Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, July 17, 2012

Anwar berdiskusi bersama mantan PM Thailand dan mantan Presiden Timor Leste



JAKARTA 16 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih mewakili Malaysia dalam forum diskusi bersama dua lagi tokoh pimpinan Asia iaitu mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan mantan Presiden Timor Leste, Jose Ramos Horta di Jakarta esok.

Jaringnews.com melaporkan, diskusi antarabangsa yang diselengggara oleh Strategic Review: The Indonesian Journal of Leadership, Policy and World Affairs bertema “Peace & Reconciliation in Southeast Asia” ini akan dihadiri Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.

Kehadiran tiga tokoh kontroversi di Jakarta ini tentu akan menjadi perhatian republik Indonesia. Seperti diketahui, ketiga-tiga mereka memiliki pengaruh besar dalam pentas politik di negara masing-masing.
Thaksin yang telah digulingkan oleh Militer pada September 2006 tinggal di Dubai untuk menghindari hukuman dua tahun penjara karana kes rasuah yang menjeratnya.

Beliau sendiri secara tegas menyatakan tuduhan itu bermotif politik. Bagaimanapun, beliau tetap memiliki pengaruh yang sangat kuat di Thailand. Adiknya, Yingluck Shinawatra diangkat menjadi Perdana Menteri pada tahun lalu.

Sementara itu, Anwar pula pemimpin Pembangkang Malaysia, sedang menghadapi dakwaan baru di bawah Akta Perhimpunan Aman. Turut menghadapi tuduhan sama, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin.
Jika terbukti bersalah, Anwar akan berhadapan hukuman dua tahun penjara dan denda RM2,000 atau sekitar Rp6 juta. Tidak hanya itu sahaja, Ketua Umum KEADILAN itu juga dilarang untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Anwar didakwa melanggar undang-undang yang melarang beliau berhimpun dan berada di ibu negara Kuala Lumpur pada 28 April lalu. Kes akan dibicarakan kembali pada 3 September depan.

Ramos Horta, Presiden Timor Leste kedua pula mula menjawat jawatan itu pada 20 Mei 2007 hingga 20 Mei 2012.

Sebelum itu, Ramos mengundurkan diri dari jabatannya sebagai Menteri Luar Negeri pada 25 Jun 2006.
Ia mendapat Penghargaan Perdamaian Nobel pada tahun 1996. Beliau juga pernah menjadi idola di wilayah Indonesia itu.-KeadilanDaily

0 comments: