Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Sunday, July 29, 2012

Pasar malam tempat tibi menular


WARGA asing bukan sahaja mengunjungi pasar malam sebagai pembeli malah turut terlibat secara langsung sebagai peniaga.

KUALA LUMPUR - Siapa sangka pasar malam yang selama ini menjadi tempat tumpuan orang ramai membeli pelbagai barangan basah serta makanan kini menjadi antara kawasan yang berisiko tinggi merebaknya penyakit berjangkit terutamanya tuberculosis atau tibi.

Penyebaran penyakit batuk kering itu dipercayai berpunca daripada kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang membawa virus tibi di tempat-tempat awam terutamanya pasar malam dan menyebarkannya kepada penduduk tempatan.

Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR), Datuk Dr. Abdul Razak Muttalif berkata, situasi itu kini berada pada tahap membimbangkan apabila pada tahun lalu sahaja pihaknya telah menerima kira-kira 1,500 kes dengan 15 peratus daripada penghidapnya terdiri daripada warga asing."Kita bimbang dengan angka berkenaan kerana mereka (PATI) ini dilihat semakin ramai berada di kawasan awam seperti pasar malam dan pada masa yang sama menyebarkan virus penyakit tibi," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau memberitahu, pelarian dari Myanmar merupakan antara penyumbang utama penyebaran penyakit tibi terutamanya di sekitar ibu negara khususnya di kawasan Pudu dan Bukit Bintang.

"Warga Myanmar yang rata-rata kebal kepada ubat penyakit itu biasanya telah pun menghidap tibi sebelum masuk ke negara ini," ujar beliau.

Menurut Abdul Razak, keadaan itu telah meningkatkan risiko penyebaran penyakit tibi dalam kalangan penduduk tempatan yang secara langsung atau tidak langsung berinteraksi dengan mereka.

Katanya, kadar penyebaran penyakit itu dalam kalangan mereka juga adalah tinggi kerana golongan tersebut kebiasaannya tinggal beramai-ramai di sebuah rumah.

"Sebuah rumah biasanya didiami oleh kira-kira 40 orang pelarian dan ia memudahkan penyakit itu disebarkan antara mereka kerana keadaan itu pasti mewujudkan sistem pengudaraan yang tidak baik.

"Golongan yang dijangkiti ini pula seterusnya akan ke kawasan awam dan menyebarkan penyakit itu kepada orang ramai," ujarnya.

Selain warga Myanmar, PATI dari Indonesia, Nepal serta Bangladesh turut menyumbang kepada peningkatan penyakit tibi di negara ini.

"Selain pasar malam, pasar-pasar awam juga menjadi kawasan penyebaran penyakit itu seperti Pasar Borong Selayang yang dipenuhi oleh warga Bangladesh," ujarnya.

Baca Seterusnya......

Rafizi: Kereta Proton tetap lebih murah tanpa duti eksais

NONEPengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata kereta buatan nasional akan tetap lebih murah berbanding kereta import sekiranya cadangan Pakatan Rakyat untuk menghapuskan duti eksais dilaksanakan.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, duti eksais adalah cukai menyeluruh yang dikenakan ke atas sekumpulan barangan tanpa mengira ia dihasilkan di dalam atau di luar negeri - seperti yang dikenakan ke atas produk arak.

Oleh itu, penurunan harga kesemua kereta sama ada model tempatan atau kereta import akan berkadar terus dengan jumlah cukai yang dihapuskan, jelasnya.
"Jika Proton dah ada kelebihan harga (murah) berbanding kereta Honda, kelebihan harga itu tetap akan ada di sana.

"Maka, harga Proton dan Perodua masih kekal rendah di pasaran," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari tadi.
Rafizi turut mengulas pandangan yang disuarakan ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa rancangan tersebut akan mengancam pengeluar kereta nasional Proton.

Katanya, pandangan seperti itu menunjukkan bahawa pemimpin Umno tidak dapat membezakan di antara cukai eksais dan cukai import kereta.

proton gen 2 sedan 270707 front"Mereka tertukar antara duti eksais dan duti import.

"Mereka juga tidak perasan, pada tahun 2005 cukai import (dikurang dan) diganti dengan duti eksais," kata Rafizi.

Menurutnya lagi, penghapusan duti eksais itu akan menyebabkan harga kereta tempatan turun kepada RM30,000 sahaja.

"Saya nak tunjuk betapa tidak adilnya cukai sekarang yang mencukai golongan miskin yang beli Proton dan Perodua.

"Kami percaya rakyat beli kereta bukan untuk bermewah-mewah.

"Ini mengukuhkan pendirian PKR, rombakan cukai ini penting untuk tambah pendapatan boleh guna dan kurangkan bebanan (hutang) rakyat," kata Rafizi.

Baca Seterusnya......

Menteri: Ekonomi tak stabil jika harga kereta diturunkan


Negara akan mengalami keadaan ekonomi yang tidak stabil dan ramai yang menjadi muflis jika harga kereta serta duti
eksais kenderaan diturunkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
  
Beliau berkata penghapusan cukai bagi kereta akan mengurangkan cukai negara sebanyak RM7 bilion yang boleh menjejaskan pembangunan infrastruktur negara terutamanya di Sabah dan Sarawak serta pedalaman Semenanjung.
  
Katanya jika pembangkang membuat keputusan untuk menghapuskan cukai eksais, rakyat yang hidup dalam keadaan daif tak dapat meningkatkan kehidupan sebab duit tidak ada.
  
"Bila mereka hapuskan duti eksais harga kereta akan turun, itu betul...tapi kalau tiba-tiba turun (duti eksais) kedai-kedai second hand yang ada banyak kereta memang akan muflis dan orang yang bekerja di kedai itu macam mana?
  
"Itu akan beri kesan sampingan kepada ekonomi. Nak kurangkan eksais itu boleh tapi kena fikir banyak aspek, keburukan dan kebaikannya," katanya kepada pemberita selepas melawat rumah Leha Nayan sempena Program Tenaga Nasional Berhad (TNB) Prihatin di Tasek Gelugor hari ni.
  
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengarah Strategi PKR,  Mohd Rafizi Ramli yang berjanji untuk menurunkan harga kereta jika pakatan pembangkang memenangi pilihan raya umum ke-13 akan datang.   
 
Nor Mohamed berkata janji yang dibuat pakatan pembangkang jelas menunjukkan bahawa mereka kecetekan pemikiran kerana membuat kenyataan tanpa mengkaji dan memikirkan kesan yang akan diterima negara apabila kesemua janji itu
dilaksanakan.
  
Katanya sikap pembangkang itu sangat berlawanan dengan kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mementingkan kebajikan rakyat dengan membuat keputusan mengikut kebijaksanaan supaya ekonomi dapat dijana dan rakyat mendapat kemakmuran.
  
Mengenai Program TNB Prihatin, Nor Mohamed, yang juga anggota Parlimen Tasek Gelugor, berkata program itu selari dengan hasrat kerajaan yang mahu memastikan semua rakyatnya mendapat bekalan elektrik yang mencukupi.
  
Beliau berkata hanya satu peratus penduduk di Semenanjung dan lima peratus di Sabah dan Sarawak yang masih belum mendapat bekalan elektrik.- Bernama

Baca Seterusnya......

TERKINI! Lajim Ukin Sambut Anwar Ibrahim Di Sabah Tengah Malam Tadi!

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) tengah malam tadi dari Kuala Lumpur.

Ketibaannya disambut oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua, pengerusi majlis pimpinan negeri, Ahmad Thamrin Jaini, ahli-ahli majlis pimpinan negeri dan puluhan penyokong Pakatan Rakyat yang setia menunggu Anwar tiba di balai ketibaan.

Turut menanti ketibaan Anwar adalah Presiden Parti Reformasi Sabah (STAR), Jeffery Kitingan.

Paling mencuri tumpuan, kehadiran Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin yang mengumumkan perletakkan jawatannya dalam semua jawatan parti Umno-APCO dan kerajaan serta Pengerusi BN Beaufort.

Lajim mengumumkannya dalam satu majlis ringkas di kediamannya di Likas Jaya, Kota Kinabalu, jam 6 petang semalam.

Beliau turut mengumumkan sebuah parti baru, Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang dijangka dirasmikan Anwar dalam satu majlis di Beaufort, jam 6 petang nanti.

Pada masa yang sama, Lajim mengumumkan seramai 17 pemimpin PPS dilantik bagi menyelia 17 kawasan parlimen di bawah gerakan baru tersebut.

Beberapa pemimpin tempatan menyifatkan kehadiran Anwar telah lama ditunggu-tunggu kerana proses perubahan politik di negeri ini memerlukan satu suntikan baru dengan keluarnya Lajim dan juga ahli parlimen Tuaran yang juga Timbalan Presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Organization (UPKO), Wilfred Bumburing.


Dalam majlis yang akan diadakan di Masjid Jamek Kampung Kebatu, Beaufort, Anwar dan Lajim serta pemimpin Pakatan Rakyat dijadual akan berbuka puasa di masjid tersebut dengan Anwar dijangka akan memberi ucapan berkenaan keputusan Lajim mengisytiharkan keluar Umno-APCO dan perlunya rakyat Sabah membuat perubahan keluar dari paras kemiskinan.

Sabah merupakan negeri kedua termiskin di Malaysia selepas Sarawak berdasarkan pendapatan per kapita penduduk.

Selesai majlis tersebut, menurut aturcara program yang diedarkan sejak tiga hari lalu, Anwar dan saf pimpinan akan bertolak ke kediaman Lajim di Likas Jaya untuk meneruskan perincian hala tuju politik Lajim serta proses pengambil alihan kerajaan persekutuan dari tangan Barisan Nasional (BN) selepas pilihanraya umum ke 13 yang dijangka diadakan September ini.

Sementara itu di PEKAN, PAHANG, Perdana Menteri Najib Altantuya dalam komen selepas mengetahui keputusan Lajim tersebut berkata, kedudukannya selaku timbalan menteri akan diumumkan pada Isnin ini setelah selesai perbincangan dengan timbalannya, Muhyiddin Yassin yang semalam berada di Sabah tetapi telah pulang ke Kuala Lumpur setelah gagal dalam misinya menghalang Lajim keluar Umno-APCO.

Baca Seterusnya......

Datuk Seri Lajim Ukin Isytihar Letak Jawatan Dalam Umno, Pengerusi BN


Datuk Seri Lajim Ukin, yang lima hari yang lalu mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuat kuasa serta-merta.

Beliau merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan tindakannya yang diputuskan menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) agak mengejutkan banyak pihak.

Bagaimanapun, beliau masih kekal sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan ahli Umno, dan menyerahkan kepada parti untuk membuat keputusan.

"Bagi jawatan Timbalan Menteri, saya serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk menentukkan kedudukan saya kerana itu budi bicara beliau.

"Bagi menentukan keahlian saya dalam Umno, saya menyerahkan kepada Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil tindakan... kalau mereka rasa saya menyalahi peraturan parti mereka boleh pecat saya," katanya dipetik Bernama.

Beliau mengumumkan keputusannya itu ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa dan program khas serta pengisytiharan gerakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS) di kediamannya di Likas Jaya, dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Lajim turut mengumumkan senarai perwakilan PPS di 17 kawasan Parlimen di Sabah.

Bulan lalu, Lajim mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu.

“Surat peletakan jawatannya sebagai Ketua Umno Cawangan telah dihantar kepada Setiausaha Umno Bahagian Beaufort beberapa hari lalu. Langkah pertama tidak akan pertahankan kerusi Ketua Bahagian dan langkah kedua peletakan ketua cawangan Umno dan langkah ketiga katanya tunggu dan lihat,” katanya yang dipetik portal berita New Sabah Times pada Isnin lalu.

Sebelum ini, Lajim mengumumkan tidak akan mempertahankan kerusi Ketua Umno Bahagian Beaufort.

Lajim berkata, beliau masih ‘pemimpin kerajaan’ dan meneruskan tugasnya sebagai pemimpin dalam parti kerajaan. -SH

Baca Seterusnya......

Friday, July 27, 2012

Teknologi komunikasi hibrid


Ringkas dan mudah digunakan serta memiliki ciri-ciri mobiliti sempurna menjadikan PadFone bakal digilai ramai. 
Dua dalam satu, konsepnya mudah apabila anda memerlukan tablet dan telefon dalam satu-satu masa maka di sinilah hadirnya PadFone yang mengagumkan.

Ia merupakan telefon pintar juga sebuah tablet dalam masa yang sama mampu menjadi sebuah komputer riba.

Bagaimana? Tentu ramai di kalangan pembaca yang tertanya-tanya.

Ia merupakan gabungan antara telefon pintar ASUS iaitu PadFone dan juga PadFone Station yang mana mampu memberikan pengalaman melayari dunia maya dengan cara yang baru.

Menurut Pengurus Negeri ASUS Malaysia, George Su, dalam mengejar dunia mobiliti yang semakin rancak berkembang, kehadiran PadFone dilihat menyemarakkan lagi kegilaan peminat serta pengguna alatan tersebut.

"Ia merupakan teknologi yang dikemas kini bermula daripada telefon pintar, tablet dan juga sebuah komputer riba," ujarnya dalam satu majlis pelancaran PadFone yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PadFone merupakan sebuah telefon pintar yang digabungkan dengan PadFone Station yang menjadikannya sebuah tablet.

Untuk menjadikannya sebagai sebuah komputer riba, tambahkan sahaja pad papan kekunci yang boleh didapati secara berasingan.

Ia juga dilengkapi bersama pemproses Qualcomm MSM 8260A Snapdragon S4 Krait dual-core 1.5 Ghz dan berfungsi menggunakan platform Google's Android 4.0 Ice Cream Sandwich sebagai sistem operasinya.

PadFone turut menawarkan ruangan simpanan eMMC Flash (memori) daripada 16GB, 32GB, dan 64 GB bersama 1GB LPDDR2 RAM.

Sementara itu, kelebihan 8 megapiksel kamera binaan dalam bersama pemproses imej Fuji dan 1080p rakaman video menjadikan PadFone sentiasa bersedia untuk merakamkan saat indah anda.

Untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas dan terang, ASUS menyediakan skrin paparan Super AMOLED, qHD seluas 4.3 inci bagi memudahkan pengguna PadFone.

Malah, panel skrin paparan tersebut juga dibina daripada kaca tahan calar Corning Gorilla bersama HCLR Film untuk mengelakkan kesan cap jari.

Untuk kegunaan yang pelbagai PadFone boleh disatukan bersama PadFone Station menjadikannya sebuah tablet.
Manakala keseluruhan PadFone yang digabungkan bersama PadFone Station apabila digabungkan bersama papan kekunci akan menukarkannya menjadi sebuah komputer riba.

Kini tiga jenis gajet boleh disatukan untuk satu kegunaan dan satu tujuan.

Set PadFone ini juga turut dilengkapi bersama aksesori tambahan sebagai pelengkap antaranya adalah Stylus Headset yang berbentuk seperti sebuah pen.

Biarpun begitu, Stylus Headset merupakan aksesori pelbagai guna seperti pen untuk menulis di atas skrin PadFone dan juga menjawab panggilan sama seperti fungsi sebuah headset biasa.

Dua peranti satu pelan data, bagaimana? Apabila PadFone diletakkan pada PadFone Station, secara automatiknya jaringan 3G untuk PadFone di kongsi bersama.

Justeru itu, pemilik kedua-dua peranti tersebut tidak memerlukan pelan data yang berbeza sekali gus dapat menjimatkan kos.

Dalam pada itu, transformasi siri produk ASUS kini semakin diberi perhatian dan telah memilik tanda aras yang tersendiri iaitu lebih nipis dan tablet Android yang lebih berkuasa.

Apa yang pasti, PadFone pastinya memberikan satu wajah baru bagi penggemar telefon pintar dan tablet, untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web ASUS di http://my.asus.com/Mobile/PadFone.

Baca Seterusnya......

Pembuat tauhu, tempe lancar mogok


 SEORANG wanita menggoreng tauhu di sebuah kantin di Jakarta semalam.

JAKARTA - Pembuat tauhu dan tempe melancarkan mogok semalam dengan menghentikan pengeluaran bahan itu semalam manakala produk soya yang diperbuat daripada kacang soya tidak dijual di kedai-kedai, lapor agensi berita AFP semalam.

Keadaan itu berlaku kerana kemarau yang menlanda Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pengeluaran kacang soya. AS merupakan pengeluar terbesar jagung dan kacang soya mengalami musim kemarau yang paling teruk dalam tempoh 25 tahun.

Kira-kira 23,000 pembuat tauhu dan tempe di Jakarta dan Jawa Barat melancarkan mogok kerana harga kacang soya yang meningkat. "Para pengeluar makanan terpaksa membuat saiz makanan itu lebih kecil dan pengguna berasa marah," kata Pengerusi Koperasi Taufu dan Tempe Indonesia, Sutaryo.

Ketika ini, harga kacang soya meningkat dari 5,500 rupiah (RM1.83) sekilogram pada Januari lalu kepada 8,000 rupiah (RM2.67). Menurut laporan, sebanyak 60 peratus import kacang soya Indonesia adalah dari AS. Ekoran mogok itu, pelaksanaan duti import kacang soya sebanyak lima peratus ditangguhkan sehingga akhir tahun ini.

Baca Seterusnya......

Uncleseekers kembali ke dunia blogger

 
Masih ingat dengan uncleseekers?  Syed Abdullah anak kepada Syed Hussein Al-Attas, pengamal dan pengkaji paranormal di Malaysia.

Dalam tahun 2010 Syed Abdullah menggemparkan dunia blogger dengan cerita sensasi berkaitan Permaisuri Aisyah.

Kemudiannya sekali lagi menggemparkan negara apabila menulis kisah-kisah sensasi berkaitan kesultanan Johor bermula Mac tahun ini.

Beliau ditahan polis bersama teman wanitanya sebelum sempat melengkapkan beberapa bahagian terakhir penulisannya dalam blog http://uncleseekers.blogspot.com.

Dalam blognya http://uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah turut memaparkan kisah peguam Kamal Hisham yang lari keluar negara dan juga pendedahan seorang guru wanita  di Johor yang merasakan dirinya dianiaya.

Awal Julai lalu uncleseekers ditangkap oleh pihak PDRM sebelum sempat melengkapkan  beberapa bahagian terakhir penulisannya.

Kini Uncleseekers kembali dengan blog yang baru. Apakah kali ini uncleseeker akan meneruskan maklumat sensasinya seperti blog yang terdahulu. Sama-sama kita nantikan. 


Click kat sini UNCLE SEEKERS V2 dengan banner yang lagi macho lagi hensem.

Baca Seterusnya......

Kereta Mokhzani Madey Bernilai RM10 Juta

Gambar Buggati Veyron Yang DiKatakan Milik Mokhzani Mahathir 

Kereta mewah BUGATTI VEYRON cuma terdapat 3 sahaja di Malaysia. Bugatti Veyron Milik Sultan Johor, milik Mokhzani Mahathir dan seorang wanita di Kelantan.
Harga Bugatti Veyron Mencecah Jutaan Ringgit

Harga Buggati Veyron ini hampir mencecah RM10 juta ringgit setiap satu. Kalau di Malaysia saya percaya sahaja boleh mencecah RM10juta kerana tax dan duti lain yang akan dikenakan. Di United Kingdom, Buggati Veyron based price is approximately €1,225,000 (GB£1,065,000/US$1,700,000) dan Super Sport: €1,912,500 (GB£1,665,000/US$2,700,000).

Unit yang telah terjual dari 2005 hingga 2011 cuma 300 unit sahaja. Road tax dan Insurance sahaja sudah lebih 5 angka di Malaysia

Road Tax mencecah 5 angka

Mokhzani kini mempunyai harta yang dianggarkan berjumlah lebih RM 2 billion Ringgit, berdasarkan pegangan dirinya dan isterinya dalam 200 buah syarikat tempatan. Dia merupakan orang ketiga di Malaysia yang paling banyak memiliki syarikat-syarikat. (Orang yang kedua ialah abangnya Mirzan bin MAHATHIR dan "orang" yang pertama ialah Kementerian Kewangan Diperbadankan - Minister of Finance Inc.). Hartanya di luar negara tidak dikira lagi...
Ini bermakna Mokhzani bin MAHATHIR mengumpulkan sebanyak RM 54 juta Ringgit bagi setiap tahun yang terkandung dalam umurnya! Semenjak dia keluar dari universiti, purata keuntungan yang diperolehinya adalah RM 167 juta SETAHUN.
Ini adalah bersamaan dengan keuntungan MAS pada seluruh tahun 1998/9 dan lebih 350 kali ganda gaji TAHUNAN ayahandanya sebagai Perdana Menteri!

Kekayaan ini lebih menjijikkan apabila kita meneliti bahawa isanya tidak termasuk kekayaan lima lagi anggota keluarga MAHATHIR-Siti Hasmah yang paling kaya iaitu:

A. Mirzan bin MAHATHIR - tuanpunya Konsortium Perkapalan, Transmile, FOMEMA dll 
B. Muhriz bin MAHATHIR - tuanpunya lebih 55 syarikat
C. Saleha binti Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - tuanpunya lebih 20 syarikat yang
terlibat dalam program francais IPT
D. Hashim bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengelola SUKOM98 yang gagal membawa keuntungan, dan
E. Ahmad Razali bin Mohd Ali (ipar MAHATHIR) - pengurus Tabung Haji yang emesong wang penyimpan untuk menyelamatkan perniagaan anak-anak saudaranya

Siapakah Mokhzani bin MAHATHIR hingga beliau "berjaya" merompak begitu banyak wang rakyat?

Mokhzani adalah anak ketiga MAHATHIR. Dia mendapat pendidikan di universiti luar negara dan pernah bertugas dengan sebuah syarikat petroleum tempatan. Sewaktu di sana, MAHATHIR mendapati anaknya ini tidak berapa pandai, tetapi keras hati seperti ayahnya. Oleh itu MAHATHIR mengarahkan Qarun Malaysia

Daim Zainuddin supaya "menghadiahkan" beberapa kontrak kepada anaknya. Pada masa itu, Daim merupakan Menteri Kewangan. Mokhzani diberi peluang mendapat "saham percuma" dalam beberapa projek yang dianjurkan oleh peniaga Cina yang baru diperniagakan di BSKL. (Ini dipanggil "pink form")

Semua "kekayaan" Mokhzani adalah hasil kronisme dan penipuan MAHATHIR dan Daim Zainuddin. Daim Zainuddin melakukan pemesongan wamng rakyat ini bukan sahaja untuk anak-anak MAHATHIR tetapi juga kepada anak perempuan sulungnya (yang banyak mendapat habuan kontrak pembinaan kompleks kerajaan) dan adik serta anak Sanusi Junid dan Megat Junid Megat Ayob.

Sebenarnya Mokhzani langsung tidak ada kebolehan berniaga. Dia mengupah orang lain untuk menguruskan "perniagaannya" dan tidak pernah membuahkan ideanya sendiri. Apabila kemelesetan ekonomi muncul, Mokhzani kerugian besar dan terpaksa meminta MAHATHIR merompak wang rakyat di KWSP, Tabung Haji dan PNB.

Kebolehan politiknya juga tidak ada. Kemenangannya sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Merbuk adalah hasil usaha Cikgu Arzmi Abdul Hamid, Ketua Bahagian UMNO Merbuk yang juga Setiausaha Politik Daim. Cikgu Arzmi diarahkan membayar sebanyak RM 1.5 juta kepada calon-calon yang akan menentang Mokhzani. Aklhirnya anak perompak bermisai tebal itu menanmg tanpa bertanding!

Mokhzani dilantik oleh Zahid Hamidi sebagai Bendahari Pemuda UMNO kerana dipaksa oleh MAHATHIR. MAHATHIR meminta Najib Tun Razak (bekas "boss" Zahid yang pernah mengambil Zahid sebagai Setiausaha Politiknya) untuk melantik Mokhzani. Zahid patuh, tetapi senjata makan tuan. Kini Zahid merupakan ahli politik yang tidak berparti, tidak berpenyokong dan tidak berpengaruh langsung!

Mokhzani merupakan seorang anak MAHATHIR yang lupa daratan. Sebenarnya kekayaannya malah makanan yang disuapkan ke mulut anak dan isterinya setiap hari hasil daripada usaha ayahnya merompak wang rakyat!

Mokhzani harus dikalahkan dalam pilihanraya umum nanti. Dia akan bertanding sebagai calon Parlimen Merbuk, menggantikan Qarun Malaysia Daim Zainuddin. Pastikan Mokhzani tersungkur! Pastikan si-angkuh ini makan tanah! -kelambuterbakor


Baca Seterusnya......

Thursday, July 26, 2012

Kegemukan: Peluang Pelaburan yang Besar


Melawan kegemukan, menurut Bank of America/Merrill Lynch, akan  menjadi trend pelaburan utama untuk 25-50 tahun akan datang, menyenaraikan 50 syarikat dalam bidang penjagaan kesihatan, farmasi, makanan, dan sukan akan mendapat faedah. 

Kegemukan atau keobesan meningkat lebih berlipat ganda sejak tahun 1980, iaitu meningkat kepada 500 juta orang dan jumlah ini terus meningkat, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia.  Kos yang berkait dengan kesihatan awam dan ekonomi meningkat tinggi.


Kegemukan mungkin merupakan cabaran kesihatan yang paling mendesak yang dunia hadapi sekarang ini dan usaha untuk mengatasinya akan membentuk pemikiran para penggubal dasar dan bilik lembaga di seluruh dunia.  Kegemukan global merupakan tema pelaburan mega untuk 25 tahun akan datang dan seterusnya.


Antara dua kecelakaan, iaitu kegemukan dengan merokok, rakyat Amerika, seperti yang dibahaskan oleh Daniel Engber dalam Slate, lebih takut naik gemuk berbanding dengan merokok, memetik kajian Gallup.

Baca Seterusnya......

Pemetaan Penduduk Yahudi

Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH
Machine Gun Lambang Yahudi

Carta harian The Economist menunjukkan  kebangkitan semula yang tidak dijangka agama Yahudi.  Penduduk Yahudi di dunia kini berjumlah 13.58 juta orang, dengan 81 peratus tinggal di Israel dan Amerika Syarikat pada tahun 2010. Pada tahun 1939,  penduduk Yahudi berjumlah 16.5 juta orang, meningkat daripada 10.6 juta orang pada tahun 1909.

 Pada akhir Perang Dunia Kedua, Nazi menghapuskan satu pertiga mereka, memusnahkan beribu-ribu tahun peradaban Yahudi di Eropah Tengah dan Eropah Timur.

Sementara NewStateman dalam laporan khas mendedahkan pencerobohan Israel terhadap bumi Palestin sejak tahun 1947 hingga 2012, membangkitkan persoalan adakah masih cukup  tanah untuk negara Palestin?

Sebagai maklumat tambahan, elok dinyatakan  bahawa Fareed Zakaria pernah  menulis dalam The Washington Post, membahaskan bahawa Israel di bawah Benjamin Netanyahu, adalah terlalu kuat jika dibandingkan dengan sebelum ini. Bahkan, beliau disebut "raja Israel"   dan Time muncul dengan "Raja Bibi."  Justeru, tidak timbul persoalan tentang keselamatan Israel; sebaliknya yang paling runcing,  bagaimana kelangsungan umat Palestin?

Baca Seterusnya......

Amalan untuk merawat mata rabun

Amalan penjagaan kesihatan atau penjagaan mata menggunakan ayat suci Al Quran
Surah Al-Kaf Ayat 22:


Terjemahan Ayat:

(Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat).

Caranya:
Mmasa anda semua mnjawab azan, apabila terdengar laungan أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini. Kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dlm gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)..

Baca Seterusnya......

Wednesday, July 25, 2012

JK Pemantau: 'SYABAS beroperasi di bawah keupayaan'

Pemantauan  Jawatankuasa Pemantauan Air yang diketuai oleh setiausaha kerajaan Selangor terhadap operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah mendapati SYABAS 'beroperasi di bawah keupayaan', kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, dalam laporan pertama jawatankuasa itu yang dihantar kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini mengandungi tiga penemuan utama yang perlu diberi perhatian "agar rakyat tahu kedudukan sebenar".

Menurut menteri besar, tiga penemuan utama tersebut ialah:

  • Keupayaan pengeluaran semua 34 loji ialah 4,807 juta liter   sehari berbanding  keupayaan agihan SYABAS 4,371 juta liter sehari iaitu lebihan 436 JLH. Ini bermaksud, katanya, SYABAS beroperasi di bawah keupayaan sebenar.
  • Projek Mitigasi I yang telah dilaksanakan dan dijangka siap sepenuhnya Mac 2013 akan meningkatkan pengeluaran kepada 5, 139 JLH iaitu penambahan 332 JLH atau lebihan 768 JLH berbanding keupayaan agihan SYABAS.
  • Fakta peratusan rizab air sebanyak 2 peratus yang dilaporkan SYABAS tidak tepat dan mengelirukan.  Rizab kapasiti pengeluaran sebenar  pada masa ini adalah 11 peratus dan akan meningkat kepada 18 peratus selepas Mac 2013 apabila projek mitigasi siap sepenuhnya.
Jawatankuasa itu, yang diketuai Datuk Khusrin Munawi dan turut dianggotai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Konsortium ABBAS dan bekas kakitangan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS), telah menjalankan pemantauan terhadap operasi SYABAS bermula 18 Julai lalu.

"Penemuan ini membuktikan SYABAS telah gagal memenuhi tanggungjawab untuk membekalkan air terawat yang secukupnya kepada pengguna seperti yang dipersetujui dalam Penjanjian Penswastaan Air 2004," kata Abdul Khalid dalam sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Selangor di Shah Alam hari ini.

Kegagalan itu, tambahnya, menguatkan lagi rancangan kerajaan negeri untuk 'masuk campur’ dalam pengurusan SYABAS yang menurutnya bertujuan membaiki semua kelemahan termasuk syor supaya pengerusi dan ketua pegawai eksekutif SYABAS dipecat.

Bagi tujuan ini, kata menteri besar, kerajaan negeri telah selesai menyediakan dokumen-dokumen untuk 'masuk campur' dalam pengurusan SYABAS dan "pasukan yang mewakili kerajaan negeri bagi tujuan ini juga sudah bersiap sedia untuk menyertai pengurusan SYABAS bila-bila sahaja bagi membaiki kelemahan".

"Kerajaan Negeri Selangor telah memutuskan supaya kuasa meluluskan sebarang permohonan berkaitan pelaksanaan Projek Langat 2 hendaklah dibawa terus kepada Pihak Berkuasa Negeri.

"Semua agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Hutan, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangor, Jabatan Alam Sekitar dan
lain-lain agensi yang berkaitan untuk merujuk terus sebarang permohonan berkenaan Projek Langat 2 kepada menteri besar," katanya.

Khalid berkata, fakta sebenar yang menurutnya tidak boleh dinafikan semua pihak dalam isu air ini ialah kegagalan SYABAS merancang dan mengurus sistem agihan untuk menyalurkan air terawat kepada pengguna.

"Saya meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) bersama beberapa Exco untuk bertemu rakyat bagi mencari penyelesaian masalah air termasuk membawa tangki air ke kawasan yang telah bertahun-tahun berdepan kekurangan bekalan air," katanya.

Kerajaan negeri juga, tambahnya, menyediakan talian 1-8000-88-2824  untuk orang ramai mengadu masalah air. Pusat panggilan ini juga mengendalikan masalah sampah.

"Kerajaan Selangor konsisten dengan pendirian bahawa isu air ini boleh diselesaikan secara holistik sekiranya kerajaan negeri mengambilalih industri air daripada syarikat-syarikat

konsesi yang akan menawarkan pembekalan air yang lebih cekap pada harga munasabah seperti yang dihasratkan WSIA 2006," katanya.

Baca Seterusnya......

Bersih 3.0: Kerajaan BN bertanggungjawab atas kecederaan mata Asrul Wadi

KUALA LUMPUR, 25 JULAI: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein perlu  bertanggungjawab terhadap keganasan perhimpunan aman BERSIH 3.0 yang telah mengakibatkan Asrul Wadi Ahmad, 27, buta sebelah mata akibat ditembak dengan gas pemedih mata polis.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggesa kerajaan agar memberi pampasan seumur hidup kepada Asrul yang juga seorang jurutera mekanikal.

“Sebelum insiden tersebut, penglihatan Asrul sempurna 20/20 tetapi kini tahap penglihatan mata kanannya hanya 15 peratus. Akibatnya, beliau mungkin tidak boleh diambil bekerja sebagai jurutera mekanikal walaupun mendapat ijazah dalam kejuruteraan mekanikal daripada Universiti Tun Hussein Onn dalam bulan Februari,” katanya.

Menurutnya, Asrul telah berunding dengan dua hospital swasta serta tiga hospital kerajaan ttapi   malangnya diberitahu bahawa kecederaan yang dialami pada mata kanannya adalah serius malah penglihatannya tidak dapat dipulihkan semula melalui prosedur perubatan.

“Mata kanan Asrul telah diberi sembilan jahitan dan dua lagi bagi kecederaan yang dialami dibawah hidungnya,” jelasnya.

Ahli Parlimen Ipoh Timor itu berkata, mengimbas kembali kejadian pahit yang berlaku Asrul bersama ayah dan adik lelakinya melarikan daripada semburan air di Jalan Tun Perak menuju ke Masjid Jamek untuk berlindung.

“Apabila beliau keluar daripada Masjid Jamek dalam keadaan berpusu-pusu dan terpisah dari adik dan ayahnya ketika itulah, beliau terkena tembakan kanister dan jatuh,” katanya.

Beliau yang memetik laporan media online berkata, kanister gas pemedih mata tersebut telah diarahkan dan ditembak terus kepadanya, kemudian orang ramai yang berada di sekitar membawa beliau mendapatkan bantuan kecemasan paramedik yang datang dengan ambulans kemudian membawanya ke hospital.
Kit Siang berkata, sekiranya Hishammuddin tidak bersedia untuk mengambil inisiatif menggesa kerajaan untuk memberi pampasan kepada Asrul, satu kempen di seluruh negara harus dilancarkan.

Baca Seterusnya......

Exco S'gor: Lot pejabat dibeli zaman k'jaan BN...kantoi lagi MCA..!!!

NONE
Exco kanan kerajaan negeri Selangor, Teresa Kok berkata lot pejabat di Menara Pandan yang didakwa telah dibeli oleh kerajaan Pakatan Rakyat dengan kos RM1.89 juta sebenarnya dibeli semasa pentadbiran BN.

Katanya, ketua biro profesional muda MCA, Datuk Chua Tee Yong sepatutnya membuat semakan terlebih dahulu sebelum membuat dakwaan seperti itu.

"Orang yang membuat dakwaan ini tidak membuat semakan terlebih dahulu mengenai jual beli ini kerana perjanjian telah dibuat pada 12 Januari 2006 di mana, semasa itu Selangor di bawah kerajaan BN," kata Teresa dalam sidang media selepas mesyuara Exco di Shah Alam petang ini.

Chua semalam mendakwa, kerajaan Selangor membeli unit pejabat tersebut dari syarikat pemaju perumahan Talam Corporation Sdn Bhd (kini Trinity Corporation) dengan membuat bayaran lebihan sebanyak RM 1.9 juta berbanding harga rizab lelong.

Chua (foto, bawah) yang juga timbalan menteri pertaian dan industri asas tani juga mendakwa kerajaan negeri membeli lima unit pejabat itu dengan harga 327 peratus lebih tinggi daripada harga rizab lelong pada tahun 2010.
NONEKok juga berkata, kerajaan negeri mempunyai bukti transaksi berhubung perjanjian bagi pembelian tersebut.

Katanya, perkara itu melibatkan Pendidikan Industries YS Sdn Bhd (Unisel) dan wakil Kumpulan Darul Ehsan (KDEB) bagi melakukan perjanjian bersama sebuah syarikat kontraktor Maxisegar.

Justeru, kata Kok, kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat hanya meneruskan persetujuan yang telah dibuat oleh kerajaan sebelum ini dengan mematuhi perjanjian tersebut.

"Apabila Pakatan mengambil alih Selangor, kita harus memulakan peruntukan global dengan Talam. Jadi Pakatan perlu mematuhi perjanjian yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri sebelum ini yang mana telah dipersetujui oleh mahkamah," kata Kok lagi.

Baca Seterusnya......

Tok Guru seru rakyat doa untuk royalti Kelantan

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru masyarakat Islam khususnya rakyat Kelantan memperbanyakkan doa sempena bulan Ramadan ini termasuk doa untuk royalti Kelantan.

Katanya, rakyat Kelantan perlu berdoa semoga Allah memberikan petunjuk kepada pihak yang menyekat pemberian royalti Kelantan agar tidak terus melakukan kezaliman terhadap negeri ini.

“Oleh yang demikian saya minta kepada rakyat doa beramai-ramai moga kezaliman ini diangkatkan dan minta Allah memberi kefahaman kepada menteri terbabit termasuk pegawai Petronas. Kerja menyekat itu suatu dosa,” ujarnya.

"Kalau boleh sebutkan nama menteri atau pegawai terbabit sewaktu sujud ketika solat," katanya lagi.

Menurutnya, pembayaran royalti telah diputuskan oleh Perdana Menteri sebelum ini Tun Abdul Razak, bagaimanapun ianya masih disekat hingga kini.

Pada masa yang sama, katanya Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V sendiri bertitah ketika pembukaan sidang Dun Kelantan 1 Mac lalu, agar pendaratan gas dan petroleum perlu didaratkan di Kelantan dan royalti diselesaikan dengan segera.

“Tetapi reaksi dari menteri sepatahpun berhubung perkara itu langsung tidak ada, ianya betul-betul memalukan orang Melayu yang tidak hormat pada rajanya sendiri.

Tambah Tuan Guru, dosa menyekat royalti bukan seperti dosa dengan individu, sebaliknya melibatkan rakyat Kelantan lebih 1.4 juta orang.

“Kalau menteri berkenaan yakin ianya (menyekat royalti) suatu dosa, elok percepatkan pembayaran royalti pada Kelantan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, keberkatan Ramadan katanya perlu diisi sebaiknya dengan ibadah termasuk berzikir, bertasbih dan bersedekah kerana ibadat suatu perkara yang mudah tidak perlu mengambil waktu, tempat yang khusus.

“Berdoa ni tidak semestinya sewaktu sembahyang (solat) di luar sembahyangpun boleh dan tidak semestinya di masjid, sambil memandu kenderaanpun boleh atau berjalan kaki juga boleh,”ujarnya.

Sambungnya, amat rugi sekiranya umat Islam membiarkan Ramadan berlalu pergi tanpa meningkatkan amalan masing-masing.-HD

Baca Seterusnya......

KGT tiada penyelewengan: Terima kasih polis - Nik Aziz


(Keratan berita Sinar Harian hari ini)

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang telah membersihkan nama Kelantan Gold Trade (KGT) dari tuduhan penyelewengan sebelum ini.

"Terima kasih Polis Kelantan, kerana bersih sangkaan tidak baik pihak tertentu terhadap KGT," kata beliau melalui twitternya hari ini.

Media hari ini melaporkan, Polis Kelantan mengesahkan tiada unsur jenayah komersial yang dikaitkan dengan dalam isu penyelewengan KGT.

Ketua Polis Negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang mendakwa KGT terlibat dengan penyelewengan.

"Kita sudah menjalankan siasatan terhadap empat laporan polis yang dibuat berhubung skandal KGT ini dan hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dan tiada unsur jenayah komersial.

"Sehubungan itu, polis menutup kes ini," katanya kepada akhbar Sinar Harian semalam.

Sebelum ini NGO pro Umno dan seorang blogger Umno telah membuat laporan polis dan menulis dalam blognya kononnya berlaku penyelewengan dalam KGT.

(Husam menunjukkan laporan muka depan Utusan yang memfitnah KGT)

Ekoran itu, akhbar Umno Utusan Malaysia  telah menjadikan cerita ini laporan muka depannya.

Laporan ini cuba mengaitkan Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa terlibat dalam penyelewengan ini.

Ekoran itu, Husam memaklumkan dua hari lepas, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Umno itu.

Turut bakal dikenakan tindakan yang sama adalah bekas Pengarah Eksekutif KGT, Nik Mahani Mohamad, yang didakwa turut memfitnah KGT.

Husam Musa pada sidang media itu memberitahu tindakan berkenaan diambil bagi membersihkan nama baik KGT yang sering dijadikan sasaran fitnah oleh dua pihak tersebut di samping pihak lain.

Sementara itu Pengurus Besar KGT, Mahadi Mokhtar turut melahirkan rasa syukur kerana dakwaan tanpa asas terhadap anak syarikat milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu sudah berakhir.

"Biar pun ada laporan dibuat terhadap KGT, namun sehingga kini tidak ada pihak polis yang datang membuat siasatan, kemungkinannya dakwaan yang dilemparkan pihak terbabit tidak berasas," katanya di sni.

Menurutnya segala dakwaan tersebut jelas bermesej politik kerana mereka sengaja mengambil kesempatan memburuk-buruk kerajaan negeri dan pemimpinnya di atas isu yang tidak wujud.

Beliau juga berkata, pihaknya tetap meneruskan tindakan saman terhadap akhbar milik Umno iaitu Utusan dan Nik Mahani kerana segala dakwaan yang dilemparkan tidak betul.-HD

Baca Seterusnya......

M'sia alami peningkatan pertama kadar kemiskinan sejak 1999

NONEMalaysia mengalami sedikit peningkatan dalam kadar kemiskinan antara 2007 dan 2009, yang pertama sejak berakhirnya krisis kewangan Asia pada tahun 1999, demikian mengikut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan.

Kadar kemiskinan naik daripada 3.6 peratus pada 2007 kepada 3.8 peratus pada 2009 manakala kadar kemiskinan tegar kekal pada 0.7 peratus.

Menurut Laporan Tinjauan Kemudahan Asas dan Pendapatan Isi Rumah dan 2009, insiden kemiskinan di Malaysia menunjukkan trend yang menurun sejak 1995, kecuali pada tahun 1999 dan 2009. Hal ini mungkin disebabkan oleh krisis kewangan yang melanda negara pada dua tahun itu.

Antara negeri-negeri, Sabah masih mendahului senarai dengan kadar kemiskinan 19.7 peratus, diikuti oleh Perlis (6 peratus), Sarawak dan Kedah (masing-masing 5.3 peratus).

Garis kemiskinan pendapatan berbeza di rantau yang berbeza, dan penanda aras yang digunakan oleh kaji selidik itu ditunjukkan dalam carta (bawah).

bagaimanapun, laporan itu tidak menyediakan penanda aras bagi miskin tegar.

Kajiselidik itu meliputi 45,805 keluarga di seluruh negara dari April 2009 hingga Mac 2010 dan mengandungi statistik mengenai pengagihan pendapatan isi rumah, kemudahan asas dan insiden kemiskinan di Malaysia.

Ini adalah kali pertama kajiselidik itu, yang dijalankan dua kali dalam setiap lima tahun, telah dikeluarkan untuk tatapan umum.

Baca Seterusnya......

KJ: Kereta import murah akan jejas Proton


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bimbang janji PKR untuk menjadikan harga kereta lebih murah akan memberi kesan negatif kepada pembuat kereta nasional Proton dan juga pendapatan kerajaan.

Langkah itu walau diakuinya akan memberi keuntungan kepada jutaan rakyat, namun dasar seperti itu akan memberi kesan kepada puluhan ribu pekerja Proton dan juga golongan yang terlibat dalam industri automotif, katanya.

"Bukan saya nak maksudkan kita nak lindungi Proton selama-lamanya, ..tapi jika tiada perancangan rapi alamatnya adalah malapetaka dari segi ekonomi," katanya lagi ketika bercakap kepada pemberita di Bangsar malam tadi.

Katanya lagi, tindakan menghapuskan duti eksais dan import itu akan menjejaskan sehingga RM4.6 bilion pendapatan kerajaan persekutuan.

"Walau dasar ini baik, tapi kena (Pakatan Rakyat) kena jelaskan bagaimana hendak bayar janji tersebut," katanya lagi.

Beliau mengulas rancangan Pakatan Rakyat untuk menjadikan pengurangan harga kereta - yang dianggap barangan keperluan - sebagai sebahagian daripada manifesto pilihan raya umum akan datang.

Baca Seterusnya......

Semak Laporan Polis Secara Online

Orang awam kini berpeluang menyemak status laporan polis yang dibuat melalui Sistem Semakan Online (SSO) bagi memudahkan mereka berurusan dengan pegawai penyiasat.

SSO termasuk di dalam inisiatif MyDistress yang mana ia memberi peluang kepada orang awam menyemak status laporan polis secara telus, melakukan pembersihan terhadap kawasan dikenal pasti sering berlaku jenayah, meluaskan Program Omnipresence (kehadiran polis) dan meletakkan kumpulan sukarelawan di seluruh negara bagi membendung jenayah pecah rumah.

Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat termasuk nombor telefon pegawai penyiasat yang ditugaskan untuk kes mereka, status siasatan dan maklum balas pengguna.

Bagi anda yang ingin membuat penyemakan, boleh klik DI SINI.

Baca Seterusnya......

Top University In Malaysia by 2012 Ranking (Top 50)

1st Ranking,

Universiti Putra Malaysia

2nd Ranking,
Universiti Teknologi Malaysia

3rd Ranking,
Universiti Sains Malaysia

4th Ranking,
Universiti Kebangsaan Malaysia

5th Ranking,
Universiti Malaya
"A university is an institution of higher education and research which grants academic degrees in a variety of subjects and provides both undergraduate education and postgraduate education. The word "university" is derived from the Latin universitas magistrorum et scholarium, which roughly means "community of teachers and scholars." - wikipedia

This list based on World University Ranking 2012. The rank based on Size, Visibility, Research papers & Scholars.

1.Universiti Putra Malaysia (UPM) (World Rank : 428)
2.Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (World Rank: 437)
3.Universiti Sains Malaysia (USM) (World Rank: 464)
4.Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (World Rank: 523)
5.Universiti Malaya (UM) (World Rank: 596)
6.Universiti Teknologi MARA (UiTM) (World Rank: 626)
7.Multimedia University (MMU) (World Rank: 891)
8.Universiti Malaysia Sabah (World Rank: 1222)
9.Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) (World Rank: 1341)
10.International Islamic University of Malaysia (UIA) (World Rank: 1411)
11.Universiti Teknologi Petronas (UTP)
12.Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
13.Universiti Utara Malaysia (UUM)
14.Universiti Tunku Abdul Rahman
15.Universiti Malaysia Terengganu
16.Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
17.Universiti Malaysia Pahang (UMP)
18.Universiti Sains Islam Malaysia
19.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
20.Universiti Pendidikan Sultan Idris
21.Open University Malaysia
22.Universiti Teknikal Malaysia Melaka
23.International Medical University
24.Taylor’s University College
25.Tunku Abdul Rahman College
26.Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
27.University of Nottingam Malaysia
28.UCSI University
29.Monash University Malaysia
30.Malaysia Theological Seminary
31.Universiti Kuala Lumpur
32.Curtin University of Technology Sarawak Campus
33.Universiti Industri Selangor
34.Selangor International Islamic University College
35.Al Madinah International University
36.Wawasan Open University
37.University Tun Abdul Razak
38.KDU College
39.Universiti Malaysia Kelantan
40.Asia Pasific Institute of Information Technology
41.Help University College
42.Sunway University College
43.INSANIAH University College
44.Universiti Sultan Zainal Abidin
45.Segi College
45.University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
47.Majlis Peperiksaan Malaysia
48.Malaysian Institute of Management
49.Limkokwing University of Creative Technology
50.Disted-Stamford College

Baca Seterusnya......

Tuesday, July 24, 2012

Zakat kikis sifat bakhil,didik rasa simpati

Oleh Tuan Gru Nik Abdul Aziz Nik Mat
ANTARA hikmah zakat ialah bertujuan cuci hati manusia daripada sifat kedekut, kerana sifat kedekut itu suatu racun mempunahkan keimanan.

Jika racun bahan boleh menghancur jasad manusia, sebaliknya kedekut itu racun bisa bagi rohani insan. Orang yang menghindar dirinya daripada sifat kedekut, bererti berusaha menyuburkan imannya.

Zakat satu daripada rukun Islam untuk mengikis sifat bakhil, seperti firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan siapa yang dipelihara oleh Allah SWT daripada sifat kedekut dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (Surah Al-Hasyr sebahagian ayat 9)

Orang yang berjaya asuh hatinya daripada sifat kedekut, harta halal mesti dicari dengan usaha yang diredai Allah SWT.

Setelah diperolehi mesti usaha kikis racun bakhil yang bahaya itu.

Bagaimana hendak lari daripada sifat bakhil jika mereka tidak membiasakan diri menderma dan bersedekah. Kedekut mesti dikikis kerana ia saudara sifat mazmumah yang lain seperti pemalas, penakut, takabbur dan dengki.

Antara cara mengikisnya ialah mengganti sifat bakhil dengan sifat pemurah, penakut diganti dengan berani. Berani mesti digabung dengan benar.

Ini kerana ada pepatah mengatakan berani kerana benar, oleh itu jangan takut pertahankan kebenaran. Kerana yang benar itu hakikatnya datang daripada Allah SWT, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Kebenaran itu adalah daripada Tuhanmu, jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu.” (Surah al-Baqarah ayat 147)

Penyakit bakhil akan lenyap sekiranya sentiasa rajin menderma, kerana sayang kepada sesuatu benda itu tidak akan berakhir kecuali paksa hati berenggang dengan harta di tangan.

Biasakan menderma dengan wang tanpa dilihat oleh mata, selok kocek dan hulurkan semua yang tergenggam di tangan. Dengan demikian lama kelamaan akan hilang sifat sayang kepada harta.

Dalam pengertian lain bahawa zakat itu mencucikan harta, kerana zakat itu dari segi bahasa bererti ‘pencuci’. Zakat boleh membersihkan pemiliknya daripada karat kedekut. Kedekut adalah racun yang boleh membinasakan iman pemiliknya.

Pada hakikatnya kedekut itu Tuhan berikan seorang sedikit. Begitu juga sifat pemurah sebagai batu ujian daripada-Nya, untuk menguji sama ada benar-benar bertauhid dengan tuntutan dua kalimah syahadat. 


Zakat juga sebagai tanda bersyukur atas nikmat harta yang Tuhan berikan, cara bersyukur ialah menggunakan di tempat yang disetujui oleh Allah SWT, iaitu memberikan zakat terhadap lapan asnaf yang disebut dalam Surah At-Taubah ayat 60, mengeluarkan zakat itu bererti tidak menggunakan harta untuk kepentingan diri semata-mata.

Tanggungjawab orang yang hendak mengeluarkan zakat; pertama, hendaklah segera keluarkan zakat meskipun belum sampai pusingan tahunnya. Hikmah di sebalik bersegera itu ialah untuk menzahirkan kesungguhan kepada Allah SWT, mengerjakan sesuatu yang diperintahkan-Nya.

Dengan demikian dapat memasukkan rasa gembira ke dalam hati golong fakir dan miskin, yang sentiasa menunggu pemberian zakat kepadanya. Dengan penerimaan zakat itu akan menerbitkan kesyukuran, serta doa “jazakallahu khaira” ertinya mencetuskan satu kebaikan di kalangan manusia miskin mendekatkan diri dengan doa kepada Allah SWT.

Malah malaikat turut meraikan peristiwa mengeluarkan zakat di kalangan manusia itu dengan doanya: “Allahumma a’ati munfiqan khalafa wa a’ati mumsikan talafa” yang bermaksud: “Ya Allah berikanlah orang yang suka menderma kepada orang lain akan gantinya, dan berikanlah kebinasaan kepada orang kedekut.”
Menyegerakan keluar zakat untuk mendahului kehadiran halangan, masa bimbang daripada terhalangnya membuat kebajikan.

Ini kerana kemungkinan terjadi sesuatu petaka yang tidak diingini terhadap harta tersebut. 


Berdasarkan pengalaman lalu melambatkan mengeluarkan zakat itu banyak kebinasaannya, melambat dan menyebabkan manusia terdedah kepada keingkaran terhadap-Nya.


Melambatkan keluar zakat kemungkinan syaitan membisikkan ke dalam hati, sifat ingkar hingga terganggu untuk mentaati Allah SWT.

Apabila tercetus perasaan daripada batin untuk melakukan kebaikan, sayogia rebutlah peluang daripada lintasan hati tersebut.

Ini kerana jika tidak dilayan cetusan perasaan yang baik, kelak ia akan menghilang dan tidak menjelma lagi. Ini kerana cetusan perasaan yang baik itu merupakan ilham daripada malaikat.

Kalau tidak dilayan ilham yang baik yang diberi oleh malaikat, dikhuatiri bertukar menjadi sebaliknya. Kerana Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Syaitan menjanjikan (menakutkan) kamu dengan kefakiran dan menyuruh kamu berbuat kekejian (kedekut).” (Surah Al-Baqarah ayat 268)

Seandainya bisikan syaitan didengari nescaya manusia gagal dan batal untuk berkhairat serta menderma. Harta yang dimakan telah dikirim ke tandas, yang dipakai sudah buruk dan reput. Padahal derma yang telah dikirim awal kepada Allah SWT, itulah sebenar-benar harta yang boleh ditumpang pahalanya di akhirat kelak.

Syaitan mempunyai banyak ilham, setelah satu ilham diikuti pula dengan ilham yang lain, lantas bertembung dengan ilham malaikat. Terserah kepada manusia memilih hitam putihnya dua ilham itu.

Baca Seterusnya......

Bukti! Pemimpin UMNO Pulau Pinang halau Melayu keluar dari Pulau Pinang..

leh: AnakSgDerhaka
"Setelah UMNO yang diperkudakan GERAKAN dalam memerintah Pulau Pinang gagal mempertahankan kuasanya selepas PRU12 lalu, media tunggangan UMNO sering memainkan isu kononnya Melayu Pulau Pinang kini terpinggir.

Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menakutkan Melayu Pulau Pinang yang mereka jangkakan sebodoh penyokong-penyokong UMNO Pulau Pinang.

Menurut pemimpin UMNO yang kenyataan mereka disiarkan oleh media tunggangan UMNO/BN, setelah DAP/PR berkuasa di Pulau Pinang, Melayu terpinggir dan tersingkir dari Pulau tersebut.

Adakah benar dakwaan mereka itu??

Pada 31 Januari 2012, seramai 31 orang Melayu pemilik tanah warisan (tanah melayu), di Kampung Terang Balik Pulau, Pulau Pinang, telah menjual tanah mereka kepada Maison Heights Sdn Bhd (849163-W) dengan harga RM8,563,983.12.

Ini berlaku apabila tanah milik mereka telah dijual kepada oleh mereka sendiri kepada Maison Heights Sdn. Bhd. Pada harga RM8.563 Juta.

Tanah mereka telah dibeli pada harga RM21 setiap kaki persegi dan tanah tersebut kemudiannya telah dijual semula dengan harga RM33 setiap kaki persegi oleh Maison Height kepada Kay Pride Sdn. Bhd.
Transaksi ini telah memberikan keuntungan mencecah RM5Juta dalam masa yang singkat kepada Maison Height Sdn. Bhd.

Menariknya dalam hal ini Masion Height Sdn. Bhd. yang menjadi agen atau orang tengah transaksi tersebut dikuasai oleh Pemimpin UMNO sendiri.

Dalam melaungkan isu kononnya angkara DAP/PR, Bangsa Melayu di Pulau Pinang mula tersingkir dan terpinggir dari Pulau Pinang mereka sendiri yang menjadi barua dalam menyebabkan hal tersebut berlaku.

Masion Height Sdn. Bhd. (849163-W) didaftarkan pada 06 Mac 2009 dan dialamatkan di 56-I, 3rd Floor Perak Plaza, Perak Road, Georgetown, Pulau Pinang.
Pengarah Syarikat tersebut ialah Dato Musa Bin Haji Sheikh Fadzir dari Bukit Mertajam dan Dato Omar Bin Haji Faudzar dari Gelugor.

Lihat dokumen seterusnya di SINI

Baca Seterusnya......

Tidak Tahu Baca Qur’an, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit

Oleh: abuhikam
"Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

 Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. "-Tranungkite

Baca Seterusnya......

PAS Sokong Turunkan harga kereta: Jangan terkejut Umno kata bankrapkan negara


TEMERLOH: PAS menegaskan akan memberikan sokongan terhadap cadangan untuk menghapuskan duit eksais ke atas setiap kereta sebagai langkah mengurang beban hutang isi rumah rakyat Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat menang PRU13 nanti.

