Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Saturday, July 14, 2012

Petronas sebagai 'Kantung Peribadi' Malaysia

Oleh: imamsurau

KUALA LUMPUR: Syarikat Pengeluar Minyak milik negara Malaysia, Petronas menyerlahkan lagi kekesalannya, dan kali ini dinyatakan pada awal bulan Jun lepas di Persidangan Gas Dunia.K
etua Pegawai Eksekutif Petronas, Shamsul Azhar Abbas ketika berucap dipentas berkata bahawa dasar kerajaan mengenai subsidi bahan api adalah salah.




Di bawah,  bosnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang duduk di barisan hadapan.Kemudian, apabila Najib mengambil podium, beliau mengingatkan bahawa subsidi - yang di sumbang Petronas mempunyai - "objektif sosio-ekonomi.


Beliau menekankan, rakyat Malaysia membayar kadar elektrik & petrol yang terendah di Asia. Walaupun kerajaan telah berikrar untuk merasionalisasikannya.
Ianya kelihatan amat mustahil untuk berlaku sebelum pilihan raya yang dijangka dalam beberapa bulan lagi.

Kekesalan Petronas ditegaskan lagi oleh persepsi umum bahawa Perdana Menteri seolah-olah menggangap Petronas sebagai "Kantung Bank Peribadi" bagi menyelamatkan projek-projek kesayangannya, sejak ia ditubuhkan pada tahun 1974.

Temubual dengan pegawai-pegawai yang terdahulu dan terkini juga pemeriksaan dokumen Petronas, membangkitkan persoalan: berapakah jumlah sebenar yang telah disumbang Petronas kepada kepada kerajaan dalam bentuk subsidi minyak, dividen dan cukai.

Data kewangan yang dikaji oleh Reuters menunjukkan kerajaan sangat bergantung kepada pembayaran Petronas - melalui 'dividen' kepada pemegang saham tunggal (kerajaan) - untuk mengekang defisit fiskal yang telah mula membangkitkan persoalan dari agensi penilaian dan penganalisis.

Data juga menunjukkan bayaran ini meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila harga minyak dunia melonjak, turut melonjak bersama-sama adalah perbelanjaan kerajaan. Tetapi akaun rasmi Malaysia tidak menunjukkan bagaimana wang itu dibelanjakan dan kerajaan enggan mendedahkan apa-apa butiran mengenai itu.

"KAMI PERLUKAN TUNAI"

Petronas adalah pembayar cukai tunggal yang terbesar di Malaysia dan hasil sumber terbesar, meliputi sebanyak 45 peratus daripada bajet kerajaan.

Tidak seperti negara-negara lain yang kaya dengan minyak seperti Arab Saudi, Norway atau Brazil, Malaysia semakin kronik. Belanjawan Defisit yang besar dan semakin berkembang walaupun hasil minyak meningkat.

Jurang fiskal tahun lepas, pada 5% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK), diikuti negara India untuk perbezaan, ini adalah mencemaskan di sebalik "Ekonomi Besar" yang baru muncul di Asia, dan ia mungkin bertambah meluas tahun ini.

"Subsidi kepada sebahagian besar defisit. Ianya mempunyai kelemahan lain juga," kata Shamsul  dalam ucapannya kepada persidangan gas.

"Subsidi menghalang ketelusan, mengurangkan persaingan dan menghalang pelaburan baru," katanya, sambil menambah bahawa Petronas membayar antara RM18 bilion dan RM20 bilion ringgit (US$ 5.75-6.35) setahun untuk subsidi penggunaan gas.

Malaysia tidak menghadapi krisis fiskal. Pelabur asing tidak sabar membeli bon kerajaan Malaysia, yang yakin rizab negara minyak, gas dan mata wang asing adalah cukup untuk memastikan hutang-hutang akan dibayar.

Namun, ianya akan diuji dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Kejatuhan harga minyak dan gas, akan mengekang keuntungan 2012 Petronas, dan krisis zon euro 1 semakin teruk boleh menjejaskan eksport negara.

Pengecilan pembayaran Petronas dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan akan memberi kesan kepada kewangan kerajaan.

Shamsul berpendapat kini adalah masa yang sesuai untuk meneruskan pemerolehan syarikat luar sebagai "backup" akibat  bekalan tenaga domestik Malaysia yang akan mengurang.

Pada Khamis, syarikat itu mengumumkan ia telah memperolehi Syarikat "Joint-Venture" Kanada nya, Progress Energy Resources Corp, pada harga US$ 4.7 bilion. Beliau mengumumkan lebih banyak lagi selepas ini.

"Untuk melakukan itu, kita perlukan tunai," kata Shamsul dalam ucapannya.

"Masalahnya ialah, kerajaan perlu tunai, juga".


MENARA DI MALAYSIA


Petronas, satu-satunya Syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Fortune Global 500, Ianya tempat teratas di seluruh negara Asia Tenggara. Menara kembar 88-tingkatnya, pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia, menguasai latar langit Kuala Lumpur.

Rizab Minyak Petronas dan gas berada di rangking ke-28 di dunia, menurut data daripada PetroStrategies di Plano, Texas, di hadapan beberapa pemain utama (main-player) yang lebih dikenali seperti Norway Statoil dan CNOOC (ChinaNational Offshore Oil Corp).

Ianya luar biasa untuk syarikat milik negara, hutang Petronas dinilai lebih besar daripada sebuah kerajaan negeri. Syarikat itu mempunyai pinjaman kira-kira $15.6 billion pada Mac 31.  Dan syarikat US,  U.S. insurer Aflac Inc di kalangan pemegang hutang.

CEO Petronas dan Ahli Lembaga, dilantik setelah diperkenan Perdana Menteri. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Perdana Menteri menyalurkan dana Petronas untuk membina projek-projek impian mereka dan menyelamatkan kesilapan-kesilapan mereka(bailout).

Pemimpin-pemimpin politik telah digunakan untuk berurusan dengan Pegawai "yes sir!" dalam Petronas, yang pada carta organisasinya di Malaysia adalah sebahagian daripada mereka di Pejabat Perdana Menteri.

Kini Petronas cuba untuk mengatakan "tidak!".

Seperti semua syarikat minyak milik negara, Petronas dijangka mengistiharkan bersama bahagian keuntungan kepada kerajaan, Ianya sama seperti syarikat minyak sektor swasta membayar dividen kepada pemegang saham.

Angka Petronas menunjukkan, dividen baru ini menetapkan sehingga hampir 55% daripada keuntungan bersih dalam tahun fiskal yang berakhir 31 Mac, 2011, jauh melebihi purata 38% yang dibayar oleh syarikat-syarikat minyak nasional di seluruh dunia.

Termasuk cukai, duti eksport dan dividen, Petronas menganggarkan jumlah bayaran kepada kerajaan Malaysia sehingga RM65.7 billion (US$21.10 billion) dalam tahun fiskal.

MELUASKAN DEFISIT

Petronas telah menolak  dasar dividen baru yang akan menetapkan pembayaran tahunan kepada kerajaan pada 30 peratus daripada keuntungan dan bukannya kadar rata RM28 billion (US$ 8.75) seperti yang akan dibayar tahun ini.

Pembayaran yang lebih rendah akan membolehkan Petronas menyimpan wang untuk melabur semula dalam industri global, untuk mengimbangi penurunan bekalan domestik.

Analisis Reuters terhadap data kewangan menunjukkan Petronas akan membayar hampir kepada RM17 bilion dalam tahun fiskal Mac 2011, jika dividen 30%  digunakan.

Pembayaran dividen yang lebih kecil akan meluaskan defisit fiskal Malaysia, melebar kira-kira 6.5 % daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Peratusan itu hampir tiga kali ganda purata di kalangan Negara Ekonomi Baru Muncul di pasaran dunia, menurut data Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF).

Dengan wang yang kurang daripada Petronas di bawah formula baru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan mempunyai tiga pilihan yang tidak popular: pemotongan perbelanjaan, meningkatkan cukai atau mengekang defisit.

Semakin teruk kewangan awam boleh menggoncang pelabur asing, yang memegang kira-kira 39% daripada hutang mata wang tempatan kerajaan, antara yang tertinggi di rantau Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas meletakkan wajah yang berani apabila Reuters bertanya kepadanya jika formula baru mungkin akan dimasukkan ke dalam tahun ini, dengan pilihan raya kini dijangka secepat September.

"Kerajaan cukup sedar akan keperluan kami mempunyai dana sendiri untuk pertumbuhan Petronas," Shamsul berkata selepas syarikat itu mengumumkan keputusan kewangan pada 31 Mei. "Mereka menghormati dan mereka akan bersetuju dengan permintaan kami."

Bagimanapun Pejabat Najib enggan mengulas.

RANGSANGAN PILIHANRAYA?

Najib, yang mengambil alih kepimpinan negara, tetapi masih belum lagi menerima mandat pilihanraya sebagai perdana menteri. Beliau telah menaikkan gaji penjawat awam dan pembayaran tunai kepada isi rumah berpendapatan rendah - yang dilihat lebih untuk memenangi undi -  dilihat Petronas mempunyai bahagian dalam dana program tersebut.

Agensi Penilaian Fitch memberi amaran pada Februari, bahawa bajet Malaysia adalah terlalu bergantung pada hasil petroleum, dan pilihan raya boleh meningkatkan perbelanjaan dan meluaskan defisit bajet.

"Jika langkah-langkah rangsangan yang agresif dilaksanakan dan ini membawa kepada peningkatan yang berterusan dalam nisbah hutang awam (public debts ratio), ia akan menjadi negatif untuk rating penilaian," tulis Fitch.

Ianya mungkin sudah berlaku. Kerajaan pada Jun lalu telah membentangkan di parlimen untuk perbelanjaan tambahan berjumlah  RM13.8 billion - lebih daripada separuh untuk subsidi makanan dan bahan api yang akan meluaskan defisit fiskal kepada 6% daripada KDNK.

Petronas hanya mula memperincikan sumbangan kepada kerajaan 2 tahun lalu - sementara mula melobi untuk perubahan di dalam polisi dividen. Malah, perkataan "dividen" tidak  pernah muncul dalam laporan tahunannya bagi tahun 2001 hingga 2009.

Reuters juga memperincikan kajian untuk tahun-tahun sebelumnya, bermula 1976 mendapatkan angka-angka daripada bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang kini penasihat kepada Petronas. Tetapi Petronas enggan untuk mengesahkan ketepatan tersebut.

TIADA PENDEDAHAN AWAM

Data Mahathir menunjukkan Petronas membuat pembayaran kepada negara lebih daripada dua kali ganda antara tahun 2005 dan 2011 kerana harga minyak yang melonjak tinggi.

Dalam pada itu, Perbelanjaan Negara juga turut berkembang, melebarkan defisit bajet walaupun pendapatan meningkat. Tetapi Malaysia tidak akan mendedahkan untuk apa wang Petronas dibelanjakan.

Reuters membuat permintaan rasmi bagi mendapatkan data dari pejabat Audit Negara Malaysia,  tetapi Agensi Audit berkata ia boleh memberikan angka belanjawan untuk segala-galanya, kecuali sumbangan Petronas.

Tanpa akses kepada perangkaan rasmi, ia adalah sukar untuk menentukan bagaimana kerajaan membelanjakan wang Petronas. Mahathir berkata kepada Reuters beliau mengeluarkan data tambahan Petronas di laman blognya sebagai "penjelasan" untuk maklumat lanjut, mengenai ke mana wang "pergi" setelah beliau berundur pada tahun 2003.

"Sebahagian besar untuk perbelanjaan operasi, termasuk kenaikan gaji untuk 1.4 juta penjawat awam yang kebanyakannya etnik Melayu," Mahathir berkata.

Sejak Najib mengambil alih jawatan pada tahun 2009, perbelanjaan operasi telah meningkat sebanyak hampir 16 %. Sementara perbelanjaan pembangunan, termasuk pendidikan, keselamatan dan kesihatan, adalah sama.

Menaikkan gaji memerlukan kos tinggi, Dr Mahathir berkata dalam satu temu bual dari pejabatnya di tingkat 83 Menara Berkembar Petronas. Sekali gaji naik, beliau berkata, ia adalah sukar untuk memotong pada tahun-tahun berikutnya.

"Jadi, hasilnya, anda mengambil lebih dari perbelanjaan pembangunan kerana perbelanjaan pembangunan tidak merupakan satu keperluan wajib," katanya. "Anda boleh memotong dari situ!"

MENGEMBANGKAN OPERASI LUAR NEGARA

Dengan bekalan minyak domestik menurun, Petronas telah berkembang di luar negara, melabur di Sudan, stesen petrol di Afrika Selatan dan Industri Gas Asli Cecair di Eropah. Peta Korporatnya menunjukkan operasi Petronas di lima benua.

Tetapi 29% daripada pengeluaran antarabangsa syarikat itu tertumpu di Sudan dan Selatan Sudan, dan pertempuran di sepanjang sempadan Sudan menyebabkan kebanyakan saluran paip ditutup. Shamsul memberi amaran bahawa terhentinya pengeluaran di Sudan akan menelan kos kepada syarikat sebanyak RM3 bilion.

Itu adalah salah satu sebab di sebalik pembelian Syarikat Canada's Progress Energy. Shamsul berkata perjanjian-pembelian itu akan meningkatkan sumber gas syarikat di rantau “geopolitik yang tidak stabil”.

Pengambilalihan seperti ini memerlukan banyak wang, dan Petronas berpendapat ia tidak memenuhi “misinya” apabila menyerahkan lebih daripada separuh keuntungan kepada kerajaan.

Menurut kabel diplomatik yang dikeluarkan oleh Wikileaks dalam bulan Jun tahun lepas. Ahli Lembaga Petronas , Mohammed Azhar Osman Khairuddin berkata kepada Diplomat AS yang tidak dikenali bahawa Petronas "merasakan tekanan yang besar untuk mengembangkan perniagaannya, di samping untuk mengekalkan status politik Malaysia."

Azhar berkata Petronas mahu wang dilaburkan dalam aset minyak dan gas "untuk menggalakkan keuntungan pada masa depan, lebih daripada utama dari dibelanjakan sekarang untuk program domestik mendapat, demi keuntungan politik". Azhar mahupun Petronas tidak memberi maklum balas bila ditanya mengenai hal ini.

Isu pembayaran kepada kerajaan dan pelaburan korporat adalah masalah bagi syarikat-syarikat minyak milik negara yang lain juga.

Petronas dilihat menghadapi dilema yang sama dihadapi oleh syarikat minyak negara Mexico, Pemex. Kerajaan Mexico, mengambil tunai begitu banyak daripada perniagaan Pemex, Syarikat mempunyai masalah melabur dalam pengeluaran.

Firma Fitch memberikan penarafan "BBB" kepada penerbitan hutang terbaru syarikat itu, memetik beban cukai yang besar dan "pendedahan kepada risiko campur tangan politik."

Dengan permintaan tenaga global dijangka meningkat sebanyak kira-kira 30% pada tahun 2050 dan penduduk pula dijangka meningkat kepada 9 bilion, para Eksekutif bertanya sama ada kerajaan adalah halangan utama dalam memastikan bekalan masa depan pada tahap yang berpatutan.

Ketua Eksekutif Exxon Mobil, Rex Tillerson berkata di Persidangan Gas Dunia bahawa peraturan, cukai dan subsidi meletakkan risiko kepada projek-projek yang diperlukan untuk menjana pertumbuhan global. Jika keadaan ini berterusan, kerajaan akan melihat ekonomi mereka "berjalan ke belakang," katanya.

Petronas mempunyai empat projek minyak di Iraq, yang dijangka mencapai pengeluaran komersial tahun ini. Anggaran Shamsul bahawa output Operasi Petronas akan memuncak pada 800,000 tong minyak sehari pada tahun 2015 - kira-kira 45 peratus daripada pengeluaran minyak mentah tahunan Malaysia.

Syarikat itu tidak mendedahkan berapa banyak melabur di Iraq, tetapi dianggarkan sebanyak US$8 billion dilaburkan di satu medan, Gharf Oilfield, di mana Petronas membangunkan bersama Jepun petroleum exploration Co.

