Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Tuesday, March 31, 2015

Apa nasib mahasiswa selepas GST, kerajaan patut prihatin

GST Grafik Baru
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyatakan kerisauan dan keresahan kami akan nasib para pelajar khususnya mahasiswa yang menuntut di peringkat pengajian tinggi selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April ini.

GST yang diwar-warkan di media sebagai ‘baik’ dan ‘dapat mengurangkan harga barangan’ ternyata suatu penyelewengan daripada realiti.

Pihak kami menerima aduan daripada para mahasiswa bahawa mereka telah menerima notis daripada pihak pentadbiran universiti tentang kenaikan harga yuran pengajian, yuran asrama, dan yuran berkaitan yang menyebabkan kos sara hidup mereka semakin meningkat.

Kerajaan telah berjanji bahawa beberapa barangan dan sektor perkhidmatan dikecualikan daripada GST. Antaranya adalah sektor kesihatan, pengangkutan awam dan pendidikan (exempted) dan beberapa barangan keperluan asas (zero-rated).

Namun, pihak kami meragui kesan pengecualian GST atas perkhidmatan tersebut kerana penyedia perkhidmatan tetap dikenakan GST dalam kos pentadbirannya.

Justeru, walaupun pengguna perkhidmatan tersebut dikecualikan daripada GST tetapi harga perkhidmatan akan tetap dinaikkan, dan mahasiswa akan menjadi mangsanya.

Mungkin sesetengah pihak menarik nafas lega setelah YAB Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan bahawa buku-buku akan termasuk dalam kelompok barang perbekalan berkadar sifar.

Namun begitu, akibat pelaksanaan GST, pihak pencetak dan penerbit buku tetap akan menaikkan harga buku walaupun tanpa GST dan rakyat tetap akan terbeban dengan kenaikan tersebut.

Apatah lagi, dalam riuh rendah keresahan rakyat terhadap GST, tiba-tiba secara mengejut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan harga tambang perkhidmatan awam yang berkuatkuasa serta merta, menjadikan keadaan semakin meresahkan.

Dalam masa yang sama, pinjaman PTPTN pun telah dikurangkan menjadikan kehidupan kemahasiswaan semakin tertekan. Perlu diingat bahawa mahasiswa adalah kelompok yang tidak berkerjaya dan tiada perolehan pendapatan.

Mahasiswa juga terpaksa menanggung kesan kenaikan harga barang secara mendadak. Mereka juga perlu berbelanja untuk makanan, perkhidmatan awam, yuran pengajian, buku akademik dan peralatan pengajian.

Atas pertimbangan ini, ramai mahasiswa marah dan sesetengah mereka menyatakan bantahan secara terbuka termasuk melalui unjuk rasa dan demonstrasi. Tindakan mereka adalah disebabkan rasa kesal terhadap janji kerajaan untuk mengutamakan rakyat.

Oleh yang demikian, pihak PKPIM memohon penjelasan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam isu kenaikan kos pendidikan dan sara hidup mahasiswa.

Kami juga mendesak YB Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan bersuara mempertahankan nasib mahasiswa yang telahpun menjadi mangsa kenaikan harga yuran perkhidmatan pengajian dan barangan.

Antara cadangan kami kepada pihak KPM ialah:

i) Kawalan harga dan pengecualian kepada mahasiswa daripada terkena impak segera GST khususnya untuk harga makanan dan minuman di kafe universiti, serta harga barangan dan perkhidmatan dalam kampus.

ii) Jaminan perlindungan kepada mahasiswa daripada kenaikan harga yuran pengajian dan servis lain seperti asrama dan perkhidmatan oleh universiti.

iii) Diskaun kepada mahasiswa untuk perkhidmatan awam, pembelian buku dan barangan pengajian. Kad Siswa 1 Malaysia wajar diperluaskan penggunaannya.

Perlu dinyatakan di sini, sebagai pertubuhan mahasiswa, kami juga melakukan survei dan kajian impak ini secara ilmiah.

Bukanlah telahan kami ini bermaksud menafikan kesan positif GST untuk perkembangan ekonomi negara akan tetapi melihat kepada kondisi semasa ketidakstabilan ekonomi dalam negara, kami berpandangan adalah tidak sesuai untuk ia dilaksanakan.

Ternyata impak negatif lebih nyata daripada kesan positif yang diwar-warkan oleh kerajaan selama ini.

Kegagalan KPM memenuhi tuntutan ini akan menatijahkan kesan buruk kepada mahasiswa dan tidak mustahil aksi-aksi bantahan akan terus dijalankan secara lebih agresif.

“Hidup Biar Berjasa”

*Mohammad Fazril Mohd Saleh adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Baca Seterusnya......

Bahaya Syiah dan Ancamannya Terhadap Akidah Umat Islam

Sumber FB Musafir Senja Al Dimasyqi

Aku telah menghabiskan sepuluh tahun dari umurku bersama Syiah dan aku pelajari sejarah mereka, aku teliti sepak terjang mereka dan tokoh-tokoh utama mereka. Demikian pula perseteruan mereka terhadap Ahl Sunnah Wal Jama'ah. Itu semua aku lakukan selama pengembaraan ilmiahku dalam rangka mendapatkan gelaran Master dan Doktor di bidang sejarah Syiah, tepatnya di negeri Iraq dan Iran.

Aku renungi dengan saksama sekta Syiah Batiniyyah yang menghalalkan darah kaum muslimin, dan menyebarkan fahaman Syiah dengan api dan besi [kekuatan senjata], sampai mereka berhasil memaksa bangsa Iran sejak 400 tahun untuk memeluk Syiah. Mereka memaksa jutaan warga Ahl Sunnah di Iran untuk menganut fahaman Syiah, sampaikan para sejarawan mengatakan bahawa jumlah Ahl Sunnah yang dibunuh oleh Syiah di masa Daulah Safawiyyah [Syiah Rafidhah] mencapai SATU JUTA NYAWA.

Mereka disembelih dengan pedang oleh tangan-tangan Syiah Rafidhah, sehingga beralihlah Iran yang Sunni menjadi Syiah Majusi sejak 400 tahun lalu.

Lebih dari itu, pada saat-saat paling kritis dalam sejarah, kaum Syiah Rafidhah justeru bekerjasama dengan kaum Yahudi dan Nasrani untuk melawan Ahl Sunnah Wal Jama'ah. Inilah penyebab terhentinya perluasan wilayah Daulah Utsmaniyyah di benua Eropah, setelah mereka berhasil menakluk belahan timur Eropah. Daulah Utsmaniyyah sempat menjejakkan kakinya di jantung Eropah, dan mengepung kota Wina [Austria], namun akhirnya mereka harus kembali ke negara Timur [Asia] dan melupakan impian penaklukan Eropah dan masuknya warga Eropah ke pangkuan Islam.

Oleh kerana itu, salah seorang sejarawan Barat terkenal berkata,

“Andai bukan kerana pengkhianatan dan serangan kaum Syiah Safawiyyah [Rafidhah] terhadap Khilafah Utsmaniyyah dari arah belakang, nescaya Utsmaniyyah akan mengusai Eropah seluruhnya, dan beralihlah Eropah menjadi Benua Islam.”


Diantara tragedi yang membuatku merenung cukup lama, dan hampir-hampir tidak percaya hal itu mampu dilakukan oleh seorang manusia, apalagi yang mengaku muslim.. Ialah apa yang dilakukan oleh Syiah Qaramithah [salah satu kelompok Syiah Batiniyyah] di sekitar Baitullah [Masjidil Haram] pada tahun 317 H, tepatnya pada hari Tarwiyah [tanggal 8 Dzulhijjah] ketika mereka menyerang jemaah haji dan membunuh lebih dari 30 ribu nyawa. Kubah perigi air zam-zam mereka hancurkan, pintu Ka'abah mereka cungkil, kiswahnya mereka tanggal dan siapa pun dari jemaah haji yang bergayutan di kiswah Ka'abah, mereka sembelih. Lalu mereka kuburkan jasad kaum muslimin tersebut di perigi zam-zam. Setelah itu, mereka mencungkil Hajar Aswad dari tempatnya, dan membawanya ke negeri mereka [Ahsa'].

Setelah merenungi tragedi ini, barulah aku meyakini kebenaran ucapan Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah tentang kaum Syiah Batiniyyah bahawa,

“Mereka itu lebih kafir dari Yahudi dan Nasrani, dan memerangi mereka lebih wajib daripada memerangi orang-orang kafir, sebab mereka tergolong kaum murtad.”

Hari ini, setelah kita menyaksikan penyembahan terhadap Bashar Al Assad yang berlaku di Syria, dan pembantaian serta pembunuhan terhadap Ahl Sunnah Wal Jama'ah yang belum pernah dilakukan kaum Yahudi mahupun Tatar [Mongol] sekalipun. Ditambah lagi penghancuran dan penghinaan ke atas masjid-masjid, yakinlah aku bahawa Bashar Al Assad dan Syiah Nusairiyyah adalah anak cucu dari Syiah Batiniyyah Qaramithah tersebut.

Benarlah firman Allah ;

ذريةً بعضها من بعض

“Sebahagiannya merupakan keturunan sebahagian lainnya..”

Seakan-akan sejarah sedang terulang kembali !

- Dr. Majdi Ar Roba'iy -

SEJARAH KITA PERLU TAHU...(317-339 Hijrah) 929-952 Masihi. TENTERA SYIAH MENYERANG KAABAH...
Hari Al Tarwiyah (hari kelapan dalam bulan Zulhijah), tentera Syiah Qurmuty (diketuai oleh Hamadan Ibn Al-Ashath Al-Qurmuti) menyerang konvoi haji pada tahun 317 Hijrah, membunuh semua jemaah haji, kemudian beliau menyerang Kaabah, menarik keluar batu hitam (Hajar Aswad) dan memecahkan kepada 8 bahagian kecil. Menarik keluar pintu Kaabah dan kemudian memecahkannya, menarik keluar kisa’a Al-Kabah dan memotongnya kepada banyak pecahan dan memberikannya kepada sahabat-sahabat beliau, kemudiannya beliau mengarahkan pengikut-pengikut beliau untuk memusnahkan Mizab Al-Kabah [saluran untuk menyalurkan air (sekiranya hujan) dari atas Kaabah]. Pabila pengikut beliau cuba untuk memusnahkan saluran ini, dia (pengikut yang diarahkan) terjatuh dari bumbung Kaabah dan mati. Beliau (Hamadan) kemudiannya menyuruh pengikutnya mencampakkan mayat-mayat jemaah haji yang telah mereka bunuh ke atas bumbung Kaabah, Mizab (saluran air) mengalirkan darah orang Muslim buat pertama kalinya dalam sejarah. Beliau kemudian mencampakkan mayat-mayat selebihnya kedalam telaga Zam-Zam sehingga penuh dan kemudian menutup telaga ini dengan batu yang besar.

Wanita Qurmuti (pengikut syiah) akan membawa air kononnya untuk menyiram mayat-mayat jemaah haji ini atau memberi minum kepada jemaah haji yang tercedera, akan tetapi apabila mereka berjumpa dengan jemaah haji yang masih hidup, mereka akan membunuhnya tanpa memberi air. Mereka (wanita Qurmuti) percaya bahawa mereka perlu membunuh sekurang-kurangnya 3 orang Sunni (Nasibi, gelaran yang mereka berikan pada orang Sunni) yang dahaga untuk mereka mendapat tempat di Jannah. Mayat-mayat yang lain pula ditanam di dalam Masjidil Haram dimana mereka (jemaah haji) dibunuh tanpa solat jenazah, ghosul mahupun dikafankan.

Kemudian beliau (Hamadan) berdiri di depan pintu Kaabah dan menjerit ke langit dan berkata: “ Akulah yang berani mencabar ALLAH, akulah yang berani mencabar Tuhan, DIA mencipta kamu dan aku membunuh kamu semua (jemaah haji)”.
Pengikutnya yang turut memusnahkan Hajar Aswad juga menjerit ke langit: “Dimana burung-burung Ababil ENGKAU? Dimana batu Sijjil (batu dari tanah yang terbakar) ENGKAU?” Merujuk kepada peristiwa serangan bergajah yang dipimpin oleh raja Abrahah sebelum kedatangan agama Islam.

Kemudian beliau membawa Hajar Aswad ke timur (Al-Qatif) dengan menggunakan 70 ekor unta, setiap unta yang membawa batu hitam (Hajar Aswad) jatuh sakit dan kemudian mati di tengah padang pasir. Kemudian mereka membina ‘AinulKuaibah’ dan meletakkan batu hitam itu (Hajar Aswad) di situ selama 22 tahun dan menyuruh orang ramai mengerjakan haji di situ (AinulKuaibah), tetapi tiada siapa yang pergi.

Selama 22 tahun orang Muslim tidak mengerjakan haji.

Kemudian, Khalifah (Al-Muktadir Billah) menyerang pengikut-pengikut Qurmutiah dan membunuh mereka dalam peperangan antara 80 ribu askar menentang 3 ribu askar Qurmutiah. Satu kumpulan kecil Qurmutiah, lebih kurang 10 buah keluarga dapat melarikan diri ke Syria (Bilad Al-Sham) kemudian ke Jabal Al-Arab, sebuah gunung di Arab dan menyembunyikan diri supaya tidak dibunuh, salah sebuah keluarga tersebut adalah ((Al-Assad)).-"kitab al- Bidayah Wa an- Nihayah oleh Al-Hafidz Ibnu Katsir"

Imam Al-Ghazali berkata: “ Syiah Qurmutiah adalah rofidah (keluar dari Islam) dari luar , kafir dari dalam”.

Imam Ibn-Taimyah berkata: “ Syiah adalah batiniyah (ajaran yang menyimpang dari agama Islam) dan musuh kepada Islam, dan yang lebih teruk kekafirannya adalah Qurmotiyah, mereka akan berlakon bahawa mereka adalah Muslim Shiah dan bila mereka mendapat peluang, mereka akan membuka pintu kepada musuh-musuh Islam untuk mengkhianati kita, mereka (Qurmotiyah) telah jauh tersasar dari Quran dan Hadis.

Salah sebuah peninggalan Qurmotiyah ini adalah ‘Ainul Kuaibah”, di Al Ahsa (bangunan yang mereka dakwa untuk menggantikan Kaabah yang mana mereka meletak batu hitam (Hajar Aswad) dan menyuruh umat Islam menunaikan haji di situ.

# Dari golongan inilah lahirnya Syiah Nusairiyyah di Syria.

Baca Seterusnya......

Thursday, March 19, 2015

Hutang Negara Malaysia 2015 63.8% (RM847.9 bilion) Daripada GDP. Amaran Tengku Razaleigh (KU LI) Kepada Kerajaan Malaysia!

Sumber Beritasemasa

hutang negara
Hutang Negara Malaysia 2015 63.8% (RM847.9 bilion) Daripada GDP. Amaran Tengku Razaleigh (KU LI)  Kepada Kerajaan Malaysia! : Sesuatu perlu diperbetulkan dengan segera. Jikalau semak semula hutang isi rumah di Malaysia bukanlah tinggi biasa, sangat tinggi iaitu pada kadar 87.4% pada tahun 2015yang mana telah diangkat sebagai sebuah negara yang mempunyai hutang isi rumah yang paling tinggi di Asia.

Negara maju seperti Korea Selatan, Singapura, Jepun pun “kalah dengan Malaysia“. Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk lebih 200 juta pun kalah dengan negara membangun seperti Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 29.8 juta orang sahaja.

Jikalau sebelum Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan Berita pada tahun 2014 seperti di bawah ini mengenai keadaan dan situasi hutang isi rumah di Malaysia, jumlahnya terus meningkat pada ketika ini.


Hutang Negara Malaysia Terkini 2015 Terus Naik!

Semakan Berita Semasa menunjukkan data dan statitik yang dikeluarkan sendiri oleh The Economist melalui Economist Intelligence Unit yang berpangkalan di North Michigan Avenue, Chicago, Amerika Syarikat menunjukkan hutang negara Malaysia 2015 terus menunjukkan trend kenaikan sehingga meninggalkan terus negara jiran kita seperti Thailand dan juga Indonesia daripada kadar jumlah hutang kerajaan Malaysia iaitu di paras RM847,978,546,769.32 bersamaan RM847.9 bilion.

Dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bangkit di Dewan Rakyat baru-baru ini menyuarakan kembimbangan dan amaran kepada kerajaan Malaysia apabila melihatkan situasi hutang negara Malaysia yang berada paras yang menyebabkan krisis ekonomi dan politik pada masa yang akan datang.

Hutang negara Malaysia, hutang rakyat juga. Semakin tinggi hutang negara Malaysia, maknanya semakin terbebanlah rakyat Malaysia di masa akan datang untung menangggung.

P/S : Dikala ekonomi negara Malaysia tidak menentu, berjimat cermatlah ketika berbelanja dan menguruskan dana awam. Berbelanja berdasarkan kemampuan sendiri bagi negara membangun seperti Malaysia.

PP/S : Ketika rakyat marhaen disaran perlu berjimat dan mengikat perut bila perlu, kerajaan Malaysia pun sepatutnya menunjukkan tauladan dan contoh yang terbaik kepada yang di bawah.

Baca Seterusnya......

Fungsi tersembunyi Whatsapp yang mesti ditukar sekarang!!

Jika anda salah seorang daripada 700 juta pengguna WhatsApp, kami cadangkan anda menukar beberapa fungsi yang kami nyatakan di bawah dengan serta merta untuk menghindarkan diri daripada terkena masalah di masa hadapan.

Incoming media
Salah satu fungsi default yang paling menjengkelkan semua pengguna WhatsApp dimana setiap gambar dan video akan disimpan secara automatik ke dalam photo album ataupun Camera Roll. Mungkin sesetengah anda suka menyimpan gambar, tapi bagaimana jika anda masuk kedalam group WhatsApp yang ‘gila’ selfie? mahukah anda menyimpan 1000 gambar selfie rakan anda.

Fungsi ini boleh dimatikan melalui “setting menu”, seterusnya tekan “Chat Settings” dan tetapkan pilihan “Save Incoming Media” kepada Off

Message Previews
Fungsi ini akan menjadikan pesanan mesej yang anda terima sebagai push notification. Pasti malu jika rakan anda membaca pesanan manja anda. Untuk mematikan fungsi ini, pergi ke “Settings,” pilih “Notifications” dan tetapkan “Show Preview” kepada off. Sekarang anda hanya akan mendapat notifikasi yang mengatakan, “Message from razak” dan bukannya pesanan mesej sebenar.

Share Your Location
Hanya menggunakan WhatsApp, anda boleh kongsikan kedudukan terkini kepada sesiapa sahaja dengan semudah menekan paparan skrin. Tetapi untuk mengunakan fungsi ini, pertama-sekali anda perlu memberi kebenaran kepada WhatsApp mengakses data lokasi anda.

Masuk ke mana-mana chat dan tekan ikon anak panah di sebelah kiri kotak teks. Pilih “Share Location” dan tekan “Allow” apabila notifikasi seperti gambar di bawah terpapar.

Last Seen
Ini juga salah satu fungsi default yang tidak best. Untuk matikan fungsi ini, pergi “Settings” tekan “Account” > “Privacy” > “Last Seen.” di sini anda boleh ubah untuk menghalang beberapa orang daripada melihat “Last Seen” ataupun kesemuanya contact. Perlu diingatkan, anda tidak akan dapat melihat “Last Seen” orang lain jika mematikan fungsi ini.

Automatic Backup
Facebook boleh back up semua pesanan mesej anda secara automatik. Pergi“Settings” > “Chat Settings” > “Chat Backup.” dari situ anda boleh memilih “Auto Backup” di akaun iCloud secara harian, mingguan ataupun bulanan. -mummynemo

Baca Seterusnya......

Microsoft Akan Menamatkan Jenama Internet Explorer

Microsoft Akan Menamatkan Jenama Internet Explorer Bersama-sama Pengenalan Windows 10. Internet Explorer merupakan pelayar web utama yang hadir bersama-sama sistem operasi Windows.

Sejak beberapa tahun lepas, Microsoft telah mula menambah-baik penawaran pelayar web berkenaan, tetapi pengguna masih tidak dapat menerima penggunaannya – salah satu sebabnya adalah kerana jenama Internet Explorer yang selalu sinonim dengan pelbagai masalah ketika melayari web beberapa tahun lepas.

Pada awal tahun ini, ketika berkongsi mengenai beberapa fungsi Windows 10, Microsoft telah memperlihatkan pelayar web baru menggunakan nama kod “Project Spartan”.

Kini, ia dilihat pelayar web berkenaan kelak akan menggantikan Internet Explorer, dan pada masa yang sama penggunaan jenama Internet Explorer akan ditamatkan secara berperingkat selepas itu.

Ia dikatakan Microsoft akan masih menyertakan Internet Explorer, tetapi lebih kepada Windows 10 versi perusahaan – sebaliknya untuk pengguna umum mereka dijangka akan memperkenalkan pelayar web baru berasaskan “Project Spartan” ini.

“Project Spartan” ini dikatakan akan menjadi medium utama untuk para pengguna melayari web pada Windows 10 kelak.

Microsoft dikatakan masih sedang memikirkan nama baru untuk pelayar web mereka yang bakal menggantikan Internet Explorer kelak.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai perancangan Microsoft ini dalam masa beberapa bulan lagi, dan melihat sendiri bagaimana pihak Microsoft ingin mengubah persepsi pengguna terhadap pelayar web mereka melalui pengenalan jenama baru kelak.

Baca Seterusnya......

Elaun RM27 000 sebulan tak memadai – Sultan Johor

Elaun_Sultan_Johor
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail berkata, baginda tidak boleh bergantung dengan elaun sebanyak RM27,000 semata-mata dan perlu menyertai bidang perniagaan.

“Biar saya berterus terang, kita (amalkan) raja berperlembagaan. Saya perlu menyara hidup, sama seperti orang lain.

“Saya tidak boleh bergantung kepada elaun RM27,000 sebulan sahaja. Saya mesti menyara hidup, seperti rakyat Malaysia biasa,” katanya dalam satu wawancara dengan akhbar The Star.

Sultan Ibrahim berkata, penglibatan keluarga diraja Johor bukan perkara baru kerana ini menjadi amalan sejak zaman moyangnya.

“Saya tidak pernah cuba menyembunyikan urusan perniagaan saya dengan menggunakan proksi, seperti dilakukan sesetengah orang. Saya terbuka dan telus,” katanya.

Katanya, penglibatan kerabat diraja dalam perniagaan yang halal merupakan perkembangan yang sihat.

Tambahnya, penglibatan dalam urusan yang diragui akan mencemarkan nama institusi beraja.

“Saya pasti rakyat Johor tidak mahu melihat saya sebagai seseorang yang menjual darjah kebesaran untuk menyara hidup,” katanya. – Malaysiakini

Temubual penuh Sultan Johor – The Star

Baca Seterusnya......