mana usaha dibuat untuk menarik institusi pendidikan yang berkualiti di semua peringkat, di mana sebuah kerajaan yang jujur dan cekap melalui perkongsian dengan sektor swasta dan sektor awam serta sebuah bandar yang selamat, bersih, hijau dan sihat boleh memberikan penyelesaian kepada empat masalah yang disebut di atas. -Roketkin

Baca Seterusnya......

Friday, September 6, 2013

Pembongkaran Berani Bekas Biarawati

Han-Hoo-Lie1SAYA lahir dari keluarga Katolik yang taat, 45 tahun yang lalu di Surabaya, Jawa Timur. Nama asli saya Han Hoo Lie, tapi biasa dipanggil Ireni. Sejak kecil saya sudah mendalami agama. Ketika SD saya ikut privat agama di biara, dan itu berlangsung hingga saya SMP kelas dua. Mungkin, lantaran sering bergaul dengan para suster di biara itu, dalam diri saya timbul keinginan untuk menjadi seorang suster (biarawati).
Dalam pandangan saya, alangkah mulia dan sucinya seorang biarawati itu, karena dia telah mengabdikan seluruh hidupnya kepada Tuhan. Dengan kesederhanaan hati dan penuh kasih sayang mereka membimbing orang -orang ke arah iman Yesus Kristus. Sungguh, saya ingin sekali seperti mereka. Keluarga saya mendukung sepenuhnya cita-cita saya itu.
Maka, untuk mewujudkan cita-cita itu, sejak kecil saya sudah aktif dalam kegiatan gereja. Karena aktivitas saya itulah, sejak kelas satu SMA saya sudah terpilih sebagai Ketua Presidium Yunior Ligio Maria. Organisasi ini bergerak dalam bidang karya, kerasulan, dan doa. Begitu tamat SMA, saya langsung masuk ke sekolah susteran (biarawati) di Bandung.
Selama menempuh pendidikan di sekolah biarawati itu, selain mengikuti kuhah di biara seperti umumnya para calon suster maupun suster muda, saya bersama salah seorang teman diberi tugas khusus untuk kuliah di Institut Filsafat dan Teologia Bandung. Saya tidak tahu mengapa saya yang diberi tugas itu. Memang saya akui, bahwa di antara teman-teman di biara itu sayalah yang paling kritis. Kalau ada sesuatu yang nnenurut logika saya tidak nalar, selalu saya tanyakan. Itulah sifat saya sejak kecil.
Salah satu yang pernah saya tanyakan adalah konsep trinitas (Tuhan Bapak, Tuhan Anak, dan Roh Kudus). Juga status Yesus sebagai Tuhan-kalau memang Yesus itu Tuhan-mengapa tatkala disalib is memanggil-manggil, “Eloy… Eloy…, lama sabakhtani?” (Allah… Allah…, mengapa Engkau tinggalkan aku? (Markus 15 ayat 33)).
Dari jawaban jawaban yang diberikan, semuanya tidak memuaskan hati saya. Jika saya ingin bertanya lagi, mereka selalu memotong, “Jangan dipertanyakan lagi, yang penting kamu imam dan yakini dalam hati. Itu sudah cukup.” Akhirnya saya diam, meskipun belum puas. Karena Institut Filsafat dan Teologia ada mata kuliah studi-perbandingan agama, maka saya pun mempelajari agama-agama yang ada, termasuk Islam. Sejak saat itulah saya mulai membanding-bandingkan, misalnya antara Islam dan agama saya.
Tidak terhitung jumlahnya buku-buku Islam yang saya baca. Cuma, semua buku itu karangan orang-orang di luar Islam. Entah mengapa, ada larangan buku-buku Islam yang ditulis orang Islam masuk ke perpustakaan kami. Untungnya, sejak berangkat dari Surabaya dulu saya sudah membawa Al-Qur’an dan terjemahannya dari rumah. Saya juga heran, kok dulu sempat membawa AI-Qur’an. Mungkin sudah takdir Allah.
Mempelajari Al Qur’an
Terjemahan Al-Qur’an itulah yang kemudian saga pelajari secara sembunyi-sembunyi di biara. Entah mengapa, saya begitu tertarik dengan Al-Qur’an itu. Mungkin karena besarnya keinginan saya untuk membandingkannya dengan Injil. Belum banyak yang saya pelajari, tiba-tiba saya menemukan surat al-Ikhlas.
“Katakanlah (hai Muhammad) Dialah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak, dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Dia “
Secara tidak sadar, setelah membaca surat al-Ikhlas itu hati saya mengakui, inilah kosep ketuhanan yang sempurna: sederhana tapi gamblang.
Meskipun demikian, bukan berarti kemudian saya bergegas masuk Islam. Pengakuan akan kesempurnaan konsep ketuhanan Islam itu hanya mengendap dalam pikiran. Saya pun terus mempelajari Al-Qur’an hingga ketemu surat Al-Hujurat ayat 13.
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
Apa yang tertangkap dalam pikiran saya pada waktu itu? Ah, Al-Qur’an ini mengada-ada. Mana mungkin orang seluruh dunia disuruh saling berkenalan? Tetapi anehnya, pikirani saya justru terangsang dengan ayat tersebut. Saya ingin tahu apa maksud Al-Qur’an mengatakan seperti itu. Sava berdialog dengan diri sendiri untuk mencari jawabannya. Saya renung-renungkan, bukankah avat itu menunjukan bahwa Islam itu universal. berlaku untuk semua bangsa dan suku?
Ialu berbagai pertanyaan timbul dalam benak saya, siapakah pengarang Al-Qur’an itu, dan sudah berapa kali mengalami penyempurnaan? Pertanyaan itu timbul karena kitab-kitab suci yang lain sudah mengalami penyempumaan demi penyempurnaan dari masa ke masa. Lalu, mengapa kitab suci ini diberi nama Al-Qur’an?
Betapa terkejutnya saga setelah tahu dari membaca buku bahwa Al-Qur’an itu tidak pernah mengalami penyempurnaan. Demikian pula namanya bukan hasil pemberian seseorang sebagaimana Injil yang nama-namanya diambil dari penulisnya. Al-Qur’an temyata wahyu langsung dari Allah, dan Allah pula yang memberi nama kitab itu Al-Qur’an.
Saya mulai yakin akan kebenaran Islam. bagi saya Islam bukan agama buatan manusia yang bernama Muhammad sebagai mana ditanamkan kepada saya sejak kecil. Islam adalah agama ciptaan Allah.
Masuk Islam
Namun sampai sejauh itu, saya masih belum mau berikrar untuk menjadi seorang muslim. Masih ada perasaan gengsi dalam diri saya. Sebab, image yang tumbuh di lingkungan saya adalah bahwa umat Islam itu bodoh, miskin, kumuh, dan suka amuk. Anggapan seperti itu tergurat kuat dalam benak saya.
Namun, agaknya Tuhan punya ketentuan lain. Dalam suatu perjalanan ke Bandung saya mengalami musibah kecelakaan. Karena kecelakaan itu, mau tidak mau saya mengambil cuti dari biara, pulang ke Surabaya. Setelah sembuh saya sempat kuliah di Jakarta mengambil jurusan sosial kemasvarakatan. Mungkin karena banyak bergaul dengan mahasiswa-mahasiswa Islam, penilaian saya terhadap Islam menjadi lebih objektif. Dan, sejak itulah saya sudah tidak berniat lagi untuk kembali ke biara. Saya merasa biara bukan tempat yang cocok buat saya. Maka, pada saat pulang ke Surabaya saya segera memutuskan tidak akan kembali ke biara.
Secara kebetulan, saat itu sava bermimpi yang sama beberapa kali. Dalam mimpi saya itu, seolah-olah teman-teman di biara berbaris ke suatu arah, sedangkan saya sendiri berbaris ke arah yang berlawanan. Mimpi seperti itu berlangsung sampai beberapa hari. Ditambah lagi, di dalam mimpi itu ada suara yang seakan-akan membisikan bahwa umur saya tinggal 40 hari lagi.
Pada malam berikutnya suara itu membisikan umur saya tinggal 39 hari. Setiap hari selalu berkurang satu hari. Begitu seterusnya. Saya bertanya-tanya, apakah ini suatu kebetulan atau firasat tertentu? Orang tua saya bingung ketika saya ceritakan mimpi saya itu. Berbagai jalan mereka tempuh untuk mengusir mimpi “aneh” itu. sampai-sampai orang tua saya menyelenggarakan slametan bubur sengkolo. Maksudnya untuk menolak bala.
Akan tetapi, walaupun sudah dislametin, toh malamnya tetap saja datang hal yang sama seperti kemarin. Demikian pula hari-hari berikutnya , sampai waktu 40 hari itu habis. Akhirnya saya berpikir praktis saja, “Apalah artinya sebuah mimpi. Toh, saya masih hidup meski ‘umur’ saya telah berakhir menurut numipi itu.”
Namun, satu hal yang tidak bisa saya ingkari adalah suara hati saya sendiri. Suara hati itu selalu membisikkan, “Kalau memang kamu mengakui kebenaran Islam, mengapa kamu tidak berahi dan tidak mampu memeluk agama Islam? Apakah selamanya kamu akan mendustai nuranimu sendiri? Apakah kamu akan terus berada di persimpangan jalan?” Itulah bisikan-bisikan suara hati saya.
Masjid Al-Falah, Surabaya
Lama-lama saya tak kuat lagi membohongi nurani saya sendiri. Akhirnya, sehari menjelang puasa Ramadhan, tepatnya 11 tahun yang lalu saya pun berikrar menjadi seorang muslim di Masjid al-Falah, Surabaya. Kini, sampai mati pun saya ingin tetap sebagai muslim, meski rintangan menghadang jalan hidup saya. (Bambang S / Albaz – dari Buku “Saya memilih Islam” Penyusun Abdul Baqir Zein, Penerbit Gema Insani Press website : http://www.gemainsani.co.id/)
Sumber: http://mualaf.com
 