"Sebab (Petronas) tidak mahu memberikan wang kepada kerajaan kerana ia memerlukan wang untuk melabur semula," kata Mahathir. "Ini adalah perniagaan yang sangat mahal seperti yang anda tahu. Semuanya berjalan di atas angka berbilion-bilion dolar. "

TADBIR-URUS BAIK


Sebagai syarikat minyak negara, Petronas mempunyai reputasi yang baik bagi tadbir urus. Pada 2011 Kertas Kerja Bank Dunia mengenai tadbir urus dan prestasi syarikat-syarikat minyak nasional meletakkan Petronas sedikit melebihi purata global.

Tetapi ia telah membiayai beberapa projek yang boleh dipersoalkan, kedua-dua di bawah Najib dan pemimpin sebelumnya. Dua kali pada tahun 1984 dan 1989 - Mahathir meminta Petronas untuk menyelamatkan (Bailout) Bank Bumiputra Bhd dari keruntuhan akibat beberapa skandal. Dalam kedua-dua penyelamatan (bailout) tersebut, Petronas telah menyuntik sejumlah RM3.3 bilion ringgit ke dalam bank.

Mahathir juga telah menarik kritikan umum apabila menggunakan dana Petronas menyelamatkan (bailout) Syarikat Perkapalan anak sulung beliau, Mirzan yang dibebani hutang. Dan sekali lagi dana digunakan untuk “menyokong” Syarikat Proton (pembuat Kereta Malaysia), yang menaja Pasukan Lotus dalam Formula Satu.

Mahathir menafikan beliau menyelamatkan anaknya. Petronas "telah ditawarkan dengan tawaran yang agak berisiko dan ianya berakhir dengan keuntungan dengan tawaran itu!," beliau menegaskan.

Petronas bagaimanapun telah berulang kali menolak untuk membincangkan tentang hal penyelamatan (bailout) itu.

 

Krisis antara Petronas dan kerajaan menjadi perhatian umum selepas Najib mengambil alih jawatan pada 2009.

Hassan Marican (gambar), Ketua Pegawai Eksekutif Petronas pada masa itu, tidak bersetuju dengan Najib mengenai isu-isu siapa yang patut dinamakan sebagai Ahli Lembaga Petronas sehinggalah kepada Pasukan Formula Satu mana untuk ditaja.

Reuters difahamkan bahawa Najib memberi notis 6 hari kepada Hassan bahawa kontrak beliau tidak akan diperbaharui pada tahun 2010, berakhirnya kerjaya 21 tahun beliau.

Tiga orang yang mempunyai pengetahuan langsung tentang keadaan ini berkata Hassan telah melepaskan jawatan kerana dia tidak dapat “bersama-menuruti” Najib.

"Hanya enam hari notis untuk kerjaya yang merangkumi lebih dua dekad bersama Petronas," kata orang yang rapat kepada Hassan.

Hassan, kini merupakan ahli lembaga di syarikat minyak utama Amerika, ConocoPhillips dan pengerusi syarikat Singapore Power Utility, tidak memberi repon di atas permintaan temubual.

Dilantik oleh Mahathir, Hassan Seorang Akauntan berusia 59 tahun, mempunyai kebebasan yang agak besar  di Petronas sebelum pertempuran dengan Najib.

Mahathir berkata Hassan sering berkata "tidak" kepada cadangan-cadangan beliau, walaupun beliau tidak bersetuju untuk menyelamatkan syarikat kereta nasional yang merupakan kebanggaan negara dan syarikat yang dimiliki oleh anak Mahathir.

Hassan enggan untuk menggunakan syarikat Malaysia yang tidak berpengalaman untuk membangunkan industry minyak dan gas, atau meneruskan operasi mahal membangunkan lapangan minyak kecil di negara ini, kata sumber yang rapat kepada Hassan.

Kedua-dua projek itu adalah sebahagian daripada cita-cita tinggi Najib bernilai US$444billion (RM1.42 Trillion), lebih dikenali Program Transformasi Ekonomi yang dilancarkan pada September 2010 - hanya 7 bulan selepas penyingkiran Hassan. ($1 = 3,1985 Ringgit Malaysia)

(Laporan tambahan oleh Rosenberg Mica di Mexico City dan Yantoultra Ngui di Kuala Lumpur; Penyuntingan oleh Bill Tarrant dan Michael Williams. Diterjemah oleh Hasani Mohamed)

http://www.reuters.com/article/slideshow/idUSBRE86105420120702#a=1

0 comments: