Wajib sokong Morsi - Dr Yusuf al-Qaradawi HOME

Friday, September 30, 2011

Kereta Best :Toyota Prius Plug-in Hybrid

Selain model Prius facelift terbaru dan Prius+ dengan tujuh tempat duduk, serta model Toyota Hilux 2012 versi naik taraf terbaru dan model kompak Yaris baharu, Toyota turut mempamerkan model Prius Plug-in Hybrid. Prius Plug-in Hybrid mengguna pakai teknologi hibrid termaju yang membolehkannya mencapai tahap kecekapan penggunaan bahan api luar biasa dan mampu pergi lebih jauh. Saksikan foto-foto studio Toyota Prius Plug-in Hybrid.


Baca Seterusnya......

Suasana persekitaran pengaruhi akhlak manusia

http://2.bp.blogspot.com/_jpwJMKhlT58/S16TmX0UU5I/AAAAAAAAADw/q1ni0MI6pqI/s200/tetes-embun.jpg
Budi pekerti, akhlak mulia setiap lapisan masyarakat teras kemenangan dalam perjuangan

BAGAIMANA tergamak seorang gadis berusia 19 tahun yang bersekolah di Maahad Tahfiz dibakar dan dicampak tanpa belas kasihan di tepi jalan raya. Seorang remaja berusia 16 tahun pula mendakwa dikurung, diberi dadah dan dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki.

Keruntuhan moral ini bukan sekadar membabitkan remaja, malah isu ibu bapa yang ditinggalkan di rumah kebajikan dan kes perceraian semakin meningkat dari semasa ke semasa mengundang pelbagai perbahasan untuk difikirkan bersama kaedah penyelesaian terbaik.
Adakah suasana persekitaran kita semakin bahaya, sentiasa terbuka kepada pelbagai jenayah dan boleh berlaku dalam masa yang begitu pantas? Adakah keamanan dan kasih sayang sudah semakin hilang dalam hidup masyarakat Malaysia hari ini?
Semua rakyat Malaysia perlu memikirkan bagaimana cara dan kaedah mewujudkan semula suasana harmoni dalam masyarakat kerana suasana persekitaran berperanan besar dalam menentukan buruk baik kehidupan manusia keseluruhannya.

Setiap individu Muslim perlu menekankan kepada persekitaran baik bagi membentuk kehidupan diredai Allah SWT. Justeru, melakukan kebaikan setiap detik dan masa harus menjadi agenda utama dalam melayari bahtera kehidupan.

Ibu bapa yang baik budi pekerti akan menunjukkan contoh baik kepada anak bagi membentuk sebuah keluarga bahagia dan masyarakat yang baik membantu kehidupan manusia berada di landasan baik.

Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: Dan jika penduduk negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya Kami bukakan keberkatan dari langit dan bumi, tetapi mereka membohongi, lalu Kami bertindak ke atas mereka dengan sebab yang mereka usahakan. (Surah al-Araf, ayat 96)
Al-Quran dan hadis sarat dengan pelbagai galakan supaya manusia sentiasa melazimi kebaikan dalam kehidupan sehari-hari. Neraca inilah yang menjadi pertimbangan kepada jatuh bangunnya sebuah peradaban manusia.

Lipatan sejarah jelas menunjukkan akhlak mulia setiap lapisan masyarakat menjadi teras kepada kemenangan dalam perjuangan.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Kota Constantinople (Istanbul sekarang) akan jatuh ke tangan orang Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan tenteranya adalah sebaik-baik tentera. (Hadis riwayat Ahmad)

Hanya selepas 800 tahun, ia menjadi kenyataan apabila Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan dan membuka kota itu daripada kerajaan Rom. Pengkaji sejarah mendapati antara faktor terpenting yang membawa kepada kejayaan pembukaan kota itu ialah kebaikan akhlak dan perilaku bukan setakat pemimpin saja, malah rakyat secara keseluruhannya.

Bayangkan dalam puluhan ribu tentera itu, tidak seorang pun yang pernah meninggalkan solat fardu sejak usia baligh, sebahagian saja yang pernah meninggalkan solat sunat rawatib dan daripada kalangan yang ramai itu, hanya Sultan Muhammad saja yang tidak pernah meninggalkan solat malam sejak baligh.

Fenomena ini seharusnya membuka mata kita bahawa kebaikan itu mesti menjadi syarat utama membebaskan diri manusia daripada kezaliman dan kejahatan yang melingkungi persekitaran hidup manusia kini.

Bagaimana mahu memastikan harta benda sentiasa terjaga jika kejadian pecah rumah dan samun bermaharajalela setiap hari. Harus bagaimana memastikan anak muda remaja menjaga maruahnya sedang kerosakan nilai budaya masyarakat dipaparkan dalam media cetak dan elektronik sehari-hari?

Persoalan inilah yang harus dicari jawapan supaya manusia tidak hanyut berada dalam lingkungan tidak sihat, berbudaya negatif, berakhlak tidak sopan dan hidup dalam acuan tidak Islam.

Pelaksanaan kepada kebaikan datangnya dari hati dan dorongan dalaman yang kuat. Niat saja tidak cukup, malah mesti digerakkan melalui tindakan. Namun niat itu sendiri sudah mendatangkan pahala kepada pelakunya.

Atas rahmat dan kasih sayang Allah, pasti akan memberikan balasan setimpal atas niat dan keinginan hati seseorang.

Ketinggian sifat Pengasih Allah SWT ini dikurniakan juga walaupun kebaikan itu tidak dilaksanakan, malah jika berniat untuk melakukan kejahatan, tetapi tidak ditunaikan juga akan diberi pahala oleh Allah SWT.

Dalam hadis qudsi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menuliskan kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia telah menerangkannya akan hal itu. Barang siapa yang bercita-cita untuk melakukan kebaikan tetapi tidak dilakukannya, maka Allah akan menuliskan baginya satu kebaikan yang sempurna. Dan jika dia bercita-cita untuk membuat kebaikan dan melaksanakannya, maka Allah akan menuliskan baginya 10 sehingga 700 kali ganda kebaikan malah berlipat-lipat kali ganda.

Barang siapa pula yang bercita-cita untuk melakukan kejahatan tetapi tidak beramal dengannya, maka Allah akan menuliskan baginya satu kebaikan, dan jika ia bercita-cita untuk melakukan kejahatan dan dilaksanakan kejahatan itu, maka Allah hanya akan menuliskan baginya satu kejahatan saja. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Amal salih adalah syarat utama untuk menemui Allah di akhirat kelak dengan hati yang penuh ketundukan kepada-Nya. Firman-Nya yang bermaksud: Sesiapa yang ingin bertemu Tuhannya (di akhirat kelak), maka hendaklah ia melakukan amal soleh dan tidak mensyirikkanNya dalam setiap amal ibadahnya. (Surah al-Kahfi, ayat 110)

Baca Seterusnya......

China's Third Type 071 Yuzhao Class LPD Launched

China's Type 071 Yuzhao Class LPD

China's Type 071 Yuzhao Class LPD

China's Type 071 Yuzhao Class LPD

China's Type 071 Yuzhao Class LPD

China's Type 071 Yuzhao Class LPD

Baca Seterusnya......

Jangan Bunuh Hudhud Itu

ٍSumber foto: static.howstuffworks.com

“Mengapa aku tidak melihat burung Hudhud? Apakah dia termasuk di kalangan mereka yang ponteng?” Sulaiman ‘alayhi al-salaam bertanya.

Pemeriksaan hari itu, begitu teliti dilakukannya.

Kerajaannya besar. Bukan setakat kerajaan manusia di Timur dan Barat, malah menakluki segala haiwan hingga ke komuniti Jin.

Namun Sulaiman tidak hilang pemerhatian. Tidak hilang kawalan. Baginda tahu siapa yang ada dan siapa yang tiada.

Ketidak hadiran Hudhud menimbulkan murka Sulaiman.

“Sesungguhnya aku pasti akan menghukum Hudhud itu dengan hukuman yang keras, malah aku tidak teragak-agak untuk menyembelihnya sahaja!” begitu sekali kemarahan Baginda.

Ia menggambarkan prihatian dan tegasnya Sulaiman dalam menjaga kabinet, tenaga kerja dan seluruh jentera kerajaannya. Pemimpin yang tidak meremehkan sesiapa, biar pun kakitangannya itu hanya si burung Hudhud.

“Kecuali jika Hudhud mendatangkan penjelasan yang konkrit!” Sulaiman memberi penegasan.

Tegasnya bukan sampai buta dari pertimbangan. Biar pun murka, ruang penjelasan sentiasa ada.

Kisah ini merupakan petikan firman Allah di dalam al-Quran, Surah al-Naml berkenaan Nabi Sulaiman ‘alayhi al-Salaam sebagai pemimpin kerajaannya.

“Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: “Mengapa aku tidak melihat burung Hudhud? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir? Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir. Burung Hudhud itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata (kepada Nabi Sulaiman): “Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari Negeri Saba’ dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya” [Surah al-Naml 27: 20-23]

PERANAN HUDHUD

Kisah di dalam al-Quran bukan bedtime story. Ia datang dengan ‘ibrah yang besar.

Hudhud di dalam kisah ini tidak seharusnya mencerminkan fenomena tasayyub yang boleh berlaku di dalam gerakan Islam. Gejala ‘hilang kawalan’ dan pandai-pandai sendiri dalam melakukan gerak kerja hingga tidak bergerak selari dengan dasar dan matlamat gerakan Islam, tidak harus bersandarkan kepada kisah ini.

Hudhud tidak lari daripada tujuan dan disiplin gerak kerja sebuah gerakan. Tetapi apa yang hendak ditonjolkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala di dalam ayat ini adalah sifat penting yang mesti wujud di dalam diri amilin gerakan Islam yang diwakili oleh Hudhud tersebut. Sifat yang dimaksudkan itu adalah kepekaan amilin terhadap peluang-peluang yang wujud di sekitarnya, yang mungkin tidak disedari oleh sebuah gerakan yang sudah mempunyai SOP rutinnya.

Sulaiman alayhi al-Salaam yang kekuatan serta kemampuan Baginda menguasai komuniti manusia, haiwan dan jin, tetap diperlihatkan oleh Allah betapa masih ada perkara yang berlaku di luar pengetahuannya. Dengan kemudahan dan kemahiran, maklumat masih sesuatu yang terlalu luas untuk dikuasai.

Inilah intipati penjelasan yang dikemukakan oleh Hudhud.

“Ada benda yang pengetahuan tuan tidak sampai kepadanya” kata Hudhud.

Hudhud tahu apa yang dilakukannya. Sebelum menjelaskan apa yang mahu dijelaskan, Hudhud terlebih dahulu menyediakan Sulaiman untuk menghargai apa yang bakal diterangkan.

“Aku baru pulang dari Negeri Saba’ dengan sebuah Naba’” tegas Hudhud.

Kisah yang dibawa bukan sebarang cerita. Bukan kisah kosong. Ia adalah sebuah Naba’, yakni berita penting yang perlu diketahui oleh Sulaiman.

TELADAN BUAT DA’I DAN MURABBI

Seorang da’i mesti mempunyai inisiatif positif pada mencari kebaikan. Ke mana atau di mana sahaja beliau berada, biar pun atas nama kerja dan urusan peribadi, matanya tidak harus alpa daripada membaca peluang-peluang dakwah di sekitarnya. Ruang-ruang seperti ini sering berada di luar cakupan jentera dakwah, justeru perlu dimanfaatkan mata peninjau yang berada di mana-mana.

Ia perlu berlaku tanpa menunggu arahan khusus.

Hal ini harus timbul daripada kesedaran dakwah yang tidak terikat dengan masa dan kelapangan da’i. Pengurusannya mungkin separuh masa, tetapi komitmennya sepenuh masa.

Gerakan Islam juga perlu akur bahawa bukan semua perkara mampu direncanakannya hatta ada sahaja perkara penting yang tercicir daripada keupayaan dirinya. Sulaiman alayhi al-Salaam yang merupakan seorang Rasul penerima wahyu, dan dikuatkan lagi dengan kemahirannya yang dikurniakan Allah, masih berhajatkan kepada sumbangan jentera kecilnya bernama Hudhud yang bersikap proaktif meninjau sesuatu yang berada di luar lingkungan ketuanya.

MENGHARGAI SUMBANGAN HUDHUD

Saeed Hawwa rahimahullah di dalam siri wacana Jundullah beliau, menegaskan tentang wujudnya dua bentuk penggabungan seseorang di dalam sebuah gerakan Islam.

Penggabungan yang pertama disebut sebagai al-Intimaa’ al-Tandheemi (الإنتماء التنظيمي). Ia merupakan penggabungan formal mereka yang tidak lagi bertindak sebagai penyokong, tetapi mengambil kemuliaan menjadi pendukung. Kelompok ini mesti berkualiti kerana integriti serta kompetensi mereka memberikan kesan langsung kepada perjalanan dan perkembangan gerakan yang didukungnya.

Penggabungan yang kedua, disebut sebagai al-Intimaa’ al-’Aatifee (الإنتماء العاطفي). Penggabungan yang lebih berbentuk kebersamaan sokongan dan emosi ini, memerlukan kepada keluasan jiwa kepimpinan gerakan Islam untuk melihatnya sebagai sebuah penggabungan. Berbicara secara realistik, penggabungan kedua ini sering lebih besar saiznya berbanding dengan kelompok yang bergabung dengan penggabungan pertama. Atas apa sahaja sebab yang tidak menjadi persoalan di sini, di luar sana ada ramai penyokong atau kelompok yang simpati kepada gerakan Islam. Mereka berada di mana-mana. Berjawatan rendah berjawatan tinggi, malah berada di balik tembok-tembok yang sukar sekali untuk ditembusi oleh sebuah gerakan.

Namun mereka mungkin seperti Hudhud.

Si kecil yang membawa berita besar.

Gerakan Islam mesti menjiwai pembawaan Sulaiman yang amat tegas dalam menekankan disiplin kerja, tetapi cukup rendah jiwa dan diri untuk membuka ruang penjelasan dan pengambilan manfaat hasil tinjaun proaktif si burung Hudhud.

Hari ini, Hudhud itu mungkin orang dalam, mungkin orang luar.

Mereka itu bermaklumat. Resourceful. Mereka membekalkan pelbagai maklumat. Membekalkan statistik. Membekalkan hasil tinjauan. Semuanya untuk mengkayakan Gerakan Islam dengan Naba’ di era Perang Maklumat ini.

Hudhud bukan HANYA HUDHUD. Tanpa Hudhud, Kerajaan Sulaiman tidak mencecah Saba’ dan penyatuan Makkah dan Palestin tidak berlaku.

Jangan semata-mata dek sarang Hudhud alamatnya tidak bercawangan seperti cawanganmu atau tidak berkawasan seperti kawasanmu, kamu bunuh Hudhud itu!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Bacaan lanjut:

  1. Seri Taujihat Pekanan Kader PKS Jilid 1
  2. Jundullah Takhteetan oleh Saeed Hawwa

Baca Seterusnya......

Wednesday, September 28, 2011

Gambar Unik!!!

[Gambar%2520pelik%25201%255B3%255D.gif]
Cuba cari apakah keunikan gambar ini... Jawapannyaaaa..>
>
>
>
>
>



Orang sedang baca surat khabar tu..

Baca Seterusnya......

WARGA ASING Memenangi TENDER 'Nombor Cantik' JPJ?

Sumber dari blog Mazidulakmal

Saya memang kurang arif berhubung proses tender nombor pendaftaran kenderaan diuruskan Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ.

Namun saya difahamkan, pemilik kenderaan baharu ingin membeli 'nombor cantik' melalui kaedah tender lazimnya mengisi borang tender, menyediakan satu salinan kad pengenalan atau passport dan sejumlah bidaan dalam bentuk wang pos untuk dihantar kepada JPJ sebelum tamat tarikh ditetapkan.

Difahamkan, di bawah salinan senarai nama mereka berjaya memenangi tender nombor pendaftaran kenderaan, WVV.

Senarai I


Berikut pula salinan emel senarai harga nombor, dilaporkan cuba 'dijual' kepada orang ramai berminat untuk memilikinya.

Senarai II


Close up ...


Lebih close up ...


Teliti Senarai 1, nombor pendaftaran WVV 1666 dibeli oleh Yayu dengan nombor passport AN636700. Nombor pendaftaran terbabit, WVV 1666 ditender dengan harga RM480. Untuk rekod, salinan dokumen sama dipaparkan untuk tontonan umum di pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

Perhatikan Senarai II, nombor pendaftaran SAMA cuba dijual dengan harga RM1800.

Perbezaan harga, RM1320.

Passport bernombor AN636700 dipercayai milik warga Indonesia. Jika dia memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, dia tidak dibenarkan memiliki kenderaan di Malaysia.

Status sebenar dokumen perjalanan Yayu akan dipaparkan kemudian sebaik saya mendapatkan maklumat dari pihak berkuasa berkaitan.

Lebih menarik, 13 nama lain tercatat di Senarai I juga dipercayai warga asing dan bidaan sebilangan mereka mencecah ribuan ringgit.

Apa pun, itu bukan isu utama, mungkin mereka berkemampuan.

Hairannya, bagaimanakah nombor pendaftaran dimenangi oleh warga asing itu kemudian dilaporkan cuba dijual dengan harga berlipat kali ganda?

Dijual oleh pihak ketiga, warga tempatan.

Barangkali sebilangan pembaca blog ini sudi berkongsi penjelasan di sebalik persoalan itu.

Saya kurang arif dalam hal bidaan ini tetapi percaya hal ini mampu diperjelaskan oleh kakitangan JPJ terbabit dalam bidaan nombor pendaftaran.

Sebarkan.

KEMAS KINI I

"Runner membuat kerja ini 'otai' bang. Selepas semua nombor pendaftaran dimenangi warga asing itu disahkan JPJ, dia terus fax kertas tawaran harga (lebih mahal) kepada dealers kereta berbanding harga bidaan," jelas sumber.

Dia mendakwa kes sama pernah berlaku sebelum ini.

"Cuma sebelum ini tidak begitu ketara, nama warga asing digunakan, sikit. Kali ini sudah melampau! Kalau hendak mengadu berhubung kes ini, kepada siapa? Bukan ada channel," ujarnya.

"Fakta, warga asing disahkan oleh JPJ memenangi tender nombor pendaftaran cantik. Persoalannya, dia orang mesti ada kenderaan baharu untuk didaftarkan?," soal saya.

"Sepatutnya begitulah," jawab sumber.

Wow! Hebatkan.

Berpandukan kepada maklumat di Senarai I, Chan Than Ven berjaya membida nombor pendaftaran WVV 1717 dengan harga RM1,610 manakala Dewi Endarwati sanggup membelanjakan wang berjumlah RM1,410 untuk memenangi nombor WVV 1771. Juga warga asing, Mom Sen, pada hemat saya, pastinya individu berharta kerana membida WVV 1888 dengan harga RM3,410.

Untuk rekod nombor terbabit cuba dijual dengan harga ... (Klik imej untuk lebih menjeaskan imej).


RM5,800!

Status Yayu?

Melalui maklumat diperolehi, dia memasuki Malaysia pada Jun 2011 menggunakan permit kerja sebagai pembantu rumah. Barangkali dalam tempoh kurang 3 bulan, dia telah mampu mengumpul wang untuk membeli kenderaan sekaligus berupaya membida nombor WVV 1666 dengan harga RM480.

Jimat membawa berkat.

Lumayan benar pendapatannya sebagai pembantu rumah. Jadi kerajaan Indonesia tidak seharusnya berasa ragu untuk terus menghantar wanita warganegara jiran itu untuk berkhidmat di negara kita.

Sedikit maklumat berhubung kes ini telah saya kongsikan bersama Ketua Pengarah, KP JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dan beberapa pegawai beliau di Putrajaya. semalam, Datuk Solah menghantar pesanan ringkas kepada saya memaklumkan beliau akan meneliti perkara ini.

Sekalung tahniah juga kepada beliau kerana kontrak sebagai KP JPJ disambung.


Baca Seterusnya......

Tuesday, September 27, 2011

Allah SWT sentiasa diingati dalam keadaan senang, susah

Oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2008/08/nik2.jpg
NABI s.a.w. bersabda menjelaskan; bahawa amalan yang terbaik sekali ialah orang mati keadaan lidahnya masih basah dengan menyebut nama Allah SWT.

Ertinya zikrullah semasa hayatnya hingga berada di ambang ajalnya.Janganlah hanya semasa atau selepas solat berwirid zikrullah dengan rancak, tetapi aktiviti kehidupan selepas itu tiada bezanya antara halal dan haram.

Orang berzikrullah waktu senang atau susah, waktu sihat atau sakit hampir ajal pun lidah basah menyebut nama Allah SWT. Siapa yang mampu beramal begitu bererti beramal dengan amalan yang paling afdal.

Insan di ambang maut tidak mudah menyebut nama Allah SWT, kecuali membiasakan zikrullah ketika dirinya masih sihat.

Ketika itu meskipun di saat sakaratul maut, detik yang paling kritikal, insya- Allah lidah akan terus bergerak menyebut nama Allah dengan Taufik-Nya.

Meskipun Islam anjur agar ditalkin kepada orang sedang menghampiri ajalnya dengan menyebut kalimah “Lailaha illallah,” ketika yang genting itu tidak mudah bagi orang yang menghampiri ajal itu untuk turut walaupun dibimbing, kecuali dengan rahmat Allah SWT.

Orang yang sihat segar pun jika enggan mengikut seruan Nabi dan nasihat ulama, belum pasti boleh menuruti walau dibimbing. Inikan pula orang yang berada di pinggir ajalnya, kecuali bagi mereka yang melazimkan berbuat demikian.

Lantaran ingatannya kepada Allah SWT terlalu mendalam semasa hayatnya, insya-Allah akan digerakkan lidah dan hatinya dengan rahmat Allah SWT.

Tidak mudah untuk mendapat “husnul khatimah”, jangan fikir disebab ada orang yang membimbingnya lalu mudah untuk menyebutnya.

Malah ramai orang yang gelengkan kepalanya ketika ditalkinkan (diajar) menyebut kalimah Toyyibah. Kerana ketika yang sama syaitan yang menjadi musuh manusia sejak zaman nabi Adam a.s., dengan gigih ambil peluang terakhir untuk menyesatkan manusia.

Syaitan datang menjelma dengan menyerupai ibu bapanya atau siapa sahaja, yang telah mati dengan pelbagai dorongan yang salah.

Antara hasutan syaitan ialah jika hendak selamat daripada api neraka, hendaklah menyatakan sesuatu yang bercanggah dengan akidah tauhid.

Jika hasutan syaitan yang menyerupai ibu dan bapanya itu dipatuhi, jelaslah mereka menjadi tawanan syaitan dan menjadi temannya dalam neraka. Wal’iyazabillah.

Hanya orang mukmin yang sebenar akan dapat menyelamat imannya daripada hasutan syaitan laknatullah itu, ketika itu dia boleh lawan syaitan dan boleh hujjah kembali bahawa perkara didakwa itu amat bercanggah dengan yang telah dipelajari dari Islam sepenuh keyakinan.

Telah berfirman Allah SWT dengan hadis Qudsi yang bermaksud: “Apabila seorang hamba mengingati-Ku dalam dirinya, Aku pun ingat akan dirinya. Apabila dia dalam ramai mengingati- Ku, maka Aku pun mengingati dia serta jemaahnya pada khalayak ramai (para malaikat) dengan lebih baik lagi.”

Menyebut nama Allah SWT di hadapan orang ramai suatu fadilat, terutama bagi mereka yang terlibat di lapangan mengajar berceramah dan berdakwah, apabila mengajar tanpa menyebut nama Allah SWT dianggap amat rugi.

Bukan guru agama sahaja bahkan guru akademik pun mempunyai peluang untuk menyebut nama Allah SWT jika mereka kreatif.

Misalnya guru matematik yang berjiwa Islam ketika menyebut angka angka tertentu, seperti angka satu boleh dieksploitasi dengan menyatakan bahawa Allah SWT itu Maha Esa iaitu satu atau tunggal tiada bandingan.

Begitu juga angka tujuh, bolehlah guru tersebut ambil peluang dengan menyatakan bahawa langit ciptaan Allah SWT juga mempuinyai tujuh petala (tingkat).

Setiap tingkat mempunyai pintu yang dikawal rapi oleh malaikat tertentu, untuk mengawasi amalan manusia sama ada layak dibawa mengadap Allah SWT atau sebaliknya.

Dengan menyebut nama Allah SWT di khalayak ramai, berdasar janji-Nya dalam hadis Qudsi itu akan melayakkan dirinya diingati oleh Allah SWT pula di hadapan para malaikat-Nya.

Dengan ingatan yang lebih baik kerana guru tersebut mengingati- Nya di hadapan manusia, tetapi Allah SWT mengingati dia di hadapan halayak para malaikat yang lebih setia kepada-Nya.

Seorang tabi’in yang masyhur bernama Hasan al-Basri berkata yang bermaksud: “Zikir itu ada dua kedudukan, ingatan manusia kepada Allah SWT sama ada ketika beribadat atau berzikir, justeru alangkah banyaknya pahala.”

Tetapi ada satu lagi zikir yang lebih baik, iaitu zikir kepada Allah SWT ketika Dia menjelaskan sesuatu yang hukumnya “haram”.

Dengan sebab ingatan yang kuat kepada Allah SWT menyebabkan dia tidak berani melanggar sesuatu yang hukumnya haram itu.

Sekadar berzikir dengan bertasbih dan istighfar belumlah teruji kerana tiada cabaran, ujian dianggp berat ketika berdepan dengan hukum haram. Lebih lebih lagi terhadap sesuatu yang ada kepentingan diri.

Jika berjaya menolak perkara yang diharamkan Allah SWT itu, barulah dia terbukti sebagai mukmin yang sebenar.

Berjaya menolak sesuatu yang diharamkan oleh Allah SWT, sedangkan perkara tersebut merupakan kepentingan buat dirinya. Maka inilah yang sebenarnya “Zakir lilLah” iaitu ingat kepada Allah SWT yang sebenar jujur dan ikhlas. Itulah zikir yang paling baik, iaitu zikir yang mampu menyekat manusia, daripada perkara yang dibenci oleh Allah SWT.

Baca Seterusnya......

Datin Seri Rosmah Mansur kawan baik saya bukan mak angkat - Jho Low

(Harakah Daily) - "Rosmah (Mansor) bukan mak angkat saya. Beliau adalah kawan baik saya," demikianlah tafsiran yang diberikan jutawan kontroversi, Jho Low kepada akhbar Cina Kwong Wah Yit Poh (gambar) , ketika ditanya hubungannya dengan keluarga Perdana Menteri, Najib Razak.

Datin Seri Rosmah Mansor adalah isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Jho Low menjadi kontroversi apabila dilihat bersama dengan artis, Paris Hilton dalam keadaan artis itu berbogel di sebuah kapal mewah.

Beliau juga terlibat dalam kontroversi dengan parti-parti bersama artis terkenal di seluruh dunia.

Beliau dikatakan juga terlibat dengan pembangunan semula tapak lapangan terbang TUDM, Sungai Besi.

Jho Low menjelaskan, "Anak Rosmah (Mansor) adalah rakan saya ketika menuntut di Britain. Saya mengenali anak Perdana Menteri dahulu, sebelum saya mengenali Perdana Menteri."

"Saya memperkenalkan ramai pelabur kepada Malaysia, justeru itu saya sering bertemu dengan PM," kata Jho Low sebagaimana yang
dilaporkan Merdeka Review.

Malah, Jho Low mendakwa dirinya mengenali ramai "putera" di negara yang berlainan, termasuk Abu Dhabi, Kuwait, Saudi Arab dan sebagainya.

Oleh itu, Jho Low berkata dirinya mampu membawa ramai pelabur dari Timur Tengah ke Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong, Pulau Pinang pada 25 September 2011.

Laporan ini disiarkan Kwong Wah Yit Poh pada 26 September, pada muka surat A5.

Sebelum ini, Jho Low dikatakan sebagai kenalan rapat dengan anak Perdana Menteri Najib Razak, lantas mencungkil keraguan orang ramai sama ada Jho Low berperanan sebagai proksi, berikutan kemampuan graduan Wharton Business School ini dalam mengumpul kekayaan pada umur 20-an tahun.

Ketua Angkatan Muda, Shamsul Iskandar ketika menyampaikan ucapan dasarnya dalam Kongres Nasional AMK yang diadakan di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bahru, pada 28 Mei 2010, memetik laporan New York Post pada tahun 2009, yang diulas kemudiannya oleh tabloid tempatan Malay Mail, bahawa seorang pemuda bernama Taek Jho Low membelanjakan USD50 ribu hingga 60 ribu, atau RM170 ribu ke RM205 ribu setiap hari.

Malah, Shamsul Iskandar ketika itu mendesak agar PM menjawab, dan mengesahkan sama ada tuduhan bahawa Jho Low mendapat kontrak pembangunan TUDM Sungai Besi yang bernilai kira-kira RM500 juta, dan memainkan peranan sebagai penasihat di sebalik Terengganu Investment Authority yang mengurus dana royalti minyak itu benar atau tidak.

*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan media cetak. Akhbar yang dirujuk adalah Kwong Wah Jit Poh pada 26 September 2011, wawancara akhbar tersebut dengan Jho Low. Laporan dibuat berdasarkan teks asalnya dalam bahasa Cina.

Baca Seterusnya......

Jom kita tengok gambar rosmah najib zamry dan Nik Aziz, Guan Eng naik bas...

Sumber atsixty-zakriali.blogspot


Saya diberitahu, ramai agen propaganda dan gerak saraf Umno mulai berkempen mengatakan betapa ‘tawaduk’nya PM Najib Tun Razak yang sanggup naik bas.

Propaganda menuju saat-saat pilihan raya ini ialah untuk memberitahu massa bahawa Najib, sebenarnya amat prihatin dan cakna dengan permasalahan pengangkutan awam. Lalu kesudiannya ‘mencemar duli’ untuk menaiki pengangkutan (bas) yang diumpamakan antara terburuk di dunia itu selama ini, dimuatkan besar-besar dalam lidah rasmi Umno.

Najib bersama rombongan ‘posing’ pertama kali naik bas (dalam sejarah hidup) dengan dikerumuni jurugambar untuk disiarkan seluas-luasnya

Mesejnya, jika selama ini Najib tidak pernah sunyi daripada sama ada menaiki helikopter, kapal terbang dan kereta mewah selama ini, dalam perjalanan ke Perak beliau membuat satu ‘kejutan’ untuk politiknya iaitu sanggup menaiki bas.

Namun melihat kepada bas dinaikinya, saya fikir tidak ramai orang kampung yang tergamak menaikinya.

Penghuni Feda Chini atau Kampung Mambang (dalam Parlimen Pekan) pun tentu ‘serun’ untuk naik bas sehebat itu, melainkan dibawa oleh Najib untuk ‘posing’ dan disiarkan besar-besar dalam lidah rasmi Umno.

Lalu apa mesej yang mahu disampaikan dengan Najib naik bas bersama Rosmah dan Zamby ini? Apa yang mahu ditayangkan?

Apakah pemikiran dan tanggapan hati rakyat masih kekal tidak berubah seperti 50 tahun dulu?

Gambar di atas menceritakan segalanya...Lu fikirlah sendiri...

Baca Seterusnya......

Tolak hukum hudud, tolak hak Muslim - Haji Kamal Koh

Sumber Kelab GB

Tolak hudud, tolak hak Muslim

PETALING JAYA: Golongan yang menolak pelaksanaan hukum hudud telah menolak hak asasi manusia, menafikan hak masyarakat Islam di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Haji Kamal Koh berkata, mereka yang menentang hukum hudud bererti mereka telah menafi dan mencabuli hak asasi masyarakat Islam.

“Kenapa kita mesti mengorbankan hak kita, mengenepikan hak kita semata-mata untuk memenuhi kehendak orang lain,”? soal beliau ketika diwawancara oleh FMT mengenai isu hudud yang menjadi polemik dewasa ini.

Kamal Koh berkata, dalam negara demokrasi, kuasa terletak pada rakyat majoriti dan pendapat majoriti harus didengar dan diikut. Di negara ini, orang-orang Melayu dan Bumiputera yang beragama Islam merupakan penduduk majoriti.

“Seharusnya undang-undang Islamlah yang layak dilaksana dan digunapakai di negara ini, jika kita mengambilkira jumlah penduduk majoriti,” terangnya.

Beliau berpendapat isu hudud ini menyerlahkan masalah keyakinan orang-orang Islam sendiri tentang kelebihan dan kebaikan undang-undang Islam. Mereka mempersoalkan – bolehkah undang-undang ini dilaksanakan di negara ini?

“Ini merupakan krisis keyakinan,” kata beliau sambil membidas kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang menyatakan hukum hudud belum dapat dilaksanakan kerana masalah kesesuaian dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Ujar beliau, “segolongan masyarakat mempunyai persepsi yang negatif dalam menangani hukum hudud kerana peranan media arusperdana yang sering memperlekeh isu ini dan menjadi tanggungjawab kita untuk menukar persepsi negatif ini kepada positif.”

Kamal Koh menyoal, “apabila Allah SWT mewajibkan pelaksanaan hukum hudud, adakah Allah tidak tahu di Malaysia ini terdapat masyarakat majmuk, yang terdiri daripada orang-orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain?

“Adakah Allah tidak tahu tentang perkara ini? Bukankah Allah yang mencipta masyarakat majmuk itu dan Dia juga yang mencipta hukum hudud?,”
soal beliau lagi.

Seperti takut hantu

Katanya, sebenarnya mereka yang menentang hukum hudud adalah seperti kata (Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru) Datuk Nik Aziz (Nik Mat), “takut hudud seperti takut hantu.”

“Orang yang tidak faham hukum hudud atau tidak mengenal hantu, akan menentangnya secara membabi buta,” kata Nik Aziz.

Menurut Kamal Koh, penentangan Pengerusi DAP Karpal Singh juga tidak mempunyai asas kerana Nik Aziz mengumumkan bahawa pelaksanaan hukum hudud di Kelantan akan diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Sebuah akhbar arus perdana semalam melaporkan bahawa Nik Aziz berkata kerajaan negeri mahu melaksanakan undang-undang itu melalui sistem mahkamah syariah.

Ini ekoran dari sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan yang telah meluluskan Enakmen Undang-undang Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) dan hanya menunggu masa untuk dilaksanakan.

Dari sudut Perlembagaan Persekutuan juga menurutnya, tidak menghalang pelaksanaan hukum hudud dan qisas seperti mana yang disuarakan oleh pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr. Aziz Bari.

Menurut Aziz Bari, undang-undang Islam termasuk hudud dan qisas boleh dilaksanakan di Malaysia kerana perlembagaan tidak menghalangnya.

Kamal Koh juga mempersoalkan mengenai undang-undang negara yang diterima pakai sekarang ini sebagai warisan dari sistem undang-undang penjajah British.

“Negara kita seolah-olah belum merdeka kerana masih terikat dan terpaksa menerima pakai undang-undang penjajah (yang digubal oleh Lord Reid) yang dianggap sesuai untuk masyarakat majmuk dan undang-undang itu berkuasa (supreme) atas segala-galanya,”
tegas beliau.

Kamal Koh juga menyarankan supaya kesedaran politik Islam dipertingkatkan di kalangan orang Melayu-Islam sendiri dan orang-orang bukan Islam juga harus diberi penerangan dan kesedaran tentang betapa indahnya undang-undang ciptaan Ilahi ini.

Nik Aziz pernah menyifatkan undang-undang Islam ini seperti nasi beriani. Orang-orang yang hanya makan nasi biasa tetapi tidak pernah makan nasi beriani tidak akan tahu betapa nikmat dan lazatnya nasi beriani. -FMT

Hudud Belum Sesuai Dilaksanakan - Zahid Hamidi

BAGAN DATOH: Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hukum hudud belum dapat dilaksanakan kerana masalah kesesuaian dalam masyarakat majmuk negara ini.

Beliau berkata sebagai orang Islam, keyakinan terhadap hukum hudud itu tidak timbul tetapi kesesuaian pelaksanaannya menyebabkan ia tidak dapat dilakukan kerana rakyat yang berbilang kaum.

"Masalah (berhubung isu Hudud) yang dihadapi oleh DAP dan PAS, biarlah mereka selesaikan tetapi pendirian kita sebagai kerajaan Barisan Nasional (BN), hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini, " katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Kami Anak 1Malaysia' membabitkan 2,000 pelatih dan 500 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) di sini, Ahad.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh kepimpinan kerajaan BN berpendirian sama bahawa hukum hudud belum sesuai dilaksanakan.

Mengenai cadangan mewujudkan jawatan Timbalan Pengerusi BN kedua dilantik daripada kalangan parti komponen, beliau berkata perkara ini perlu dibawa pada mesyuarat majlis tertinggi BN.

"Perkara ini tidak boleh dilontarkan tanpa dibawa ke mesyuarat majlis tertinggi kerana sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan sebulat suara kerana itu merupakan konvensyen BN dari dulu," tambahnya. - BERNAMA

Baca Seterusnya......

Lif Pusat Beli Belah Selayang Mall Terhempas, Wanita Hamil Patah Kaki

Kuala Lumpur — Seorang wanita hamil tujuh bulan patah kaki kanan selepas lif yang dinaikinya jatuh terhempas di pusat membeli belah Selayang Mall di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, mangsa Norazlina Mohd. Yusoff 9gambar), 25, bersama enam lagi ahli keluarganya dan beberapa individu lain menggunakan lif tersebut untuk turun dari tingkat empat ke tingkat paling bawah.

Norazlina berkata, beliau sekeluarga masuk ke dalam lif itu dari tingkat empat kawasan parkir sebelum lif tersebut berhenti di tingkat tiga untuk mengambil penumpang yang merupakan satu keluarga dan tiba-tiba berhenti di tingkat ‘G’ (ground floor) tanpa pintu terbuka.

"Secara tiba-tiba lif tersebut naik semula ke tingkat satu sebelum terus menjunam ke tingkat paling bawah (lower ground),” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Selayang.

Beliau berkata, kesemua mereka kemudiannya dikeluarkan oleh pengawal keselamatan bangunan itu dan orang ramai yang kebetulan berada di situ sebelum yang tercedera dikejarkan ke hospital tersebut.

"Ketika kejadian kira-kira 12 orang berada dalam lif termasuk keluarga saya yang terdiri dari suami, emak, nenek dan ahli keluarga lain dan ia berlaku sekelip mata...semua orang terjatuh dan keadaan menjadi huru-hara.

"Saya sendiri cuba menahan dari terjatuh bagi menyelamatkan bayi dalam kandungan dan akibatnya kaki kanan patah namun saya bersyukur bayi dalam kandungan selamat, malah anak saudara berusia 8 bulan yang dikendong suami turut selamat,” kata Norazalina, seorang kerani swasta.

Norazalina berkata, mereka menunggu kira-kira 20 minit sebelum ambulans tiba dan ahli keluarganya yang cedera ringan seperti neneknya, mendapat rawatan pesakit luar di hospital itu.

Katanya, bagaimanapun mereka yang lain tidak mengalami kecederaan. — Bernama

Lif terhempas: Suami buat laporan polis

KUALA LUMPUR – Suami wanita hamil tujuh bulan yang patah kaki kanannya selepas terlibat dalam kejadian lif terhempas di Pusat Beli-belah Selayang Mall dekat sini membuat laporan polis malam tadi.

Noor Fahmi Izwan Othman, 25, membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak kira-kira jam 11.00 malam.

"Saya membuat laporan polis kerana merasakan berlaku kecuaian di pihak pengurusan pusat beli-belah itu sehingga terjadinya insiden semalam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, unit pengurusan pusat beli-belah itu, Seal Incorporated Berhad (SIB) ketika dihubungi menafikan laporan sebuah akhbar bahawa kejadian itu berpunca daripada kabel yang putus.

Pengurus Promosinya, Desmond Ting berkata: “Kita sudah memeriksa kabel itu dan ia masih dalam keadaan baik.

“Bagaimanapun pada masa ini kita sedang menunggu laporan konsultan kita yang lebih pakar untuk mengetahui laporan dan punca sebenar kejadian ini,” katanya.

Noor Fahmi dan isterinya Norazlina Mohd Yusoff, 25, bersama enam lagi anggota keluarganya serta beberapa individu lain sedang menaiki lif itu untuk turun dari tingkat empat ke tingkat paling bawah bila kejadian itu berlaku pada kira-kira 5.00 petang. – Bernama

Baca Seterusnya......

Monday, September 26, 2011

Perkahwinan diraja Bhutan


KELZANG CHODEN bersemangat menyiapkan kira, pakaian tradisional rakyat Bhutan di Thimphu.

BEBERAPA penenun pakaian diraja Bhutan kelihatan begitu bersemangat menjalankan tugas masing-masing menjelang perkahwinan raja muda negara pergunungan Himalaya itu yang akan berlangsung dalam majlis berkonsep alam pari-pari bulan depan.

http://www.topnews.in/files/bhutan-king.jpg

Raja Muda Jigme Khesar Namgyel Wangchuck, 31, yang mendapat pendidikan di Universiti Oxford dan merupakan peminat fanatik aktiviti basikal gunung akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang pelajar daripada golongan kebanyakan, Jetsun Pema pada 13 Oktober ini.

Raja Wangchuck telah dinobatkan pada tahun 2008, sewaktu permulaan kerajaan demokrasi di negara yang majoriti penduduknya beragama Buddha itu.

Walaupun penganjur telah berjanji untuk mengadakan majlis yang sederhana, seiring kesederhanaan imej keluarga diraja itu, golongan rakyat Bhutan kini berusaha menyiapkan diri untuk meraikan majlis penuh bersejarah itu.

Di dalam apartmen di bandar Thimphu, seorang penenun, Kelzang Choden bersama ibunya pantas menyiapkan sepasang pakaian istimewa untuk bakal permaisuri mereka. Ia adalah sepersalinan pakaian halus bercorak geometri yang ditenun dengan benang berwarna emas dan kuning.

"Permaisuri akan memakai persalinan ini mengikut elemen yang ada dalam dirinya. Terdapat lima elemen dalam budaya kami. Sebagai contoh, warna merah melambangkan api manakala bumi diwakili warna kuning.

"Bumi merupakan elemen bakal permaisuri kami. Jadi, sudah tentu kuning adalah warna paling sesuai," terang Choden.

Pema, 21, telah memesan puluhan helai kira iaitu sejenis pakaian kebangsaan elegan untuk wanita yang diperbuat daripada sutera mentah. Pakaian itu mengambil masa berbulan-bulan untuk disiapkan dan menelan belanja sehingga AS$3,000 (RM9,344).


DUA orang wanita yang bekerja di sebuah kedai kasut tradisional tekun melakukan tugas mereka.

Keadaan itu menjadikan beberapa penenun terkenal di Bhutan bersaing sengit untuk mendapat penghormatan dengan pemilihan pakaian yang ditenun mereka pada hari perkahwinan pasangan diraja tersebut.

"Ia akan menjadi keistimewaan paling besar bagi kami," kata Choden sambil tersenyum lebar.

Ibu Choden, Kuenzang Wangmo, telah mereka bentuk pakaian untuk raja sebelum ini dan empat isteri baginda termasuk adik bongsu Raja Wangchuck.

Lokasi terpinggir

Bhutan yang dikenali melalui doktrin pembangunan ekonomi yang disebut Kebahagiaan Kebangsaan Kasar untuk mengukur kesejahteraan dan pembangunan rakyatnya, merupakan salah satu lokasi terpencil di dunia.

Ia tidak mempunyai jalan raya atau mata wang sehingga tahun 1960-an. Televisyen hanya dibenarkan pada tahun 1999 dan rakyatnya terus menahan diri daripada membenarkan pelancongan secara besar-besaran.

Sebaliknya mereka lebih suka membuka akses hanya kepada kumpulan-kumpulan kecil yang dianjurkan pengunjung mewah.

Majlis perkahwinan utama akan berlangsung di dalam kubu dan biara yang menakjubkan di bandar Punakha. Ia terletak di sebuah lembah curam dengan pertemuan dua aliran sungai di kawasan pergunungan.

Bangunan gergasi yang boleh diakses melalui jambatan pejalan kaki yang halus dan dihias indah dengan lukisan dinding serta ukiran menarik. Kerja-kerja membuat pelbagai persiapan untuk majlis itu kini sedang rancak dilaksanakan.

"Raja kami begitu konsisten agar majlis yang dianjurkan haruslah bersifat sederhana dan tradisional. Itu adalah cara baginda mempraktikkan kehidupannya.

"Baginda juga tidak pernah meminta sesuatu yang bersifat ekstravaganza. Malah, tiada keluarga diraja asing atau ketua-ketua negara dijemput untuk perkahwinan tersebut," ujar jurucakap diraja, Dorji Wangchuck.


PEREKA pakaian diraja, Kuenzang Wangmo sedang menenun benang untuk dijadikan pakaian.

Tambah Dorji, situasi itu menjadikan ia begitu berbeza dengan perkahwinan diraja Britain di antara Putera William dan Kate Middleton yang berlangsung April lalu di London.

Raja Wangchuck merupakan seorang pemain bola keranjang dan peminat Elvis Presley. Baginda merupakan generasi keempat dalam keluarganya yang telah memerintah Bhutan sejak tahun 1907 apabila keluarga diraja mengambil alih dan membawa kestabilan kepada negara yang sebelum itu dilanda peperangan.

Kehidupan raja juga bukan di istana, sebaliknya di rumah jenis kotej di Thimphu. Keluarga diraja kesayangan rakyat itu terkenal kerana gemar menjemput tetamu untuk jamuan teh. Antara tetamu yang terbaharu ialah ahli-ahli kelab mengangkat berat Thimphu.

Pakaian tradisional

Sambutan utama akan berlangsung di ibu negara Bhutan pada 16 Oktober nanti. Rakyat dan orang awam berpeluang untuk melihat pasangan pengantin diraja itu dalam satu majlis di stadium bandar tersebut.

Antara aktiviti yang akan berlangsung seperti tarian dan muzik tradisional yang pasti mempesonakan penonton. Menariknya, rakyat Bhutan juga boleh melibatkan diri dalam persembahan tersebut sambil memakai pakaian tradisional terbaik yang wajib dipakai di pejabat-pejabat kerajaan.

Disebabkan itu, kedai-kedai menenun pakaian menerima banyak pesanan dari golongan kebanyakan yang mahu menyertai kemeriahan majlis itu kelak.

Ini termasuklah perniagaan The Traditional Boot House sejurus Raja Wangchuck mengumumkan perkahwinannya pada bulan Mei lalu.

"Kami terpaksa bekerja lebih masa bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam untuk menyiapkan pesanan yang begitu banyak untuk majlis penuh istimewa ini," kata pengurusnya, Tshering Tobgay. - AFP


Baca Seterusnya......

Polis Colombia Rampas Kapal Selam Kayu Untuk Seludup Dadah.


KAPAL selam buatan sendiri yang dtemui pada Jumaat lalu dipindahkan dari pelabuhan Buenaventura, Colombia pada Sabtu lalu.

MAYORQUIN - Polis di barat daya Colombia merampas sebuah kapal selam buatan sendiri dekat pelabuhan Buenaventura, pada Jumaat lalu.

Kapal selam yang dirampas itu adalah milik kumpulan pemberontak komunis, Pasukan Bersenjata Revolusi Barisan Ke-29 (FARC).

Pihak berkuasa Colombia menyatakan bahawa kapal selam itu mungkin digunakan untuk membawa tujuh tan kokain secara haram ke pelabuhan-pelabuhan di Amerika Tengah.


REUTER SEORANG anggota polis memeriksa sebuah kapal selam buatan sendiri dekat pelabuhan Buenaventura, Colombia pada Jumaat lalu.

Menurut seorang pegawai polis, Jeneral Luis Alberto Perez Alvarado, kapal selam itu kemungkinan salah sebuah yang terbesar pernah dirampas oleh pihak berkuasa sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, kapal selam itu masih belum membuat selaman yang pertama.

Kapal selam itu sepanjang 16 meter dan diperbuat daripada kayu dan gentian kaca.

Ia boleh membawa sehingga 10 tan dadah kokain dan lima orang anak kapal.

- Agensi


Baca Seterusnya......

Buang al-Quran di bangsal lembu

Buang al-Quran di bangsal lembu

BACHOK - Penduduk Kampung Pauh Sembilan dekat sini gempar apabila menemui beribu-ribu naskhah al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal lembu dipercayai untuk dilupuskan secara tidak sah.

SEBAHAGIAN daripada beribu naskhah al-Quran yang dibuang di bangsal lembu di Bachok, Kelantan semalam.

Seorang penduduk, Mamat Harun, 65, berkata, kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin, sebuah treler telah memasuki kampungnya dan dia sempat melihat beberapa lelaki sedang memunggah kotak ke dalam sebuah lori kecil.

Menurutnya, treler tersebut berhenti dalam jarak satu kilometer dari bangsal tempat al-Quran tersebut ditinggalkan dan terpaksa menggunakan lori kecil untuk mengangkutnya.

"Jalan ke bangsal ini sempit, jadi treler berhenti di simpang jalan dan mereka menggunakan sebuah jengkaut untuk memindahkan al-Quran dari treler ke sebuah lori kecil sebelum dihantar ke bangsal tersebut.

"Saya sempat tanya, mereka beritahu dari Kuala Lumpur dan diarahkan untuk menghantar al-Quran tersebut ke sini untuk disimpan," ceritanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, jarak antara rumahnya ke bangsal tersebut hanyalah 200 meter dan pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa yang pelik.

Bagaimanapun dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena berlaku selepas beberapa orang polis dan pegawai pejabat agama datang ke kawasan tersebut petang kelmarin.

Katanya, bangsal tersebut yang seluas 1.4 meter x 2.8 meter itu pernah dijadikan tempat menyimpan makanan lembu seperti dedak dan rumput namun tetapi kini tidak lagi digunakan oleh pemiliknya.

Sementara itu, sumber Pejabat Agama Jajahan Bachok memberitahu, siasatan awal mendapati al-Quran tersebut mungkin untuk dilupuskan.

Ia berikutan terdapat kecacatan daripada segi cetakan dan reka bentuk ataupun kesilapan pada ayat al-Quran itu sendiri.

Katanya, al-Quran tersebut telah dihantar ke sini oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur dan akan diserahkan kepada individu tertentu untuk dilupuskan dan bangsal tersebut hanya dijadikan transit.

"Kita telah membuat laporan polis dan siasatan akan dijalankan untuk mengesan individu terbabit kerana tindakan melupus al-Quran perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan hanya boleh dibuat di kawasan tertentu sahaja.

"Saya dimaklumkan tempat untuk melupus al-Quran ini hanya di Kuala Lumpur dan prosesnya melibatkan kos yang tinggi. Jadi, ini mungkin salah satu cara pihak tersebut untuk mengurangkan kerugian yang dialami," ujarnya.

Jelas beliau, pihaknya telah menutup kawasan tersebut dan kesemua al-Quran terbabit juga ditutup dengan rapi bagi mengelakkan ia disalah guna.

Kawasan tersebut kini di bawah pemantauan polis sehingga siasatan selesai dan tindakan susulan diambil. -kosmo

Helaian al-Quran tersilap cetak terbiar

BACHOK: Penemuan puluhan ribu kertas tertera ayat suci al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal di Kampung Tok Edeng, dekat Beris Kubor Besar, di sini, menggemparkan penduduk kampung berkenaan, semalam.

Difahamkan, helaian al-Quran tersilap cetak yang dibawa dari Kuala Lumpur menggunakan sebuah treler itu akan dilupuskan dengan cara dibakar, tetapi kerja melupuskan itu belum dilakukan.

Penduduk, Mamat Ali, 60, berkata, pada mulanya dia ternampak sebuah treler ditutupi kanvas berhenti di tepi jalan kira-kira 200 meter dari rumahnya, pada jam 12 tengah hari.

Katanya, sebaik treler itu berhenti, sebuah jengkaut menghampiri kenderaan itu dan memunggah helaian al-Quran berkenaan ke sebuah lori kecil sebelum diletakkan di sebuah bangsal.

“Sebelum itu, seorang adik angkat saya berusia 40-an di Kuala Lumpur memaklumkan mahu menghantar helaian al-Quran yang tersilap cetak untuk dibakar.

“Saya tidak menyangka jumlahnya terlalu banyak serta tindakannya itu dibimbangi menyalahi undang-undang dan sepatutnya ia dimaklumkan kepada pihak berwajib,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurut Mamat, penemuan helaian al-Quran tersalah cetak itu dimaklumkan kepada penduduk kampung lain sebelum menghubungi polis dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) untuk pemeriksaan.

Katanya, adik angkatnya akan berurusan dengan pihak Maik mengenai perkara berkenaan sementara menunggu tindakan lanjut.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Mohamad, ketika dihubungi berkata, berdosa dan haram hukumnya kepada mana-mana individu yang membuang ayat suci al-Quran di merata tempat.

Katanya, Islam menggariskan beberapa peraturan dalam usaha melupuskan naskhah al-Quran sudah rosak, buruk dan tidak boleh digunakan, namun ia perlu mengikut kaedah tertentu termasuk dilakukan syarikat dilantik khas Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bahagian Penerbitan Al-Quran yang mempunyai cawangan di negeri ini.

“Jika ayat suci al-Quran itu dibuang di merata tempat, individu terbabit disifatkan menghina kesucian al-Quran kerana jika hendak dilupus sekalipun perlu menggunakan kaedah tertentu seperti dibakar menggunakan tong khas sebelum abunya dikumpulkan dan dibuang ke laut atau ditanam di kawasan khusus.

“Kaedah ini diperakukan KDN kepada pihak yang diberi tanggungjawab. Oleh itu, saya menyifatkan tindakan pihak berkenaan membuang helaian ayat al-Quran dengan sewenang-wenangnya dosa mengikut hukum syarak,” katanya. -hm

Baca Seterusnya......

Wednesday, September 21, 2011

Pasir Mas ‘Kilang’ Gadis-gadis Comel.


SEBUT saja nama daerah Pasir Mas, Kelantan, pasti ramai mengaitkannya sebagai ‘kilang’ gadis cantik hingga sering diburu oleh pemuda tempatan mahupun luar Kelantan untuk dijadikan calon isteri.

Malah, tidak keterlaluan jika gadis Pasir Mas yang terkenal dengan jolokan comel ‘lote’ serta memiliki wajah keayuan yang asli itu dianggap sama seperti Cinderella yang sentiasa menjadi igauan setiap ‘putera’.
sebelum selepas

Ini kerana, bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi.

Namun, paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu.

Nenek moyang mereka dikatakan mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.

Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.

Menurut Fatihah Fauzi, 22, dari Kampung Lemal, sejak dulu lagi dia dan dua kakaknya diasuh oleh emak supaya meminum air suam.

“Saya tidak suka memakai alat solek kerana ia dikatakan penuh dengan bahan kimia yang memudaratkan wajah.

“Saya lebih suka wajah ini tidak disolek kerana ia tetap kelihatan ceria jika kita menjaganya dengan baik,” katanya.

Apapun, keistimewaan gadis Pasir Mas pasti mempunyai kaitan dengan sejarah dulu kala.

Berdasarkan sejarah kewujudan Pasir Mas, kawasan itu dipercayai dibuka oleh Che Leh @ Salleh Ismail yang berhijrah selepas tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan untuk membina istana.

Walaupun pada awalnya tidak bersetuju dengan desakan perpindahan itu, Che Leh yang turut digelar Che Leh Tok Pendekar terpaksa akur dengan titah Sultan kerana tidak mahu dianggap menderhaka.

Bekas pesara tentera, Wan Ali Wan Hussin, 75, berkata Che Leh bersama keluarga berhijrah ke arah utara Kota Bharu sebelum membuka penempatan baru yang kini dikenali sebagai Seberang Pasir Mas.

Che Leh dikatakan tertarik membina rumah barunya di kawasan itu kerana ia terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan, selain memudahkan beliau dan keluarga melakukan kerja harian.

Katanya, beberapa bulan selepas itu ramai penduduk luar berhijrah ke kawasan terbabit, menyebabkan penempatan itu padat dalam sekelip mata selepas Che Leh mengambil inisiatif sendiri untuk membina surau, pasar dan pangkalan perahu.

“Pada masa sama, seorang guru agama dari Bachok datang mengajar agama di kawasan itu, namun pulang ke kampungnya sebaik selesai mengajar beberapa bulan kemudian.

“Beberapa hari selepas kepulangan guru itu, tiba-tiba muncul tiga biji mangkuk emas di kawasan semak,” katanya.

Menurut Wan Ali, ketiga-tiga mangkuk itu kemudian dikatakan berpusing-pusing membentuk pusaran di sekitar kawasan semak itu, menyebabkan mereka yang melihat kejadian itu menjerit, ‘Mas! Mas!’.

Perkataan ‘pasir’ pula timbul kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing Sungai Kelantan itu kelihatan beberapa longgokan pasir sehingga membentuk padang luas, menyebabkan kawasan terbabit digelar Pasir Mas, hasil cantuman perkataan pasir dan mas.

Selain itu, Pasir Mas pernah menjadi kawasan perdagangan terkenal di rantau Asia Tenggara apabila menerima kemasukan kapal pedagang, khususnya dari Indonesia, China dan Tanah Arab.

Difahamkan, dianggarkan lebih 30 pangkalan bagi pendaratan kapal dan sampan didirikan di sepanjang tebing Sungai Kelantan, antaranya Pengkalan Feri, Pengkalan Gedung, Pengkalan Pasir, Pengkalan Tanjung Muleh dan Pengkalan Tok Leper.

Baca Seterusnya......