Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, December 27, 2009

Awal Ashaari, Scha Alyahya, Juliana Evans, Qi Qushairi Antara Artis yang Kantoi di Rooftop Lot 10 Jalan Bukit Bintang



Setiap kali Krismas ada saja berita Hot yang menghiasi dada akhbar dan media massa. Malam semalam kami sudah menjangka esok mesti ada cerita hot bakal meletop.

Jangkaan kami mengena apabila Awal Ashaari, Scha Alyahya, Juliana Evans dan Qi Qushairi (Blogger Boy) adalah antara Artis yang kantoi di Rooftop Lot 10, sebuah pusat hiburan terkenal di Jalan Bukit Bintang.


Mereka ini antara 21 orang yang ditahan semasa serbuan keatas pusat hiburan tersebut. Pihak berkuasa tempatan menjalankan serbuan pada 3.15 pagi kerana premis tersebut tiada lesen yang sepatutnya untuk beroperasi lewat.

Pengurus Awal, Azlina Merican turut terkejut setelah dihubungi oleh wartawan cuba menafikan pembabitan Awal. Bagaimanapun ada beberapa individu yang dapat mengesahkan Awal memang ditahan untuk ujian air kencing tetapi dibebaskan setelah negatif.

Nasib tidak menyebelahi Qi(Budi dalam Blogger Boy) apabila didapati positif dadah dan mungkin akan dikenakan tindakan lanjut.

Ada juga yang mengatakan pelakon yang berumur dalam lingkungan 40an yang turut sama diserbu ialah Redzuan Hashim.

Malam ini kita sepatutnya melihat Awal, Scha dan Fahrin didalam Final Sehati Berdansa Musim ke-3, tetapi dengan kemelut yang melanda dua orang pengacara SB3 tidak diketahui apakah status mereka ketika ini. Penerbit Sehati Berdansa 3 memaklumkan semua persediakan berjalan lancar dan tiada sebarang perubahan dalam siaran langsung SB3 malam nanti.


Sumber : Blog Selebriti.tv

Baca Seterusnya......

Panggil Duta Bukti PM Najib Tunduk Tekanan Amerika


Fraterniti diplomatik dan misi antarabangsa Kerajaan Malaysia masih terkejut sebenarnya dengan tindakan Kerajaan melalui Wisma Putra memanggil balik Wakil Tetap Malaysia Ke Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna, Datuk Arshad Hussain atas sebab apa yang disifatkan sebagai kegagalan duta tersebut mematuhi arahan Kerajaan Malaysia supaya menyokong usul yang dibawa ke Lembaga Governor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada 27hb November 2009 bagi mengutuk program tenaga nuklear Iran dan pada masa yang menuntut Iran supaya menghentikan serta merta projek pengkayaan uranium yang kedua yang dijalankan di Bandar Qom.

Maklumat dari Wisma Putra dan juga kalangan diplomat-diplomat berpengalaman serta penganalisis dasar luar Malaysia menyatakan bahawa dalam dunia diplomatik, tindakan sesebuah negara memanggil pulang dutanya atas sebab tidak berpuas hati di atas tindak tanduk seseorang duta, adalah suatu tindakan yang serius yang boleh membawa kepada tindakan disiplin dikenakan ke atas duta tersebut.

Menurut sumber, dalam sejarah diplomatik negara, perkara sebegini (memanggil duta balik bagi memberi penjelasan) tidak pernah berlaku sebelum ini (unprecedented) di zaman mana-mana Perdana Menteri sekalipun. Menteri Luar, Dato Anifah Aman menjelaskan kepada media dua minggu lepas bahawa tindakan memanggil Datuk Arshad Hussain adalah sekadar untuk proses konsultasi memandangkan tindakan Datuk Arshad Hussain, yang mengundi menentang usul tersebut yang jelas ditaja oleh Amerika Syarikat dan sekutu-kutunya, adalah "tidak selaras dengan prosedur Kerajaan".

Menurut laporan media sebelum ini, Malaysia adalah antara tiga negara yang menentang usul tersebut, yang asalnya dibawa oleh Jerman, iaitulah selain dari Cuba dan Venezuala. Lembaga Governor IAEA sebenarnya mengandungi 35 anggota, namun pada hari pengundian, 34 negara yang hadir.

Sebelum dari persidangan bermula, Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) yang turut dianggota Malaysia telah pun membincangkan di peringkat kaukus tentang apakah pendirian NAM dalam menangani usul yang cukup serius yang membabitkan negara Iran yang berdepan dengan kegelojohan Amerika Syarikat. Kaukus NAM akhirnya telah mengambil keputusan untuk menentang usul tersebut.


Sebagai seorang duta yang bertanggungjawab, Datuk Arshad menurut maklumat telah pun menghubungi Wisma Putra dan mencadangkan supaya Malaysia mengambil sikap yang sama dengan pendirian NAM selaras dengan prinsip bahawa hak Iran untuk membangunkan tenaga nuklearnya bukan untuk tujuan keganasan perlu dihormati.

Akhbar The Star keluaran Khamis (24/12/2009) melalui ruangan kolumnya telah memuatkan pendedahan penting yang memberikan beberapa petuntuk kenapakah Kerajaan Malaysia menjadi begitu gelabah hingga kelihatan begitu terdesak untuk mengambil tindakan ke atas dutanya sendiri.
Menurut kolumnis The Star tersebut, semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak singgah di Amerika pada November lalu, pegawai-pegawai kanan di dalam Kerajaan Amerika telah bersungguh-sungguh melobi kepada Najib supaya Malaysia menyokong usul tersebut. Dalam siri-siri pertemuan tersebut, Najib khabarnya memberitahu pihak Amerika bahawa Malaysia akan mempertimbangkan perkara tersebut.

Apa yang lebih mengejutkan ialah, sejurus selepas pengundian tersebut berakhir dan Malaysia telah diketahui di seluruh dunia sebagai antara anggota lembaga governor IAEA yang menentang usul ke atas Iran tersebut, Jabatan Negara Amerika telah menghantar satu bantahan terhadap Malaysia di atas tindakan Malaysia yang mengundi menentang usul tersebut.

Jika berdasarkan apa yang didedahkan oleh kolumnis The Star tersebut, tindakan Kerajaan Malaysia memanggil dutanya pulang bukanlah suatu yang mengejutkan. Bahkan ianya jelas membuktikan betapa 'patuh' dan takutnya Malaysia atas tekanan kecil yang diberikan oleh Amerika. Sudah tentu Kerajaan Malaysia mengandaikan tindakan menaggil pulang duta tersebut sebagai 'damage control' untuk menggembirakan hati Amerika dan sekutu rapatnya seperti Israel, Britain dan EU.

Bagi PAS, episod ini jelas menelanjangkan sikap sebenar Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO yang kononnya dalam negara begitu kuat mempertahankan maruah Islam dan Melayu hingga sanggup berani memijak kepala lembu, tetapi rupanya kecut dan terkucil bila disergah oleh Amerika hingga tidak mampu mempertahankan pendirian dan maruah negara.

Bagi kerajaan Malaysia, menjaga hati dan kepentingan Amerika dan Israel adalah lebih penting dari menjaga semangat perpaduan negara Islam dengan Iran atau menjaga sensitiviti rakyat Malaysia yang selama ini cukup kritikal terhadap hegemoni Amerika Syarikat di rantau Asia Barat. Pemimpin UMNO selepas ini tidak perlulah berteriak dan menjerit kononnya merekalah pembela bangsa, agama dan tanahair jika sekadar untuk mengundi dalam suatu persidangan antarabangsa pun Kerajaan Malaysia terpaksa menjadi kerbau dicucuk hidung oleh negara lain.

Kita menunggu dengan penuh minat, apakah tindakan yang bakal dikenakan ke atas Dato Arshad Hussain. Jika sekiranya beliau dihukum, maka Pemuda PAS dan rakyat Malaysia tidak akan berdiam diri. Kita akan berarak ke Wisma Putra dan menunjukkan kepada Amerika dan seluruh dunia bahawa rakyat Malaysia masih ada maruah dan tidak sanggup melacurkan diri semata-mata untuk kepuasan kuasa-kuasa Barat sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan UMNO/BN.

Sumber : DetikDaily

Baca Seterusnya......

Saturday, December 26, 2009

Burj Dubai Boulevard, Dubai DU United Arab Emirates



Description
Tallest current building and sctructure in world since 2009.

The Height of Burj Dubai was being kept private, and was not be told until it is completed. Developers said to be the tallest ever built, as it is the current tallest building on earth upon its completation, surpassing in all categories, like spire and roof, buildings already built as the Sears Towers, Taipei 101, Shanghai World Financial Center, Jan Hancock Center and Petronas. At the end of June 2006, a height of 2650ft (807.7m) has been made public by some of the firms involved in this project. Although, recently, it was announced on January 19, 2009 by a contractor working on the project, that it topped out at 818 meters.

Topped-out on January 17th, 2009.

Work on the foundations started in January 2004.

When anounced in early 2003, the Burj Dubai's design was the same as the 560 meter Melbourne Grollo Tower design. However, in May 2003 a new design by SOM was released.

An observation deck is located on the 124th floor.

It would have the fastest elevators in the world with a speed of 700m/min (42.3 kmh / 26.1 mph).

Status: under-construction
Construction Dates
. Began 2004
. Will finish 2010
Floor Count : 162
Basement Floors : 2
Floor Area : 517,240 m²


Building Uses
- mixed use
- communication
- hotel
- observation
- office
- residential
- retail

Structural Types
- highrise
Materials
- glass
- steel
- aluminium
- concrete, reinforced

Top floor : 636.0 m

Concrete structure : 574.4 m

Baca Seterusnya......

F-5E Tiger II


The development of the Northrop F-5 began in 1954 when a Northrop team toured Europe and Asia to examine the defense needs of NATO and SEATO countries. A 1955 company design proposed for a lightweight supersonic fighter that would be relatively inexpensive, easy to maintain, and capable of operating out of short runways. The Air Force did not initially look favorably upon the proposal, since it did not need for a lightweight fighter. However, it did need a new trainer to replace the Lockheed T-33, and in June of 1956 the Air Force announced that it was going to acquire the trainer version, the T-38 Talon.



On April 25, 1962, the Department of Defense announced that it had chosen the aircraft for its Military Assistance Program (MAP). America's NATO and SEATO allies would now be able to acquire a supersonic warplane of world-class quality at a reasonable cost. On August 9, 1962 the aircraft was given the official designation of F-5A Freedom Fighter. Optimized for the air-to-ground role, the F-5A had only a very limited air-to-air capability, and was not equipped with a fire-control radar. The F-5B was the two-seat version of the F-5A.

Although all F-5A production was intended for MAP, in October 1965, the USAF "borrowed" 12 combat-ready F-5As from MAP supplies and sent them to Vietnam with the 4503rd Tactical Fighter Wing for operational service trials. This program was given the code name of *Skoshi Tiger" ("little" Tiger). It was during this tour of duty that the F-5 picked up its Tiger nickname. On November 20, 1970, the Northrop entry was declared the winner of the IFA (International Fighter Aircraft) to be the F-5A/B's successor. The emphasis was being on the air-superiority role for nations faced with threats from opponents operating late-generation MiG-21s. An order was placed for five development and 325 production aircraft. In January of 1971, it was reclassified as F-5E. The aircraft came to be known as *Tiger II*

The US Navy Fighter Weapons School (the so-called "Top Gun" school) at NAS Miramar acquired a total of ten F-5Es and three F-5Fs for dissimilar air combat training. Because of the F-5's characteristics, which were similar to the MiG-21, the Tiger II was used as 'aggressor' aircraft, equipping the FWS and VF-126 at NAS Miramar, plus VF-43 at NAS Oceana.

Its worth as a fighter came when during the 1970s, when Ethiopian F-5Es shot down several Somali and/or Soviet fighters without a single loss, against the MiG-21 Fishbed & MIG-17.

Baca Seterusnya......

Monday, December 21, 2009

Ubat Kanser Telah Di Temui

Kernels aprikot merupakan kumpulan nut dan seed (kekacang dan bijirin). Tidak ada bezanya dengan kumpulan kekacang dan bijirin yang lain. Apa yang membezakanya adalah kandungan hasiat didalamnya yang sangat luar biasa, terutama Apricot Organik . Dalam bahasa nutrient, Biji Apricot ini di sebut mengandungi Amigdalin, yang juga dikenali sebagai vitamin B17. B17 ini dapat membantu membunuh sel- sel kanser dalam badan kita, Hasilnya dapat membebaskan diri kita dari serangan penyakit ganas ini (kanser) merupakan pembunuh senyap.

Amigdalin (Vitamin B17) dapat di perolehi di dalam beratus-ratus jenis tumbuhan. Dalam diet pemakanan kita harus ada B17. jika tiada B17 dalam diet pemakanan anda boleh di hidapi penyakit kanser. Selain dari Apricot Kernels B17 juga boleh di perolehi dari badam pahit (amigdalin (mempunyai rasa pahit - badam manis tidak mengandungi B17), epal pips, benih-benih anggur, sengkuang, buah beri, ubi kayu, biji buah oren dan biji benih yang lain.

Terdapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk melawan kanser. Salah satu ialah dengan cara membina sistem imun supaya ia menjadi sangat kuat dan dapat melindungi anda dari kanser. Satu lagi adalah menggunakan supplement with antioxidants yang dapat melawan carcinogens dalam badan anda. Bagaimanapun, B17 menggunakan cara yang sangat unik. Yaitu secara langsung menyerang sel kanser (directly attacks cancer cells). Maka hasilnya jauh lebih baik dari cara yang telah saya sebut di atas.

Kajian tentang Amigdalin yang pertama telah di keluarkan dikeluarkan seratus tahun dahulu. Telah disenaraikan dalam kamus-kamus farmakologi sejak dahulu lagi merupakan bahan yang tidak mengandungi toksik. Walau bagaimanapun dalam sebatian B17 terdapat satu unsur kimia yang dinamakan "cyanide". Ia adalah lengai secara kimia dan tidak berbahaya untuk normal tisu hidup.

Pekara yang sama juga dapat kita lihat dalam garam biasa. Garam sebenarnya terdapat dua unsur kimia didalamnya tetapi tidak bertindak balas dalam badan manusia, bahkan sangat diperlukan dalam badan manusia. Dua unsur kimia yang ada dalam garam adalah natrium dan klorida, maka sebab itu garam dalam istilah kimia disebut Natrium Klorida. Sebenarnya dalam garam ada satu sebatian kimia yang berbahaya "klorin". Sudah tentu jika anda makan juga banyak garam pada satu masa anda akan sakit.

Pekara yang sama juga berlaku dalam apricot, Makan jangan berlebihan ikut peraturan yang telah di berikan. Bagaimanapun, amigdalin adalah kurang toksik daripada garam, dan jauh lebih selamat dari gula yang anda makan setiap hari.

Kita sedia maklum bahawa badan kita sentiasa mencipta sel kanser setiap masa. Biasanya sistem imun dapat membunuh sel kanser tersebut. Bagaimanapun pada saat anda berada dalam keadaan "stress" atau tubuh badan anda berada dalam kondisi yang sangat lemah dan sering terdedah dalam persekitaran karsinogen. Keadaan ini akan membuat sel kanser menjadi sangat kuat sehingga tidak mampu untuk dimusnahkan oleh sistem imun.

B17 dari Apricot seed akan bekerjasama dengan sistem imun dan membunuh sel-sel kanser secara langsung. Untuk pengetahuan anda pada Sel-sel kanser terdapat satu enzim yang dapat membuka "ikatan kimia" yang terpadu dalam B17 Apricot Seed yaitu cyanide. Maka cyanide akan di bebaskan dari ikatan kimianya yang terdapat dalam B17. Bila cyanide dibebaskan maka cyanide akan membunuh sel kanser. Secara lumrahnya sel yang sihat tidak terdapat enzim ini. Maka sebab itulah B17 tidak akan bekerja pada sel yang sihat. B17 hanya bertindak balas pada sel yang tidak normal dalam badan manusia termasuklah sel kanser, tumor, jerawat atau pun buasir.

Enzim yang terdapat dalam sel kenser dapat membuka kunci amigdalin maka terhasilah cyanide. Jika terdapat lebihan cyanide yang terhasil dari tindak balas metabolik badan yang berkanser dan cyanide tersebut memasuki aliran darah anda. Maka secara semulajadi akan dineutralkan oleh hati.

Hati (liver) berkerja dengan lebih kuat jika terdapat ada unsur toksin dalam badan anda. Sehingga anda dapat melihat kesan kerosakan hati akibat pembersihan toksin dalam badan. Tapi bukan kerosakan dari kanser. Maka jika tubuh kita terlalu banyak toksin dan tidak di keluarkan dari badan, besar kemungkinan kita bakal mengidap kanser hati pula.

Penyelidik-penyelidik di Imperial College London telah membuat ujikaji menggunakan cyanide untuk menghapuskan sel-sel kanser, hasil kajian, mereka mendapati cyanide atau apa-apa toksin yang berada di dalam darah dengan cepatnya dineutralkan oleh hati. Amigdalin kadangkala dirujuk sebagai Vitamin B17 dan ditemui dalam nitriloside kaya dengan buah buahan dan tumbuh-tumbuhan. digunakan sebagai terapi utama, kecuali kepada mereka yang menjaga pemakanan yang baik, menjaga Ph tubuh dengan baik, tiada pencemaran toksin dalam badan. Telah digunakan untuk merawat penghidap-penghidap kanser dalam beberapa klinik di seluruh dunia.

Baca Seterusnya......

10 Jenis Makanan Anti Kolesterol

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga Dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai


Baca Seterusnya......

Tip Kuruskan Badan Tanpa Ubat

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Baca Seterusnya......

Friday, December 18, 2009

MP- Bung Moktar Radin Sah Kahwin Pelakon Zizie Ezette


KUALA LUMPUR - Desas-desus yang mengatakan bahawa Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette, akhirnya terjawab apabila rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz semalam mengesahkan perkahwinan mereka.Mohamad, Ahli Parlimen Sri Gading apabila ditanya berkata “Dah selamat. Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaan kita.”

Mohamad berkata, beliau sempat berpesan kepada Bung Moktar supaya tidak berahsia lagi mengenai perkara itu dan membiarkan rakan-rakan lain mengetahuinya selain menyifatkan ucapan tahniah yang bakal diterima Bung Moktar itu adalah satu doa untuk beliau.

Bung Moktar yang sering mewarnai persidangan Dewan Rakyat dengan kelantangannya dalam setiap perbahasan, mula menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan menikahi Zizie dan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di sini, malam semalam.

Kelmarin, Bung Moktar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menafikan bahawa beliau berkahwin dengan Zizie, dan hanya berkata bahawa beliau tidak cukup kacak untuk pelakon terkenal itu.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu yang dihubungi pemberita semalam masih enggan mengesahkan perkara itu sebaliknya berjanji akan memaklumkan mengenainya apabila 'tiba masanya'.

“Ini bukannya masa yang terbaik untuk saya membuat komen. Saya perlu melindungi hati banyak pihak dan saya tidak mahu melukai hati sesiapa,” katanya.

Ditanya mengapa beliau tidak menghadiri sidang Parlimen sejak semalam, Bung Moktar berkata, beliau berada di Kinabatangan, Sabah kerana 'kerja yang sangat mustahak.'

“Saya sudah mendapat pelepasan daripada Chief (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz),” katanya.

Beliau yang turut ditanya mengenai penampilannya yang semakin bergaya sejak akhir-akhir ini termasuk perubahan dalam stail rambutnya berkata: ”Ramai kawan-kawan yang mewarnai rambut mereka, mengapa kamu tidak tanya mereka. Jangan buat spekulasi.” - Bernama

Baca Seterusnya......

Hijrah Lestarikan Alam Sekitar


KEDATANGAN tahun baru 1431 Hijrah mengingatkan kita kepada rentetan peristiwa penting yang pernah berlaku dalam sejarah Islam. Peristiwa tersebut merupakan hari bersejarah yang cukup istimewa bagi seluruh umat Islam dan menyingkap rahsia yang tersendiri.Ia bukan sahaja membawa kepada bermulanya perkiraan Takwim Hijrah, bahkan ia juga merujuk kepada penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah pada tahun 622 Masihi.

Hari bersejarah ini disambut setiap tahun oleh seluruh umat Islam di Malaysia bagi memperingati peristiwa penghijrahan tersebut. Konsep sambutan kebiasaannya dengan mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Sambutan sedemikian merupakan satu inisiatif dan pendekatan yang baik kepada seluruh masyarakat Islam dalam mengimbau kembali sejarah penghijrahan Rasulullah SAW.

Intipati semangat cekal yang ditonjolkan oleh Rasulullah SAW semasa penghijrahan baginda wajar diteladani dan diaplikasikan oleh seluruh umat Islam, terutamanya dalam mengemudi bahtera kehidupan ke arah yang lebih baik demi mencapai keredaan Ilahi.

Jika diimbas kembali sejarah penghijrahan Rasulullah SAW, pelbagai laluan sukar, risiko berbahaya dan cabaran genting yang terpaksa baginda harungi terutamanya dalam menangkis serangan musuh demi mencapai keadaan yang lebih baik.

Cabaran-cabaran yang dihadapi tidak pernah mematahkan semangat baginda, malah ia berjaya ditangani dengan baik melalui perancangan, strategi dan tindakan bijak baginda dan para sahabat sehingga membawa kepada kejayaan penghijrahan tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa dalam konteks hari ini tiada lagi corak penghijrahan seumpama yang dilalui oleh Rasulullah dan para sahabat. Namun demikian, konsep hijrah tetap berterusan di kalangan umat Islam. Ia tidak hanya statik kepada penghijrahan dari satu tempat ke destinasi yang lain sahaja. Bahkan ia mempunyai pengertian yang lebih luas dan menyeluruh mencakupi semua aspek kehidupan.

Dalam erti kata lain, konsep penghijrahan pada hari ini menjurus kepada hijrah daripada kejahatan kepada kebaikan dan daripada kebaikan ke arah yang lebih baik. Konsep penghijrahan pula perlulah secara istiqamah (konsisten) dan berterusan dalam meningkatkan iman kita menerusi usaha membersihkan sifat keji (mazmumah) dan melazimkan diri dengan sifat terpuji (mahmudah).

Allah SWT telah berfirman yang bermaksud: Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya yang baik, dan sesungguhnya pahala (amal mereka yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahuinya.

Mereka itu ialah orang-orang yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya. (Surah an-Nahl, ayat 41-42).

Jika diamati secara terperinci, konsep hijrah dewasa ini menuntut umat Islam memanfaatkan segala peluang yang ada dan meningkatkan jati diri bagi memantapkan lagi keimanan untuk menghadapi pelbagai onak duri dalam era globalisasi yang serba mencabar.

Ia merupakan aspek penting yang perlu ditekankan bagi menggapai kemajuan mengikut acuan berlandaskan syariat Islam.

Dalam konteks ini, umat Islam perlu sentiasa bermuhasabah diri dan berusaha memperbaiki diri serta kehidupan dari semasa ke semasa. Jika usaha memperbaiki diri serta kehidupan dapat dilaksanakan secara berterusan dan memberi impak positif, ia memberi gambaran bahawa pengertian hijrah berjaya dihayati dan dilazimkan dalam kehidupan seharian.

Titik peralihan hijrah tidak hanya terhad kepada perubahan sikap diri sendiri dan kehidupan sahaja. Malah ia juga turut merangkumi titik perubahan terhadap persekitaran yang didiami. Misalnya, sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini kita diancam oleh perubahan iklim global yang cukup serius sehingga membawa kepada beberapa bencana alam yang besar.

Masalah ini tidak pernah lekang walaupun telah banyak usaha dan persidangan dilakukan bagi memperolehi jalan penyelesaian yang sewajarnya. Malah, usaha tersebut seperti dipinggirkan dan tidak membuahkan kejayaan ekoran tidak mendapat kerjasama daripada beberapa negara termasuk negara yang tergolong sebagai ‘gergasi dunia’.

Namun demikian, persidangan yang berlangsung di Copenhagen, Denmark yang dijadualkan berakhir pada hari ini diharap dapat memacu penghijrahan sikap yang besar terhadap usaha penggemblengan isu perubahan iklim yang kian meruncing dari hari ke hari.

Daripada komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua negara anggota (dengan kehadiran 15,000 peserta dari 192 negara) sepanjang persidangan berlangsung, ia telah menampakkan petanda dan titik peralihan positif dalam tindak balas antarabangsa berhubung isu perubahan iklim.

Mesyuarat tersebut yang beragenda untuk mencapai perjanjian baru mengenai pelepasan gas rumah hijau serta mengumpul berbilion-bilion dolar dana bagi menyalurkan bantuan dan teknologi hijau kepada negara-negara miskin diharap mampu mencapai matlamatnya tidak seperti usaha-usaha sebelum ini yang hanya termateri di atas kertas dan ‘hangat-hangat tahi ayam sahaja’ dek kerana tidak mendapat kerjasama yang sewajarnya daripada semua negara anggota.

Justeru, dengan kedatangan tahun baru hijrah ini diharap agar semua negara anggota terutamanya negara-negara Islam mengambil ‘roh’ hijrah Rasulullah agar matlamat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan melestarikan alam sekitar dapat direalisasikan dengan jayanya.

Sikap curiga antara negara miskin dan negara kaya dalam berkongsi kos pengurangan gas rumah hijau perlu dikikis agar tidak mencabuli matlamat asal penganjuran sidang kemuncak tersebut.

Sudah tiba masanya untuk setiap negara Islam menghayati pengertian konsep hijrah untuk disuai padankan dengan aspek penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar demi kepentingan bersama. Tidak ada ruginya negara-negara pengeluar utama membuang sikap egoistik mereka demi mencapai satu penyelesaian kepada permasalahan yang tidak pernah menemui titik noktahnya.

Dengan menginjaknya tahun baru hijrah ini, setiap negara khususnya negara Islam perlu menanam azam dan tekad yang kukuh untuk berhijrah daripada teknologi yang tidak mesra alam kepada teknologi hijau yang lebih selamat dan sihat kepada alam sekitar.

Hijrah ke arah pelestarian alam ini penting bagi menghentikan rintihan derita alam yang telah lama menagih sekelumit belas ihsan dan pengertian daripada sang khalifah.

Mudah-mudahan secangkir keprihatinan khalifah bumi dapat melorongkan penghijrahan yang tulus bagi memberi nafas baru kepada alam untuk terus teguh berdiri dan menyumbang bakti kepada seluruh penghuni bumi.

Tugas pelestarian alam tidak hanya terletak di bahu tampuk kepimpinan negara semata-mata, sebaliknya ia juga perlu digalas oleh setiap individu. Sudah sampai masanya setiap umat Islam berhijrah dari segi sikap iaitu mengusir sikap pesimis terhadap alam dan menyuburkan sikap optimis dengan disusuli niat kerana Allah SWT.

Firman Allah S.W.T. bermaksud: “…Sesungguhnya aku berhijrah kepada Tuhanku” (Surah al-Ankabut, ayat 26). Bahkan, dari segi pembangunan dan kemajuan umat, ia juga perlu selari dengan tuntutan agama dan dikembangkan secara berperingkat dan teliti demi meraih hasil yang positif.

Justeru, sempena ulang tahun 1431 Hijrah, setiap umat Islam perlu menetapkan tekad dan iltizam baru sejajar dengan matlamat serta aspirasi agama, bangsa dan negara.

Sumber DetikDaily
Penulis : Rosmidzatul Azila Mat Yamin

Baca Seterusnya......

Tuesday, December 15, 2009

Kekuatan Doa Orang Yang Teraniaya

Seorang wanita tua dan miskin dari kalangan Bani Israel tinggal di dalam sebuah rumah buruk berhampiran dengan kawasan istana raja. Setiap hari raja merungut kerana rumah tersebut dianggap mencemarkan pemandangan kawasan persekitaran istana. Lebih lebih lagi bila ada tetamu agung datang berkunjung untuk melihat keindahan istana. Raja berasa sangat malu. Sudah berkali-kali raja dan pihak istana memberitahu si wanita tua itu agar berpindah rumahnya tempat lain dan berjanji akan memberi pampasan yang cukup kepadanya. Namun wanita itu tidak mahu berpindah juga.

"Kalau tetap berdegil juga, robohkan secara paksa". kata raja kepada pegawainya.
"Baik kita tunggu sehingga dia pergi".Kata pegawai memberi cadangan
"baik, kita lihat bila dia pergi"

Suatu hari wanita itu keluar berpergian ketempat yang agak jauh,maka raja memerintahkan para pegawainya agar segera bertindak.Dalam sekelip mata saja rumah wanita tua telah hancur dan tapaknya dibersihkan.Raja merasa sangat lega kerana sudah tidak ada lagi yang mencacatkan pemandangan di sebelah kawasan istananya.

Apabila wanita malang itu pulang dari keperluannya, dia terkejut besar apabila mendapati rumahnya sudah tiada lagi dan tapaknya pun sudah dibersihkan.Dia sangat sedih dan menangis, kerana tidak punya tempat lain untuk berteduh.

"siapa yang meruntuhkan rumahku?" Tanya wanita itu.
'Orang-orang dari istana raja". jawab orang berada disitu
"MasyaAllah tergamak baginda berbuat sekejam ini".


Dia hanyalah seorang awam yang lemah, tidak punya kekuatan untuk menyatakan bantahan kepada raja .Satu-satunya yang dapat dilakukan adalah membuat pengaduan kepada ALLAH iaitu Raja dari segala raja yang ada dimuka bumi ini.

Dengan linangan air mata dan hati yang pilu, Dia berdoa dengan khusyuk.."wahai Tuhanku, Wahai pelindung ku. Sekalipun aku pergi , Engkau tetap hadir untuk membantu orang-orang yang lemah dan untuk membela orang-orang teraniaya'.

Hanya itu saja kata-kata yang mampu diucapkan olehnya, kemudian dia duduk diatas tapak rumahnya seperti menunggu sesuatu.

Tidak lama kemudian, raja keluar dari istana bersama para pengawalnya, berjalan dengan sombong melalui tapak rumah yang telah dirobohkan.

"Apa lagi yang kamu tunggu disini?" kata raja kepada perempuan tua itu

"Aku sedang menunggu saat-saat keruntuhan istanamu" jawab perempuan dengan berani.

"Apa?..Ha...ha...ha..Engkau jangan mengigau, siapa yang sanggup meruntuhkan istanaku itu?..kata raja

"Tuhan yang Maha Kuasa"

'Ada-ada saja kamu ini". Kata raja sambil memperli.

Pada sebelah malamnya, tiba-tiba bangunan-bangunan istana raja runtuh seperti dilanda gempa bumi.Raja dan semua orang yang didalamnya tidak dapat menyelamatkan diri kerana sedang nyenyak tidur, mereka terperangkap dan mati.

Orang ramai datang menyaksikan keruntuhan istana yang berlaku hanya sekelip mata saja. Diantara mereka ada yang menemukan sekeping kertas berisi beberapa rangkap syair yang berbunyi:

Apakah engkau menghina dan memperli doa?
Padahal engkau tidak tahu keampuhanya
Ia laksana panah malam yang tidak pernah luput
Tapi ada masanya, sedang masa terhad
Kehendak ALLAH telah berlaku seperti yang kamu lihat
Kerajaan dan kekuasaan disisi mu tiada kekal

Baca Seterusnya......

Friday, December 11, 2009

Kenali Usus Anda


RAMAI tidak mengendahkan kepentingan untuk mengekalkan sistem penghadaman yang sihat hinggalah kesihatan mereka terjejas.

Seorang yang normal akan mengambil lebih kurang satu kilogram makanan sehari. Ini bermakna kita akan makan lebih kurang 365 kilogram makanan setiap tahun!

Walaupun kita memasukkan banyak makanan ke dalam usus kita, namun kita masih belum benar-benar menghargai kepentingan kesihatan sistem penghadaman.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, penyakit sistem penghadaman menjadi punca keenam utama kematian di hospital kerajaan sepanjang 2008.

Kita perlu ingat bahawa keadaan sistem penghadaman seseorang akan mempengaruhi kesihatan dan kesejahteraan diri secara keseluruhan.

Ia bukan sahaja memainkan peranan penting dalam penghadaman dan penyerapan nutrien, malah turut merupakan sebahagian daripada sistem imun dan saraf. Sudah tiba masanya untuk kita mengutamakan sistem penghadaman kita!

Bagaimana usus berfungsi

Sistem penghadaman adalah penting untuk memastikan makanan yang dimakan akan dihancurkan, dihadam dan diserap untuk memberi kita tenaga.

Makanan yang kita makan akan melalui saluran makanan (mulut, esofagus, perut, usus kecil dan besar) dengan bantuan organ "tambahan" sistem penghadaman (hati, pankreas dan pundi hempedu).

* Mulut - Penghadaman akan bermula sebelum makanan memasuki mulut. Bau makanan akan merangsang air liur. Inilah sebabnya mengapa air liur akan keluar apabila anda lalu di hadapan sebuah kedai biskut. Penghasilan air liur akan bertambah apabila anda mula menggigit makanan. Air liur yang mengandungi enzim seperti amilase akan menyumbang kepada proses kimia penghadaman, iaitu proses yang memecahkan nutrien kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas, serta membantu menjadikan makanan lebih lembut dan mudah ditelan.

* Esofagus - Dari mulut, makanan akan melalui esofagus, suatu tiub sepanjang 10 inci. Makanan akan ditolak ke dalam perut menerusi pergerakan peristalsis (pergerakan seakan ombak) oleh dinding esofagus yang berotot. Makanan biasanya akan mengambil masa lebih kurang 10 saat untuk sampai ke perut setelah ditelan.

* Perut - Anda boleh menganggap perut sebagai pusat pemproses makanan badan. Ia akan menggaul, mengisar dan melumatkan semua makanan di dalam perut. Apabila makanan digaul, perut akan menghasilkan jus gastrik, yang mengandungi asid hidroklorik, bagi membantu penghadaman. Pada kebiasaannya, makanan akan tinggal di dalam perut selama 4 jam. Persekitaran berasid perut (pH 1 hingga 2) akan membolehkan makanan menjadi cecair pekat yang boleh dihadam dan diserap dengan mudah.

* Usus kecil - Dari perut, makanan akan melalui usus kecil. Jangan terpedaya dengan perkataan 'kecil' ini kerana usus kecil anda sebenarnya melebihi 6 meter panjang. Ia merupakan tempat utama bagi penyerapan nutrien. Pada permukaan usus kecil terdapat struktur seakan jari yang dikenali sebagai 'vili' dan pada permukaan vili ini pula terdapat struktur yang seakan jarum. Struktur vili yang unik ini akan menambah luas permukaan usus kecil dan membolehkan penyerapan nutrien yang lebih baik. Apabila dibentangkan, luas permukaan usus kecil anda adalah sebesar satu gelanggang tenis. Penyerapan bermula apabila molekul makanan menembusi vili untuk memasuki rangkaian kapilari darah. Aliran darah akan membawa molekul- molekul halus ini ke bahagian-bahagian tubuh yang lain untuk menjalani penukaran kimia yang seterusnya menjadi nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh tubuh untuk meneruskan kehidupan.

* Usus besar - Tujuan utama usus besar adalah untuk menyerap sebanyak air yang boleh daripada makanan yang dimakan. Bahagian yang tidak diserap akan membentuk fesis yang terdiri daripada 75 peratus lembapan dan 25 peratus pepejal. Fesis akan disimpan di dalam bahagian terakhir usus besar yang dikenali sebagai rektum, dan akhirnya akan keluar daripada tubuh dalam bentuk tinja.

* Hati - Hati menghasilkan hempedu, sejenis bahan penghadaman yang memecah lemak dan meneutralkan asid makanan. Hempedu akan dihantar ke pundi hempedu untuk disimpan.

* Pundi hempedu - Fungsi utama organ ini adalah untuk menyimpan hempedu yang akan dirembes ke dalam usus kecil apabila terdapat kehadiran makanan.

* Pankreas - Pankreas merembes enzim yang akan memecahkan lemak, karbohidrat dan protein secara kimia.

Walau bagaimanapun, sistem penghadaman tidak mampu melaksanakan semua tugas-tugas ini dengan sendiri. Sebagai contoh, tidak semua makanan yang kita makan boleh dihadam. Untuk tujuan ini, tubuh memerlukan bantuan tambahan - ia memerlukan bakteria. Ya, memang betul, bakteria.

Koloni

Percaya atau tidak, terdapat bertrilion bakteria yang sedang tinggal dalam sistem penghadaman anda. Bakteria yang turut dikenali sebagai mikroflora usus ini akan menyokong kesihatan usus dengan membantu sistem penghadaman.

Sesetengah kesan bermanfaat mikroflora usus adalah untuk membantu proses penghadaman dengan menghasilkan enzim penghadaman dan merangsang penghasilan sel-sel imun pada lapisan dinding usus.

Otak dan jantung sering dilabel sebagai organ 'penting' di dalam tubuh. Namun demikian, kita tidak boleh terus hidup tanpa sistem penghadaman kita.

Tambahan lagi, tanpa sistem penghadaman, kita akan ketinggalan satu daripada keseronokan utama dalam kehidupan - makanan!

Bayangkan hidup tanpa rasa stik yang digril atau brownie yang suam dan lembap.

Oleh itu, anda digalak untuk lebih menghargai kesihatan penghadaman, bukan sahaja dari segi pencegahan penyakit tetapi untuk mempertingkatkan keseronokan dalam kehidupan, seperti memakan semua makanan lazat yang dimasak oleh ibu atau ayah, isteri atau suami, mahupun teman wanita atau teman lelaki!

Sumber: Utusan Malaysia

Baca Seterusnya......

Rakyat Perlukan Penjelasan Wang Petronas


Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat berhubung kesan merudumnya keuntungan Petronas terhadap prestasi ekonomi negara.Beliau berkata, berdasarkan laporan prestasi separuh tahun kewangan yang akan berakhir 31 Mac 2010, Petronas akan mencatatkan kejatuhan RM59 bilion, bermakna cukai yang sepatutnya diperolehi negara berkurangan sekitar 57 peratus daripada syarikat terbabit tahun depan.

Sepanjang lima tahun ini, katanya, Petronas adalah entiti yang memberi sumbangan terbesar kepada pendapatan negara kerana pada tahun kewangan 2008 sahaja, sumbangan Petronas adalah 44.9 peratus daripada pendapatan keseluruhan negara.

“Kebergantungan terhadap Petronas ini mengaburi kita daripada kedudukan sebenar ekonomi akibat dasar kerajaan yang terus menerus bergantung kepada syarikat tersebut untuk menampung kegagalan memulihkan kewangan negara semenjak krisis kewangan Asia 1997 dan 1998.

“Sepanjang 5 tahun ini, penggunaan sumber dan dana daripada Petronas oleh kerajaan telah ‘membengkak’ sekitar 21 peratus setiap tahun. Ini bermakna setiap tahun, peratusan penggunaan sumber Petronas oleh kerajaan bertambah sebanyak 21 peratus daripada apa yang digunakan pada tahun sebelumnya. Sepanjang 5 tahun ini, wang yang ‘disedut’ oleh kerajaan telah meningkat lebih daripada dua kali ganda,” katanya dipetik dari blognya, semalam.

Beliau berkata, pada tahun 2005, Petronas menyumbang sebanyak RM31.2 bilion daripada jumlah keseluruhan belanjawan negara namun pada tahun 2008, jumlah wang Petronas yang menyumbang belanjawan negara adalah RM74 bilion - peningkatan sebanyak 130 peratus sepanjang 5 tahun ini.

“Akibat daripada ketagihan menggunakan sumber Petronas, syarikat ini tidak lagi mampu menampung ketirisan dan keborosan oleh Kerajaan Pusat, keupayaan Petronas hanya berkembang pada tahap sekitar 16 peratus sahaja berbanding penggunaan oleh kerajaan bertambah 21 peratus setiap tahun.

“Jelas kerajaan Barisan Nasional (BN) memerah lebih dari apa yang termampu dilakukan oleh Petronas,” katanya.

Anwar juga mahu Menteri Kewangan menjelaskan secara terperinci dalam Dewan Rakyat semakan semula unjuran pendapatan dan perbelanjaan negara tahun 2010 kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Beliau turut mencadangkan kerajaan tidak lagi bergantung kepada sumber petroleum dan gas semata-mata tetapi industri pembuatan yang bernilai serta berdaya tinggi serta perkhidmatan perlu dijadikan sector utama memacu pertumbuhan ekonomi.

“Kerajaan perlu memastikan penggunaan dana Petronas telus untuk penelitian umum agar pembaziran serta ketagihan yang sama tidak berulang sepertimana yang berlaku dari tahun 2005-2009," katanya.

Sumber DetikDaily

Baca Seterusnya......

Thursday, December 10, 2009

KEAJAIBAN AL QUR’AN

Al Qur’an adalah firman Allah yang di dalamnya terkandung banyak sekali sisi keajaiban yang membuktikan fakta ini. Salah satunya adalah fakta bahwa sejumlah kebenaran ilmiah yang hanya mampu kita ungkap dengan teknologi abad ke-20 ternyata telah dinyatakan Al Qur’an sekitar 1400 tahun lalu. Tetapi, Al Qur’an tentu saja bukanlah kitab ilmu pengetahuan. Namun, dalam sejumlah ayatnya terdapat banyak fakta ilmiah yang dinyatakan secara sangat tepat dan benar yang baru dapat ditemukan dengan teknologi abad ke-20. Fakta-fakta ini belum dapat diketahui di masa Al Qur’an diwahyukan, dan ini semakin membuktikan bahwa Al Qur’an adalah firman Allah.

Sila Click

Baca Seterusnya......

New Sony VAIO X Series Notebook


Sony has announced the launch of its new ultra-slim VAIO X Series notebook, which the company claims as the world’s lightest laptop that encased in a durable, lightweight carbon-fiber chassis (add durability without extra weight).

The laptop packs with an 2GHz Intel Processor, 2GB RAM, solid state drive (SSD) and 11.1-inch widescreen, LED backlit display to deliver incredible picture clarity with 100% color saturation. The Sony VAIO X series will also powered with latest Windows 7 operating system.

It’s one thing to make a notebook thin but when you consider the fact that the X Series also boasts industry-leading battery life and wireless WAN- you now have a game changer- altering the way people use and think about their PC,” said Mike Abary, senior vice president for VAIO business group at Sony.

Features And Specifications Of Sony VAIO X Series :

* 11.1? (1366 x 768 pixels resolution) scratch-resistant LCD display with LED backlight technology and 16:9 aspect ratio

* Standard battery: Up 3.5 hours ; Super-extended capacity battery: Up to 14 hours of battery life

* Uniquely configured keyboard designed with spacing between the keys aimed for comfortable typing experience (with 1.2mm stroke and 17mm pitch)

* Electro-Static touch pad with Multi-touch functionality lets users zoom in and out, flip through pictures, rotate items clockwise and counterclockwise, as well as scroll vertically and horizontally with just the pinch of a finger

* Real-time GPS functionality makes it easy to find restaurants, hotels and more unfamiliar areas

* Up to 128GB SSD for fast, reliable storage, providing a rapid boot-up and quicker access to applications

* Built-in MOTION EYE camera and microphone

* Available in in two variants of color – black and gold

* Dimensions: 10.95 (W) x 0.55 (H) x 7.29 (D) inches

According to the company, Sony VAIO X Series integrates wireless 3G Mobile Broadband technology (integrated Verizon Wireless Mobile Broadband), Wi-Fi (802.11n) and Bluetooth wireless technologies to ensure you are always be connected. However, users need to subscribe a separate Verizon service for 3G Mobile Broadband technology.

The new compact and lightweight Sony VAIO X Series notebook which measure just over a half-inch thin and weight only 1.6 pounds (with standard battery) will hit the market beginning November 2009, and the price is starting at around $1,300.

Baca Seterusnya......

Thursday, December 3, 2009

DISGRACE TO HUMANITY!

IT is a big shame …… Denmark !

YOUR SEA is stained in red.


It's because of the cruelty that the human beings (civilised human) kill hundreds of the famous and intelligent Calderon dolphins.


This happens every year in Feroe island in Denmark. In this slaughter the main participants are young teens.
WHY? To show that they are adults and mature.... BULLLLsh--!


In this big celebration, nothing is missing for the fun. Everyone is participating in one way or the other, killing or looking at the cruelty “supporting like a MONSTER”


Is it necessary to mention that the dolphin calderon, like all the other species of dolphins, it’s near instinction and they get near men to play and interact. In a way of PURE friendship




They don’t die instantly; they are cut 1, 2 or 3 times with thick hocks. And at that time the dolphins produce a grim extremely compatible with the cry of a new born child.


But he suffers and there’s no compassion till this sweet being slowly dies in its own blood.






Take care of the world, it is your home!

Baca Seterusnya......

Payu Dara - Apa Lagi Selain Dari Kanser

PAYUDARA seseorang wanita boleh berubah-ubah – mengikut kitaran haid, semasa mengandung, semasa penyusuan dan juga ketika putus haid (menopaus). Permasalahan boleh berlaku semasa perubahan ini.

Kebanyakan perubahan pada payudara tidak serius, tetapi harus diingat, sebarang keabnormalan yang ada lebih baik dikesan awal supaya perawatan dapat dijayakan dengan lebih berkesan.

Di antara yang serius adalah kanser payudara, selalunya itu sahaja yang kita tahu.

Terima kasih kepada sekian banyak program berkaitan yang dijalankan oleh pelbagai pihak sehingga menimbulkan kesedaran khalayak mengenai bahayanya walaupun ironinya, masih ramai wanita yang tidak melakukan pengesanan kanser payudara pada peringkat awal lagi.

Payudara terdiri daripada kelenjar-kelenjar, lapisan lemak dan tisu fibros yang tebal dan dipengaruhi oleh perubahan hormon wanita estrogen dan progesteron semasa kitaran haid.

‘‘Perubahan ini menyebabkan berlakunya perubahan cecair pada payudara terutama sekali di lapisan tisu fibros yang tebal dan ini menimbulkan kesakitan.

‘‘Perubahan juga berlaku semasa mengandung, penyusuan anak dan ketika menopaus,’’ kata Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Universiti Sains Malaysia, Dr. Shah Reza Johan Noor.

Menurutnya, perancangan keluarga menggunakan hormon seperti pil perancang keluarga juga menyebabkan perubahan pada payudara, begitu juga sekiranya wanita menerima rawatan hormon menopaus dan juga implan payudara.

Masalah payudara

Kebanyakan masalah payudara tidak mempunyai tanda-tanda yang ketara. Jadi, terpulang kepada wanita itu sendiri yang sepatutnya memeriksa sendiri payudara mereka.

Masalah payudara pada umur yang masih muda selalunya adalah tidak berbahaya (benigna). Lazimnya, di peringkat umur ini, tanda-tandanya adalah seperti:

* Benjolan/bengkakan yang dirasakan di satu tempat ataupun menyeluruh di payudara

* Keluarnya discaj/cairan dari puting payudara

* Rasa sakit di payudara

Masalah payudara benigna

‘‘Yang kerapkali merupakan perubahan sistik di mana payudara dirasakan seperti ada benda di dalam dan kadangkala rasa sakit. Kebiasaannya, kedua-dua payudara akan dirasai sedemikian.

‘‘Simptom lain seperti bengkakan, sakit apabila disentuh dan rasa gatal. Sista (sarung berisi cecair) juga mungkin terbentuk dan berubah mengikut kitaran haid dan semasa menopaus,’’ ujar Dr. Shah Reza. Lingkungan umur terlibat di antara 25 hingga 50 tahun.

Fibroadenoma pula berlaku di kalangan wanita yang muda, berupa bengkakan yang keras dan tidak berbahaya. Walau bagaimanapun, pemeriksaan pakar perlu dibuat untuk pengesahan.

Kanser payudara

Boleh menyebabkan kematian, tetapi boleh dikesan awal dan seterusnya dirawat sekiranya pemeriksaan payudara seperti berikut dibuat:

* Mamografi: Ujian radiologi yang dijalankan terhadap payudara

* Pemeriksaan oleh doktor atau pakar sakit puan

* Pemeriksaan sendiri payudara (PSP)

Risiko tinggi kanser

* Genetik turun-temurun iaitu BCRA1 dan BCRA2

* Sejarah kanser payudara di kalangan ahli keluarga terutamanya ibu, saudara perempuan dan juga anak perempuan

* Sejarah perubatan sendiri iaitu kanser payudara, rahim (endometrium), telur (ovari) dan juga kanser usus (kolon)

* Kematangan usia

* Tidak pernah mengandung atau mula hamil melebihi umur 30 tahun

* Didatangi haid pada umur yang lebih awal (sebelum 12 tahun)

* Menopaus pada umur melebihi 55 tahun

* Tidak pernah menggunakan payudara untuk tujuan penyusuan bayi

* Badan yang gemuk selepas menopaus. Berat ideal boleh dikira dengan perbezaan tinggi dalam sentimeter dan ditolak 100. Contohnya, kalau tinggi 140sm, maka berat badan ideal adalah sekitar 40kg

* Pengambilan minuman beralkohol

* Penggunaan perawatan hormon semasa menopaus tanpa pemeriksaan doktor pakar

* Penggunaan pil perancang keluarga tanpa menjalani pemeriksaan perubatan berkala.

Risiko berkurangan

* Mengandung awal, sebelum umur 20 tahun

* Telur dikeluarkan secara pembedahan sebelum umur 40 tahun

* Menopaus awal sebelum umur 50 tahun.

Pemeriksaan fizikal oleh doktor

Selain pengambilan sejarah risiko, doktor akan meneliti bentuk payudara, perubahan pada kulit di kedua-dua payudara, kedudukan puting-puting dan juga pembengkakan pada tisu-tisu dalaman, jika ada.

Kelenjar limfa di bawah ketiak juga akan diperiksa. Pemeriksaan doktor perlu dibuat setahun sekali.

Mamografi

Pemeriksaan menggunakan kemudahan sinar-X atau radiasi. Ia masih lagi menjadi satu pemeriksaan gold standard bagi kanser payudara. Mereka yang telah mencecah usia lebih 50 tahun digalakkan menjalaninya setiap satu hingga dua tahun sekali.

Pemeriksaan sendiri

payudara

Berdiri di hadapan cermin, perhatikan sama ada terdapat perubahan pada kedua-dua payudara semasa kedua-dua tangan di sisi dan juga semasa kedua-dua tangan berada di atas.

Perhatikan kepada bentuk simetri (sama ukurannya) di antara payudara kanan dan kiri.

Kemudian baring di lantai dengan bantal lembut di bawah bahu di mana payudara diperiksa, rasakan dengan tangan dan teliti apa-apa kehadiran benjolan ataupun pembengkakan pada jisim payudara dan juga di bawah ketiak.

Perlu diingatkan, perbandingan di antara kedua-dua payudara perlu dibuat.

Pilih salah satu daripada cara-cara berikut untuk menentukan kehadiran sesuatu pada jisim payudara

* Cara bulatan: Mulakan di bahagian atas payudara dan buat lingkungan atau gelung bermula dari luar dan secara perlahan-lahan ke arah dalam hingga ke bahagian puting. Pastikan tiada bahagian yang tidak diperiksa.

* Cara garisan: Mulakan di bahagian bawah ketiak dan bermula dari atas dan kemudiannya turun ke bawah sehingga melepasi payudara, dan naik kembali ke atas. Pastikan supaya semua bahagian disentuh.

* Cara bajian/pasakan: Bayangkan yang payudara dibahagikan kepada empat bahagian. Pemeriksaan perlu dibuat pada setiap kuadran (sukuan), bermula dari luar dan menuju ke puting payudara/bahagian tengah. Lakukan sedemikian pada kesemua bahagian payudara.

Jangan lupa...

Walau apa pun kaedah yang digunakan, pastikan yang puting payudara diperiksa dengan meletakkannya di antara dua jari (mana-mana cara yang selesa) dan ditekan supaya apa-apa cairan yang ada terkeluar dari puting tersebut.

Dr. Shah Reza menyarankan: ‘‘Jangan lupa untuk merasai bahagian atas dada dan juga di bawah ketiak, kerana kedua-dua tempat ini juga mempunyai tisu-tisu payudara.

‘‘Tidak usahlah teragak-agak untuk berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengenal pasti kelainan pada payudara anda.’’

Baca Seterusnya......

Hunger Facts - International

World Hunger and Poverty: How They Fit Together
854 million people across the world are hungry, up from 852 million a year ago.

Every day, almost 16,000 children die from hunger-related causes--one child every five seconds.

In essence, hunger is the most extreme form of poverty, where individuals or families cannot afford to meet their most basic need for food.

Hunger manifests itself in many ways other than starvation and famine. Most poor people who battle hunger deal with chronic undernourishment and vitamin or mineral deficiencies, which result in stunted growth, weakness and heightened susceptibility to illness.

Countries in which a large portion of the population battles hunger daily are usually poor and often lack the social safety nets we enjoy, such as soup kitchens, food stamps, and job training programs. When a family that lives in a poor country cannot grow enough food or earn enough money to buy food, there is nowhere to turn for help.

Facts and Figures on Population

Today our world houses 6.55 billion people.

The United States is a part of the developed or industrialized world, which consists of about 57 countries with a combined population of about 1 billion, less than one sixth of the world’s population.

In contrast, approximately 5.1 billion people live in the developing world. This world is made up of about 125 low and middle-income countries in which people generally have a lower standard of living with access to fewer goods and services than people in high-income countries.

The remaining 0.4 billion live in countries in transition, which include the Baltic states, eastern Europe and the Commonwealth of Independent States.
Facts and Figures on Hunger and Poverty

In 2004, almost 1 billion people lived below the international poverty line, earning less than $1 per day.

Among this group of poor people, many have problems obtaining adequate, nutritious food for themselves and their families. As a result, 820 million people in the developing world are undernourished. They consume less than the minimum amount of calories essential for sound health and growth.

Undernourishment negatively affects people’s health, productivity, sense of hope and overall well-being. A lack of food can stunt growth, slow thinking, sap energy, hinder fetal development and contribute to mental retardation.

Economically, the constant securing of food consumes valuable time and energy of poor people, allowing less time for work and earning income.

Socially, the lack of food erodes relationships and feeds shame so that those most in need of support are often least able to call on it.

Go to the World Food Programme website and click on either "Counting the Hungry" or "Interactive Hunger Map" for presentations on hunger and poverty around the world.


Facts and Figures on Health

Poor nutrition and calorie deficiencies cause nearly one in three people to die prematurely or have disabilities, according to the World Health Organization.

Pregnant women, new mothers who breastfeed infants, and children are among the most at risk of undernourishment.

In 2005, about 10.1 million children died before they reached their fifth birthday. Almost all of these deaths occured in developing countries, 3/4 of them in sub-Saharan Africa and South Asia, the two regions that also suffer from the highest rates of hunger and malnutrition.

Most of these deaths are attributed, not to outright starvation, but to diseases that move in on vulnerable children whose bodies have been weakened by hunger.

Every year, more than 20 million low-birth weight babies are born in developing countries. These babies risk dying in infancy, while those who survive often suffer lifelong physical and cognitive disabilities.

The four most common childhood illnesses are diarrhea, acute respiratory illness, malaria and measles. Each of these illnesses is both preventable and treatable. Yet, again, poverty interferes in parents’ ability to access immunizations and medicines. Chronic undernourishment on top of insufficient treatment greatly increases a child’s risk of death.

In the developing world, 27 percent of children under 5 are moderately to severely underweight. 10 percent are severely underweight. 10 percent of children under 5 are moderately to severely wasted, or seriously below weight for one’s height, and an overwhelming 31 percent are moderately to severely stunted, or seriously below normal height for one’s age.


Facts and Figures on HIV/AIDS

The spreading HIV/AIDS epidemic has quickly become a major obstacle in the fight against hunger and poverty in developing countries.

Because the majority of those falling sick with AIDS are young adults who normally harvest crops, food production has dropped dramatically in countries with high HIV/AIDS prevalence rates.

In half of the countries in sub-Saharan Africa, per capita economic growth is estimated to be falling by between 0.5 and 1.2 percent each year as a direct result of AIDS.

Infected adults also leave behind children and elderly relatives, who have little means to provide for themselves. In 2003, 12 million children were newly orphaned in southern Africa, a number expected to rise to 18 million in 2010.

Since the epidemic began, 25 million people have died from AIDS, which has caused more than 15 million children to lose at least one parent. For its analysis, UNICEF uses a term that illustrates the gravity of the situation; child-headed households, or minors orphaned by HIV/AIDS who are raising their siblings.

1 % (ages 15-49) of the world is HIV prevalent (2005 data).
1.1 % (ages 15-49) of developing countries are HIV prevalent (2005 data).

Approximately 39.5 million people are living with HIV/AIDS in the world. Of this figure, 63 percent live in Sub-Saharan Africa.

In 2006, 4.3 million people become infected with HIV and 2.9 million people died of AIDS.

Baca Seterusnya......

Sunday, November 22, 2009

History Mystery For US



Abraham Lincoln was elected to Congress in 1846.
John F. Kennedy was elected to Congress in 1946.

Abraham Lincoln was elected President in 1860.
John F. Kennedy was elected President in 1960.

Both were particularly concerned with civil rights.
Both wives lost their children while living in the White House.

Both Presidents were shot on a Friday.
Both Presidents were shot in the head

Now it gets really weird.

Lincoln 's secretary was named Kennedy.
Kennedy's Secretary was named Lincoln .

Both were assassinated by Southerners.
Both were succeeded by Southerners named Johnson.

Andrew Johnson, who succeeded Lincoln , was born in 1808.
Lyndon Johnson, who succeeded Kennedy, was born in 1908.



John Wilkes Booth, who assassinated Lincoln , was born in 1839.
Lee Harvey Oswald, who assassinated Kennedy, was born in 1939.


Both assassins were known by their three names.
Both names are composed of fifteen letters.

Now hang on to your seat.

Lincoln was shot at the theater named 'Ford.'
Kennedy was shot in a car called ' Lincoln ' made by 'Ford.'

Lincoln was shot in a theater and his assassin ran and hid in a warehouse.
Kennedy was shot from a warehouse and his assassin ran and hid in a theater.

Booth and Oswald were assassinated before their trials.

And here's the kicker...

A week before Lincoln was shot, he was in Monroe , Maryland
A week before Kennedy was shot, he was with Marilyn Monroe.

Creepy huh? Send this to as many people as you can, cause:
Hey, this is one history lesson most people probably will not mind reading!

Baca Seterusnya......

JAPANESE T'SHIRTS.










Baca Seterusnya......

Colour Picker








Baca Seterusnya......

Monday, November 9, 2009

Perlunya didikan agama diberi keutamaan


KADANG-KADANG kita terfikir, adakah kita memberikan masa yang setimpal kepada pengajian agama jika dibandingkan dengan masa yang kita berikan kepada pelajaran biasa.Misalnya enam tahun untuk sekolah rendah, ditambah dengan lima tahun sekolah menengah, dicampur dengan dua tahun tingkatan enam dan tiga atau empat tahun untuk ijazah sarjana muda, dua tahun untuk sarjana dan mungkin empat tahun untuk ijazah kedoktoran. Antara 21 hingga 23 tahun tempoh masa dikhaskan untuk sekolah dan universiti.

Sedikit sangat terdapat dalam 21 tahun itu dimasukkan pengajian agama kecuali kalau seseorang itu mencari sendiri guru yang boleh membimbing sehingga betul-betul memahami apa yang diperlukan untuk menjadi seorang insan yang beriman.

Masalahnya bermula dengan ibu bapa yang mungkin tidak mengambil berat tentang perlunya anak-anak mendapat pengajian agama yang lengkap bukan setakat pandai membaca al-Quran sahaja.

Kalau ada pun kelas sebelah petang untuk sekolah agama selalunya hanyalah setakat sekolah rendah sahaja.

Daripada keadaan dan suasana yang tidak memberikan keutamaan kepada pengajian agama yang betul inilah timbul bermacam-macam fahaman dan muncul pelbagai jenis orang seperti Ayah Pin dan Rasul Melayu yang mempunyai pengikut tapi baru-baru ini ditangkap pihak berkuasa.

Mereka yang menjadi pengikut ini bukannya terdiri orang tidak berpelajaran tetapi mereka yang mempunyai ijazah dan sarjana. Misalnya sebelumnya al-Arqam diharamkan, ramai pengikutnya yang terdiri daripada golongan terpelajar yang sudah terpengaruh dengan pelbagai tuntutan ketuanya termasuk dikatakan dilantik oleh Nabi Muhammad.

Pernah juga terdengar penceramah daripada luar negara yang berceramah hanya untuk golongan ahli-ahli korporat dan mereka memberikan sumbangan berjuta ringgit kepada penceramah yang kononnya begitu mendalam ilmu agamanya.

Mudahnya orang kita terpengaruh disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan tentang agama. Kebanyakannya asas keagamaan mereka begitu lemah dan mudah terpengaruh dengan kumpulan yang mampu mempengaruhi dengan ilmu songsang. Mereka yang menjadi pengikut ini tidak mempunyai ilmu untuk menangkis fahaman yang tidak betul.

Ekoran daripada sikap "tidak takut Tuhan" inilah berlaku macam-macam penyelewengan, penipuan, jenayah dan seribu satu macam kesongsangan tabiat yang dilakukan oleh orang yang berpelajaran tinggi. Ada juga yang mengaji tidak tamat, tetapi dengan sedikit ilmu menggunakannya untuk tujuan yang menyimpang.

Hari ini kita terbaca tentang "siang hari pakai tudung, malam jadi kupu-kupu malam" di kalangan pelajar kita yang tidak malu lagi menggadai tubuh mereka. Begitu juga kelab-kelab gay dan lesbian.

Kesemua ini adalah ketidakmampuan mereka untuk menangkis pengaruh Barat yang mereka baca dan saksikan melalui televisyen, internet, majalah dan surat khabar.

Desakan kehidupan juga menyebabkan ibu bapa tiada masa untuk mendidik anak-anak dalam bidang agama kerana kedua-duanya terpaksa bekerja untuk menampung keperluan kehidupan.

Ramai anak-anak yang ditinggalkan di rumah jagaan kanak-kanak atau dijaga oleh pembantu rumah yang kebanyakannya orang asing seperti rakyat Indonesia dan Filipina. Jarang sekali bagi mereka yang sedar perlunya ilmu agama membawa guru ke rumah atau menyuruh anak-anak mereka mengikuti kelas-kelas agama.

Di sinilah jabatan-jabatan agama sama ada berbentuk kerajaan atau badan-badan bebas yang disahkan untuk mengambil tindakan daripada peringkat kampung, daerah, bandar dan negeri bagi memastikan pengajian agama ini diberikan suatu keutamaan sama seperti yang diberikan kepada perkara-perkara berkaitan ekonomi dan politik.

Tidak kurang juga masa yang terluang bagi ibu bapa ditumpukan kepada politik, baik di peringkat cawangan, bahagian. Kalau peringkat negeri, maka lagi kuranglah masa untuk anak-anak.

Ini juga boleh menimbulkan macam-macam perkara yang kurang sihat seperti rebutan kedudukan, jawatan, dengki mendengki walaupun mempunyai pelajaran tinggi. Ini dapat kita saksikan sedang berlaku hari ini.

Kalaulah ilmu agama yang betul dapat diberikan secara percuma dalam pelbagai bidang dan peringkat, misalnya yang ingin tahu pasal belajar perkara yang asas, yang ingin mendalam misalnya dalam bidang tasawuf boleh mengikuti bidangnya.

Kita sedia maklum memang ada ceramah agama lepas-lepas sembahyang di masjid-masjid tetapi ini tidak mencukupi kerana kadang-kadang mereka yang betul-betul berminat mencari guru boleh tersalah pilih.

Kita perlu ingat bahawa ilmu yang pertama dituntut untuk kita pelajari ialah ilmu mengenal diri sebelum kita mengenali Allah.

Oleh Dato' Salleh Majid (Bekas Presiden BSKL)

Baca Seterusnya......