Baca Seterusnya......

Kereta Armadillo-T Ini Boleh Dilipat

DAEJEON, Korea Selatan - Dengan hanya satu klik pada telefon pintar anda, kereta prototaip elektrik, Armadillo-T buatan Korea Selatan mampu memarkir dan melipatkan dirinya di ruang tempat letak kereta, sekali gus memberi lebih ruang di bandar-bandar yang sesak.

Kereta unik berkapasiti dua tempat duduk itu dinamakan sempena nama tenggiling.

Prototaip itu bagaimanapun mungkin tidak dikeluarkan. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada trend pembangunan kenderaan mesra alam untuk kawasan bandar.

Kereta tersebut mampu bergerak sejauh 100 kilometer selepas dicaj selama 10 minit dan boleh memecut selaju 60 kilometer sejam.

Apabila hendak diparkir, bahagian hadapan Armadillo-T mampu melipatkan diri sehingga mencecah ukuran 1.65 meter.

"Kereta ini boleh diletakkan di setiap sudut di jalan raya dan bangunan sama ada pangsapuri, pusat beli-belah atau pasar raya," kata Profesor Suh In-soo dari Institut Sains dan Teknologi Lanjutan Korea yang mengetuai pembangunan kereta berkenaan.

In-soo menggantikan cermin sisi dengan beberapa buah kamera digital kecil yang memaparkan bahagian belakang dan sisi kereta.

Satu sistem komputer berasaskan aplikasi Windows akan berkomunikasi dengan telefon pintar pemandu. Ini membolehkan kereta unik itu meletakkan dirinya di tempat letak kereta yang disediakan. - Reuters


Baca Seterusnya......

Harga Minyak: Prof Agus Tempelak Tim Menteri Kewangan Ahmad Maslan

Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."

Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat.

Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata?

Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat.

Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen.

Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang ‘over priced’ dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia? Begitu juga dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion. Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.

Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6% tahun 2009, 75.8% tahun 2010, 76.6% tahun 2011 dan 80.5% pada tahun 2012. Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0% dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.

Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia? Saya berhujah begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia.

Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat. Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah."

Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat? Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol? Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian? Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?

Oleh sebab itulah, saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak naik. Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.

Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita. Analisis akademik menuntut kejujuran kita memberikan data yang tepat. Begitulah!

Facebook Prof. Dr. Mohammad Agus 

Baca Seterusnya......

Wednesday, September 4, 2013

Hah Bacalah Dan Fahamkanlah

 
Sepasang suami isteri yang telah agak berusia serta bergelar datuk dan nenek memiliki satu kawasan kebun rambutan. Kebetulan tahun ini rambutan naik harga dan laris sekali di pasaran. Musim cuti sekolah sebagaimana biasa pulanglah anak cucu ke rumah dan tentunya rambutan atuk dan nenek akan menjadi sasaran mereka.

Tahun ini disebabkan harga rambutan yang meningkat di pasaran, sebelum anak cucu balik, awal-awal lagi atuk ini telah memasang strategi. Kebun rambutan itu di pagar. Di pintu pagar siap diletakkan tanda berapa harga sekilo rambutan mengikut harga pasaran semasa. Penimbang juga disediakan.

Sampai saja anak- anak cucu dikampung, terus mereka serbu pokok rambutan atuk. Atuk yang berfikiran kapitalis ini hanya tersenyum sambil menunggu di pintu pagar kebunnya.

"Wahai anak-anak dan cucu kesayanganku, selepas petik rambutan itu, sebelum kamu semua makan, pastikan rambutan itu ditimbang dan dibayar harganya mengikut tanda harga di pintu pagar ini. Terkejut beruk lah semua anak cucu dengan karenah baru atuk mereka.

Biasanya atuk amat pemurah dan tak pernah berkira dengan cucu-cucu. Lebih teruk lagi, harga yang dipamerkan pula sama dengan harga rambutan di pasar.

"Alaa atuk, tak kan dengan anak cucu pun nak berkira, mahal pulak tu harga rambutan atuk ni.." Rayu seorang cucunya.

"Mahal kamu kata! Cuba kamu pergi check harga rambutan di Singapura dan di Jepun, tengok berapa harganya!" Tegas saja nada suara atuk.

"Betul lah di Singapura dan Jepun harga rambutan mahal, mereka mana ada pokok.." Seorang anak lelaki atuk mencelah.

"Harga rambutan atuk ini, mengikut harga semasa pasaran, bukannya atuk pandai-pandai buat naik harga sendiri. Sebelum ni sudah banyak atuk tanggung subsidi dengab bagi rambutan percuma pada kamu semua. Dari mana duit atuk nak dapat untuk beli baja, nak beli racun rumput, nak buat pagar, nak upah orang petik dan bala..bla..bla..." Atuk terus membebel.

"Betul dah tu atuk, memang rambutan dah naik harga. Tapi atuk jual lah kepada orang luar mengikut harga pasaran, dengan kami anak cucu takkan lah atuk nak berkira. Tak kan sampai atuk nak suruh kami bandingkan harga rambutan atuk dengan harga rambutan di singapura...Lagipun kebun rambutan ini memang hak atuk. Atuk pun tak perlu tanggung bayar subsidi harga kepada sesiapa. Pelik juga kalau kebun ini milik atuk, tapi tiba-tiba atuk kata, atuk kena tanggung subsidi, isshh!! kepada siapa pula subsidi ini dibayar? Jawab seorang lagi cucu atuk yang kebetulan belajar ekonomi di sebuah universiti tempatan secara panjang lebar.

"Walau apa pun kamu cakap, atuk tetap bertegas. Harga tetap tak diturunkan. Kamu semua sepatutnya bersyukur. Masih balik kerumah atuk dengan aman, kampung kita pun masih aman. Makan pakai semua cukup. Kerja makan gaji. Semua pakai kereta besar. Tandanya kamu semua mampu. Tak kan lah nak bayar harga rambutan sikit pun dah bising!" Atuk membuat keputusan muktamad.

Khas utk sebangsa dengan ku...semoga kita orang melayu tidak diperbodoh oleh bangsa sendiri

Baca Seterusnya......

Pekedai emas cedera parah terkena tembakan

3 Sept: Pemilik kedai emas Abdul Razak Jewellers di Jalan Lebuh Ampang di Kuala Lumpur cedera parah terkena tembakan ketika cuba menghalang percubaan merompak kedainya hari ini.

Abdul Rasul Abd Razak, 58, cedera di bahagian perut dan bahu kanan akibat terkena dua das tembakan dilepaskan seorang daripada empat suspek yang cuba merompak kedainya dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata Abdul Rasul dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

Menghuraikan insiden itu, beliau berkata ketika kejadian, empat pekerja sedang bersiap-siap untuk memulakan operasi sebelum dua lelaki bertopi keledar penuh dan berjaket hitam meluru masuk premis berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, Khairi berkata seorang daripada suspek bertindak melompat masuk ke ruang kerja pekerja manakala seorang lagi berdiri di ruang pelanggan.

Mangsa yang keluar dari pejabatnya untuk cuba menghalang tindakan penjenayah tersebut telah bergelut dengan dua suspek itu.

Ketika pergelutan itu, dua lagi rakan penyamun yang ketika itu berada di luar kedai dan bersedia dengan motosikal meluru masuk ke kedai dan melepaskan beberapa das tembakan, lalu mengenai bahu dan perut mangsa.

"Akibat panik, kesemua suspek melarikan diri dengan dua motosikal tanpa sempat melarikan apa-apa," katanya, sambil menambah tiga kelongsong peluru dan satu serpihan slug ditemui di lokasi kejadian dan polis percaya suspek bersenjatakan dua pucuk pistol.

Katanya polis telah mengambil keterangan beberapa saksi termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di luar kedai itu.- Bernama

Baca Seterusnya......

Proton Saga BLM BOM Kereta Kebal Di Syria

Mesti mahathir bangga. Satu-satunya kenderaan yang digunakan untuk strategi perang di syria. Mungkin kompaknya yang tidak berat, maka proton saga BLM dijadikan alat kawalan jauh untuk mengebom tank. 

Hasil impactnya yang perghhh sungguh dahsyart! kereta yang dikawal dari jauh dibawa ke tempat yang betul2 strategik dengan tong gas yang disusun begitu kompetitif.

Baca Seterusnya......

Tuesday, September 3, 2013

Surcaj bahan api kargo naik ekoran harga minyak

Syarikat pengangkutan kontena akan menaikkan surcaj bahan api kargo daripada kadar tarif 16.19 peratus kepada 18.2 peratus, sebagai kesan daripada kenaikkan terbaru diesel sebanyak 20sen yang bermula tengah malam tadi.

"Kadar pengangkutan berbeza mengikut kawasan. Tetapi secara umum, kadarnya RM100, ini bermakna pelanggan harus membayar tambahan RM18.20 untuk Faktor Penyelarasan Bahan Api (FAF)," kata Naib Presiden Association of Malaysian Hauliers.

"Ketika harga diesel sebanyak RM1.80 seliter, mereka membayar RM16.19. Kami akan maklumkan anggota kami tentang FAF baru hari ini."

Ketika dihubungi, Nazari berkata, jadual FAF ditetapkan oleh industri itu semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang membawa kepada turun naik harga minyak kerana pengurangan subsidi.

Harga diesel sekarang RM2 seliter manakala petrol RON95 2.10 untuk seliter.

Baca Seterusnya......

Resipi Mee Kari Kapitan

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Mee Kari Kapitan. Resipi Mee Kari Kapitan ni adalah antara hidangan yang sedap makanan menu minum petang. Cubalah Resipi Masakan ini..

Penyediaan: 25 minit | Memasak: 25 minit   
50 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 10-12 orang

Bahan-bahan:
3 sudu besar serbuk kari ayam
Santan (1 1/2 biji kelapa)
Air asam jawa

Bahan dikisar:
15 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm kunyit hidup
10 biji buah keras
8 tangkai cili merah

Bahan hiris:
4 batang serai
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
1 batang bunga kantan

Bahan mee:
2 bungkus mi kuning (celur)
3 keping kek ikan
1 paket bebola ikan
500 gm isi ayam
6keping fucuk (potong 4)
150 gm isi kerang
Sedikit kacang panjang (hiris)

100 gm taugeh (celur)
100 gm sawi (celur)
2 keping tauhu (goreng)
3 sudu besar cili kering kisar
3 biji telur (rebus)
Bawang goreng
Daun sup
Daun bawang
Limau nipis

Cara menyediakan:
1. Gaul bahan kisar kecuali cili kering bersama serbuk kari, bahagi kepada dua bahagian, satu untuk ditumis dan satu lagi perapkan bersama isi ayam.
2. Panaskan periuk dan tumis bahan hiris kecuali bunga kantan hingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sebahagian dari rempah kari yang telah dicampur dengan bahan kisar.
4. Masukkan cili kering dan tumis hingga pecah minyak.
5. Masukkan air asam jawa dan bunga kantan.
6. Kacau sebentar dan masukkan isi ayam yang telah diperap dengan separuh bahan kisar tadi.
7. Setelah itu masukkan santan, kek dan bebola ikan, fucuk, kerang dan tauhu.
8. Kemudian bubuh garam, dan biarkan mendidih. Setelah mendidih masukkan kacang panjang.