Cadangan mengurangkan harga kereta itu dibangkitkan oleh Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli pagi tadi. Rafizi berkata perkara tersebut akan menjadi satu janji utama di dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Cadangan itu bersifat serampang dua mata, di mana rakyat dapat mengurangkan pengambilan hutang untuk membayar cukai yang dikenakan ketika membeli kereta, di samping meningkatkan pendapatan boleh guna seisi rumah, terutamanya bagi rata-rata rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata duit eksais kereta sememangnya membebankan rakyat selama ini.

“Selama ini rakyat terpaksa membayar harga kereta bukan pada harga sebenar. Bahkan, perjanjian AFTA yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat dengan penurunan harga kereta, turut tidak memberi apa-apa makna kerana dasar duti tersebut,” kata beliau.

Duti eksais diperkenalkan pada tahun 2006 untuk mengimbangi cukai import yang dikurangkan kerana Asian Free Trade Agreement (AFTA) mengenakan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada harga kereta.

Tuan Ibrahim juga berkata pengumuman itu sangat dinantikan oleh rakyat, namun memberikan amaran awal kepada rakyat supaya tidak terkejut dengan reaksi para pemimpin Umno.

“Jangan terkejut kalau pemimpin Umno sekali lagi akan mengatakan negara akan bankrap bila duti eksais dihapuskan,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang itu.

Rafizi berkata Pakatan akan melihat kemungkinan menghapuskan duti eksais secara berperingkat untuk mengurangkan harga kereta.

Baca Seterusnya......

Monday, July 23, 2012

Menteri: Simulasi p'raya jadi modul baru PLKN

pix_gal0
Simulasi proses pilihan raya, di mana proses pemilihan pemimpin kerajaan dibuat secara praktikal bermula daripada pembubaran Dewan Rakyat sehingga pilihan raya selesai, adalah antara penambahbaikan yang dilakukan dalam modul kenegaraan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata simulasi dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) itu akan dimasukkan dalam modul kenegaraan di semua 79 kem PLKN di seluruh negara bermula tahun depan dengan 14 kem dipilih sebagai perintis pada tahun ini.

"Simulasi ini merupakan penambahbaikan dalam modul kenegaraan yang diharap  dapat memberi kefahaman kepada pelatih-pelatih PLKN tentang pentingnya penglibatan mereka di dalam proses pilihan raya serta demokrasi yang diamalkan di negara ini," katanya selepas melancarkan pemilihan PLKN siri 10/2013 di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Dr Tiki Lafe dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Sementara itu Abdul Hadi berkata kesemua pelatih yang terlibat dalam modul itu akan berlakon sebagai calon dan penyokong untuk membentuk 'kerajaan mini', serta dibenarkan mempamer poster semasa berkempen.

"Kami akan memberikan mereka logo-logo untuk mewakili parti yang dipilih dan ia (proses pilihan raya) itu hanya berjalan selama tiga hari," katanya sambil menambah kesemua pelatih diwajibkan terlibat dalam simulasi berkenaan.

Sementara itu, Zahid berkata aktiviti air dalam modul fizikal PLKN akan diperkenal meliputi latihan keyakinan diri di dalam air, latihan pengapungan dan tatacara keselamatan.

"Oleh yang demikian, semua latihan air dilaksanakan di dalam kolam renang. Keperluan kolam renang ini akan dimasukkan dalam kontrak kerajaan Penguasa Kem mulai tahun depan," katanya.

Dalam pada itu, Tiki Lafe berkata semua latihan air hanya akan diadakan di kolam renang ekoran isu kematian seorang pelatih yang didakwa terkena jangkitan wabak kencing tikus di kem Sungai Siput, Perak, Mac lepas.

"Kami sudah tetapkan bahawa, kalau kem itu tiada kolam renang, mereka perlulah menggunakan kolam renang yang ada berdekatan kem mereka macam di kem-kem tentera, polis dan sebagainya.

"Kalau tak ada juga, mereka mungkin perlu menyewa kolam renang untuk mengadakan aktiviti air ini," katanya.

Mengenai pemilihan pelatih PLKN pada Januari 2013 nanti, Zahid berkata daripada 513,527 remaja yang lahir pada 1995, seramai 140,000 (26.95 peratus) terpilih untuk menyertai PLKN siri 10/2013.

"Kerajaan masih mengekalkan polisi 55 peratus daripadanya adalah lelaki dan 45 peratus perempuan. Pecahan mengikut kaum pula adalah Melayu (60 peratus), Cina (28), India (10) dan lain-lain sebanyak dua peratus," katanya.- Bernama

Baca Seterusnya......

UMNO HINA ARTIS?

SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyifatkan tuduhan Umno bahawa Pas terdesak menggunakan artis untuk meraih sokongan golongan muda sebagai penghinaan kepada golongan artis.

Beliau berkata, Umno menganggap artis sebagai orang yang boleh diperalatkan oleh parti politik sedangkan pendirian dan keyakinan seseorang itu tidak mudah diubah.

“Setiap orang mempunyai sikap dan pendirian mereka, begitu juga artis. Sokongan artis dan pegawai tinggi kerajaan terhadap Umno telah berubah kerana mereka melihat sendiri penyelewengan parti itu.

"Kita tidak pernah memaksa mereka. Mereka menilai dan memperakui pendirian parti sehingga membuatkan mereka mendapat keyakinan baru untuk menyertai parti ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, Umno terdesak apabila melihat perkara baru dalam perjuangan Pas, sehingga terpaksa mengeluarkan kenyataanseperti itu.-SH


Baca Seterusnya......

Kerajaan Pusat Halang Selangor Ambilalih Syabas

Kerajaan Negeri Selangor akan mencadangkan Lembaga Pengarah SYABAS untuk memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif nya, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Beliau menjelaskan, keputusan itu dibuat berdasarkan hasil penelitian dan penyiasatan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS selama tiga hari.

“Mereka gagal hadir memberi penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Pemecatan ini akan menjimatkan kos operasi kerana gaji Pengerusi Eksekutif SYABAS sahaja adalah RM5.1juta setahun.

“Berdasarkan penelitian Jawatankuasa, kita juga bersedia membelanjakan peruntukan untuk membina loji rawatan air baru bagi meningkatkan kapasiti air terawat.

“(Jadi) tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225juta akan dipanggil serta-merta,” katanya lagi dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatan Kuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Ia bertanggungjawab memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan, kedudukan semasa pembekalan air dan meninjau sendiri tapak yang ada masalah kekurangan bekalan air seperti yang dicanang SYABAS.

SYABAS juga diminta untuk membentangkan beberapa perkara kepada Jawatankuasa, antaranya pengeluaran air harian bagi setiap loji, permintaan air berdasarkan bil dari Januari 2012, kawasan mengalami masalah gangguan air dan cadangan penyelesaian yang dirancang SYABAS untuk mengatasi masalah tersebut.

Dalam pada itu, Khalid menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan Pusat tidak akan cuba menyulitkan usaha ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

“Langkah ini diambil bagi melindungi pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekal air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi,” katanya lagi - Keadilandaily

Sementara itu, Muhyiddin dilaporkan memberitahu media bahawa kerajaan pusat akan menghalang kerajaan negeri Selangor mengambil alih SYABAS dan akan mempercepatkan pemberian tender untuk Projek Langat 2 yang dilihat oleh banyak pihak bakal mengenyangkan kroni dan merugikan rakyat Selangor.

Muhyiddin seperti dijangka menggunakan alasan "kekurangan bekalan air" yang sedang dimainkan oleh media mesra UMNO. Baca di ( SINI )

Mengapa Muhyiddin tergesa-gesa menguar-uarkan hal itu dan mempercepatkan proses penyerahan tender sedangkan banyak lagi isu tertangguh termasuk kes mahkamah masih belum diselesaikan?

Ironi apabila kerajaan pusat enggan mendengar cadangan dan memihak kepada kerajaan negeri tetapi menuruti kehendak syarikat swasta yang berpaksikan keuntungan!

Jika difikirkan sudah tentu ada udang di balik batu. Apa hujah Dr Xaxier Jayakumar bahawa Projek Langat 2 akan merugikan rakyat Selangor? Sila baca di ( SINI )

Baca Seterusnya......

Sunday, July 22, 2012

Ramadhan: Bulan Untuk Mendapatkan Ganjaran Tinggi

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH BERPUASA PADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.

Baca Seterusnya......