Baca Seterusnya......

ADEGAN SETIAP KALI MINYAK NAIK


Sampai bilakah rakyat hanya menyaksikan 'gula-gula' amaran seperti ini terus sekadar kenyataan media semata-mata, kononnya sebagai ketegasan kerajaan tanpa disusuli tindakan yang jitu.

Selepas ini, kenaikan harga barang tetap menjadi 'kesan berangkai' sebagaimana fenomena setiap kali kenaikan harga minyak. Kerajaan pimpinan BN -GAGAL!

Baca Seterusnya......

Rakyat Naik Minyak Apabila Najib Umum Kenaikan Harga Minyak


Ekoran kenaikan harga minyak, stesen minyak di Melaka dirempuh oleh pengguna yang 'naik minyak' ?

Dek kerana pengumuman mengejut oleh kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib lewat petang semalam ditambahkan sifat panik dikalangan rakyat Malaysia akhirnya menyebabkan berlakunya kemalangan di stesen minyak Shell Durian Tunggal Melaka.

Rakyat Malaysia terutamanya golongan pertengahan dan yang berpendapatan rendah merasakan kenaikan minyak 20 sen besar impaknya kepada mereka, mengambil kesempatan untuk mendapatkan penjimatan sebanyak mungkin dengan mengisi minyak di stesen minyak berdekatan sebelum bermulanya harga baru minyak RON 95 tengah malam tadi (3 September 2013).

Gambar kemalangan berjaya dirakam di stesen minyak SHELL Durian Tunggal berdekatan dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Kes berlaku disalah sebuah stesen minyak Shell di Durian Tunggal, Melaka malam tadi. Berita Semasa dimaklumkan kemalangan berpunca kerana :

* pemilik stesen minyak SHELL Durian Tunggal Melaka tidak mahu menjual minyak petrol RON 95 kepada pemilik kenderaan dengan alasan simpanan minyak mereka telah pun kering.

* Sedangkan, pelanggan di sekitar Stesen Minyak SHELL Durian Tunggal Melaka yang terus menunggu merasakan pemilik stesen minyak itu hendak mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan yang sekali ganda atas nama pengumuman kenaikan harga minyak 20 sen bagi (minyak RON 95 & diesel)

Lagi Gambar Kemalangan Stesen Minyak Shell Durian Tunggal Melaka Semak satu persatu gambar kemalangan di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas lagi dalam format galeri gambar :
Disebabkan kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan minyak secara mendadak, stesen minyak pun didakwa mahu mengambil kesempatan akhirnya rakyat Malaysia pun turut “naik minyak” apabila salah satu pam minyak Stesen Minyak SHELL Durian Tunggal Melaka dirempuh & dilanggarnya. Apa respon balas anda pula? -beritasemasa
Kenapa naik sampai 20 sen, rintih rakyat

KLANG: Rakyat mengeluh dengan keputusan kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen mulai tengah malam tadi yang dilihat terlalu tinggi.

Tinjauan Harakahdaily di stesen minyak mendapati mereka bukan sahaja perlu menanggung kos tambahan setiap bulan bahkan ada juga yang mengambil keputusan untuk menggunakan motosikal untuk ke tempat kerja.

Anuar Ismail, 33, dari Meru merasakan kenaikkan tersebut terlalu besar untuk beliau yang sentiasa berulang dari rumah ke tempat kerjanya di Shah Alam.

"Memang berat untuk saya tanggung kos kenaikkan tersebut setiap bulan, 20 sen bukan satu kos yang rendah dan setiap bulan saya anggarkan kos tambahan untuk minyak sebanyak RM150 hingga RM200.

"Saya pasti kenaikkan ini juga akan menyebabkan barang-barang keperluan lain turut meningkat, rakyat akan terus terbeban,"
jelasnya.

Beliau juga terpaksa mengambil keputusan untuk menggunakan motosikal ke tempat kerjanya walaupun mengetahui risiko kemalangan amat tinggi bagi pengguna motosikal.

Kamarulzaman Adnan, 30, tidak menolak rakyat bukan sahaja perlu berhadapan dengan kenaikan harga minyak tetapi juga perlu bersedia dengan kenaikan barangan keperluan nanti.

Beliau berkata, kenaikan tersebut juga dilihat tidak seimbang dengan pendapatan rakyat di negara ini yang sentiasa tertekan dengan keadaan ekonomi.

"Amat terasa apabila kerajaan umum kenaikan minyak sebanyak 20 sen, perlu diingat kita bukan hanya menghadapi kenaikan 20 sen tetapi kita perlu bersedia dengan peningkatan kos barang keperluan.

"20 sen adalah satu jumlah yang besar, jika sebelum ini saya berbelanja sekitar RM500 sebulan untuk mengisi minyak, tetapi dengan harga baru ia akan meningkat RM650 sebulan," jelasnya.

Kamarulzaman turut mempersoalkan kenapa kerajaan perlu menaikkan sehingga 20 sen sedangkan kenaikan sebelum ini pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sekitar 5 sen sahaja.

"Kenapa kerajaan tidak dapat mengawal harga sekarang, kita tahu alasan kenaikan disebabkan oleh harga minyak dunia.

"Tetapi jika harga minyak kembali turun adakah kerajaan dapat menurunkan harga tersebut, dengarlah rintih rakyat yang hidup mereka semakin tertekan," kata beliau yang selalu berulang alik dari Shah Alam ke Bukit Kemuning.

Dalam pada itu Tommy, 17, merupakan seorang pelajar turut mengeluh apabila mengetahui keputusan kerajaan menaikkan harga minyak.

Beliau berpendapat jika sebelum kenaikan harga rakyat sudah menanggung beban sara hidup yang amat teruk, apatah lagi dengan harga yang telah diumumkan.

"Memang menyusahkan rakyat terpaksa menanggung beban sara hidup, kita sedia maklum dengan keadaan ekonomi dan kesukaran mendapat pekerjaan bagaimana mereka hendak tanggung kenaikkan kos tersebut.

"Kalau kerajaan itu perihatin mereka akan mendengar keluhan rakyat, sampai bila nak dibebankan hidup mereka. Saya sebagai pelajar turut merasakan bebanan ini.

"Kenaikan jika seimbang dengan pendapat rakyat itu bukan satu masalah, tetapi kita lihat kenaikkan ini amat jauh sekali dengan apa yang rakyat perolehi dengan apa yang mereka perlu belanjakan," jelasnya.

Dalam pada itu, tinjauan malam tadi mendapati beberapa stesen minyak di sekitar Klang mengalami kesesakan akibat pemandu yang mahu mengisi RON95 pada harga RM1.90 sebelum naik kepada RM2.10 selepas tengah malam.

Kenaikan harga minyak disambut dengan kemarahan

Ribuan rakyat Malaysia beratur di hampir semua stesen minyak malam tadi menjelang kenaikan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, sekaligus menaikkan kemarahan orang ramai kerana pemotongan subsidi itu.

Kebanyakan pengguna yang ditemui di Lembah Klang menyalahkan Barisan Nasional (BN) kerana menaikkan harga bahan bakar itu di saat rakyat terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang makin meningkat dari hari ke sehari.

Janji Putrajaya untuk meningkatkan pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam bajet 2014 tidak memberikan kesan kepada penduduk Lembah Klang kerana kebanyakan daripada mereka tidak layak menerimanya dan bantuan itu hanya diterima sekali sedangkan kesan kenaikan itu terpaksa ditanggung setiap hari.

Pemberian wang tunai RM500 itu sebelum ini diberikan kepada lima juta isi rumah yang berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.

Shahrulnizam Mohamad, 29, berkata kenaikan harga minyak bermula tengah malam tadi dijangkakan sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kerana umumnya rakyat mengetahui Pakatan Rakyat (PR) akan menurunkan harga bahan bakar itu sekiranya berjaya menguasai Putrajaya.

"Kenaikan harga ini sangat memberi kesan kepada rakyat yang berpendapatan rendah kerana kenderaan seperti kereta memainkan peranan penting kepada orang awam. Dengan kenaikan harga barang ini, peniaga juga akan mengambil kesempatan menaikkan harga barang," katanya.

Sementara itu, K Primela, 35, berkata kerajaan tidak wajar menaikkan harga petrol sewaktu rakyat sedang terhimpit dengan kenaikan harga barang selepas musim perayaan.

"Kerajaan BN 'bijak' mengambil kesempatan selepas beberapa bulan pasca PRU13 untuk menaikkan harga minyak. Sebelum pilihan raya berjanji untuk tidak menaikkan harga minyak, tetapi kemudian lain jadinya. Apatah lagi kini rakyat sudah mula dibebankan dengan kenaikan harga barang. Gaji tidak pula catat kenaikan tapi harga minyak pula yang naik.


"Rakyat sendiri dapat perhatikan perbuatan buruk kerajaan BN apabila belum sampai setahun mendapat mandat menerajui negara, sudah tampil dengan pendekatan membebankan rakyat. Selepas ini, apa pula yang kerajaan nak naikkan,” katanya, ketika ditemui di sebuah stesen minyak di Bandar Puteri, Klang malam tadi.

Lim Tai Boon, 46, yang ditemui di tempat sama juga melihat kenaikan harga minyak sebagai permainan politik kerajaan BN.

"Dulu sebelum pilihan raya janji tidak naikkan harga minyak. Lepas BN menang pilihan raya, lain pula ceritanya. Perkara ini memang tidak patut, menyusahkan rakyat," katanya.

Pengguna turut kesal dengan tindakan kerajaan menaikkan harga bahan bakar itu kerana tempoh makluman yang diberikan singkat untuk pengguna bertindak.

Tengku Zarul Tengku Lokman, 37, berkata kenaikan 20 sen seliter satu tindakan kejam yang dilakukan kerajaan kepada rakyat sambil menjangkakan harga barang keperluan asas lain turut meningkat ekoran kenaikan harga bahan bakar.

"Saya tahu mengenai kenaikan harga minyak ini melalui laman sosial Facebook. Media kerajaan melalui televisyen dan radio tidak komited dengan pengumuman itu. Esok bila sudah naik, baru hendak disiarkan. Itu yang jahatnya kerajaan enggan memaklumkan terlebih awal," katanya.

Amir Azri, 26, pula membayangkan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menaikkan kadar pemberian BR1M tidak praktikal kerana saguhati itu diberikan sekali sahaja tetapi perbelanjaan petrol adalah keperluan harian.

"Kadar BR1M yang diterima tidak setimpal dengan kenaikan harga minyak. BR1M adalah wang pembayar cukai, justeru wang rakyat juga yang digunakan untuk menjayakan wang saguhati itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Najib ketika mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel semalam, menjelaskan kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.

Beliau menjelaskan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel," kata Najib selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) di Pejabat Perdana Menteri.

Kali terakhir minyak petrol RON95 dan diesel naik pada tahun 2010, iaitu mengalami kenaikan sebanyak 5 sen seliter.

Najib menegaskan langkah itu bagi memastikan sasaran kerajaan mencapai defisit fiskal dalam lingkungan 3 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2015 dan bajet berimbang menjelang tahun 2020.

Perdana menteri memberikan alasan langkah pengurangan subsidi itu bertujuan memastikan ia sampai kepada kelompok sasaran memandangkan subsidi ketika ini dinikmati oleh semua lapisan masyarakat termasuk mereka yang kaya dan warga asing.

Katanya, Malaysia perlu melaksanakan sistem subsidi yang lebih mensasarkan golongan yang memerlukan dan mudah terjejas sambil menjelaskan kerajaan ketika ini terpaksa menanggung subsidi bahan api sebanyak RM24.8 bilion untuk tahun ini.

Bagi memastikan kelompok yang lebih memerlukan ini menikmati subsidi, Najib juga mengumumkan pentadbirannya berjanji akan meningkatkan pemberian wang tunai BR1M yang akan diumumkan semasa pembentangan bajet 2014 nanti.
-TMI

Baca Seterusnya......